Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Penyata kewangan (atau laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatankegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan, atau entiti-entiti yang lain. Penyata kewangan memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka pendek serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau orang

perseorangan. Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai penyata kewangan. Terdapat empat penyata kewangan yang asas:

1. Kunci kira-kira: Juga dirujuk sebagai penyata kedudukan atau keadaan kewangan, ia melaporkan aset, liabiliti, dan equiti pemilik syarikat pada sesuatu masa. 2. Penyata pendapatan: Juga dirujuk sebagai Penyata Untung Rugi (atau "P&L"), ia melaporkan pendapatan, belanja, dan untung pada sesuatu tempoh perakaunan. Ini termasuk jualan dan pelbagai belanja yang dikenakan sewaktu pemprosesan. 3. Penyata untung tertahan: Menerangkan perubahan dalam untung tertahan syarikat pada sepanjang tempoh pelaporan. 4. Penyata aliran tunai: Melaporkan kegiatan aliran tunai syarikat, khususnya kegiatan operasi, pelaburan, dan kewangan.

Bagi perbadanan besar, penyata-penyata itu sering sangat kompleks dan boleh merangkumi nota penyata kewangan, serta perbincangan dan analisis pengurusan yang meluas. Nota itu biasanya menghuraikan setiap item dalam kunci kira-kira, penyata pendapatan, dan penyataan aliran tunai dengan lebih terperinci. Ia dianggap sebagai sebahagian penyata kewangan yang penting.

Penyata kewangan sesebuah firma berguna kepada kumpulan pengguna dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk menilai prestasi firma tersebut. Pengguna-

pengguna penyata kewangan biasanya terdiri daripada pihak dalaman dan luaran syarikat.

Pengguna Dalaman

Pihak dalaman mewakili pihak pengurusan yang menggunakan penyata kewangan untuk membuat analisis dan perbandingan prestasi setiap jabatan atau perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini penting untuk tujuan perancangan dan pengawalan.

Kesatuan sekerja juga merupakan pengguna penyata kewangan firma. Prestasi syarikat akan memberi petunjuk kepada persatuan sekerja tentang kadar pembayaran gaji dan imbuhan adakah selari dengan pencapaian syarikat bagi sesuatu tempoh masa. Maklumat ini akan digunakan dalam proses perundingan atau tuntutan bayaran gaji.

Pengguna Luaran

Pihak luaran juga berminat untuk mendapatkan maklumat kewangan sesebuah firma. Pihak-pihak seperti pemegang syer, pemegang debentur, bakal pelabur, syarikat kewangan ,pemiutang mahupun pesaing berminat untuk meneliti prestasi kewangan syarikat. Pemegang syer pastinya memerlukan maklumat kewangan syarikat untuk mengetahui keberuntungn syarikat dan peratus pembayaran dividen atau perkembangan perniagaan. Bagi pemegang-pemegang debentur pula ingin memastikan kebolehan syarikat untuk membayar faedah dan kemampuan syarikat membayar balik debentur. Maklumat kewangan juga berguna kepada bakal-bakal pelabur yang ingin membuat pelaburan baru untuk memilih syarikat yang boleh memberi pulangan pelaburan yang tinggi.

Syarikat-syarikat kewangan dan syarikat kredit juga sentiasa mengikuti perkembangan prestasi kewangan syarikat untuk menilai kedudukan syarikat tersebut sama ada mampu membayar balik pinjaman atau untuk meluluskan pinjaman baru.

Pemiutang-pemiutang juga berminat untuk melihat kecairan modal kerja syarikat, adakah syarikat mampu bayar liabilitinya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan pesaing-pesaing dalam industri yang sama akan sentiasa menggunakan maklumat kewangan syarikat untuk membuat perbandingan dengan prestasi mereka.

Matlamat penyata kewangan adalah untuk memberi gambaran sebenar mengenai kedudukan kewangan sesebuah syarikat termasuklah kedudukan kewangan semasa, prestasi masa lampau dan prospek masa hadapan. Oleh kerana itulah, laporan penyata kewangan hendaklah menuruti konvensyen pendedahan penuh (full disclosure) yang telah ditetapkan dalam Financial Reporting Standards (FRS) oleh Malaysian

Accounting Standards Board (MASB). FRS telah menetapkan maklumat-maklumat minimum yang perlu dilaporkan dalam Penyata Tahunan sesebuah syarikat. Sumber utama maklumat yang digunakan untuk membuat analisis termasuklah : 1. penyata pendapatan 2. kunci kira-kira 3. penyata aliran tunai 4. nota kepada penyata kewangan 5. kaedah perakaunan yang digunakan 6. keputusan-keputusan kewangan yang telah dibuat 7. laporan juruaudit 8. data kewangan untuk tahun sebelumnya untuk perbandingan

KAEDAH ANALISIS PENYATA KEWANGAN Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan ialah Analisis Perbandingan dan Analisis Nisbah.

ANALISIS PERBANDINGAN Analisis perbandingan dibuat berdasarkan kepada 3 asas iaitu : 1. Asas Intera Syarikat - data-data dalam syarikat itu sendiri dibandingkan dengan item-item yang serupa tetapi dalam tahun yang berlainan. 2. Asas Antara Syarikat item-item dibandingkan antara satu syarikat dengan

syarikat yang lain dalam tahun yang sama sama ada syarikat itu merupakan syarikat subsidari dalam satu syarikat induk atau syarikat yang sama industrinya tetapi secara individu. 3. Asas Purata Industri - perbandingan dibuat dengan purata industri di mana

syarikat itu beroperasi. Contoh Syarikat A (syarikat barangan elektrik) dibanding dengan angka industri dari pelbagai syarikat pengeluar barangan elektrik.

Dua jenis analisis perbandingan adalah secara menegak dan secara melintang. Analisis menegak menganalisis komponen atau item dalam penyata pendapatan dan kunci kira-kira menggunakan peratusan yang relatif. Bermaksud , setiap item dibandingkan dengan satu item asas dalam penyata pendapatan contohnya jualan bersih dan dalam kunci kira-kira item dibandingkan dengan jumlah aset bersih. Analisis melintang (analisis arah aliran) pula membuat perbandingan data-data laporan kewangan dengan menggunakan satu tahun tertentu sebagai tahun asas perbandingan. Contohnya, peratus pulangan atas jualan tahun 2002 dan tahun 2003 dibandingkan dengan peratus tahun 2001 yang dijadikan tahun asas perbandingan.

PENGENALAN ANALISIS KEWANGAN Dalam bidang kewangan, analisis nisbah adalah suatu teknik yang boleh digunakan oleh penganalisis kewangan atau sesiapa sahaja bagi mengesan prestasi dan kedudukan kewangan sesebuah organisasi perniagaan. Sebagai contoh, nisbah semasa syarikat membolehkan penganalisis menentukan sama ada sesebuah syarikat itu berupaya membayar obligasi jangka pendeknya apabila ia matang. Terdapat banyak lagi nisbah-nisbah kewangan lain seperti nisbah semasa di atas yang membolehkan kita mengukur pencapaian satu-satu syarikat, namun ia boleh member makna sekiranya aktiviti perbandingan dapat dijalankan ke atas nisbah-nisbah ini. Antara teknik perbandingan yang boleh dilakukan adalah analisis arah aliran dan analisis keratin rentas.

JENIS-JENIS NISBAH KEWANGAN Nisbah Kecairan (Mudah Tunai) Menilai kemampuan firma membayar liability jangka pendek dengan aset mudah tunai. Ia membolehkan penganalisis mengukur keupayaan satusatu syarikat membayar liability semasa apabila ia matang. Nisbah-nisbah kecairan yang biasa digunakan ialah nisbah semasa dan nisbah cepat. Daripada segi prinsip, syarikat yang mempunyai nisbah lebih daripada 1.00 disifatkan sebagai berkemampuan memenuhi tanggungan atau liability semasanya. Nisbah Semasa Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek. Mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik liabiliti semasa. Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar balik hutang jangka pendek.

Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek seandainya nisbah semasa firma melebihi 1.

Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan firma tidak berupaya untuk menjelaskan tuntutan semasanya.

Nisbah Semasa =

Aset Semasa Liabiliti Semasa

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Semasa = Aset Semasa = Liabiliti Semasa 816762 340416 = 2.40 kali

Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat tersebut mempunyai aset semasa 2.40 kali ganda daripada libiliti semasa. Ini bermakna syarikat menyediakan RM 2.40 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula. Baki bagi pembayaran semula adalah RM 1.40 apabila RM 1 liabiliti semasa dituntut.

Nisbah Cepat Nisbah cepat mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai untuk menampung liabiliti semasa. Nisbah ini memberi penekanan kepada kecairan sebenar melalui pengecualian nilai inventori kerana inventori sukar ditukar kepada tunai kerana inventori merangkumi 3 item; bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap, dan pembelian secara kredit. Oleh itu ianya mengambil masa untuk mendapatkan tunai.

Lebih tinggi nisbah adalah lebih baik.

Nisbah Cepat =

Aset Semasa - Inventori Liabiliti Semasa

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Cepat = Aset Semasa Inventori Liabiliti Semasa = (816762 583908) = 0.68 kali 340416

Bedasarkan kepada pengiraan diatas didapati nisbah cair kurang daripada 1 yang membawa maksud jumlah asset yang boleh ditunaikan adalah kurang daripada liability semasa. Syarikat mempunyai baki RM 0.68 bagi setiap RM 1 lbiliti yang dituntut. Nisbah ini adalah berada pada tahap kecairan yang kurang baik.

Nisbah Pengurusan Aset (Aktiviti) Boleh digunakan bagi mengukur keberkesanan dan kecekapan syarikat dalam mengurus aset syarikat. Secara amnya, pengurusan yang berkesan dan cekap menjamin pengeluaran atau keuntungan syarikat yang setimpal dengan jumlah aset yang dimiliki. Nisbah-nisbah utama dalam kumpulan nisbah pengurusan aset ialah: Pusing ganti aset tetap Pusing ganti jumlah aset Pusing ganti inventori Tempoh pungutan purata

Pusing Ganti Aset Tetap Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan sesebuah syarikat

menggunakan aset-aset tetap dalam menghasilkan jualan.

Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap =

Jualan Aset Tetap

Contoh: Nisbah Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Bersih = 270900 = 7.51 kali Jumlah Aset Tetap 360510

Pengiraan diatas menunjukkan syarikat ini mempunyai pusingan ganti asset tetap sebanyak 7.51 kali yang memberi maksud setiap RM 1 aset tetap memberi sebanyak RM 7.51 jualan dapat dijanakan.

Pusing Ganti Jumlah Aset Menunjukkan keupayaan dan kecekapan penggunaan aset firma untuk menjana hasil jualan. Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih Jualan Aset

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Pusing Ganti Jumlah Aset = Jualan Bersih Jualan Aset = 2709000 1182000 = 2.29 kali

Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan syarikat ini memperolehi jualan sebanyak 2.84 kali lebih besar daripada asetnya. Setiap RM 1 yang dilaburkan dalam asetnya menghasilkan RM 2.84

Pusing Ganti Inventori Menerangkan kecekapan firma dalam menukarkan inventori kepada jualan. Lebih tinggi, lebih baik, kerana firma tidak menyimpan stok berlebihan.

Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual @ Jualan Inventori

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Pusing Ganti Inventori = Kos Barang Dijual @ Jualan Inventori = 1625400 583908 = 2.78 kali

Berdasarkan kepada pengiraan diatas, syarikat tersebut mempunyai nisbah pusing ganti inventori yang tinggi. Nisbah yang tinggi disebabkan penjualan produk syarikat yang laris atau syarikat tidak menyimpan banyak inventori yang daripada segi menyimpan. Kadar ganti stok dalam tahun berkenaan ialah 2.78 kali. Dengan kata lain, stok dipegang selama 2.78 hari sebelum dijual.

Tempoh Kutipan Purata Mengukur keupayaan firma untuk mengutip hutang daripada pelanggan. Ia menunjukkan purata masa yang diambil untuk mengutip hutang daripada pelanggan atau akaun belum terima. Kebiasaannya nisbah tempoh kutipan purata yang rendah dianggap baik kerana ini menunjukkan syarikat berjaya mengutip semula akaunakaun belum terima dalam jangka masa yang pendek.

Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima Purata Jualan Sehari Contoh: Rujuk Lampiran 1 Tempoh Kutipan Purata = Akaun Belum Terima = Purata Jualan Sehari 111108 7421.918 = 14.97 hari

Berdasarkan kepada pengiraan di atas, syarikat tersebut mngambil masa selama 14.97 hari bagi memungut akaun-akaun belum terima. Syarikat ini perlu menjelaskan liability syarikat dari semasa ke semasa secara tunai.

Nisbah Leveraj Memberi gambaran keupayaan sesebuah syarikat dalam memenuhi obligasinya kepada mereka yang member pinjaman. Selain itu, nisbah ini juga mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan modal pinjaman syarikat. Ia wujud apabila sesebuah syarikat menggunakan hutang atau pinjaman sebagai salah satu sumber pembiayaannya. Tetapi, semakin banyak hutang, semakin tinggi risiko syarikat tidak dapat menjelaskan faedah pinjaman terutamanya sewaktu kegawatan ekonomi.

Nisbah Hutang Nisbah ini mengukur sejauh mana aset firma dibiayai melalui hutang. Komponen hutang terdiri daripada segala liabiliti semasa dan hutang jangka panjang.

Nisbah ini juga dikenali sebagai hutang kepada jumlah asset yang memberitahu berapa peratus modal hutang yang digunakan bagi membiayai jumlah aset syarikat. Jumlah aset merangkumi jumlah asset semasa dan jumlah aset tetap. Secara praktikalnya, semakin tinggi peratus modal hutang, maka semakin besar syarikat dibebani oleh belanja kewangan. Dengan kata lain, lebih rendah nisbah ini, lebih baik kepada pemiutang syarikat kerana mereka akan menerima lebih perlindungan jika berlakunya pelaburan syarikat.

Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset = 612276 1182000 = 51.80%

Berdasarkan pengiraan di atas didapati bhawa nisbah syarikat tersebut adalah 51.80 % Setiap RM1 aset yang diberi oleh syarikat, ia masih berhutang sebanyak 51.80 sen.

Nisbah Hutang / Ekuiti Nisbah ini membolehkan penganalisis mengukur nisbah pembiayaan yang dating daripada hutang dan ekuiti. Nisbah yang rendah menjamin lebih perlindungan kepada pemiutang. Nisbah ini juga menjelaskan menjelaskan kedudukan modal hutang dan ekuiti. Kebiasaannya, nisbah yang melebihi 1.00 dianggap berisiko tinggi kepada pelabur kerana syarikat berhutang terlalu besar.

Nisbah yang rendah menunjukkan pelaburan yang besar kepada pemilik syarikat. Nisbah Hutang / Ekuiti = Jumlah Liabiliti Jumlah Ekuiti

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Hutang / Ekuiti = Jumlah Liabiliti Jumlah Ekuiti = 612276 569714 = 1.07

Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati modal hutang syarikat tersebut adalah 1.07 kali lebih besar daripada ekuiti. Ini menunjukkan syarikat banyak berhutang jika dibandingkan dengan modal yang disalurkan olehpara pemegang saham.

Nisbah Keberuntungan Nisbah-nisbah di dalam kumpulan ini mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti firma dalam menjana keuntungan. Terdapat tiga jenis nisbah keberuntungan iaitu: Nisbah margin untung bersih Nisbah pulangan atas aset Nisbah pulangan atas ekuiti

Secara ringkasnya, semakin tinggi pulangan yang diperoleh bererti semakin berupaya syarikat membuat keuntungan. Nisbah Margin Untung Bersih Dikenali juga sebagai pulangan atas jualan. Mengukur peratus untung bersih yang diperolehi bagi setiap jualan. Menunjukkan lebihan dari setiap ringgit jualan

setelah ditolak dengan semua belanja firma. Nisbah ini mengukur keupayaan syarikat daripada segi mengurus dan mengawal perbelanjaan syarikat yang mempunyai kesan secara langsung ke atas keuntungan syarikat.

Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih Jualan

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Margin Untung Bersih = Pendapatan Bersih = 116487 = 4.30% Jualan 2709000

Nisbah ini menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak semua belanja-belanja yang terlibat adalah 4.30 peratus. Dengan perkataan lain, daripada setiap ringgit jualan, perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak 4.30 sen Secara ringkasnya terdapat beberapa factor yang menentukan kejatuhan dan kenaikan margin untung ini iaitu faktor: Harga Kos Jualan

Nisbah Pulangan atas Aset (ROA) Dikenali juga sebagai pulangan atas pelaburan. Ia mengukur kadar keuntungan daripada setiap wang yang dilaburkan ke atas aset. Selain itu menunjukkan kecekapan firma di dalam pelaburan aset. Semakin tinggi nisbah, semakin baik kerana menunjukkan keuntungan.

Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih Jumlah Aset

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Pulangan Aset = Pendapatan Bersih = Jumlah Aset 116487 1182000 = 9.86%

Pengiraan tersebut menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan aset-aset perniagaan ialah 9.86%

Nisbah Pulangan Ekuiti Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan syarikat ini menjana keuntungan pemegangsaham syarikat. Para pemegang saham syarikat ingin nisbah pulangan ekuiti yang tinggi kerana ini menunjukkan syarikat berjaya menjana keuntungan cukup supaya diagih-agihkan di antara mereka. Antara komponen-komponen ekuiti syarikat termasuklah: Keuntungan tertahan Saham keutamaan Saham biasa

Keuntungan tertahan dianggap ekuiti kerana ia adalah sebahagian daripada keuntungan syarikat yang tidak diagihkan balik kepada pemegang saham. Keuntungan ini ditahan oleh pihak pengurusan syarikat bagi tujuan pelaburan dan pengembangan syarikat.

Nisbah Pulangan Atas Ekuiti =

Pendapatan Bersih Jumlah Ekuiti

Contoh: Rujuk Lampiran 1 Nisbah Pulangan Atas Ekuiti = Pendapatan Bersih = Jumlah Ekuiti 116487 569724 = 20.45%

Berdasarkan kepada pengiraan di atas menunjukkan nisbah yang diperolehi ialah 20.45 % iaitu bagi setiap ringgit yang dilaburkan menghasilkan pulangan sebanyak RM 20.45.

Analisis Du Pont Antara aspek-aspek yang member kesan ke atas nisbah pulangan ekuiti mengikut analisis Du Pont ialah: Pengawalan perbelanjaan syarikat Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan mengawal perbelanjaan syarikat, nisbah margin untung bersih akan digunakan sebagai proksi.

Pengurusan aset-aset syarikat Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan asset bagi menjana jualan, nisbah pusing ganti jumlah asset akan digunakan sebagai proksi.

Pengurusan laveraj hutang syarikat Bagi mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan leveraj syarikat, nisbah pengganda ekuiti akan digunakan sebagai proksi.

Hubungan nisbah-nisbah ini dengan nisbah pulangan ekuiti boleh diringkaskan dengan persamaan berikut: Nisbah pulangan ekuiti = nisbah margin untung bersih x nisbah pusing ganti jumlah asset x nisbah pengganda ekuiti

Nisbah Pulangan Ekuiti = Pendapatan Bersih x Jumlah Jualan x Jumlah Aset Jumlah Jualan Jumlah Aset Ekuiti