Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM PENCEGAHAN KEMPEN ANTI DADAH Kempen antidadah yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu dilancarkan dengan

kerjasama badan-badan tertentu seperti Kementerian

Kesihatan,Biro Kawalan Narkotik, PEMADAM, pihak polis dan Jabatan Penjara. Ceramah ceramah dan pameran dikendalikan untuk menyampaikan mesej

antidadah. Program seperti ini bertujuan menjauhkan para pelajar daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Guru biasa membantu dari segi menguruskan hal surat menyurat, menyediakan tempat dan kelengkapan pameran serta menyediakan risalah risalah. Matlamat kempen antidadah adalah untuk melahirkan pelajar yang

mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersih daripada dadah. Objektif yang ingin dicapai daripada Kempen Antidadah ini adalag bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahaya dadah. Guru juga ingin menanam sikap benci kepada dadah dalam diri pelajar. Objektif lain adalah untuk mewujudkan gaya hidup sihat tanpa dadah. Kempen ini juga menolong supaya pelajar faham bahawa dadah punca keruntuhan akhlak remaja serta memahami bahawa dadah adalah salah satu ancaman keselamatan pada hari ini dan akan datang. Kempen ini dijalankan untuk murid tahap 2 iaitu untuk Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Murid murid tahap 2 dipilih adalah kerana mereka lebih terdedah dengan anasir yang tidak diingini. Antara akriviti yang dijalankan semasa kempen anti dadah adalah seperti ceramah, pertandingan melukis poster, pertandingan mewarna bagi Tahun 4 dan kuiz. Hadiah disediakan kepada pemenang. PROGRAM HIDUP INDAH TANPA ROKOK Hidup Indah Tanpa Rokok merupakan program anti merokok yang dilancarkan bertujuan untuk menyedarkan para pelajar tentang bahaya dan risiko merokok. Program ini boleh dikendalikan oleh guru Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan. Program ini telah dilancarkan dengan

objektif untuk membentuk sebuah sekolah yang mana para muridnya bukan sahaja tidak merokok, tetapi juga turut membenci rokok. Tujuan utama kempen ini ialah untuk menyebarkan maklumat tentang bahaya merokok dan juga untuk mengurangkan jumlah perokok baru. Selain itu, program ini dijalankan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya merokok. Ia juga dapat menghalang golongan muda dari memulakan tabiat merokok.Pameran, ceramah dan pertandingan lukisan serta peraduan mengarang diadakan. Pameran yang dijalankan memaparkan gambar gambar mereka yang sudah terkena penyakit akibat daripada merokok. Risalah juga disediakan kepada murid murid agar mereka dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bahaya rokok. Cermah juga dijalankan dengan membawa jemputan Khas dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi ceramah tentang bahaya rokok. Murid murid boleh mengemukakan soalan secara langsung mengenai apa yang ingin ditanya. KEMPEN ANTI BULI Buli merupakan gejala sosial yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik seseorang mangsa buli. Justeru itu, Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu melancarkan Kempen Anti Buli yang mana seluruh murid telah berikrar untuk menghindari tingkahlaku buli di sekolah dan mengamalkan sikap positif sepanjang masa. Kempen ini dijalankan dengan kerjasama pihak polis. Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini,kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain. Masalah buli ini berlaku disebabkan beberapa punca. Antara punca yang dikenalpasti adalah :

kekurangan penghayatan nilai-nilai agama. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan.

ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasihsayang&tidak prihatin. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya.

Pengawasan yang longgar di sekolah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain

PROGRAM PERKEMBANGAN PROGRAM MENTOR MENTEE Mentor mentee merupakan suatu program yang memberikan perkhidmatan berkelompok yang berbentuk hubungan antara peajar yang dikawal sebagai mentee manakala tenaga guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu pula bertindak sebagai mentor. Program mentor mentee dijalankan untuk membantu setiap pelajar menangani masalah dari pelbagai segi. Dalam sistem ini, seorang guru akan ditugaskan membantu 10 15 orang pelajar. Mereka berkumpul seminggu sekali untuk membincangkan hal hal yang timbul dari semasa ke semasa. Guru biasa akan berusaha membantu pelajar menyelesaikan masalah yang timbul. Masalah ini mungkin merupakan masalah akademik, keluarga atau sosioemosi. Dalam kes kes yang serius, guru biasa mungkin tidak dapat membantu. Dengan itu, guru tersebut boleh berunding dengan guru bimbingan dan pelajar berkenaan boleh dirujuk. Program ini mempunyai objektif yang tertentu, antaranya adalah Memberi dorongan dan bimbingan terancang kepada pelajar agar mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mentee supaya menjadi peajar yang bermotivasi tinggi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi.

Membina hubungan yang rapat antara guru dan pelajar Mengurangkan masalah peajar termasuk masalah keluarga,peribadi dan pelajaran.

PROGRAM BINA INSAN Setiap sekolah menyediakan rancangan bimbingan tahunan untuk dilaksanakan sepanjang tahun tersebut begitu juga di Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu. Salah satu kegiatan yang terkandung dalam rancangan tersebut ialah Program Bina Insan. Kegiatan yang dijalankan dalam program ini bergantung kepada keperluan semasa dan juga atas kehendak guru dan pelajar. Program ini dijalankan untuk melatih pelajar menjadi individu yang berguna dan berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. Murid juga dilatih untuk membina tabiat baik dan menjadi pelajar yang peka dengan keadaan persekitaran dan tujuan yang terakhir adalah untuk memberi kesedaran dan menimbulkan semangat bertanding secara positif dalam kalangan pelajar. Objektif program ini adalah : Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, bertanggungjawab, hormat-

menghormati, bersikap tolong-menolong dan berdisiplin. Meningkatkan disiplin pelajar sebagai asas mencapai kecemerlangan bidang kurikulum dan kokurikulum. Sentiasa berbangga, memelihara dan mengutamakan imej sekolah. Membentuk pelajar yang menghargai persekitaran, harta benda dan kebersihan sekolah. Melahirkan pelajar yang berprihatin terhadap keharmonian antara pelbagai kaum, budaya dan agama dan menyanjung budaya pelbagai bangsa. Melahirkan murid yang beketrampilan, berkeyakinan dan mempunyai semangat jaya diri yang tinggi