Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Reflektif Minggu 5

Masa Tarikh Kelas Isu yang dibincangkan : : : : 9.05 am 10.05 am 30 Ogos 2013 4M Masalah tidak dapat guna bilik bestari

Pengenalan: Pada 30 Ogos 2013( 9.05a.m. hingga 10.05 a.m), saya sepatutnya masuk kelas 4M. Saya telah menyediakan power point dan mencari banyak video untuk murid saya. Namun pada hari itu, kunci telah diambil oleh guru lain.

Punca Masalah: 1.0 Kunci bilik bestari diambil oleh guru lain. Mengikut guru yang guna bilik bestari sebelum kelas saya, dia sudah letak balik kunci tersebut. Namun kunci bilik diambil oleh guru yang akan guna bilik bestari selepas kelas saya.

Kesan dan Akibat P&P diganggu dan rancangan mengajar tidak dapat dijalan sepenuhnya. Saya membawa laptop saya berjalan satu kumpulan demi kumpulan. Hal ini juga menyebabkan murid di belakang saya membuat bising.

Cadangan Penyelesaian Masalah 1.0 Meminta guru sebelum kelas tersebut tidak kunci bilik bestari Saya perlu meminta guru sebelum kelas tersebut tidak kunci bilik bestari supaya saya dapat guna kelas selepas rehat mamandangkan begitu banyak guru suka guna bilik bestari dan suka mengambil kunci begitu awal. 2.0 Merancang P&P yang tidak menggunakan bilik bestari pada kelas jumaat. Memandangkan begitu banyak guru suka menggunakan bilik bestari pada hari jumaat, saya boleh merancang P&P yang tidak menggunakan bilik bestari. Selain video, saya boleh membesarkan gambar dan bagi murid saya lihat. 3.0 Mengambil kunci bilik bestari pada awal pagi dan meletak satu ketas kecil yang menulis bahawa saya sudah ambil kunci tersebut. Cara ini boleh guna apabila saya akan diaudit pada hari tersebut. Cara ini boleh elakkan saya kelam kabut pada masa tersebut. 4.0 Mencadang guru yang bertanggungjawab menjaga bilik bestari meletak satu ketas untuk guru mencatat nama apabila mangambil kunci. Kesimpulan: Pengajaran dengan menggunakan teknologi amat ditekan pada masa kini. Namun kekurangan kemudahan teknologi merupakan masalah yang kita hadapi. Guru terpaksa berkongsi guna teknologi. Jadi, kita perlu bertolak ansur dengan guru lain dan cuba berbincang dan merancang satu jadual guna bilik bestari yang terbaik.

Anda mungkin juga menyukai