Penulisan Jurnal Minggu Ketujuh

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

Penulisan Jurnal Minggu ketujuh

Bilangan jurnal Nama No. Kad Pengenalan Kursus Opsyen : : : : : 7 Teh Boon Chuan 900603-09-5111 PISMP Sains sem 6

Pada minggu ini proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang dirancang. Melalui pemerhatian dan analisis yang dibuat , semua murid memberi kerjasama semasa proses pengajaran dan pembelajaran . Pada minggu ini, sikap murid terutama perasaan hormat-menghormati sesame mereka dan kerjasama antara satu sama lain di dalam kelas amat membanggakan. Selain itu, pada minggu ini saya juga dipantau oleh pensyarah pembimbing dab guru pembimbing semasa mengajar. Melalui penyeliaan oleh pensyarah pembimbing, pelbagai benda baru dipelajari antaranya ialah bagaimana untuk menarik minat murid agar lebih tertarik untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Pelbagai cadangan dan penambahbaikkan yang diterima dari pensyarah pembimbing dan guru pembimbing dalam meningkatkan kualiti dan mutu pengajaran dan pembelajaran justeru dapat memberi impak yang positif kepada saya dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Masalah Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berjalan seperti biasa. Beberapa masalah yang saya alami sebelum ini dapat diatasi. Ternyata ianya berhasil. Pada minggu ini saya dipantau oleh guru pembimbing saya. Dalam kelas jasmani, pembahagian kawasan masih belum jelas. Walaupun saya telah meletakkan kon sebagai penanda kawasan untuk melakukan aktiviti, namun terdapat juga murid yang

tidak dapat mematuhi arahan dengan berlari ke seluruh kawasan padang. Saya menggunakan wisel untuk menghentikan pergerakkan mereka namun tiada respon yang diberikan dan mereka masih berlari. Apabila ditanya mengapa mereka berlari ke kawasan lain sedangkan kon sudah ditanda, alasan yang diberikan adalah mereka terlepas pandang. Analisis Setelah diperhatikan, murid sememangnya gemar dengan kawasan yang luas dan suka bergerak. Ada juga di antara mereka yang tidak menghiraukan arahan guru semasa guru menerangkan kawasan semasa melakukan aktiviti. Murid juga hilang daya tumpuan apabila mereka sedang berseronok. Cadangan Untuk Memperbaiki 1. Saya perlu menegaskan dengan lebih jelas kawasan yang betul semasa melakukan aktiviti di padang kepada murid agar mereka faham dan tidak melanggar ke kawasan lain. 2. Saya juga perlu menunjukkan dengan lebih jelas kon penanda di setiap penjuru yang ditanda sebelum melakukan aktiviti di padang agar murid lebih peka dan berhati-hati. Tempoh masa Bagi memastikan masalah ini tidak terus berlarutan, saya akan mengambil tidakan yang drastic dan tepat untuk membantu mereka faham tentang kawasan permainan di samping tidak mematahkan semangat mereka untuk melakukan aktiviti di padang. Ini kerana murid yang ditegah atau dimarahi pada awal sesi pengajaran dan pembelajaran akan mengalami rasa kecewa untuk meneruskan aktiviti yang seterunya. Penilaian Kerjaya Saya akan meminta bantuan dan kerjasama daripada guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang mutu pencapaian saya di samping meminta pandangan dari

beliau. Saya juga akan meminta pandangan serta nasihat dari pasangan saya dan juga rakan- rakan yang lain. Tidakan susulan Semasa membuat beberapa perancangan yang lebih terperinci. Saya juga akan melihat tahap pencapaian dan keagresifan murid saya untuk merangka aktiviti-aktiviti.

Anda mungkin juga menyukai