Anda di halaman 1dari 13

Masalah Sosial Di Kalangan Pelajar

1.0 PENGENALAN
Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial
telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai
sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana
golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan
merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap
lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita
tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang
melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah
membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.
Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang
amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman
inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah
persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar
banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya
daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para
remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup
daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim,
1950).
Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau
berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah ,
lari dari rumah , seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita..
Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai
kumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme , membunuh, samun tanpa senjata api
mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaan
dadah , minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti
ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malah
disekolah luar bandar.

2.0 REMAJA DARI SUDUT PSIKOLOGI


Perubahan daripada alam remaja kepada alam dewasa merupakan satu masa yang
amat penting, di mana perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi
dengan gejala sosial akan bermula. Memahami siapa remaja adalah penting bagi
mengetahui mengapa mereka terlibat dengan gejala sosial ini. Ini kerana faktor
personaliti individu itu sendiri serta faktor perkembangannya mempengaruhi
tingkahlaku yang dilakukan olehnya. Perkataan remaja ataupun adolescene berasal
dari perkataan Latin iaitu “adolscere” yang bermaksud “membesar” atau “membesar
menjadi matang” (Rogers, 1981). Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga), remaja
merupakan seorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk
berkahwin dan sedang melalui proses inginkan cinta. Dari segi perspektif Islam
pula, remaja dianggap sebagai mereka yang sudah cukup umur atau diistilahkan
sebagai baligh. Pada peringkat ini, golongan remaja mengalami peralihan antara
zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.
Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada di
antaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu
konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja
terhadap kehidupannya. Persoalan yang sering dikaitkan dengan pencarian identiti
adalah merupakan persoalan utama bagi remaja. Persoalan seperti "Siapakah saya?",
"Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan saya?", dan sebagainya yang membawa
maksud identiti apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain.
Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904), zaman remaja ialah jangka
masa seseorang itu mengalami berbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress).
Ini kerana pada peringkat ini remaja mengalami perubahan fizikal, intelek serta
emosi dan terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan juga
masyarakat.
Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang
sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan apakah
kesan-kesan disebaliknya. De Brun (1990) pula, mendefinisikan remaja sebagai
tempoh pertumbuhan antara masa kanak-kanak dengan masa dewasa yang pada umumnya
bermula pada usia 12 tahun atau 13 tahun dan berakhir pada usia awal dua puluhan.
Manakala menurut Adams & Gullota (1997), masa remaja meliputi usia antara 11
tahun hingga 20 tahun. Havighurst dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004)
pula, membahagikan masa remaja kepada dua iaitu awal remaja (12 hingga 18 tahun)
dan akhir remaja (18 hingga 22 tahun). Anna Freud (1990) pula berpendapat, pada
masa remaja berlaku proses perkembangan yang meliputi perubahan-perubahan yang
berhubung dengan perkembangan psikoseksual dan merupakan proses pembentukan
orientasi masa depan.
Daripada definisi remaja yang telah diberikan, secara keseluruhannya menyatakan
bahawa remaja merupakan satu tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam
dewasa yang berlangsung dalam usia sekitar 13 tahun hingga 20 tahun. Pada
peringkat ini berlakunya perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal,
mental dan emosi serta perubahan tenggungjawab dan peranan. Jadi, untuk
mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering berhadapan dengan
masalah dan konflik dalam mencari identiti diri. Oleh itu, berlakulah ketegangan
dan tekanan emosi dalam diri remaja. Jika diteliti secara mendalam zaman remaja
sebenarnya merupakan suatu proses dan bukannya satu jangkamasa. Kerana pada tahap
ini berlakunya proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang
diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat.

3.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL REMAJA

Perkembangan fizikal remaja boleh dirujuk kepada perkembangan remaja dari


aspek biologi. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau
tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh dan emosi. Perubahan ini
berlaku akibat tindakan hormon. Kadar pembesaran dan perubahan remaja lelaki dan
perempuan juga adalah berbeza dan begitu juga dengan seorang individu dengan
individu yang lain. Antara perkembangan fizikal yang dilalui oleh remaja seperti
kematangan biologi, tingkahlaku heteroseksual dan akil baligh. Dari segi
kematangan biologi, pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan
diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas kejantinaan
diri semakin bertambah. Hal ini akan memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep
kendiri. Pada usia beginilah remaja akan lebih prihatin dengan keadaan tubuhnya.
Mereka akan sering membezakan dirinya dengan rakan sebaya yang lain.
Remaja yang cepat matang mempunyai beberapa kelebihan apabila dibandingkan
dengan yang lambat matang. Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam
masyarakat remaja sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada
sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok remaja.
Dari segi tingkahlaku heteroseksual pula, remaja zaman dahulu mempunyai sikap yang
berbeza ke atas pelbagai aspek seksual berbanding dengan remaja zaman sekarang,
terutamanya remaja perempuan. Sebuah kajian ke atas kelompok pelajar sebuah kolej
di Amerika Syarikat di antara tahun 1900 dengan tahun 1980 menunjukkan peratusan
orang muda yang melakukan hubungan seks meningkat, dan kadar pelajar perempuan
yang melakukan hubungan seks meningkat lebih cepat dibandingkan dengan pelajar
lelaki. Beberapa buah kajian di Barat menunjukkan bahawa cinta adalah faktor utama
ramai remaja perempuan melakukan hubungan seks. Keinginan berkahwin dengan
pasangan mereka juga wujud di kalangan pelajar wanita tetapi kurang bagi pelajar
lelaki.
Faktor-faktor lain adalah seperti desakan teman lelaki, perasaan ingin tahu
dan keinginan seks yang tidak berkaitan dengan cinta. Baligh pula merupakan
perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula apabila tahap
hormon yang memasuki saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada
bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam
badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan
ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akhil baligh. Perkara yang paling
ketara semasa baligh adalah merupakan perkembangan permatangan seksual iaitu
kebolehan pembiakan. Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh
bermula pada usia 15 tahun atau mungkin lebih awal dari yang dianggarkan. Pada
masa ini, kanak-kanak melalui peringkat kedua kelahiran, bentuk badan mula berubah
dan keinginan muncul dari dalam, perubahan angin, kemarahan, perubahan fikiran,
membuatkan mereka tidak dapat mengawal, mula berasa segan atau malu apabila
berhadapan dengan kehadiran orang yang berlainan jantina, dan mereka mula merasai
perasaan seksual. Dengan kata lain mereka mula tertarik antara satu sama lain.
Manakala menurut Sigmund Freud dan Anna Freud, awal remaja adalah peringkat yang
paling bermasalah disebabkan perubahan dramatik psikologi yang berlaku pada masa
tersebut. Zon genital, khasnya didorong tenaga seksual yang hebat, dan remaja
ini sekali lagi dilanda fantasi. Remaja ini mungkin rasa susah atau tidak selesa
apabila berada di kalangan ibu bapanya. Stanley Hall (1904) berpendapat
perkembangan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi
dan faktor genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja
sebagai zaman 'storm and stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada
perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan.
Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan
tergugat. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan
tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral.

4.0 TEORI PUNCA SALAH LAKU DAN MASALAH SOSIAL PELAJAR

Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian. Teori fungsionalisme


menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik
mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak
minoriti yang menindas. Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat
devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat
besar. Deprivasi selalu berpunca daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan
emosi. Remaja terutamanya daripada latar belakang kelas sosial rendah yang tidak
berjaya dalam akademik mengalami kekecewaan dan tekanan status lalu bertindak
melakukan devian.
Teori interaksionisme melihat devian sebagai sesuatu yang subjektif dan
merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkahlaku tertentu
mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka menginterpretasi sesuatu
. Kajian Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai
teknik neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat
jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang
salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi
berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan )
dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat
lain).

5.0 MASALAH SOSIAL PELAJAR


5.1 Seks Bebas Dan Jenayah Seksual
Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular
dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang
menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun
ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di
sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan
dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut.
Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu
lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius.
Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau
pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan
merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan
meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan
terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil
ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak
sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu.
Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah
seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin
meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan
seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul
oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain
jenayah seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar
nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi
(IPT).Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur
berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di
seluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang
terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral dibawah meja di bilik
darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil
siasatan guru-guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa
yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada
malam sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-
rakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik
darjah. Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang
sanggup mendedahkan anaknya kearah gejala sosial dengan menonton video lucah
bersama-samanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari
ini ? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini? Adakah anak yang
perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan?
Ibu bapa hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak
kerana pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat dan lambakan bahan-bahan
lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah laku anak-
anak dan para pelajar.
Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus
wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan
kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih
terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah
masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan
remaja. Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan
keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang
semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan
dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu
dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka dan
memanfaatkannya ke arah yang lebih positif.

5.2 Samseng Dan Gengsterisme

Gejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara juga


semakin membimbangkan. Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang
dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata
merbahaya. Berita Harian, 12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahun
antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar
meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kementerian
Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenal pasti pelajar di 456 sekolah
menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan
sedikit dan menunjukkan gejala ini ini berada pada tahap membimbangkan .
Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan diperlihatkan kepada
pembabitan pelajar dalam kes jenayah berat seperti membunuh, merogol,
menyamun, mengugut dan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang terlibat dengan
dadah, mabuk, memiliki senjata api menceroboh , judi dan membuli. Peristiwa
terbaru ialah kejadian membakar sekolah dan rumah guru yang dilakukan oleh
pelajar sekolah. Seawal belasan tahun pelajar sudah terjebak dengan jenayah
ekstrem seperti membunuh , merogol dan menyamun. Mereka yang sudah menjinakkan
diri dengan kes seperti mencuri motosikal, pecah rumah dan memukul orang ,
tidak mustahil akan terbabit dengan jenayah berat seperti membunuh, sindiket
senjata api , pengedaran dadah dan juga rompakan senjata api. Mengikut laporan
Menteri Pendidikan semasa persidangan di Parlimen, statistik kesalahan
membunuh, merompak, merogol dan dadah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah
menengah di seluruh mengikut negeri-negeri dari tahun 1999 hingga tahun 2000
dan pertengahan tahun 2001 ialah 12 kes bunuh, 123 kes rogol dan 51 kes samun dan
rompakan.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut
seperti faktor rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri
pelajar itu sendiri . Ramai pelajar dan remaja mudah terpengaruh dengan media
yang memberikan ganjaran keseronokan dan mula tersesat dengan meniru apa yang
dilihat dan dibaca. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada
pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Selain itu
rumah tangga yang porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang
kearah kelakuan tidak baik di kalangan remaja . Sekiranya ini berlaku pelajar
atau remaja akan mengambil jalan singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat
sebagai jalan keluar kepada permasalahan mereka.

5.3 Ponteng Sekolah

Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan
pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan
iaitu 32 092 orang pada tahun 1993, 154305 (1995) dan 80 937 pada 1997.
Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun
dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng.
Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah
ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3
peratus adalah pelajar perempuan. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian
Pendidikan , Datuk Mahadzir Mohd Khir , masalah ponteng lebih ketara berlaku di
kalangan pelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama mereka
yang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar.
Di antara faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya gejala ponteng
di kalangan pelajar sekolah ialah tiadanya minat atau motivasi untuk ke sekolah,
tiada kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan , pengaruh persekitaran seperti
melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah, melayari internet di kafe siber
dan terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya. Sesungguhnya gejala
ponteng sekolah adalah masalah serius yang perlu diberi perhatian.dengan
mengambil pendekatan bersepadu dengan mengesan punca pelajar terbabit dengan
gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya.

5.4 Black Metal

Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian meningkat. Yang
lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah epidemik atau wabak yang
menjangkiti remaja melayu babak demi babak, peringkat demi peringkat dan yang
terakhir dan masih terasa bahangnya ialah masalah Black Metal dan kini Pink Metal.
Semua ini sebenarnya adalah masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana
kelekaan sendiri. Masalah Black Metal misalnya merupakan masalah masyarakat yang
telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan
atau vacum yang kaku dan bisu. Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang
mempunyai unsur pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang
sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka. Hasil
daripada siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah di
Parit Buntar mula terbabit dengan kumpulan Black Metal sejak 1999. Ada diantara
pelajar berkenaaan terbabit dalam upacara membakar ayat Al Quran dan mengikuti
upacara yang diketuai `tok guru` yang berselubung hitam.
Akibat dari ketandusan aqidah , pelajar Islam mula terpengaruh dengan agenda
Yahudi dengan menafikan tauhid Uluhiyyah. Adalah menjadi perkara yang sangat
menyedihkan dan mengecewakan apabila terdapat golongan pelajar Islam di negara
ini yang terpengaruh dengan budaya yang kurang sihat ini. Ilmu dan pengajaran
daripada simpulan bahasa dan perumpamaan melayu misalnya, tidak langsung mendapat
tempat sebagai pegangan hidup kita. Membenteras gejala negatif ini merupakan
tanggungjawab sosial semua pihak dari seluruh anggota masyarakat. Usaha ini
memerlukan kerjasama yang padu di kalangan anggota masyarakat. Dengan komitmen,
kesungguhan dan keikhlasan semua pihak, gejala ini akan dapat ditangani dengan
sebaiknya, tanpa kita membebankan mana-mana pihak.

5.5 Penyalahgunaan Dadah

Dadah bukanlah satu perkara baru dalam konteks kehidupan pada hari ini. Di
Malaysia sahaja bilangan penagih dadah semakin bertambah saban tahun. Apa yang
lebih membimbangkan ialah golongan remaja terutamanya pelajar sekolah terlibat
dengan aktiviti yang tidak sihat ini. Menurut laporan Agensi Antidadah
Kebangsaan pada tahun 2005 sahaja lebih 5% daripada 32 808 penagih dadah yang
dikesan terdiri daripada mereka yang berusia 13-20 tahun. Manakala berdasarkan
laporan Dadah Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2007, dianggarkan 200 juta
atau 5 peratus daripada penduduk dunia (1 daripada 200 orang) mengambil dadah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan bagi setiap penagih yang
dikesan ada empat lagi yang tidak dilaporkan. Jikalah ini benar, ini bermakna
jumlah sebenar penagih dadah di Malaysia boleh menjadi sejuta orang berbanding
hanya 250,000 yang dilaporkan. Kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia pula
mendapati, kebanyakkan penagih dadah di negara ini mula mengenali dadah dalam
lingkungan usia 13-15 tahun dan 71 peratus daripada penagih baru terdiri daripada
golongan muda antara 19-39 tahun.
Menurut Agensi Dadah Kebangsaan, dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis
bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani
(fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-laku pengguna apabila
digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus
bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang
penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja
walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai
yang sanggup mengemis dan melacurkan diri. Walaupun dadah yang dikenali umum
terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga
semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk
tembakau dan arak. Malah, sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan mengikut
peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang sama seperti
dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan
sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius. Dengan
perkataan lain dadah membawa risio yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan
maut. Semua jenis dadah yang telah disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan
ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.

6.0 FAKTOR- FAKTOR MASALAH SOSIAL DI KALANGAN PELAJAR


6.1 Peranan Ibubapa

Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan remaja terlibat dengan masalah
sosial ini. Faktor yang paling utama ialah kurangnya peranan ibubapa, masalah
keluarga, faktor diri sendiri dan pengaruh rakan sebaya. Faktor-faktor lain pula
seperti sekolah dan masyarakat. Sering kali dinyatakan ibu bapa mempengaruhi
kejayaan remaja khasnya pelajar di dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang
sentiasa memberi galakan dan perangsang sehingga mereka timbul minat, semangat
ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu
bapa juga yang menentukan pola-pola tingkah laku remaja. Faktor-faktor seperti
dorongan dan galakkan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak
serta keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukkan personaliti, motivasi
dan pencapaian akademik remaja yang masih bergelar pelajar. Ibu bapa yang sentiasa
memberi dorongan dan bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi (T. Marimuthu,
1990). Disiplin yang berterusan dan hubungan baik antara ibu bapa dengan remaja
meningkatkan motivasi kejayaan di dalam pelajaran. Dalam kajian ke atas 408 orang
kanak-kanak, pengkaji mendapati keadaan di rumah adalah lebih cepat dikaitkan
dengan kemajuan sekolah daripada kecerdasan.
Keutuhan institusi kekeluargaan dapat menjamin kecemerlangan remaja khususnya
dalam alam pendidikan dan perkembangan personaliti. Ibu bapa khususnya, adalah
salah satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan
perkembangan personaliti atau sahsiah remaja. Ini kerana, ibu bapa menjadi sumber
utama dan pertama proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian remaja. Hakikat
ini jelas dinyatakan oleh bapa psikologi moden, Freud (1983). Oleh itu, ibu bapa
yang tidak memainkan peranan dalam pembentukkan tingkahlaku remaja menyebabkan
berlakunya kemunduran pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja
tersebut. Cara gaya keibubapaan atau cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi
personaliti remaja khususnya pelajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar
kelas. Contohnya, ibu bapa yang mengamalkan cara gaya asuhan yang bersifat
autokratik dipercayai menyebabkan lahirnya personaliti yang terlalu agresif,
memberontak ataupun sebaliknya iaitu melahirkan individu pesimis. Remaja yang
bersifat agresif dan memberontak kebiasaannya lebih gemar menghabiskan masanya di
luar rumah kerana berasa terkongkong berada di dalam rumah. Maka, dari sini
bermulalah pengaruh-pengaruh luar yang negatif seperti pengaruh kawan-kawan yang
devian, rasa ingin kebebasan seterusnya menyebabkan punca berjinak-jinak dengan
najis dadah.

6.2 Masalah Keluarga

Faktor kedua penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kerana mempunyai
masalah keluarga. Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang
ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung,
tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk
menjadi bekal penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif
dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya
dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Ini bersesuaian
dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih sayang (Maslow,
1954). Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca
kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti
sosial. Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibubapanya bercerai
mempunyai IQ yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang
negatif seperti permusuhan, zalim dan tiada kasih sayang (Goldfarb: Petikan Wan
Azmi, 1987).
Krisis keluarga seperti penceraian dan pertengkaran ibu bapa juga boleh
menyebabkan remaja kehilangan obor panduan hidup. Maka, lahirlah personaliti
remaja yang tidak sihat dan lemah pencapaian akademiknya. Seterusnya menyumbang
kepada pelbagai gejala negatif termasuklah penagihan dadah, ponteng sekolah, buli
dan lain-lain. Kedudukan kewangan sesebuah keluarga menentukan jenis-jenis
kemudahan yang dapat disediakan untuk anak-anak. Keluarga yang berada mampu
menyediakan bahan-bahan pengajaran tambahan seperti komputer, tutor bimbingan,
alat permainan (raket, tenis, skuasy, alat muzik seperti piano, organ elektrik)
dan sebagainya. Dengan kemudahan ini anak-anak mendapat pendedahan yang begitu
luas. Seseorang remaja yang memperoleh pencapaian akademik yang baik serta dapat
bermain pelbagai permainan dan alat muzik, memang mempunyai aras keyakinan diri
yang tinggi. Sebaliknya, remaja daripada keluarga yang miskin mengalami pelbagai
jenis masalah seperti ketiadaan tempat khas hendak belajar ataupun ketiadaan tutor
ataupun buku panduan tambahan. Walaupun remaja itu mungkin hendak menyertai
permainan tenis ataupun skuasy, mereka menghadapi masalah hendak membeli raket
berkenaan. Perkembangan personaliti remaja berkenaan turut terjejas dan
mempengaruhi proses pembelajarannya. Hal ini, jika tidak dibimbing dengan baik
akan membawa kepada hilangnya minat belajar, ponteng kelas atau sekolah seterusnya
membawa kepada masalah yang lebih serius seperti menghidu gam, mencuri, dan
menagih dadah.

6.3 Pengaruh Sekolah

Faktor ketiga pula ialah pengaruh sekolah kerana remaja menghabiskan hampir
seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding
dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti
pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan
peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru,
kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar yang lemah
daripada segi akademik (T. Marimuthu, 1980). Jenis kepimpinan dan suasana sekolah
mempengaruhi perkembangan personaliti remaja. Contohnya pengetua yang tegas
melaksanakan disiplin pasti menegaskan kepada remaja, keadaan disiplin adalah
penting bagi menjamin kejayaan pelaksanaan satu-satu tugasan Sebaliknya pengetua
yang tidak tegas boleh mendatangkan kesan yang negatif pula. Ini boleh menyebabkan
remaja menjadi pasif, menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan
takut mendatangkan perubahan. Sifat-sifat kepimpinan juga terbantut
perkembangannya.
Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkan pelajar sebagai cerdik dan bodoh,
pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi pasti menunjukkan minat yang
bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh, ini boleh
menjejas pencapaian pelajar dalam pelajaran (Lacey, 1970). Hal ini seterusnya
menyebabkan keinginan untuk ponteng dari kelas atau sekolah, kerana semangat untuk
belajar kian luntur dari diri remaja terbabit. Apabila gejala ponteng telah
menyerap masuk ke dalam diri remaja, maka, pelbagai pengaruh negatif akan melanda
remaja tersebut antaranya ialah penyalahgunaan dadah.

6.4 Rakan Sebaya

Faktor seterusnya adalah rakan sebaya. Pada diri remaja, pengaruh lingkungan
dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap
perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun
penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari
kelompok teman sebaya (Conger, 1991). Kelompok teman sebaya diakui dapat
mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan
sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan
sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilai-
nilai rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama,
menepati masa, menghormati guru dan mematuhi peraturan, begitulah sikap pelajar
berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya akan menghasilkan
seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat
seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama.
Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap
dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun
tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya. Contohnya, cara berpakaian, hobi,
aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya.
Sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka remaja ini
terpengaruh hendak menjalankan aktiviti yang sihat. Tetapi sekiranya kumpulan
sebaya yang dipilih cenderung berbuat jahat, maka remaja ini akan cenderung
melakukan aktiviti-aktivit yang negatif.Ini kerana remaja ingin dirinya diterima
oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa sahaja supaya
diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang berasal daripada keluarga bermasalah
lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan
membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir
jahat. Apabila rakan sebaya membentuk kumpulan yang bersifat negatif, remaja turut
melakukan perkara yang sama supaya diterima oleh kumpulannya seperti meniru dalam
peperiksaan, merokok dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran. Paling teruk
lagi ialah pengaruh rakan sebaya ini akan mengaruh remaja terlibat dengan najis
dadah, merogol, merompak, dan membunuh.

6.5 Masyarakat

Aspirasi, harapan dan nilai satu-satu masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan


personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat,
remaja yang membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang
bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban
untuk menolong orang lain. Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa
pentingnya kekayaan dan harta benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi
individu dan remaja yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai
murni ini mungkin ditinggalkan menyebabkan remaja sanggup menipu dalam
peperiksaan, bergaduh, mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak
mustahillah sama sekali untuk terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini
menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat dapat mempengaruhi
perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawa kepada masalah sosial
ini.

6.6 Diri Sendiri (Rasa Ingin Tahu)

Faktor lain yang membawa kepada berlakunya masalah sosial ini adalah sikap remaja
yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu
memang wujud dalam diri remaja. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru.
Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diteroka oleh mereka. Sebagai
contohnya fenomena lumba haram, di mana mereka ingin menunjukkan belang mengecap
keseronokan bersama rakan sebaya. Selain itu juga, remaja sekarang lebih suka
kepada cabaran dan mudah terikut dengan gaya, cara hidup lain daripada orang
lain. Jika tidak kena pada caranya, masalah seperti hamil luar nikah mudah
terjadi. Ini dapat dibuktikan daripada kenyataan akhbar Utusan Malaysia (30
September 2002) menyatakan, sikap terpedaya dan sukar mengawal nafsu dikenal pasti
sebagai antara punca utama berlakunya gejala kehamilan luar nikah di kalangan
remaja. Ini membuktikan, sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu tanpa mengetahui
baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima. Perkara sedemikian hanya
mengundang pada keruntuhan akhlaknya sendiri.
Masalah jenayah seperti penyalahgunaan dadah juga adalah daripada sikap ingin tahu
yang tidak kena pada tempatnya. Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ”
Masalah dadah yang merupakan masalah utama, masih merupakan ancaman besar negara”
(Utusan Malaysia, 2004). Ini membuktikan, betapa seriusnya masalah dadah yang
kebanyakan penagihnya terdiri daripada golongan remaja. Selain itu, remaja sering
dilabelkan sebagai moodiness kerana sekiranya remaja gagal menangani gangguan
emosi yang melanda, maka ia membawa pada masalah remaja seperti penyalahgunaan
dadah, delinkuensi dan kecenderungan hendak membunuh diri. Menurut penterjemah
buku berjudul Psikologi Pendidikan iaitu Noran Fauziah Yaakub (1991), beliau
menyatakan sebab utama berlakunya delinkuensi adalah perasaan kekecewaan. Keadaan
ini menunjukkan remaja yang mengalami tekanan dalam diri cenderung melakukan
masalah. Mereka tidak dapat mengawal emosi dan kematangan fikiran lantas
mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam pelbagai perkara negatif
seperti mengambil dadah, merogol, dan membunuh. Menurut Dr Syed Hasan Ahmad
(2004) menyatakan, ”Apabila remaja membuat andaian bahawa ibubapa cuai dalam
tanggungjawab mereka dan berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam keluarga
terbabit, remaja itu akan berasa marah, kecewa dan memendam perasaan.” Keadaan ini
membawa pada perilaku yang tidak baik seperti vandalisme, lepak dan penyalahgunaan
dadah kerana mereka ingin mengelak daripada berada di rumah. Andaian yang dibuat
oleh remaja ini menjejaskan hubungan antara ahli keluarga dan sekiranya tidak
diatasi pasti semakin seriuslah masalah remaja. Begitu juga dengan apa yang
diperkatakan oleh pakar motivasi iaitu Rubiah Hamzah (Utusan Malaysia, 1999)
iaitu sikap marah dan tidak puas hati dapat memberi kesan negatif dan positif.
Kesan negatif adalah apabila seorang itu mengambil sikap berdiam diri serta
memendam rasa tanpa mahu meluahkan atau menceritakan masalah yang membelenggu diri
kepada orang lain.

7.0 CARA MENGATASI


7.1 Peranan ibubapa

Telah kita ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial
ini adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga.
Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya
memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan kepada anak-anak mereka lebih-lebih
lagi pada peringkat remaja. Ini bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954)
yang menyatakan teori motivasi melalui hirarki keperluan. Manusia perlu memenuhi
keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu
sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan.
Seterusnya keperluan kasih sayang dan pada peringkat berikutnya keperluan
peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Berdasarkan
teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran
bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi
diperingkat remaja. Ini termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau
rakan sebaya dalam kumpulannya. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih
sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari
orang lain seperti rakan sebaya.

7.2 Peranan Sekolah

Mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara


komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi,
latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam
strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan
masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah
diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program
dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di
peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran
generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatif
berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan
mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik.
Bagi mencapai hasrat diatas semua pihak perlu memberikan komitmen, kerjasama dan
berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan.
Antara pendekatannya ialah semua guru mestilah mempunyai pengetahuan tentang selok
belok dan punca penyebab berlakunya masah sosial dan pendidikan pencegahan melalui
KBSR dan KBSM mula dilaksanakan, melaksanakan program pendidikan pencegahan gejala
sosial di Tadika/Pra sekolah, dan semua guru mempunyai kemahiran untuk
mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah. Antara program-program yang boleh
dilaksanakan adalah seperti; program intelek asuhan rohani (pintar), kem pintar,
latihan tenaga pengajar (TOT), program untuk PIBG/guru, program sekolah anak didik
kami, ujian saringan air kencing, seminar/ ceramah/ pameran/ tayangan video,
program kampus sejahtera dan menubuhkan skuad anti masalah sosial di IPT.

7.3 Peranan Masyarakat


Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang
daripada terlibat dengan dadah, budaya melepak, ponteng sekolah dan samseng.
Sungguhpun masalah ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung
ianya akan memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah dadah
berkaitan rapat dengan masalah jenayah, keganasan, keselamatan dan HIV/AIDS di
satu-satu kawasan. Oleh itu semua pihak mestilah mewujudkan kesedaran tentang
kesan dan bahaya dadah disamping merangsang penglibatan seluruh masyarakat
setempat dalam usaha memerangi dadah. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di
satu-satu kawasan bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini
dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin
masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan
terutamanya Agensi Antidadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program seperti
pencegahan dadah di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk
mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah akan membawa
mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat.

8.0 PENUTUP

Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar dan
remaja kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah
sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara
dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai
pihak mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih
bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya
bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan ,
tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan
mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir di meja
perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk remaja
dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja
dan lebih bersifat komersial.. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah
berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak
dan para pelajar.
Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam
masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan
buruk dalam masyarakat malalui interaksi mereka di sekolah. Kerajaan juga
perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan
pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh
merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu
didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan
hukuman. Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan
masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang
peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun
demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman
kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang.
Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan
di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak
ternilai ini. ejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di
sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai
pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah
terutamanya tercatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin
yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah
dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hajan walaupun berbagai-
bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.
Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah disebabkan
oleh keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Timbulnya pertelingkahan
antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan. Segala tindak-
tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat.
Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang
daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini
menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah displin di kalangan
pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah. Dalam sesebuah keluarga yang
mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil
berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin
mengejar kebendaan semata-mata.
Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Jadi
tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan
rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka. Selain
itu, pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah di
kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng
sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara
rasional. Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka
tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang
untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi
mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktifiti ponteng sekolah
untuk menenangkan fikiranmenjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas
menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah di
kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah
ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak
tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak
diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi
pembentukan peribadi mereka dan amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan
tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka. Masalah didikan ibu bapa yang
tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka tidak berupaya melakukan
penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang mereka lakukan serta baik
buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan
daripada iu bapa yang kurang sempurna secara tidak langsung mempengharuhi
timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut.
Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah
dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung
sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyi
kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan
amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-
pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih
berkesan. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng
sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi lalu langkah membantu boleh
dilaksanakan. Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersanma anak-
anak mereka dan memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak
mereka di sekolah. Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut
dikawal demi mengelakkan anak-anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah.
Didikan tidak formal sejak kecil lagi perlu dilakukan kerana melentur buluh biar
dari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk bersikap lebih bertanggungjawab dam
berupaya berfikir secara rasional.
Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini
dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan.
Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di
kalangan masyarakat. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen
yang berkaitan dengan keburukan kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini
sedikit sebanyak dapat membantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-
pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah kerana belakang parang diasah,
lagikan tajam. Kesimpulan, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah
ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada
masa hadapan juga, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan.
Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama
kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.
9.0 RUJUKAN
9.1 Rujukan Utama (Pautan Luar)
http://www.scribd.com (Akses 5 Jun 2009)
http://asnahhamid.blogspot.com/ (Akses 5 Jun 2009)
http://www.pemudaumno.org.my/modules.php (Akses 5 Jun 2009)
Mingguan Malaysia “Bahaya Dadah Di Kalangan Remaja”, Ahad, 16 Disember 2007
Utusan Malaysia (30 September 2002)
http : //www.brandeis.edu/gradjournal (akses 5 Jun 2009). Prof. Madya Dzulkifli
Abdul Razak. Dadah: Senario Sejagat Yang Membimbangkan.
http://www.esmartstart.com/ad.html (akses 5 Jun 2008).
http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_sta_penagihan78_files/filelist.xml
(akses 5 Jun 2009).

9.2 Rujukan Sukender

Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizi Yahya dan Jaafar Sidek Latif. 2005. Membentuk Identiti Remaja: Identiti
Adalah Cermin Diri Remaja. Pahang: PTS Publications & Distributers Sdn. Bhd.
Jamal Darus, 1989. Membimbing Anak Muda Dengan Sempurna. Singapura: Sempurna Jaya
Publishing.
Kasmini Kassim. 1998. Penderaan Emosi Kanak-kanak: Trauma Terselindung. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Maslow, A. H. 1954. Motivation and personality. New York: Harper and Row
Publishers.
McCrae.R Robert and Costa Jr. Paul. 1990. Personality in Adulthood. USA: Guiford
Press.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan Pendekatan
Kontemporari. Edisi Revisi. Malaysia: Mc Graw Hill Sdn. Bhd.
T. Marimuthu, 1990. Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya: Penerbitan
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Terry F. Pettijohn. 1998. Psychology: A connectext. Fourth Edition. Dushkin/Mc
Graw-Hill.
Wan Azmi Ramli. 1987. Membina keluarga sejahtera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Azizi Yahya, Jamaludin Ramli dan Wei May Lin. 2002. “Hubungan Antara Tingkahlaku
Keibubapaan dan Penghargaan Kendiri di Kalangan Remaja”.
Dr Tam Cai Lian. 2007. Bahaya Dadah Di kalangan Remaja. Mingguan Malaysia. Muka
Surat 8. 16 Disember 2007.
Norlaila Hamima Jamaluddin 2007. Penagihan bermula pada zaman remaja. Metro Ahad.
Muka Surat 28. 9 Disember 2007.
Margot Trotter Davis. 2004. Spirituality in Adolescent Decision to use drugs: A
review of the literature and theory.