Anda di halaman 1dari 3

IKRAR CALON UPSR 2013

Saya ..dari kelas 6 calon UPSR SK Telok Menegon 2013 , berikrar dan berjanji, di hadapan ibu bapa, guru besar, serta guru guru , akan : Menumpukan sepenuh usaha, dan cita cita saya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri. Bagi mencapai matlamat tersebut, saya berjanji untuk mengubah semua sikap negatif kearah yang lebih baik. Untuk itu saya akan :1. Sentiasa menghormati dan taat perintah agama, ibubapa, penjaga dan guru guru. 2. Mematuhi segala peraturan dan undang undang sekolah. 3. Menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran sama ada di sekolah atau di rumah. 4. Sentiasa mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan di rumah dan pada masa lapang. 5. Menyiapkan semua kerja yang diminta oleh guru pada masa yang ditetapkan. 6. Sentiasa berusaha untuk mengharumkan nama sekolah, diri sendiri dan keluarga. 7. Belajar bersungguh sungguh demi mencapai sasaran 5A dalam UPSR 2013. 8. Sentiasa menghargai masa pada setiap waktu. 9. Sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa, penjaga, guru guru dan rakan rakan. 10. Sentiasa menjaga solat lima waktu pada setiap hari .

Tandatangan pelajar :

Tandatangan Ibu bapa/Penjaga:

. ( ) (

AKUJANJI CEMERLANG UPSR 2013 Bahawa dengan sesungguhnya saya . murid Tahun 6 Sekolah kebangsaan Telok Menegon dengan penuh keyakinan dan semangat yang tinggi akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai sasaran yang berikut : Matapelajaran Bahasa Melayu - Penulisan Bahasa Melayu Pemahaman Bahasa Inggeris Matematik Sains Bagi mencapai sasaran ini saya akan : 1. Belajar bersungguh - sungguh 2. Menurut nasihat nasihat dan ajaran guru, ibu bapa serta penjaga 3. Mematuhi peraturan sekolah . 4. Tidak mengulangi kesalahan yang lalu. 5. Menjaga akhlak dan solat lima waktu. 6. Berdoa dan bertawakkal. Tandatangan murid : Tandatangan ibubapa/penjaga : Gred Markah

.. Nama : Tarikh :

.. Nama :

Tandangan guru kelas :

... Nama : Tarikh :

IKRAR GURU SK TELOK MENEGON, KLANG

Saya . guru guru SK Telok Menegon , dengan ini berikrar akan : 1. Berusaha bersungguh sungguh demi mencapai sasaran UPSR 2013, kelulusan 90 % dengan GPS 1.9. 2. Mendidik murid murid dengan seikhlas hati dan sepenuh jiwa. 3. Memastikan semua calon UPSR mendapat bimbingan dan perhatian sewajarnya demi membangun dan menyerlahkan potensi diri mereka. 4. Berusaha memastikan bahawa anak didik kami terdidik sahsiah dan akhlaknya, agar menjadi anak yang menghormati ibu bapa, penjaga, guru guru serta taat perintah agama. 5. Berusaha untuk meniupkan obor semangat dari segi motivasi demi mencapai kecemerlangan yang diiinginkan. 6. Menyediakan anak didik dengan ilmu pengetahuan melalui kaedah dan pendekatan yang menarik, sesuai dengan tahap dan kemampuan mereka. 7. Mendoakan kejayaan anak didik kami pada setiap masa. 8. Sentiasa berbincang tentang perkembangan anak didik kami dengan ibu bapa mereka pada bila bila masa yang diperlukan.

Tandangan guru : . ( )

Tandangan Guru Besar: . ( )

Tarikh :..

Anda mungkin juga menyukai