Anda di halaman 1dari 19

Kajian Kes Pelajar Dari Sudut Mata Pelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah Teh Siew Khim IPGM KAMPUS

PEREMPUAN MELAYU MELAKA 1 Julai 2012

ABSTRAK Peranan Pendidikan Moral membentuk personaliti pelajar yang mencakupi

aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Di samping pemahaman dari segi kurikulum Pendidikan Moral, pelajar juga diharapkan dapat mengaplikasikan segala ilmu asas pengetahuan dan konsep yang dipelajari dalam Pendidikan Moral bagi menepati kehendak pendidikan untuk membina sahsiah pelajar berkualiti khususnya di sekolah . Maka tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji peranan Pendidikan Moral dalam membina sahsiah pelajar berkualiti di sekolah dengan melihat pemahaman kurikulum subjek-subjek ini dan seterusnya melihat pengaplikasian akhlak dan nilai dalam kehidupan seharian pelajar. Di samping itu kajian ini juga melihat keberkesanan pentaksiran Pendidikan Moral di sekolah mempengaruhi membina sahsiah pelajar berkualiti ini. Fokus kajian ini ialah pentaksiran tidak formal . Reka bentuk kajian ini berbentuk set borang soal-selidik kepada pelajar Pendidikan Moral . Seorang responden tahun tiga dipilih daripada 10 orang pelajar Tahun 3 SJK C LIAN HWA , dari sebuah kampung yang agak terpencil dari daerah Muar . PENGENALAN Pendidikan moral ialah satu perkara yang kompleks dan telah mengundang banyak kekeliruan. Ia bukan saja menjadi tugas pendidik yang mengajar Pendidikan Moral di sekolah malah perlu kerjasama dari semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat sekolah khususnya untuk mempromosikan suasana
1

moral. Menurut Puka (1976), jika pendidik tidak tahu apa itu moral maka dia tidak boleh mengajarnya (Abdul Rahman Aroff,1986). Pendidik yang diamanahkan untuk mengajar Pendidikan Moral perlu mempunyai asas ilmu pengetahuan dan kemahiran yang luas terutamanya berkaitan keperluan dalam diri dan pendekatan atau kaedah yang digunakan. Sebenarnya konsep moral yang dipegang oleh pendidik akan mempengaruhi matlamat, kandungan dan terutamanya kaedah mengajar Pendidikan Moral. Contohnya seorang pendidik yang memahami Pendidikan Moral sebagai kepatuhan terhadap peraturan yang mutlak akan bertindak secara autoritarian dan program Pendidikan Moralnya akan menjadi bersifat indoktrinasi yang implikasinya akan membantutkan proses perkembangan moral yang matang.Oleh itu janganlah terlalu mudah kita berpuas hati dengan mengeneralisasikan semua guru adalah guru moral. Kita juga perlu sedar bahawa suasana di luar bahkan di memberi dalam sekolah sendiri samada dari segi praktik dan polisi banyak

implikasi terhadap kemoralan seseorang individu. Sebagaimana pentingnya Pendidikan Moral secara formal, proses pendidikan secara tidak formal melalui aktiviti-aktiviti dan suasana alam persekolahan meliputi masyarakat dan polisinya perlu mempunyai kualiti yang boleh mempromosikan suasana moral. Sememangnya ia bukanlah satu usaha yang mudah dan memerlukan tekad yang jitu tetapi tanggungjawab ini perlu kita galas untuk menyiapkan anak didik kita supaya boleh berfungsi dengan baik dan berkesan dalam pelbagai segi. OBJEKTIF KAJIAN 1.Mengenalpasti tentang amalan penerapan nilai-nilai moral di kalangan murid sekolah rendah melalui penilaian tidak formal . 2.Memberi cadangan memupuk sikap positif dan penerapan nialai-nilai moral di kalangan pelajar sekolah rendah .

Definisi Pentaksiran
2

Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum,semasa dan selepas pengajaran.Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, danpencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaranyang hendak dinilai, merancang, dan membina instrument pentaksiran,menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan.Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secaramenyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmaniselaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Pentaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya penaksiran dan penilaian bertujuan mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran dan penilaian membolehkan guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses merancang, proses melaksanakan penaksiran dan proses merekod maklumat. Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan
3

dengan lancar dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti murid yang hendak dinilai, kedua ialah menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai dan seterusnya adalah untuk menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian hendak dijalankan. Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan. Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja. Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat kelak.

Pentaksiran Secara Tidak Formal


Pentaksiran Secara Tidak Formal Pentaksiran jenis ini adalah lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah.Matlamat utama tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap . Pelaporan penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar . Ia tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.

1.2.1 Jenis-jenis Pentaksiran Tidak Formal


4

a) Pemerhatian Adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara bersistematik secara dan tepat untuk mengumpul melibatkan maklumat individu dan merekodnya ia adalah dengan tepat tentang murid yang menjadi sasaran pemerhatian ataupun keseluruhan kelas.Jika tertentu bertujuan untuk mengenal pasti punca, sebab atau permasalahan yang dihadapi sama ada berkaitan dengan pembelajaran cara bersosialisasi ataupun isu moral yang dihadapi.Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku , perbualan atau interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja. Tujuan Pemerhatian Mengesan serta-merta Mengesan kemajuan Mengesan pencapaian Mengesan fenomena tingkah laku Digunakan untuk menilai : - sikap - perlakuan/amalan - amali - kemahiran manipulatif - kemahiran bersosial - kemahiran belajar - kemahiran kinestetik
5

- kemahiran literasi komputer - kemahiran mereka cipta

Perlaksanaan Pemerhatian: Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan,buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus .Ini membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu pendidik melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar /marking scheme. b) Merekod Pemerhatian Senarai semak Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah laku yang dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain berdasarkan keperluan pemerhatian. Ia memerlukan satu bentuk jadual dan setiap pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan ( ) atau cara lain.

Rekod Berterusan Catatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5-10 minit. Daripada pemerhatian ini guru akan dapat mengukur

tentang keupayaan murid bertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsepkonsep moral yang perlu ada pada setiap individu.

c) Anekdot Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif, perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan secara menyeluruh. Lapor mengikut keutamaan Mula dengan aspek yang mudah ke aspek yang lebih kompleks Biar proses mencatat anekdot berlaku secara semulajadi Rekod pemerhatian bersistematik dan boleh disimpan dalam bentuk portfolio yang murid,

mengandungi

rekod

peribadi

perkembanganm diri murid sama ada dari segi sahsiah, perlakuan dan juga contoh hasil kerja murid. d) Port Folio Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian perancangan pelajar dalam berstruktur satu yang jangka masa yang secara dipersetujui.Dokumentasi memerlukan pelaksanaan

dan penilaian yang teliti.Proses

pembelajaran

portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir..Port Folio menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.Portfolio bersifat reflektif yang
7

dirangsang melalui persoalan.Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina: 1. Porfolio kerja harian 2. Portfolio hasil terbaik 3. Portfolio dokumen. e) Temu bual Satu instrument yang digunakan dalam kajian yang berbentuk

tinjauan.Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian.Bentuk temu bual: temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu bual yang tidak berstruktur. Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan temu bual.Ciriciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, serta tempoh yang sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan responden. f)Soal Selidik Alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan.Soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh disediakan sendiri oleh pengkaji ataupun menggunakan soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya.Soal selidik biasanya disokong dengan
8

menggunakan temu bual bersama responden. Ini akan menjadika hasil dapat lebih bernas dan mantap. g)Tugasan Boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk satu tempoh masa tertentu.Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan.

Objektif Pentaksiran dan Penilaian Tujuan atau objektif penaksiran dan penilaian haruslah difahami dengan jelas oleh guru dapat memastikan bentuk penaksiran dan penilaian yang wajar digunakan. Secara umumnya, Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah bertujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri. Secara khususnya, antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah ianya dapat mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Ianya juga dapat digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajarannya melalui proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Kajian kes : Mengkaji tingkah laku moral

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tingkah laku moral kanak-kanak yang dipilih bagi memerhatikan sejauhmana penerapan nilai-nilai peranan dalam perkembangan seorang kanak-kanak. Respondan/Subjek Kajian dan Latar Belakang Keluarganya. Subjek yang pengkaji pilih merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang bersekolah di SJK C LIAN HWA , Kampung Teratai ,Daerah Muar , Johor .Dia belajar di kelas tahun 3 diajar oleh Cikgu Koh Kia Lin dalam kelas tahun 3 yang mempunyai 10 orang pelajar . Subjek pengkaji merupakan kanak-kanak lelaki yang bernama Chan Ka Lok . Chan Ka Lok dilahirkan pada 8 Ogos 2003 di Hospital Sultanah Fatimah Muar , Johor . Chan Kah Lok berumur 9 tahun. Bapanya bernama Chan You Liang , berumur 53 tahun dan bekerja sebagai Penoreh getah di Kampung Teratai manakala ibunya pula bernama Liu Mui Cu , berasal daripada Indonesia .Dia berumur 30 tahun dan bekerja sebagai penoreh getah juga di Kampung Teratai . Chan Kah Lok daripada empat merupakan anak kedua beradik dan mempunyai seorang kakak, seorang adik moral memainkan

perempuan dan lelaki masing-masing berumur 7 tahun dan 4 tahun . Mereka sekeluarga tinggal di rumah beralamat 51, Kampung Teratai , 85200 Pos Jementah , Segamat . Chan Kah Lok merupakan seorang kanak-kanak yang aktif dan cerdik .Dia mendapat keputusan yang baik dalam setiap kali peperiksaan . Aktiviti kegemarannya di rumah ialah menonton televisyen. Selain itu, Chan Ka Lok juga seorang kanak-kanak yang aktif dalam permainan. Dia pandai berbasikal dan bermain bola keranjang .Rasional pengkaji memilih Chan Ka Lok sebagai subjek kajian adalah berdasarkan cadangan daripada guru moral sendiri iaitu Cikgu Koh Kia Lin . Beliau memilih Chan Ka Lok disebabkan Chan Ka Lok seorang pelajar yang aktif dalam akademik dan kokurikulum . Tempat Kajian

10

Pengkaji telah menjalankan kajian pemerhatian di SJK C Lian Hwa , tempat kajian pemerhatian telah dilakukan di dalam dan di luar kelas tahun 3 SJK C Lian Hwa . Selain itu, pengkaji juga telah berkunjung ke rumah Chan Ka Lok untuk membuat pemerhatian dengan lebih dekat bagaimana tingkahlakunya ketika berada di rumah.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan pendekatan pelbagai cara, dengan kaedah tinjauan dan pemerhatian yang menggunakan kombinasi data dari instrumen soal selidik dan temu bual. Kaedah ini dipilih untuk digunakan dalam kajian ini dalam usaha mendapatkan pelbagai bukti berkenaan kajian kes yang hendak dikaji secara lebih menyeluruh melalui data dari pelbagai instrumen.

Instrumen Kajian
Membentuk Instrumen Pentaksiran Tidak Formal
REKOD ANEKDOT: Satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif menerangkan fenomena yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami tentang diri murid berkenaan. Perkara-perkara yang ditulis dalam ialah yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial , kemahiran menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh murid. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah: - Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
11

- Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek -perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan. - Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku - Menulis apa yang dilihat secara objektif - Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa -menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola -interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Berikut adalah adalah rekod anekdot yang digunakan :Rekod Anekdot Nama Pelajar : ______________ Tahun :__________________ Tarikh Jenis Perlakuan Berdiri tegak semasa negaraku . Mengucapkan Komen menyanyikan lagu guru

selamat pagi kepada

apabila berjumpa guru . Beratur membeli makanan di kantin pada waktu rehat . Menyerahkan duit yang telah dijumpai di

sekolah . Memulangkan alatulis yang telah dipinjam daripada rakan sekelas . Melaporkan kejadian salah laku rakan sekelas kepada guru . Bercakap bohong sendiri .
12

untuk

melindungi

diri

Tandatangan guru:_______________

Senarai semak
Senarai semak mengandungi aktiviti yang disusun teliti bagi membolehkan guru menilai tahap penarapan yang berlaku semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum . Kandungan senarai semak berdasarkan nalai-nilai yang telah dirancang dalam prosedur pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta juga aktiviti kokurikulum . Senarai semak boleh disediakan secara individu atau kumpulan seperti berikut : Borang Senarai Semak : Tingkah laku murid di sekolah Arahan : Tandakan (/)pada ruang yang sesuai .

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Tingkah laku Ada Menjaga kebersihan diri , bilik darjah dan kawasan sekolah Menghormati rakan ,guru dan kakitangan lain di sekolah Mematuhi arahan, peraturan dan undang-undang Bersopan santun Memberi kerjasama kepada rakan dan guru Selalu bersikap adil Menepati masa Menghabiskan tugasan yang diberikan Jumlah skor Tiada

Temu Bual
13

Temu bual ialah suatu kaedah untuk memperolehi maklumat tentang pandangan, pemikiran, idea dan prinsip diri responden tentang sesuatu isu atau perkara. Temu bual boleh digunakan oleh seseorang guru untuk membuat pentaksiran terhadap penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar yang hendak dinilai . Aktiviti : Tempat :___________________Tarikh :_________________ Nama murid : ____________Kelas / Tahun: __________________ Soalan Temu Bual : Bil 1. 2. 3. 4. Soalan Jawapan Murid Bagaimana anda menghormati guru anda ? Apakah anda menghormati ibu bapa anda ? Bagaimana anda menunjukkan sikap kasih sayang kepada adik-adik anda ? Apakah cara-cara anda mengekalkan persahabatan dengan rakan sekelas anda 5. 6. ? Adakah anda makan bersama-sama ahli keluarga anda ? Apakah yang anda lakukan sebelum dan selepas makan malam ?

Pemerhatian
Pengkaji perlu memiliki pengetahuan dan pemahaman yang luas mengenai situasi yang dikaji. Melibatkan aktiviti meneliti dan berfikir secara original dan kritikal tentang situasi. Aspek penting ialah pemerhatian dilakukan
14

secara

sistematik.

Data

yang

dikutip

dengan

cara

ini

mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi jika dikutip secara teratur dan pada masa sebenar kajian. 3 aspek penting dalam melakukan pemerhatian ialah tumpuan permerhatian (siapa, dimana), masa pemerhatian (diadakan masa yang berlainan untuk dapatkan kepelbagaian maklumat) dan cara pemerhatian (bagaimana dicatat, teknik, prosedur pemerhatian iaitu mencatat data data penting serta merta semasa permerhatian data bentuk nota)

Pemerhatian Nama Murid :________ Kelas /Tahun :__________ Perkara :Cara murid mempraktikkan jadual waktu Nilai :Bertanggungjawab Perkara Murid menggunakan waktu belajar dengan bertanggungjawab. Murid menggunakan waktu riadah dengan bermanfaat . Murid memilih rancangan televisyen yang sesuai . Murid membantu keluarga dengan bertanggungjawab . Ada /Tiada

Soalan Subjektif Melalui soalan subjektif kita akan memperolehi banyak maklumat tentang nilai yang diketahui dengan lebih mendalam kerana responden bebas mengemukakan pelbagai pandangan dan pendapat . Oleh itu, guru akan lebih mudah mentaksir tahap amalan nilai yang dikehendaki . Nama Murid :__________ Kelas / Tahun :_________
15

Tajuk : Semangat Kejiranan Nilai : Hormat-menghormati Bil 1. 2. 3. 4. Soalan Jawapan Murid Bagaimana anda mengenali jiran ? Apakah aktiviti kejiranan yang pernah anda ikuti ? Berapa kerapkah anda mengunjungi rumah jiran dan apakah tujuan anda ? Perrnahkah anda menziarahi anda . rumah jiran

semasa hari perayaan ? Ceritakan pengalaman

Analisis Dapatan Kajian Sepanjang pemerhatian, pengkaji telah membuat sepuluh kali pemerhatian rekod berterusan. Sepuluh kali pemerhatian telah dilakukan di dalam dan luar kelas tahun 3 SJK C Lian Hwa ,sekali pemerhatian telah dilakukan di rumah Chan Ka Lok . Tempoh yang saya gunakan untuk membuat pemerhatian yang terperinci terhadap Chan Ka Lok dijalankan dalam tempoh 2 minggu pada hari persekolahan iaitu hari Isnin hingga hari Jumaat. Selain itu, pengkaji juga telah menemubual guru Chan Ka Lok , ibu bapa Chan Ka Lok dan beberapa orang rakan Chan Kah Lok untuk memastikan dapatan pemerhatian ini dan segala maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar.
16

Didapati responden mempunyai sikap moral yang terpuji pada waktu persekolahan tetapi berbahasa kasar di padang apabila bermain dengan rakanrakanya . Di samping itu , sikap kesopanannya tidak sentiasa diamalkan . Misalnya ucapan selamat pagi hanya diucap mengikuti kesukaan hatinya .Kadang-kadang ucapan selamat pagi tidak diucap langsung apabila berjumpa guru di kawasan sekolah . Hasil daripada senarai semak yang telah dilakukan oleh pengkaji didapati bahawa responden tidak bekerjasama dengan rakan sekelasnya untuk membersihkan bilik darjah dan kelas . Responden kurang bersopan santun apabila bergaul dengan rakan-rakannya . Responden kerap kali berbahasa kasar terutamanya apabila motifnya tidak tercapai . Responden juga tidak bersikap adil terhadap rakan-rakannya . Dia bekerjasama dengan guru tetapi tidak bekerjasama dengan rakannya . Selain itu , kerja rumah biasanya akan disiapkan di rumah. Walau bagaimanapun sesekali responden tersebut juga tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru . Responden ini berkelakuan baik di sekolah , namun sikapnya berubah di luar kawasan sekolah .Saya telah mendapat maklumat daripada pengusaha kedai kopi di tempat kajian yang menyatakan bahawa responden pernah menyeludup ke kedainya ketika kedainya ditutup pada cuti rehat pengusaha tersebut . Tambahan pula , responden juga pernah mencuri kasut jiran yang tinggal berhadapan dengan rumahnya . Maklumat yang saya perolehi menyatakan bahawa ibu bapanya turut membantu anaknya dalam kejadian kecurian dengan menyembunyikan kasut yang telah dicuri oleh anaknya . Cadangan Kajian Praktikal Oleh yang demikian, pihak pengurusan sekolah perlu memainkan

peranan penting sebagai penggerak utama dalam pembentukan dan penerapan nilai-nilai moral ke arah yang cemerlang bukan sahaja dari akademik tetapi gemilang dalam pembentukan akhlak moral yang terpuji.Daripada kajian kes
17

yang telah dilakukan didapati bahawa pentaksiran Pendidikan Moral lebih sesuai dijalankan secara tidak formal di dalam dan luar kawasan sekolah , terdapat sebahagian pelajar yang cemerlang dalam pentaksiran formal tetapi tidak menunjukkan sikap moral yang baik dalam pentaksiran tidak formal.Ini terbukti melalui responden yang telah dikaji . Soal selidik dan soalan temuramah mendapat jawapan yang munasabah daripada responden namun pemerhatian yang telah dibuat didapati amalan baik tersebut tidak diamalkan dalam kehidupan harian . Untuk mencapai matlamat tersebut melibatkan perancangan, pembentukan strategi, pelaksanaan pelan tindakan, pemantauan, penilaian dan penyemakan semula pentaksiran formal dan tidak formal Pendidikan Moral di kalangan pelajar . Kerjasama sekolah ini dengan pelbagai pihak seperti Persatuan Ibu Bapa , para pelajar ,masyarakat setempat, dan sebagainya amat diperlukan .Guru besar juga boleh meningkatkan lagi penguatkuasaan peraturan serta mengetatkan peraturan tersebut dan memberbaiki peraturan yang sedia ada di sekolah ini .Selain itu , kurikulum dan kokurikulum yang menekankan dan menerapkan akhlak moral harus sentiasa dipraktikkan di kalangan semua warga sekolah .Unsur tentang pembentukan akhlak moral perlu ini . Penerapan nilai moral pembelajaran moral sahaja diterap dengan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam semua subjek di sekolah tidak terhad kepada aktiviti pengajaran dan tetapi juga merangkumi amalan moral dalam

kehidupan seharian sama ada di dalam sekolah atau luar sekolah . Pelajar yang cemerlang dari sudut akedemik dan moral sahaja yang akan diiktiraf sebagai Anugerah Pelajar Terbaik . TINDAKAN SUSULAN Daripada hasil kajian yang telah dijalankan, didapati perlu membuat tindakan susulan dalam aspek penerapan dan pemupukan nilai-nilai moral harus dijalankan oleh semua pihak secara berkesan . Antara tindakan susulan ini adalah mencadangkan kempen murid yang cemerlang dari sudut nilai moral diberi pengiktirafan daripada pihak sekolah . Selain itu , pelajar yang baik dalam penerapan moral harus diumumkan pada setiap kali perhimpuan sekolah diadakan .
18

KESIMPULAN Kanak-kanak diibaratkan seperti kain putih yang bersih dan suci. Kita sebagai guru, ibu bapa atau orang dewasa haruslah mencorakkan kehidupan mereka ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga pembentukan peribadi moral dari segi sosial mereka. Pihak pendidik seperti Kementerian Pendidikan, Lembaga Peperiksaan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Badan Bukan Kerajaan dan lain-lain yang terlibat dalam Pendidikan Moral diharap dapat membuahkan sesuatu atau menghasilkan sesuatu berkaitan garis panduan pentaksiran yang lebih sejagat dan mantap. Pentaksiran yang berkesan sangat bergantung kepada bagaimana untuk menganalisis dan mentafsir keputusan yang dihasilkan oleh pelbagai strategi, kaedah dan alat pentaksiran.

19

Anda mungkin juga menyukai