Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN Dalam zaman yang serba mencabar ini tugas dan tanggungjawab institusi pengajian tinggi dan juga

institusi latihan kemahiran semakain mencabar. Seluruh masyarakat telah melihatdan memberi tanggungjawab berbentuk dan, melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan serta berketarampilan kepada institusi-institusi pendidikan khususnya institusi yang menekankan kemahiran teknikal dan vokesional. Kemahiran 2 ini penting bagi melahirkan modal insan yang dapan memenuhi keperluan dan kehendak negara. Berdasarkan kepentingan, harapan dan kehendak tersebut, PTV dapat menjadi medan untuk melatih dan membincangkan tentang pendidikan masa kini serta dapat memastikan kajian dan strategi-strategi yang sesuaian bagi mempertingkatkan lagi kaedah dan kualiti pendidikan Negara. KEPIMPINAN Kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian target organisasi. Sebaik-baiknya, manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dari belakang sebaliknya mereka meletakkan diri di hadapan kumpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai satu tumpuan.

DEFINISI KEPIMPINAN Kepimpinan dalam organisasi amat penting kerana keberkesanan dan kecekapan sesebuah oragnisasi bergantung pada kebijaksanaan pemimpin yang mengendalikan organisasi tersebut.Kepimpinan adalah satu proses seseorang mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamatmatlamat organisasi.Pemimpin merupakan individu yang bertanggungjawab ke atas individu yang lain.Contohnya disekolah.Pemimpin disekolah adalah guru besar/pengetua.Guru besar/pengetua akan sentiasa memantau prestasi muridmuridnya dari segi pencapaian akademik,ko-kurikulum dan juga disiplin.Jika berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini nama baik sekolah akan tercemar.Seorang pemimpin haruslah mempunyai keyakinan yang tinggi dan berani menghadapi sebarang masalah yang berlaku. Selain itu pemimpin adalah individu yang mewujudkan matlamat,visi dan misi sesebuah organisasi supaya organisasi tersebut berada dalam keadaan yang bersistematik.Pemimpin juga dibincangkan. Terdapat tiga faktor penting mengenai definisi serta konsep kepimpinan.Faktor pertama adalah kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekerja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikutnya.Kedua, para pemimpin mempunyai autoriti untuk beri arahan dan memantau aktiviti yang dijalankan oleh anggota kumpulan.Faktor ketiga ialah berkemampuan menggunakan pelbagai bentuk kuasa bagi mempengaruhi subordinat melalui pelbagai kaedah. Jesteru,peranan pemimpin bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.Seseorang pemimpin yang berjaya mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam memastikan organisasinya boleh dipercayai oleh orang lain dan membina nama organisasi yang kukuh dipersada Negara. individu yang memainkan peranan yang penting dalam membuat sesuatu keputusan dalam sebarang perkara yang

Konsep kepimpinan Dengan meneliti fungsi yang dilakukan oleh para pemimpin di dalam kumpulan mereka, didapati bahawa untuk sesuatu kumpulan itu beroperasi dengan berkesan, suatu pihak mesti mengendalikan dua fungsi utama, iaitu fungsi yang bersabit dengan penyelesaian masalah (berorientasikan tugas) dan fungsi penyelenggaraan kumpulan (fungsi-fungsi sosial). Dalam dimensi yang pertama, kelakuan pemimpin menekankan kegiatan penyusunan kerja, penjadualan penubuhan matlamat. pengelolaan dan segala hal struktur kerja. Para pernimpin lebih mengutamakan prestasi dan pengeluaran daripada hal-hal kerja yang lain dan bergiat mencapai peringkat-peringkat output yang tinggi. Mengikut dimensi kedua pula, para pemimpin menunjukkan kelakuan sosial dengan menitikberatkan dan menghormati idea-idea perasaan dan hal-ehwal pekerja. Dengan cara, masalah peribadi pekerja dapat diselesaikan. Salah satu teknik terkenal yang menerangkan gaya-gaya kepimpinan secara dramatik ialah petak kepengurusan yang dicipta oleh Robert Blake dan Jane Mouton. petak ini digunakan di merata dunia sebagai suatu teknik melatih pengurusan dan mengenal pasti berbagai-bagai kombinasi gaya kepimpinan. Teknik inii berasaskan kepada penyelidikan penyelidikan awal yang menunjukkan betapa pentingnya seorang pengurus menitikberatkan kedua-dua aspek, iaitu mementingkan pengeluaran dan mementingkan pekerja. Perkara yang perlu diselidiki adalah faktor-faktor seperti corak peribadi pemimpin tersebut atan pengikut-pengikutnya, kebolehan dan latihan pengurus dan lain-lain faktor situasi di sebaliknya, yang tua mempengaruhi tingkah laku kedua-dua pemimpin dan pengikut itu.

KATEGORI PEMIMPIN

FORMAL

TIDAK FORMAL

Rajah 1.1 menunjukkan Kategori Pemimpin PEMIMPIN FORMAL Dilantik disebabkan kedudukannya dalam organisasi. Contoh : Sekolah,Kementerian,Negara Kepimpinan disahkan oleh organisasi. Dilantik berdasarkan pengalaman dan tertentu-tentu. Contoh : Guru,doktor,wakil rakyat. Ahli/pekerja bawahan yang ramai. Banyak tugas yang dipikul. Mempunyai matlamat yang perlu direalisasikan iaitu visi dan misi dalam sesebuah organisasi. Jadual 1.1 menunjukkan Perbezaan Pemimpin Formal dan Tidak Formal KEPIMPINAN DALAM PTV PEMIMPIN TIDAK FORMAL Dilantik secara tidak formal oleh organisasi untuk mengetuai sesuatu kumpulan sosial yang terbentuk dalam organisasi. Contoh : Ketua kelas Kepimpinan tidak disahkan oleh organisasi kerana bersifat sementara. Dilantik hanya untuk kepentingan tertentu. untuk melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan. Ahli bawahan sedikit. Hanya tertumpu pada sesuatu perkara. Tidak mempunyai matlamat.

pengetahuan yang luas dalam bidang yang Seperti : aktiviti didalam kumpulan dibentuk

Kepimpinan dalam PTV perlu dikenlapasti demi melihat hubungkait antara kecerdasan emosi dan kepimpinan seseorang lebih-lebih lagi untuk seorang bakal guru, oleh itu, pelbagai langkah telah diambil untuk mencari hubungan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan dalam PTV. Kepimpinan adalah seni atau proses mendorong atau mengjak individu lain supaya mencapai matlamat. Dalam PTV, yang perlu diterokai dalam kepimpinan PTV ialah seperti perkara tersebut: Perkembangan professional Penambahbaikan kualiti pengajaran Peranan dan tanggunjawab panitia Strategi dan teknik pembelajaran Pembelajaran kontekstual

PERKEMBANGAN PROFESIONAL

Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan berkesinambungan dan progresif dalam organisme, dari lahir sampai mati (Chaplin C.P.,1989:134). Manakala Hurlock E.B. (1978:23) menyatakan bahawa Perkembangan dapat didefinisikan sebagai deretan progresif dari perubahan yang teratur dan koheren. Definisi bagi professional pula adalah sebagai sesuatu yang memerlukan kebijaksanaan khusus untuk menjalankan sesuatu pekerjaan.Dengan erti kata lain, profesional adalah melakukan suatu pekerjaan yang dilakukan secara efesien dan efektif dengan tingkat keyakinan yang tinggi dalam mencapai tujuan pekerjaan yang maksimum.Istilah profesional berasal dari kata profesi.Dalam kamus The advanced Learners Dictionary of Current English, yang ditulis A.S. Hornby, dkk. dinyatakan bahawa profession is accuption, esp. one requiring advanced educational and special training.Ertinya jabatan yang memerlukan suatu pendidikan tinggi dan latihan secara khusus. Suatu jabatan akan menentukan aktiviti-aktiviti dan bahan pembelajaran sebagai tugas yang perlu dilakukan. Perkembangan professional harus dititik beratkan oleh setiap individu yang bekerja dalam bidang professional terutamanya guru.Ciri-ciri golongan professional ini harus memiliki sikap yang rajin berusaha tanpa jemu,sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan,yakin dalam apa jua tindakan yang mendatangkan kebaikan dan sebagainya.Seorang guru yang professional tidak akan sesekali melakukan perkara yang mendatangkan imej yang boleh mencemarkan nama baik seorang pendidik. Pengenalan dikekalkan dan Teknik sentiasa dan Vokasional menekankan perkembangan amat professional kepada setiap guru supaya falsafah,prinsip dan polisi dalam PTV berkembang.Perkembangan profesional mementingkan aspek pemikiran yang matang iaitu berfikiran kreatif iaitu dapat menghasilkan idea-idea yang baru dan berfikir secara inovatif iaitu mampu mengubah sesuatu produk yang telah ada kepada reka bentuk yang baru. Rancangan Pembelajaran

Satu plan induk MPV telah disediakan melalui satu bengkel penyediaan plan induk pada 29 hingga 31 Januari 2002 yang melibatkan perancang, penggubal dan pelaksana kurikulum dari bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, pengetua serta guru-guru sekolah. Bertujuan menyediakan perancangan yang bersepadu dan menyeluruh selaras dengan hasrat dan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Objektif yang ingin dicapai adala untuk memantapkan lagi persediaan prasarana, tenaga pengajar dan pentaksiran secara lebih sistematik dan berkesan. Di samping itu, Perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi penyediaan guru adalah meliputi tiga peringkat berbeza. Pada peringkat awal pelancaran MPV, Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM dipertanggungjawabkan melaksanakan kursus orientasi kepada guru-guru yang mengajar pada tahun 2002. Bahagian Pendidikan Guru pula melatih guru-guru mulai tahun 2002 dalam Program KPLI dan keluaran sulung guru permulaan program ini telah mulai mengajar di sekolah-sekolah pada tahun 2003. Institusi pengajian tinggi seperti Kolej Universiti Tun Husin Onn, Universiti Teknologi Malaysia akan dilibatkan dalam penyediaan guru dalam jangka masa panjang. Mata pelajaran aliran teknikal dan vokasional (MPAV) 2006 dibahagikan kepada mata pelajaran teras, dan mata pelajaran elektif vokasional. Mata pelajaran elektif vokasional dilaksanakan secara modular.

Strategi Dan Teknik Pembelajaran

Kolb (1976) dan McCarthy (1980) telah menjelasskan mengenai model pembelajaran PTV ini. Mereka berpendapat, pelajar mempunyai empat stail pembelajaran yang utama; feeling(rasa), watching(lihat), thingking(fikir) and doing(buat). Kebanyakan individu mempunyai keupayaan untuk menggunakan ke semua cara pembelajaran ini, tetapi keupayaan ini akan ditujukkan secara lansung dan tidak lansung. Pelajar belajar melalui cara thinking merupakan pelajar yang belajar secara abstrak melalui kuliah dan tugasan individu. Mereka dikategorikan sebagai pemikir abstrak (abstract thinker). Pelajar yang dominan dalam ketegeri yang selainnya merupakan mereka yang belajar secara hands-on dan kolaboratif. Mereka dikategorikan sebagai pemikir konkrit (concrete thinkers). Berikut merupakan lima mod pembelajaran kontekstual yang menyokong stail pembelajaran yang pelbagai; Berkerjasama Belajar dari penglaman Mengaplikasikan Menghubungkaitkan memindahkan

Beberapa aktiviti boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah untuk menyediakan pembelajaran dalam konteks; Pembelajaran secara hands-on - pembelajaran ini berasaskan pembelajaran secara aktif di mana pelajar didedahkan dengan aktiviti amali seperti menyelenggara mesin. Pembelajaran Pelajar diberi berasaskan masa ini untuk projek (project-based) projek seperti pembelajaran ini berasaskan projek yang diberikan kepada pelajar. menyiapkan perkara tersebut. membuat Pembelajaran melibatkan

perancangan, mencari maklumat, menganalisis, menjalankan projek dan membuat pengakhiran projek. Mengaplikasi pembelaran ini memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman dan menyalurkan apa yang dipelajari dalam kehidupan sebagai contoh menjalankan ujian kualiti air, mereka bentuk dan sebagainya. Selain itu, pendidikan berteraskan kompetensi ( Compentency Based Education) diperkenalkan dan dilaksanakan di beberapa negara seperti amerika dan autralia pada awal tahun 1990an. Tren ini kini telah menjadi inisiatif global dan telah dilaksanakan di Malaysia untuk pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah akademik (SMA) melalui tahun 2002. Program MPV ini meliputi 22 mata pelajaran dari 5 bidang iaitu pembinaan binaan,pembuatan, teknotani, ekonomi rumah tangga dan aplikasi komputer. Kurikulum MPV digubal dan diselia oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek), Kementerian Pelajaran Malaysia, telah lama melaksanakan aliran vokasional di sekolah menengah teknik (SMT) di seluruh Malaysia. Kurikulum aliran vokasional sejak dahulu menggunakan proses P&P secara linear dan mula memperkenalkan CBE dalam Mata Pelajaran Aliran Vokasional(MPAV) mulai tahun 2006 secara modular. CBE dicirikan melalui program pembelajaran yang mempunyai objektif yang jelas, konkrit dan boleh diukur. Oleh itu, pelajar perlu mempamerkan kompetensi pada akhir sesuatu unit pembelajaran sebelum boleh berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pembelajaran Kontektual Pembelajaran Kontekstual merupakan konsep pembelajaran yang

menekankan pada keterkaitan antara materi pembelajaran dengan dunia kehidupan nyata, sehingga peserta didik mampu menghubungkan dan menerapkan kompetensi hasil belajar dalam kehidupan sehari-hari.

Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dimulai dengan persedian atau soal jawab lisan (ramah, terbuka, perbincangan) yang terkait dengan dunia nyata kehidupan pelajar ( daily life modeling), sehingga akan terasa manfaat dari bahan yang akan disediakan, pemikiran pelajar menjadi matang, dan suasana menjadi lebih kondusif, nyaman dan menyenangkan. PENAMBAHBAIKAN KUALITI PENGAJARAN Penambahbaikan adalah perkara yang memerlukan sesuatu yang biasa kepada yang lebih baik.Kualiti diertikan sebagai keunggulan,kecemerlangan,ketinggian nilai dan mutu.Pengajaran pula bermaksud sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan Seorang murid guru supaya yang mengambil berkebolehan inisiatif akan untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap pengajarannya supaya murid-murid tidak bosan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.Guru-guru boleh mendapatkan pandangan dan kajian daripada murid-murid dengan memberi borang kaji selidik,mendapatkan maklumat serta sebagainya.Penambahbaikan pengajaran bertujuan untuk meningkatkan dan membaiki segala kekurangan bagi mewujudkan rancangan pengajaran yang berkualiti.

10

KEPIMPINAN YANG BERKESAN Ketiga-tiga komponen kepimpinan (sifat-sifat, gaya dan kelakuan serta kepimpinan mengikut situasi) memberi implikasi yang penting di dalam pengambilan dan latihan ke arah mewujudkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber. Sebagai contoh, pemimpin-pemimpin berkesan yang diketahui biasanya mempunyai sifat-sifat kebijaksanaan dan keyakinan diri. Maka caloncalon bolehlah diuji untuk mencari sifat-sifat tersebut serta sifat-sifat lain yang dikaitkan dengan prestasi kerja. Apa yang diketahui tentang gaya-gaya kepimpinan juga menunjukkan bahawa latihan-latihan boleh diadakan dengan jayanya untuk menjadikan pemimpin lebih bertimbang rasa dan beribawa. Gaya pemimpin mestilah bersesuaian dengan tugas. Hal ini juga sesuai untuk melahirkan sifat kepimpinan dalam PTV. Berdasarkan keterangan yang di bincangkan, garis-garis panduan berikut boleh digunakan untuk menjadi pemimpin yang berkesan. 1. Mengetahui dan melatih diri anda. Kebanyakan pemimpin terdiri daripada mereka yang berpengaruh, pintar, agresif, berinisiatif dan mempunyai keyakinan diri serta kebolehan menyelia. Maka, bagi bakal-bakal pemimpin dan juga pemimpin kini, latihan-latihan dalam membuat keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan diri adalah berfaedah. 2. Mengetahui dan mengawal gaya anda. Gaya yang terbaik sekali bergantung kepada banyak faktor (selain daripada berorientasikan tugas dan berperikemanusiaan). Maka perlu bagi mereka menganalisis dan memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan suatu keadaan fleksibel supaya dapat dipadankan kepada situasi berkenaan.

11

3. Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang orang lain. Dengan mempercayai bahawa manusia adalah pandai, kreatif, sanggup bekerja, bertanggungjawab dan ingin menyelesaikan masalah, dapat meningkatkan lagi pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan. 4. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Tugas-tugas kreatif dan yang berbentuk keusahawan (seperti mencipta keluaran baru atau membuka syarikat baru) adalah lebih wajar bagi anda untuk menubuhkan matlamat yang menyeluruh untuk dijadikan panduan oleh orang lain dan kemudiannya bergantung kepada budi bicara mereka untuk menjalankan kerja. Bagi kerja yang dilakukan secara berulang-ulang pula, pemimpin biasanya menguatkuasakan suatu set peraturan yang terancang dan rapi, untuk melaksanakan kerja. 5. Bertindak sebagai pemimpin. Dalam semua hal, anda perlu bertindak sebagaimana yang dijangka dan diingini oleh pengikut atau staf, agar mendapat sanjungan yang setimpal dengan taraf pemimpin.

12

NILAI MURNI DALAM PTV. Nilai didefinisikan sebagai satu pegangan yang menjadi asas kepada pembentukan sikap dan kelakuan individu.Nilai seseorang itu mungkin tidak dapat dilihat secara fizikal tetapi kita boleh kenalpasti nilai kelakuan seseorang itu secara zahir/dapat dilihat secara mata kasar. Murni pula bermaksud sesuatu perkara yang dilihat secara positif dari segi perbuatan dan etika percakapan yang memberi kesan yang baik dalam kehidupan. Apabila digabungkan nilai murni maka ia dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik,peradaban dan individu manusia dalam hubungannya sesame manusia,alam dan Tuhan. Wan Mohd. Zahid (1988) mentakrifkan nilai murni sebagai tanggapan berkenaanperkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia.

13

CONTOH-CONTOH NILAI MURI DAN PENGERTIANNYA BAIK HATI Ia merupakan salah satu nilai yang terdapat dalam PTV. Antara huraianya ialah mempunyai perasaan belas kasihan iaitu bersimpati terhadap kesusahan seseorang individu dan sentiasa ingin mencurah bantuan. Murah hati pula ialah memberi pertlolongan secara ikhlas kepada yang memerlukan dalam proses P&P dan lain-lain lagi. Sikap saling faham memahami bermaksud sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain dalam memenuhi FPK dan PTV. Bertimbang rasa pula mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain terhadap sesuatu perkara dalam PTV. Sikap bermaafan ialah perasaan yang rela memaafkan dan meminta maaf kepada individu lain ketika bersama individu lain. HORMAT Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga ialah memulia dan patuh kepada mereka.Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan jiran dan pemimpin dengan menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka.Hormat kepada kerajaan dan negara iaitu dengan menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara.Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum iatu menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum. KEBERANIAN Keberanian ialah melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan individu lain dengan mengambil risiko yang akan bakal dihadapi seperti menjalankan proses rekacipta atau penambahbaikan sesuatu.

14

KEBERSIHAN Kebersihan diri ialah merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat.Kebersihan persekitaran iaitu pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran. Kebersihan mental pula ialah pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain. BERTANGGUNGJAWAB Ialah sikap dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Berkata benar pula ialah menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung. Ikhlas dalam melakukan sesuatu dan tanpa mengharapkan balasan. Di dalam PTV apa yang boleh kita terapkan atau mengaplikasikan ialah melalui sistem pengurusan yang memerlukan komitmen dan amanah yang cekap.

KESEDERHANAAN Pertuturan dan pelakuan yang sederhana dalam bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain dalam membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain. Falsafah, prinsip dan polisi mempuyai nilai kesederhanaan dalam membuat keputusan dan penilaian dalam PTV. RASIONAL Membuat pertimbangan dalam berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan. Melakukan perkara yang berhatihati dalam melaksanan sesuatu dan membuat penilaian dan perlaksanaan PTV.

15

SIKAP POSITIF DALAM PTV Berintergriti/jujur menjalankan tugas. Keyakinan diri yang tinggi. Sabar menghadapi apa jua masalah. Tekun. Sedia menerima teguran. Berpengetahuan,berkemahiran dan berkebolehan. Mengakui kesilapan dan berusaha menjadi lebih baik. Tidak memandang rendah terhadap orang lain. Bertimbang rasa dan bertolak ansur. Tidak pentingkan diri. Rajin. Menepati masa.

16

KESIMPULAN Setelah apa yang teliti dan difahami, ia dapati gabungan antara kepimpinan dan nilai murni dalam PTV memberikan satu impak yang lengkap dalam memenuhi dasar pendidikan kebangsaan. Melalui nilai-nilai murni dalam PTV seseorang individu dapat dilahirkan menjadi modal insan yang lebih berkualiti dan berprofesional. Dengan menggunakan pendekatan yang berbeza dalam aspek kepimpinan ini, ia dapat memberikan impak yang berbeza dalam dunia pendidikan terutamanya dalam bidang PTV. Dengan adanya sistem pendidikan yang baik dan kepimpinan PTV yang terancang sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan semasa dan masa mendatang kepada negara Malaysia. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan sehaluan dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, penghasilan, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu, dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif. Kurikulum PTV telah mengambil kira kehendak semasa industri bagi membantu lulusan pelajar mencapai kemahiran minima yang secukupnya bagi membolehkan lulusan aliran

17

vokasional memilih bidang yang sesuai dalam sektor kejuruteraan, perdagangan, pertanian atau perkhidmatan.

REFLEKSI MUHAMMAD AZRI BIN AMIR (900110-08-5425) Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi kepada saya serta kepada kawan saya saudari NurulFatin dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada kami. Selain itu saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang memberi bantu tidak kira kecil atau besar dalam usaha kami menyiapkan tugasan yang diberikan. Sebelum tugasan diagihkan kami diberikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan itu dibahagikan dalam bentuk berpasangan dan alangkah terkejutnya saya kerana mendapat perempuan dalam kumpulan saya. Ini kerana saya kurang berinteraksi dengan kaum hawa atau dengan kata lain kurang pandai berkomunikasi dengan kaun hawa ini. Selepas kumpulan dan tugasan dibahagikan kepada kami dan saya dapati kami mendapat soalan mengenai Kepimpinan dan nilai-nilai Murni dalam PTV. Pada mulanya kami kurang faham mengenai persoalan-persoalan dalam tajuk yang diberikan kerana pada fahaman saya ia boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian dalam setiap kerangka perkataan dan setelah lama berfikir ahli kumpulan saya meminta membahagikan tugasan yang diberikan. Akhirnya saya mendapat persoalan mengenai kepimpinan ia merupakan tajuk atau persoalan yang susah difahami ini kerana kepimpinan merupakan suatu perkara yang terlalu berat untuk difahami dan dimengerti.

18

Dalam usaha mengcari maklumat mengenai kepimpinan saya banyak mencari sumber maklumat melalui median elektronik iaitu melalui rankaian jalur lebar atau dengan kata lain atau mudah internet. Ini kerana, internet merupakan sumber maklumat yang mudah didapati dan diperolehi. Selain itu, ia juga merupakan sumber maklumat yang terkini. Akan tetapi ia juga terdapat keburukan atau kekurangan seperti sumber maklumat yang tidak berasas dan banyak menyimpang dari tajuk dan persoalan yang diminta. Setelah selesai mencari maklumat yang dikehendaki, pensyarah subjek PTV iaitu Encik MD Arif bin MD Zin meminta kami membuat draf dalam bentuk peta minda dan memberikan penerangan serba sedikit mengenai apa yang kami fahami. Selain itu, juga Encik Arif juga telah meminta menghantar segala Log P kepadanya setiap minggu sebagai bahan bukti kajian yang kami jalankan dan selain itu, dia juga meminta kami menghantar draf tajuk yang kami perolehi bagi memastikan perlaksanaan kerja yang dilakukan berjalan lancar. Setelah selesai semua tugasan yang dan penghasilan folio ini diperiksa oleh kami agar segala kesilapan dapat diatasi seperti pengunaan tatabahasa, ejaan dan penyusunan idea.

19

SENARAI RUJUKAN http://www.nccte.org/publications/infosynthesis/r&dreport/TeacherEdinCT E_McCaslin/TeacherEdinCTE Dilayari pada 19 feb 2010 01.30 a.m. http://74.125.153.132/search? q=cache:tVkQJr2YjNcJ:www.islam.gov.my/pipa/dev/artikel/INTEGRITI %2520HJ%2520MUSTAFAR %2520ALI.pdf+definisi+nilai&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my&client=firefox-a dilayari pada 06 mac 2010 09.00 p.m. http://juict-hazman.zoom-a.com/kepimpinan1.html dilayari pada 20 jan 2010 07.00 p.m. http://74.125.153.132/search? q=cache:TbZ942BMq04J:www.kmpk.matrik.edu.my/sas/unitp_perniagaan/ BAB%25207%2520AN %2520015%2520KEPIMPINAN.ppt+definisi+kepimpinan&cd=3&hl=en&ct =clnk&gl=my&client=firefox-a dilayari pada 20 jan 2010 08.00 p.m. http://mujtahid-komunitaspendidikan.blogspot.com/2010/01/mengenalkonsep-profesional.html dilayari pada 04 mac 2010 10.00 p.m.

20

http://www.blogcatalog.com/blogs/fadzila-azniahmad/posts/tag/definisi+kualiti/ dilayari pada 05 mac 2010 12.30 a.m.

Haji Yahya Emat (2005) Buku Pendidikan Teknik & Vokasional di Malaysia, IBS BUKU Sdn. Bhd. McCaslin (2002)Teacher Education in Career and Technical Education: Background and Policy Implications for the New Millennium Thorndike (1997). Measurement and Evaluation in Psychology and Education (6 th . ed.). New Jersey : Prentice-Hall.

21

Anda mungkin juga menyukai