Anda di halaman 1dari 1

Kisah Seekor Kura-kura

Dalam sebuah hutan, seekor kura-kura berkawan baik dengan dua ekor itik. Pada suatu ketika, akibat musim kemarau yang panjang , semua tanaman mati dan kolam tempat mereka bermain juga kering. Disebabkan kekurangan air dan makanan, itik mengajak kura-kura berpindah tetapi kura-kura berasa susah hati kerana dia tidak boleh terbang.Itik mencadangkan kepada kura-kura supaya mengigit sebatang kayu dan itik akan membawa kura-kura dengan kayu tersebut. Itik juga berpesan supaya kura-kura tidak boleh sama sekali membuka mulutnya. Kura-kura berjanji akan patuh kepada permintaan itik dan apabila mereka bersedia, itik pun menerbangkan kura-kura merentasi hutan, merentasi sungai sehinggalah mereka tiba di sebuah kampung. Kura-kura merasa megah apabila terdengar suara budak-budak riuh rendah bersorak kehairanan. Kura-kura boleh terbang? Tengok tukura-kura boleh terbang! Kurakura boleh terbang.! Kerana terlalu gembira, kura-kura terlupa pesanan itik lalu membuka mulutnya ingin memberitahu sememangnya dia boleh terbang. Tiba-tiba kura-kura tersedar dirinya tidak lagi tergantung pada kayu yang dibawa oleh itik. Setelah melayang-layang di udara, dia jatuh terhempas di bumi. Cengkerangnya retak dan kakinya cedera. Sejak peristiwa itulah kulit kura-kura kelihatan retak di sana sini..

1. Siapakah yang berkawan baik dengan kura-kura? Dua ekor itik 2. Di manakah mereka bertiga hidup? di sebuah hutan 3. Mengapakah itik-itik dan kura-kura ingin berpindah dari hutan itu? Hutan itu kekuarang makanan dan air 4. Bagai manakah kura-kura berpindah bersama itik-itik itu? Itik mem bawa kurakura dengan sebatang kayu 5. Apa kelakuan yang dibuat oleh budak-budak ketika kura-kura merentasi kampung mereka? Mereka bersoarak kehairanan 6. Apakah akibat terhadap kura-kura yang membuka mulutnya. Dia jatuh terhempas bumi dan cengkerangnya menjadi retak

Anda mungkin juga menyukai