Anda di halaman 1dari 28

PEMARKAHAN 1 2 3 TUGASAN 1 TUGASAN 2 E FORUM JUMLAH

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013 KBK 3073 :MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS


TAJUK ESEI ILMIAH
Tugasan 1 A. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD) B. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan Model Sosial terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). C. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesanuntuk membantu kanakkanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD).

DISEDIAKAN OLEH NAMA LIN CHIN MEI NO. ID D20112053344 NO. TELEFON 0178712738

PUSAT PEMBELAJARAN :EL- P02

NAMA TUTOR E-LEARNING: NOR SITI ROKIAH BINTI ABDUL RAZAK TARIKH SERAH: 29/4/2013

Isi Kandungan
1.0 Pengenalan 2.0 Ciri-ciri ADHD 2.1 Ciri-ciri Fizikal 2.2 Penyebab AHDH 3.0Intervensi Awal 3.1Model Perubatan 3.2Model Sosial 3.3Kolaborasi Model Perubatan Sosial 4.0Pendekatan dan Pengajaran 4.1Rancangan Pengajaran Individu 4.2Pengayaan Berkumpulan 4.3Pengajaran Indoor dan Outdoor 5.0Penutup 6.0Rujukan 1-1 2-2

1.0 Pengenalan
Menurut Dr. Seto Mulyadi memberikan maksud hiperaktif sebagai suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Manakala Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007 dalam rencananya mengatakan bahawa perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi tumpuan dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif. Hiperaktif adalah suatu pola perilaku seseorang yang tidak pernah berdiam diri, sukar untuk dikendalikan, tidak memberi perhatian dan bertindak mengikut kehendak dirinya sendiri yang disebut sebagai ADHD iaitu ( Attention Deficit Hyperactive Disorders ). Hiperaktif juga merupakan suatu keupayahan dalam mengawal diri sendiri supaya tidak melakukan perkara yang diluar kemampuan. Sebagai contoh, budak-budak hiperaktif ini tidak pernah memikirkan sesuatu perkara dari sudut positif dan negatif sebaliknya hanya melakukan sesuatu perkara berdasarkan kehendak sendiri. Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku semasa zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri dan tanda-tanda seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-

impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. Selalunya kita akan dapat mendengar ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Malaysia merupakan sebuah negara yang boleh dikatakan telah mencapai tahap pemodenan yang baik. Dalam mencapai arus pemodenan itu, terdapat banyak ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak sehingga boleh

menyebabkan jiwa kanak-kanak menjadi kacau dan mudah dicemari dengan pengaruhpangaruh negatif daripada pemakanan, suasana keluarga dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dan ketara pada institusi kekeluargaan apabila ibu bapa yang bekerja hanya menumpukan perhatian pada kerjaya sehingga mengabaikan anak-anak mereka.Era globalisasi ini menunjukkan institusi keibubapaan dan masyarakat amnya mengambil sikap sambil lewa dan leka dari menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga

sehinggakan ia menjadi salah satu penyebab kepada masalah hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) bagi kanak-kanak. Gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan adalah merupakan salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh golongan kanak-kanak.Anak-anak yang menghadapi masalah hiperaktif dan kurang tumpuan adalah golongan kanak-kanak yang sentiasa kurang memberikan tumpuan di dalam kelas dan tumpuan mereka mudah terganggu oleh faktor di sekililing . Menurut (Scrib, 2010)Kanak-kanak yang hiperaktif dapat dikenalpasti melalui kegiatan dan tingkah laku mereka. Terdapat teori dan pendekatan yang sesuai dalam mengaitkan isu pelajar yang hiperaktif seperti teori kognitif piaget dan pendekatan konstruktivisme social.Dalam hal ini, terdapat beberapa faktor yang telah

menyebabkan pelajar menghadapi masalah hiperaktif sepeti faktor neurologik, faktor genetik, faktor suasana kekeluargaan dan sebagainya. Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah ini bukan sahaja memberikan implikasi terhadap dirinya sendiri malah turut memberikan implikasi kepada pelajar lain dan juga guru. Gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan menyebabkan ramai ibu bapa yang mendapati sukar untuk menguruskan kanak-kanak yang terlalu aktif. Kanak-kanak ADHD sentiasa bergerak ke sana ke mari menerokai persekitaran menyebabkan berlakunya huru-hara ke atas ibu bapa dan Kanak-kanak ADHD gemar bertindak

individu yang berada di persekitaran mereka.

sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas yang diberikan . Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir,tetapi tidak mengendahkannya . Pelajar ADHD perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Apabila kanak-kanak gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi dengan rakan- rakannya di sekolah , mungkin ini menandakan kanak-kanak menghadapi masalah tingkah laku hiperaktif.

Masalah kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai masalah kesihatan mental yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, hiperaktif merupakan sifat kanak-kanak yang terlampau cergas pergerakannya

yang menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar dikawal. Kanak-kanak mengalami suatu masa perkembangan yang memerlukan proses keseimbangan, pergerakan dan manipulasi. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti manakala pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Keseimbangan pula merujuk kepada kemahiran kanak-kanak berhubung dengan obejk persekiatarannya ( Scrib, 2010 ).

2.0 Ciri-ciri ADHD


Mengikut perkembangan ADHD (Aftention Deficit Hyperactivitiy Disorder)

untuk mengenalpasti kanak-kanak yang hiperaktif terdapat 3 kategori hiperaktif yang harus dikenalpasti iaitu Inatesi, Impulsif dan Hiperaktif. Seorang guru yang mengajar anak muridnya dapat mengenal pasti tentang masalah yang dihadapi dapat dikenalpasti melalui tingkah lakunya. Pertama ialah masalah hiperaktif ( Berlaku terlalu aktif ) . Kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif ini tidak akan dapat berduduk diam. Mereka akan kelihatan gelisah tampak pada tangan dan kaki serta akan mengeliat dalam tempat duduk. .Kanak-kanak ini tidak akan duduk di kerusi mereka sewaktu di kelas walaupun mereka sepatutnya duduk di situ dan ada guru yang sedang mengajar ketika itu. Selain itu,mereka juga akan berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan daripada kanak-kanak biasa dan juga banyak bercakap. Malahan masalah ini menyebabkan kanakkanak hiperaktif menjadi lebih cergas dalam bidang sukan dan permainan berbanding murid yang lain. Hal ini adalah kerana, mereka akan mengalami satu masalah jika hanya duduk belajar secara diam dalam kelas sebaliknya pelajar yang hiperaktif ini lebih gemar bergerak cergas seperti aktiviti dalam sukan dan permainan . Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat-manjat perabot sukar duduk diam dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai hiperaktif. Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak-kanak yang berusia 2 tahun atau 3 tahun sudah pandai berlari, memanjat dan melompat. Pemeriksaan urat saraf di kalangan kanak-kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif, selalu tidak menunjukkan

apa-apa gangguan. Malahan di kalangan kanak-kanak yang dikatakan brain damaged ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif. Anggapan umum ialah kanak-kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum, tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi. Aspek kedua dalam masalah hiperaktif Inatesi (Kekurangan tumpuan perhatian ) ialah kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan mempunyai masalah kurang tumpuan. Sewaktu di dalam kelas mereka tidak akan memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengan mereka walaupun itu merupakan guru mereka. Kanakkanak ini akan melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah mereka dan akan mengalami kesukaran untuk mengatur aktiviti seharian mereka. Tambahan lagi, menurut para penyelidik dan para guru, murid ini mudah hilang perhatian dan tergolong sebagai pelupa. Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannyatergolong sebagai kanak-kanak yang lemah kuasa penumpuan perhatian terhadapsesuatu. Kanak-kanak ini selalu tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanaklain. Di samping itu, aspek ketiga yang akan dibincangkan ialah aspek Impulsif

(Mengikut dorongan hati ). Kanak-kanak ini akan menjawab sebuah soalan itu dengan spontan sebelum soalan yang diajukan belum habis. Mereka juga akan tidak sabar menunggu giliran serta sering menggangu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain. Gejala hiperaktif ini boleh dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun. Perubahan yang berlaku pada kanak-kanak ini berlaku dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah atau tempat awam. Walaubagaimanapun, perubahan perlakuan ini memberikan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah dengan rakan-rakan dan kehidupan sehariannya.Kanak-kanak ini tidak pernah merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu malahmelakukannya sahaja. Dia membuat sesuatu dan dia akan dengan cepatnya berubah pada membuat sesuatu yang lain. Ibubapa dan guru-guru mendapati sukar untuk mengawalnya anaknya yang hiperaktif arahan yang diberikan . kerana anaknya tidak mengikut

2.1 Ciri-ciri Fizikal ADHD


Menurut William Cruickshank (1986) cirri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada 2 jenis iaitu ensory Hyperactive (pancaindera) dan Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) . Kanak-kanak hiperaktif ensory Hyperactive (pancaindera) ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu suka bermain dan pemikiran sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang menghiburkan walaupun seketika. Kanak kanak mempunyai ganguan hiperaktif selalunya gagal memberikan tumpuan yang baik di dalam proses pembelajaran. William Cruickshank (1986) menyatakan bahawa Semasa proses pembelajaran sedang berlangsung, kanak-kanak ini hanya memberi tumpuan untuk seketika sahaja tetapi mereka akan cepat mengalihkan tumpuan mereka kepada sesuatu yang lain yang lebih memberikan sesuatu perasaan yang menghiburkan

hatinya.Tambahan lagi , semasa di dalam kelas juga atau di tempat-tempat lain seperti di rumah, perhatiannya tertumpu pada pandangan dan pendengaran yang berulang kali.Kebanyakan kanak-kanak biasanya tidak dapat membayangkan sesuatu objek, membezakannya dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait contohnya Kanak-kanak ini tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari segi saiz, jarak dan keadaan ruang.

Aspek yang kedua menurut William Cruickshank (1986) adalah dari segi Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) .Kanak-kanak ini terlalu aktif dalam aktiviti sehariannya. Dalam lain perkataan, kanak-kanak ini tidak boleh duduk diam dan ada ketikanya mereka bersikap agak agresif sehingga menyebabkan pergaduhan

mencederakan rakan-rakan. Tambahan lagi,semasa mereka mendapat sesuatu, mereka akan mencuba pelbagai cara seperti menghentak, memukul, membaling atau sebagainya terhadap benda tersebut.

Ciri-ciri gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan ADHD berkaitan dengan intelektual kanak-kanak. Mereka senang terganggu sama ada terganggu daripada orang lain atau dengan dirinya sendiri. Pemikiran kanak-kanak ini sentiasa terganggu oleh perkara-perkara lain semasa melakukan sesuatu perkara yang dianggap penting.

Apabila disuruh oleh guru untuk menumpukan sesuatu perkara yang sedang diajar di dalam kelas, kanak-kanak hiperaktif ini tidak boleh memberikan perhatian

sepenuhnya.Kanak-kanak ini asyik memikirkan perkara yang lain dalam tempoh pembelajaran tersebut. Begitu juga di rumah atau di tempat lain, mereka biasanya tidak dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya apabila diminta untuk melakukan sedemikian. Selain itu, kanak-kanak hiperaktif ini jika disuruh untuk melakukan sesuatu tugasan atau kerja, biasanya kanak kanak ini tidak boleh menyiapkannya sendirian. Mereka hanya boleh melakukan kerja atau tugasan tersebut dengan baik hanya dipermulaannya sahaja akan tetapi untuk menyiapkan dengan baik dan sempurna mereka tidak mampu lakukannya.Ini disebabkan kanak-kanak ini cepat bosan dengan sesuatu perkara atau kerja yang memenatkan dan menyusahkan. Oleh kerana kanak-kanak yang terlalu aktif ini tidak suka kepada sesuatu perkara yang membosankan dan memenatkan, maka kerja yang diarahkan tidak dapat dilakukan dengan sempurna dan hasil kerja yang diperolehi tidak berkualiti . Di samping itu, kanak-kanak yang mempunyai perlakuan hiperaktif ini adalah suka membuat sesuatu aktiviti, tetapi aktiviti tersebut hanya berkesan untuk seketika sahaja dan menyebabkan sedikit sahaja yang siap. Ini kerana kegemaran atau sikap yang ada padanya adalah berbentuk sementara sebagai contoh mereka hanya suka kepada sesuatu aktiviti yang ringkas dan pendek sesuai dengan dirinya yang mempunyai naluri suka berubah-ubah dan tidak gemar kepada sesuatu yang memenatkan.Kanak-kanak yang terlalu aktif ini, perkembangan mereka juga terbantut dari segi perkembangan bahasa. Oleh kerana kanak-kanak ini sentiasa aktif dengan perlakuannya, sentiasa suka bermain, mengusik orang di sekitarnya, berkhayal maka mereka mengalami masalah bahasa yang lambat dan pertuturan mereka juga turut terjejas.

Lantaran itu ,ciri-ciri gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan ADHD berkaitan dengan perkembangan motor kanak-kanak hiperaktif .Kanak-kanak ini sentiasa risau, mereka resah dan gelisah apabila tidak dapat melakukan sesuatu perkara yang mereka suka dan berminat. Apabila kanak-kanak ini bersendirian, mereka banyak berkhayal dan mengelamun tentang perkara-perkara yang digemarinya dan apabila

tersedar dari lamunannya mereka akan mengaplikasikan.Kanak-kanak gangguan hiperaktif ini biasanya tidak pernah membayangkan tentang bahaya atau kecederaan yang akan mereka alami dan tempuhi disebabkan mereka sentiasa berkhayal seterusnya dengan tidak disedarinya mereka terus melakukan sesuatu di luar kawalannya.Kanak-kanak ini haruslah diberikan perhatian kerana mereka selalu melakukan aktiviti yang merbahaya seperti melompat longkang yang besar, memanjat pagar seterusnya terjun ke bawah, memegang kaca yang pecah. Mereka merasa seronok apabila dapat melakukannya aktivit yang berbahaya .Kanak-kanak hiperaktif ini semasa melakukan sesuatu perkara, kanakkanak ini tidak berhati-hati dan sentiasa terdedah dengan perkara-perkara yang akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri atau orang lain.Apabila berada di dalam kelas atau berada di mana-mana sahaja, kanak-kanak ini suka berlari ke sana ke mari untuk memuaskan hatinya. Mereka merasakan berlari itsesuatu yang menyeronokkan tanpa mempedulikan orang lain walaupun akan mengakibatkannya terjatuh atau

tersungkur.Biasanya kanak-kanak hiperaktif akan sentiasa berkelakuan dengan mengikut perasaan tanpa memikirkan tentang keselamatan diri sendiri. Kanak-kanak ini memang memerlukan pengawasan yang rapi oleh guru-gurudan ibu bapa. Tambahan lagi ,semasa berada di dalam sesuatu permainan atau pasukan, kanakkanak hiperaktif ini tidak dapat untuk menyesuaikan dirinya dengan permainan tersebut atau tidak dapat untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain kerana kanak-kanak ini biasanya berada dalam dunianya sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain.Kanakkanak hiperaktif suka melakukan tugasan dengan penuh semangat dan berkeyakinan tetapi dalam masa yang samatugasan tersebut kurang berkesan kerana dilakukannya dengan tidak teliti .Sebenarnya kanak-kanak hiperaktif ini adalah lemah koordinasinya dan tidak dapat menyeimbangkan dirinya atau pemikiran serta perlakuannya dengan lebih sempurna.

Menurut APA (2000) dalam Azizi Yahaya et al. (2006) menyatakan kanak-kanak ini juga seorang yang pelupa dan tumpuan mereka mudah terganggu. Mereka juga selalunya gagal mencapai kejayaan yangcemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya.Ini disebabkan Kanak-kanak yang mengalami ADHD

mereka cepat berasa bosan danpada waktu yang sama tidak berdaya hendak menumpukan

perhatian pada tugas yang perlu disiapkan oleh mereka . Justeru itu mereka juga mungkin kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang lain.Ini dapat dilihat daripada tindakan yang mengikut gerak hati dan mereka juga gagal memahami kenapa mereka dihukum kerana perbuatan yang dilakukan. Kanak-kanak ADHD kerap mengalami kesukaran pemprosesan auditori. Apa yang dimaksudkan adalah mereka mungkin mempunyai pendengaran yang baik dan boleh mendengar arahan tetapi tidak berkeupayaan memahami bunyi yang didengar.

2.2Penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan ADHD


Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif di kalangan pelajar sama ada faktor semula jadi mahupun faktor sekeliling. a)Faktor Genetik Faktor genetik merupakan faktor semula jadi yang memainkan peranan yang paling besar dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif. Faktor genetik berkaitan dengan hubungan antara anak dengan ahli keluarga sama ada ibu bapa ataupun saudara mara. Dalam hal ini, ibubapa atau saudara mara yang mengalami masalah hiperaktif pada usia kecilnya besar kemungkinan akan diwarisi oleh anak-anak mereka juga. Terdapat sesetengah hiperaktif adalah dipengaruhi oleh faktor genetik. Menurut Zuhayati

yazid,(2009)Seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak anak lelaki mereka. Oleh itu, keadaan ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan . Selain daripada itu, Ibu bapa yang melahirkan anak kembar juga besar kemungkinan akan menghadapi masalah hiperkatif.

10

b) Faktor Neurologik Faktor neurologik adalah merupakan faktor sekeliling yang telah menganggu ibu semasa hamil yang menyebabkan kanak-kanak menhidapi hiperaktif . Dalam hal ini, ibu hamil yang mengalami pelbagai masalah seperti gangguan otak akibat sulit saat kelahiran, penyakit berat, cedera otak dan sebagainya secara tidak langsung turut menganggu perkembangan bayi. Hal ini seterusnya akan menyebabkan anak yang lahir apabila mencapai satu tahap umur akan mengalami masalah hiperaktif. Masalah hiperaktif yang tinggi besar kemungkinan akan dialami oleh bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti lamanya proses persalinan, distress fetal, dan sebagainya dibandingkan dengan kehamilan dan persalinan yang normal. (Norman Supadma, 2009). menyatakan masalah-masalah seperti berat bayi yang lahir dengan berat badan yang rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan meminum alkohol yang seterusnya mempengaruhi anak-anak untuk berpotensi mengalami masalah hiperaktif . Menurut Raihanah Abdullah ( 2004) pula, tekanan perasaan yang dialami oleh ibu semasa hamil dan lemas ketika proses bersalin akan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko mendapat gangguan hiperaktif. Menurut Raihanah Abdullah, jika wanita hamil berasa tertekan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, secara tidak langsung bayi yang dikandung akan terdedah dengan pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus akan mendedahkan anak yang dikandung kepada risiko hiperaktif. Dalam konteks ini, faktor neurologik adalah merupakan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu semasa hamil dan kesannya akan mempengaruhi bayi tersebut. c) Faktor Kultural dan Psikologi Terdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan di bawah faktor kulturul dan faktor psikologi iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan orientasi kesenangan. Faktor pemanjaan Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah merupakan perilaku yang memperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan sahaja dan

11

sebagainya. Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim lagi, anak yang sering diperlaku manja akan sentiasa ingin memperdayakan orang tua mereka untuk memperoleh apa yang mereka inginkan. Cara ibu bapa yang salah dalam mendidik anak-anak dengan terlalu memanjakan mereka telah menjadikan anak-anak sering melakukan sesuatu dengan kehendak hati mereka. Dalam konteks ini, anak-anak yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa akan menyebabkan mereka selalu ingin memilih cara sendiri supaya segala yang mereka inginkan dapat dipenuhi oleh ibu bapa mereka. Keadaan ibubapa yang terlalu memanjakan anak telah mendorong anak-anak menjadi seorang yang hiperaktif dengan bertindak diluar batas orang tua. Natijahnya, perilaku kanak-kanak seperti itu akan menjadi kebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah kalau perilaku seperti itu terbawabawa oleh mereka di dalam kelas ataupun sekolah. Oleh itu, jelaslah disini bahawa faktor pemanjaan merupakan salah satu faktor yang menjadikan anak hiperaktif di dalam kelas kerana telah terbiasa dengan perilaku melampaui batas di dalam rumah yang tidak mendapat larangan oleh ibu bapa. Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan merupakan faktor yang mampu mewujudkan masalah hiperaktif pada anak-anak. Pada hakikatnya, faktor ini pula merupakan faktor dimana kanak-kanak terlalu kurang diberikan perhatian dan pengawasan yang agak berbeza dengan kanak-kanak yang terlalu dimanjakan. Namun begitu, kesan daipada kedua-dua faktor ini telah menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah hiperaktif. Keadaan kurang disiplin dan pengawasan akan menyebabkan anak-anak melakukan sesuatu dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya tanpa dijaga dan dibatas perbuatannya. Apabila seseorang anak diberikan kebebasan yang tidak terbatas di dalam rumah dengan membuat perkara-perkara mengikut suka hati mereka, maka tidak hairanlah jika mereka akan mempraktikkan perbuatan itu di tempat lain khususnya di dalam sekolah.Seterusnya, perbuatan tersebut akan menyukarkan pihak lain yang tidak biasa dengan sikap hiperaktif anak-anak di dalam sekolah. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mempunyai sifat yang nakal dan terlalu lasak boleh dikawal dan disiplinkan. Namun begitu, sifat ibu bapa yang tidak mempedulikan tingkah laku kanak-kanak menyebabkan mereka menjadi anak yang tidak mendangar kata, asyik melakukan

12

aktivitinya mengikut perasaan sendiri, terlalu resah, tidak boleh duduk diam hampir di semua situasi samada di sekolah,di klinik dan di rumah dan sebagainya serta tidak boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran (Hamid BinArshat, 2010). Orientasikan kesenangan Anak yang memiliki keperibadian yang berpotensi kesenangan umumnya akan memiliki ciri-ciri hiperaktif secara sosio-psikologi dan harus dididik agak berbeza agar mahu mendengarkan dan menyesuaikan diri (Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007). Dalam hal ini, kanak-kanak ini akan sering menginginkan kesenangan untuk kepentingan dan keinginan diri sendiri. Contohnya, kanak- kanak yang hiperaktif tidak akan mahu dihukum dengan kesusahan. Mereka juga tidak akan mempedulikan akan aturan ataupun hukuman yang akan diterima sekiranya bersikap diluar kawalan ibu bapa ataupun sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan mereka. d) Pengaruh Sekolah Sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif di dalam kelas kadang-kadang adalah disebabkan oleh masalah persekitaran, masalah pembelajaran, bosan di dalam kelas dan sebagainya akan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara mengikut kehendak hati mereka. Mereka akan menimbulkan pelbagai masalah seperti menganggu rakan belajar, membuat bising, tidak dapat duduk diam dan sebagainya. Dalam proses pembelajaran di dalam kelas, mereka merasa sulit untuk duduk dengan diam di kursinya dan memusatkan perhatian itu singkat sekali, sehingga mereka menjadi nakal dan menganggu teman-temannya di kelas waktu guru sedang belajar. Kadang kala, mereka sedar untuk harus mematuhi peraturan di dalam kelas, namun mereka sendiri tidak mampu mengawal diri sehingga melakukan perkara yang tidak dapat dikawal oleh orang lain (Mohd Faldz Ibrahim, 2007)

13

e)Ketidakseimbangan Biokimia Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah. f) Faktor toksik Beberapa zat makanan seperti salisilat dan bahan-bahan pengawet memiliki potensi untuk membentuk perilaku hiperaktif pada anak. Di samping itu, kadar timah (lead) dalam serum darah anak yang meningkat, ibu yang merokok dan mengkonsumsi alkohol, terkena sinar X pada saat hamil juga dapat melahirkan calon anak hiperaktif.

3.0 Intervensi awal


Intervensi awal merupakan satu program berstruktur yang sangat kritikal dalam membantu mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

berkeperluan khas seawal umur kelahiran sehingga umur persekolahan. Ia dijalankan dengan berkesan melalui pasukan pelbagai disiplin serta turut menyokong kepada keluarga kanak-kanak berkaitan. Addison (2003) menyatakan bahawa intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanakkanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran. Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan, iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan adaptasi (Sandler, Brazdziunas, Cooley & De Pijem 2001) melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan, seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga Menurut Majnemer (1998), intervensi awal bukan juga boleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkan kanak-kanak daripada menjadi semakin serius. Intervensi awal juga boleh

memaksimumkan potensi kanak-kanak berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan masyarakat. Selain itu, Guralnick (1997) pula berpendapat bahawa intervensi awal ialah

14

satu sistem yang dibentuk untuk menyokong bentuk interaksi antara kanak-kanak tersebut dengan keluarga supaya perkembangan kanak-kanak tidak terganggu. ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal. Caranya dengan bantuan ibu bapa dan orang sekeliling. Rawatan ADHD juga dikatakan lebih baik dengan gabungan perubatan dan terapi. Amat penting menetapkan rawatan terapi yang spesifik dan sesuai untuk kanak-kanak ini. Susulan rawatan yang sistematik sangat membantu kembali normal. Pertamanya, sebelum anda membuat sebarang kesimpulan, minta pendapat kawan-kawan, saudaramara dan keluarga terdekat terlebih dahulu sebelum mengatakan bahawa anak-anak menghidapi masalah ADHD. Ibu bapa yang baik seharusnya menjalankan beberapa ujian ringkas untuk melihat reaksi anak mereka.Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak akan mudah terganggu dan hilang fokus serta menjadi terlalu aktif. Jika anak anda berterusan menunjukkan simptom-simptom masalah ADHD, bawa anak anda berjumpa doktor pakar untuk tindakan selanjutnya.

3.1 Model perubatan (Medical Model) terhadap kanak-kanak (ADHD).


Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti adalah dengan

menggunakan ubat bertujuan meningkatkan tahap tumpuan , mengurangkan tahap aktiviti motor yang tinggi dan mengurangkan tingkah laku impulsif. Antara ubat yang didapat berkesan ialah ubat peransang seperti Methylphenidate . Rawatan Biobrain mempunyai kandungan utamanya iaitu Asid Dokosaheknoik yang mampu membantu kanak-kanak degil dan hyperaktif dalam mewujudkan daya tumpuan yang lebih peka terhadap sesuatu aktiviti.Ia turut membantu merembeskan neurotransmitter serotonin yang

bertanggungjawab memberikan perasaan ceria kepada kanak-kanak dan membolehkan kanak-kanak hiperaktif bergaul dengan kanak-kanak yang lain seperti kanak kanak biasa.Dengan Intervensi awal melalui mpdel perubatan ini ,kebanyakan orang dengan ADHD boleh berjaya di sekolah dan menjalani kehidupan yang produktif. Penyelidik sedang membangunkan rawatan yang lebih berkesan dan campur tangan, dan menggunakan alat-alat baru seperti pengimejan otak, untuk lebih memahami ADHD dan mencari cara yang lebih berkesan untuk merawat dan mencegah. Kaedah rawatan biasanya melibatkan beberapa kombinasi ubat-ubatan, pengubahsuaian tingkah laku,

15

perubahan cara hidup, dan kaunseling. Disamping itu , Intervensi awal yang boleh diambil adalah melalui rawatan. Berdasarkan kepada cadangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, ubat-ubatan boleh menurunkan kadar hiperaktiviti dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk mengawal masalah ini digunakan untuk jangka masa panjang dan selamat untuk digunakan. Ia disarankan untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas. Lazimnya, ubat yang biasa digunakan adalah jenis Methylphenidate (Ritalin). Namun, ubat ini mempunyai kesan sampingan yang biasa berlaku iaitu hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur. Sebelum mengambil ubat ini, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor dan kesan sampingannya perlu sentiasa dipantau. Selain itu, kanak-kanak juga boleh mengambil ubat simulan.Ubat ini merupakan pendekatan untuk jangka masa pendek terutama anak-anak yang terlalu aktif sehingga menganggu waktu tidur dan makan , ini cukup bahaya kerana ianya akan menjejaskan perkembangan otak kanak-kanak tersebut. Ubat simulan hanya bertujuan atau bersifat membantu menenangkan dan menumpukan perhatian kanak-kanak dalam sesuatu hal. Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi tidak bermakna akan pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu mengawal diri sendiri. Ubat stimulan yang utama untuk merawat ADHD adalah methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka bermula dalam masa 30-60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3-4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Ubat stimulan adalah tidak memadai untuk merawat ADHD. Rawatan untuk ADHD perlu diselitkan dengan program psikologi, sosial dan pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baru, sikap dan tingkah laku yang seharusnya untuk mereka mengatasi tuntutan hidup.

16

Diagnosis merupakan salah satu langkah atau rawatan yang paling berkesan dalam bidang psikologi atau bidang kaunseling. Diagnosis membawa maksud perawatan yang diberikan dalam bentuk kita perlu mengenalpasti corak tertentu tingkah laku, membuat pemerhatian dan laporan tentang tingkah laku pelajar dari masa ke semasa. Membuatdiagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkankeresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudahuntuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah lakukanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku merekadi rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah. Dalam permasalahan murid yang mengalami masalah hiperaktif atau kurangtumpuan ini hendaklah diberi perhatian yang lebih dan khusus agar guru dapat mengubah permasalahan yang ada dalam bentuk yang lebih baik. Selain itu, Intervensi awal yang boleh dilakukan adalah elakkan kanak-kanak makan makanan fast food dan makanan yang tinggi glukosa kerana metabolisma kanak kanak hiperaktif adalah sangat tinggi. kandungan gula dan garam mineral yang ada dalam fast food akan menyebabkan metabolisma kanak kanak akan meningkat secara mendadak dan menyebabkan kanak kanak melakukan pelbagai aktiviti fizikal di luar jangkaan seperti berlari, memanjat, dan sebagainya. gantikan dengan snek yang sihat seperti kismis atau buah kurma. senang kata, segala jenis buah buahan.Akhir kata, ibu bapa perlu banyak bersabar dalam mendidik anak yang hiperaktif. Seterusnya untuk mengatasi masalah pelajar hiperaktif adalah ibu bapa perlu menjaga aspek pemakanan mereka untuk kesihatan dan perkembangan yang optimum. Di masa tumbesaran

meningkat, perubahan fisiologi berlaku dan mempengaruhi keperluan pemakanan. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanak-kanak dalam banyak cara seperti mengalami tahap konsentrasi yang rendah, hiperaktif dan penyakit (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008). Bagi mengurangkan tingkah laku hiperaktif ini, ibu bapa perlu perlu membekalkan segala keperluan pemakanan yang seimbang dalam hidangan anak-anak mereka. Namun walaupun demikian, vitamin B membantu membuka tenaga dalam glukos. Kekurangan vitamin B boleh mengganggu pembelajaran dengan menyebabkan perubahan perwatakan termasuk bersifat agresif, permusuhan dan

17

kemurungan. Tiada sumber makanan yang membekalkan kesemua vitamin B perlukan, oleh itu, kepalbagaian adalah penting (Kementerian Kesihatan Malaysia,2008).

3.2Model Sosial terhadap kanak-kanak (ADHD)


Ibu bapa tidak sepatutnya mencari alasan-alasan yang mungkin menjadi punca ADHD. Sebaliknya, setiap keluarga haruslah mengorak langkah ke hadapan sekali gus mengenal pasti cara-cara yang boleh membantu anak-anak mereka mendapatkan bantuan sewajarnya.. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui Model Sosial terhadap kanakkanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti adalah Membuat diagnosis yang lengkap

memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah. Keperluan pendidikan kanak-kanak ADHD memerlukan intervensi dari awal yang melibatkan ibu bapa, guru, sokongan pesekitaran, tingkah laku, dan proses pengajaran dan pembelajaran. Persatuan Kesihatah Sedunia (WHO) mentakfifkan kesihatan mental sebagai set lengkap kesejahteraan yang membabitkan fizikal, mental dan sosial. Di seluruh dunia dianggarkan 20 peratus kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental yang kebanyakkannya tidak dikesan dan tidak diberikan rawatan. Ibu bapa biasanya mengambil sikap lepas tangan dan tutup sebelah mata walaupun mereka sedar anak mereka menunjukkan kesukaran kerana menganggap perkara itu akan hilang apabila anak itu dewasa, tetapi hakikatnya masalah akan menjadi lebih serius jika tidak ditangani dengan awal. Kira-kira 40 hingga 50 peratus individu dewasa ADHD mengamalkan hidup anti social. Mereka lebih cenderung terbabit dalam kemalangan kerana tidak sabar dan suka memandu laju, suka melanggar peraturan, panas baran, berkelakuan kasar serta mudah mengalami kemurungan. Justeru, ibu bapa dan guru perlu memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak, terutama jika mereka berkelakuan luar biasa berbanding kanak-kanak normal .

18

Antara cara yang boleh dilakukan ibu bapa adalah meluangkan masa melakukan aktiviti bersama anak-anak seperti bermain, bersembang, membaca atau tidur kerana melalui cara ini mereka dapat mengesan perlakuan tidak normal. Bagi guru kaunseling, bertanyakan masalah murid ketika di sekolah juga sebenarnya sangat penting untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan mental kanak-kanak. Jadi apabila diberitahu anak perlu dirujuk pada pakar psikiatri, usah melenting, sebaliknya ambil tindakan segera bagi mengesahkan sama ada anak mengalami masalah kesihatan mental atau tidak. Bureau on Learning Disabilities (BOLD) menetapkan 10 prinsip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak yang mempunyai hiperaktif . Menjaga kanak-kanak ADHD sememangnya sangat mencabar dan menguji kesabaran ibubapa .Walaubagaimanapun, setiap ibu bapa perlulah faham bahawa mereka perlu sentiasa berada disisi anak-anak mereka kerana kanak-kanak ADHD memerlukan sokongan yang berterusan daripada ibubapa mereka. Kanak-kanak ADHD sentiasa menghadapi tekanan terutamanya daripada rakan sebaya sama ada semasa berada di sekolah mahupun semasa bermain di taman permainan. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menerangkan kepada anak mereka akan apa itu ADHD dan mengapa kanak-kanak tersebut boleh menghidapinya. Kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak ADHD ini perlulah memahami apa itu ADHD dan jika perlu sertailah sesi kaunseling bersama. Kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD bukanlah bodoh mahupun menghadapi masalah pembelajaran. Kanak-kanak ADHD hanyalah menghadapi gangguan tingkah laku. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberi perhatian istimewa kepada kanak-kanak seperti ini. Tindakan seperti memarahi dan menengking kanak-kanak ADHD bukanlah merupakan satu tindakan yang bijak. Tindakan seperti ini hanya akan menimbulkan rasa takut dalam diri mereka sekaligus akan menjarakkan lagi jurang antara ibu bapa dengan kanak-kanak tersebut. Hal ini memberikan kesan yang buruk kepada diri kanak-kanak tersebut. Oleh itu,Ibu bapa dan anak-anak perlulah samasama menghadapi masalah ADHD ini bersama. Intervensi yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah melalui pendekatan multidisiplin .Pendekatan multidisplin pula memerlukan ibu bapa membawa anak-anak mereka berjumpa dengan pakar untuk merawat anak-anak mereka dengan menggunakan

19

cara perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan bagi merangsang minda mereka dalam bentuk yang normal. Pendekatan ini memerlukan bantuan pakar terutamanya pakar kanak-kanak supaya anak-anak mereka akan mendapat pendekatan yang terbaik bagi mengurangkan sebarang risiko yang bertambah buruk. Menurut Jas Laile Jaafar (1996), ibu bapa harus menyedari jika mereka melakukan hukuman yang terlalu berat ia mungkin akan meninggalkan kesan-kesan negetif dalam hidup anak mereka. Jadi, bagi mengelakkan sesuatu pekara negatif terjadi akibat kesalahan ibu bapa dalam menghukum, membawa anak mereka berjumpa pakar merupakan cara yang terbaik. Ini kerana semasa dalam perhatian pakar, anak-anak yang bermasalah hiperaktif akan diajar bagaimana cara untuk menjalinkan hubungan sosial dengan keluarga, rakan dan masyarakat Di samping itu, Ibu bapa perlu memaklumkan hal ini kepada pihak sekolah supaya pihak sekolah boleh mengambil langkah sewajarnya bagi sama-sama membantu anak anda. Guru juga perlu memainkan peranan dalam mendidik kanak-kanak ADHD kerana didikan ibu bapa di rumah ternyata tidak mencukupi kerana sebahagian besar masa kanak-kanak kini dihabiskan di sekolah. Pendek kata, ibu bapa dan anak perlu berganding bahu untuk menghadapi masalah ini perlulah sama-sama saling menyokong dan bekerjasama. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah memainkan peranan dengan bantu anak anda untuk membina keyakinan diri. Cuba galakkan mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang diminatinya berbanding memaksanya untuk belajar sesuatu yang tidak disukainya. Kenal pasti kecenderungan minat kanak-kanak hiperaktif. Setiap ibu bapa pasti mempunyai impian untuk melihat anak-anak berjaya. Namun jika impian tersebut tidak kesampaian, janganlah berputus asa kerana anak anda sangat memerlukan sokongan ibubapa.

20

4.0 Pendekatan pengajaran


Pendekatan merupakan aktiviti/ proses berkaitan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu.Ia meliputi perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian.Thomas F. Green tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui pemerolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.Beliau berpendapat, didalam proses pengajaran, aktiviti latihan atau pelaziman adalah satu usaha menukarkan tingkah laku pelajar.Manakala, teknik tunjuk ajar atau indoktrinasi adalah digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru.Manakala pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya.Pengajaran ini dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperolah ilmu dan kemahiran. Mengikut Kamus Dewan (1988), pendekatan adalah : cara atau langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah.Dalam konteks pendidikan,ia bermakna cara mendekati sesuatu. Misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran.Menurut Edward M.Anthony (1963), pendekatan merupakan satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.Pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif memerlukan perhatian yang lebih dari pihak guru supaya masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dapat diatasi dengan sebaikanya. Masalah dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas iaitu hiperaktif merupakan satu bentuk kelemahan yang perlu ditangani dengan cara yang terbaik agar pengajaran yang hendak disampaikan oleh para guru dapat disampai dan diterima oleh semua pelajar lain yang berada di dalam bilik darjah tersebut.

21

4.1Rancangan pengajaran individu


Rancangan pengajaran individu yang boleh diambil adalah menggunakan pendekatan yang dipanggil sebagai pendekatan diagnosis. Pendekatan diagnosis memerlukan seseorang guru itu mengenalpasti corak tingkah laku pelajar dari semasa ke semasa dengan membuat pemerhatian serta mendapatkan laporan tingkah laku pelajar sama ada di rumah iaitu melalui pihak ibu bapa dan juga di sekolah iaitu melalui guru sekolah seperti guru kelas. Dalam membuat diagnosis yang lengkap, ia memerlukan penilaian daripada seorang pakar kerana terdapat punca lain yang menyebabkan seseorang pelajar hiperaktif itu mengalami keresahan sehingga tidak dapat menumpukan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam pendekatan diagnosis, terdapat tiga pecahan lain yang boleh dijalankan oleh guru dalam mengenalpasti tingkah laku pelajar yang mengalami masalah hiperaktif. Antaranya adalah guru haruslah memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajar hiperaktif. Pelajar hiperaktif tersebut hendaklah sentiasa dalam perhatian guru semasa di dalam bilik darjah. Caranya adalah dengan meletakkan tempat duduk pelajar ini berdekatan dengan meja guru iaitu sebaiknya di barisan hadapan kelas serta di kalangan rakan-rakan lain yang tenang. Kaedah ini membolehkan guru untuk memerhati dan mengawasi pelajar tersebut walaupun pada masa yang sama guru tersebut sedang mengajar pelajar yang lain. Melalui pemerhatian dan pengawasan ini membolehkan guru tersebut melihat pelajar hiperaktif ini dengan lebih jelas dan dapat mengurangkan pengawalan yang menyeluruh ke atas pelajar itu dan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar di dalam bilik darjah. Selain itu, pendekatan diagnosis seterusnya masih lagi berkisar tentang kedudukan pelajar hiperaktif di dalam bilik darjah. Bagi pelajar hiperaktif, guru perlu mengelakkan dari meletakkan tempat duduk pelajar ini bersebelahan atau berhampiran dengan tingkap atau pintu dan lukisan yang berwarna. Ini kerana pelajar tersebut akan mengundang beberapa akibat iaitu memudahkan pelajar ini menyelinap keluar tanpa disedari oleh guru, akan menyebabkan diri mereka tercedera jika duduk berdekatan dengan cermin tingkap serta menganggu aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Ini kerana , sifat semulajadi pelajar hiperaktif ini yang tidak boleh melihat sesuatu objek kerana sifat

22

ingin mencubanya sangat menebal (Jas Laile Jaafar, 1996). Keadaan ini akan merangsang pergerakan mereka untuk mendekati sesuatu yang berada di sekitarnya sekaligus akan menyebabkan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Dalam pendekatan diagnosis, terdapat satu lagi kaedah yang boleh digunakan dalam membantu pelajar hiperaktif. Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memastikan bahawa hanya peralatan yang diperlukan sahaja berada di atas meja pelajar terbabit. Peralatan-peralatan lain yang tidak diperlukan perlu disimpan bagi memastikan objek-objek yang tidak diperlukan ini akan menganggu pembelajaran mereka. Guru juga digalakkan untuk memberi pujian terutamanya apabila pelajar yang hiperaktif ini mampu mengawal diri mereka menjadi lebih tenang dan tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008). Pujian yang diberikan guru ini adalah penting supaya mereka akan mengekalkan sikap yang positif ini sekaligus akan meningkatkan semangat mereka untuk berubah.

4.2 Pengayaan berkumpulan


Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanakkanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD) adalah melalui Pendekatan konstruktivisme social. Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpu dalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi yang dapatmewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan murid dan antara para pelajar itu sendiri. Dengan cara ini pelajar berpeluang untuk membina hubungan sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmu dalam bilik darjah. Di samping itu juga, para pelajar hiperaktif ini akan mempunyai peluang yang lebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka berbanding pembelajaranyang hanya tertumpu pada guru sahaja. Melalui proses interaksi ini akan mewujudkan minat mereka untuk belajar sambil bermain sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang tumpuan mereka dalam kelas.Pendekatan konstruktivisme seperti pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif dan sebagainya yang memberi fokus kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan

23

memori pembelajaran kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran. Selain daripada itu juga, minda para pelajar yang hiperaktif ini mampu berkembang melalui penerokaan idea-idea yang baru. Pembelajaran berkumpulan juga mampu memaksimumkan kemahiran sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi yang dapat mengurangkan masalah kurang tumpuan dalam kalangan pelajar yang hiperaktif ini. Guru mampu untuk menilai keupayaan, kesungguhan dan minat para pelajar dalam bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme sosial secara langsung. Oleh sebab guru dapat memahami aspirasi, cita rasa, perasaan dan pemikiran pelajar secara langsung maka segala pembelajaran akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minatmereka untuk belajar.Menurut (Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008) guru hanya menjadi pemerhati kepada proses pembelajaran tersebut dan perkara ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengadaptasi proses pengajaran yang efektif berdasarkan perbezaan individu pelajar tersebut.

4.3 Pengajaran indoor dan outdoor


Pendekatan indoor yang digunakan oleh guru adalah menyediakan kelas

pemulihan bagi kanak-kanak hiperaktif .Dengan cara ini guru dapat memberi perhatian cukup untuk menangani masalah kanak-kanak tersebut .Perkembangan kanak-kanak hiperaktif akan beransur ansur baik sekirannya memberi didikan yang betul. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang ADHD dan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.Kemahiran mengurus tingkah laku dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku . Guru perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi salurkan maklumat-maklumat penting tentang anak mereka bagi menyusun strategi pengajaran & pembelajaran. Kanak-kanak ADHD boleh belajar sekiranya dibantu oleh sokongan persekitaran berikut Susunan kelas hendaklah bebas daripada gangguan tumpuan perhatian. Guru juga menetapkan peraturan kelas yang jelas dan

membincangkan jangkaan yang diharapkan. Di samping itu,menyediakan dan mematuhi rutin harian kelas dan mengingatkan murid sekiranya terdapat sebarang perubahan. Guru juga menyediakan pembelajaran lebih aktif dengan cara memberi murid peluang bergerak .Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Oleh

24

itu, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka.

Terdapat beberapa kaedah pemulihan kanak-kanak ADHD dapat dilakukan dengan mudah. Antaranya dengan memberi arahan satu persatu dengan jelas dan kanak-kanak perlu memberi perhatian terhadap arahan dan memahaminya. Selain itu, dengan memberi pujian, ia dapat menaikkan rasa harga diri kanak-kanak. Selain itu, guru boleh mewujudkan satu sistem iaitu Carta Bintang dengan memberi bintang kepada kanakkanak yang berkelakuan baik. Seterusnya, membantu kanak-kanak itu untuk mengatur aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang boleh dilakukannya. Kanak-kanak digalakkan berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu tindakan. Langkah berikutnya ialah membina semangat dan kelebihan kanakkanak dan bukannya pada kelemahan mereka. Bagi kanak-kanak yang bermasalah, tempatkan kedudukan mereka dibaris hadapan kelas. Ini bagi memudahkan guru memberi lebih perhatian kepada mereka. kanak-kanak yang mengalami masalah kecelaruan hiperaktif dan kurang upaya tumpuan ini memerlukan program rawatan yang tersendiri memandangkan kekuatan dan kelemahan yang ada pada mereka. Sebagai tambahan untuk proses merawat mereka, berikan latihan pengubahsuaian tingkah laku (behavioral modification therapy), terapi makanan bagi mengurangkan keresahan mereka. Bagi guru, ibubapa dan penjaga, pertingkatkan ilmu bagi membantu memudahkan mereka memahami jiwa kanak-kanak. Dengan bantuan yang sewajarnya, kanak-kanak ADHD akan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan fizikal atau senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan yang memberikan mereka untuk kebebasan bergerak.

25

Berdasarkan teori Piaget ini dapat disimpulkan bahawa pelajar hiperaktif juga mengalami satu perkembangan kognitif yang sempurna seperti pelajar lain. Para pelajar hiperaktif ini juga mengalami proses pembelajaran mereka melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Pelajar hiperaktif ini akan terus menerokai alam sekitar mereka untuk mengetahui apa yang terdapat di situ dan sesuatu perkara tersebut tanpa memikirkan akibatnya. Menurut Piaget lagi, pengalaman-pengalaman baru yang mereka perolehi ini penting untuk perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran haruslah menekankan mengenai pentingnya interaksi antara pelajar dengan persekitaran fizikal mereka. Melalui interaksi tersebut kanak-kanak hiperaktif dapat menambah kefahaman mereka mengenai perkaitan sebab dan kesannya.Menurut Piaget telah menjelaskan bahawa pelajar belajar melalui asimilasi dan akomodasi iaitu proses mengendalikan sesuatu objek dan peristiwa dengan cara yang selaras dengansk ema yang sedia ada (asimilasi) dan mungkin mengubah suai pengetahuan mereka hasil peristiwa dan kejadian baru (akomodasi). Oleh sebab itu, guru haruslah merancang pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat mereka .Ini disebabkan pelajar yang hiperaktif dikatakan mempunyai satu kepuasan dalam

penerokaan yang mereka lakukan. Bukan sahaja mereka mampu menjana pengalaman dan mendapat pengetahuan baru tetapi mereka jugaakan mengalami satu perkembangan kognatif yang seimbang dalam kehidupan mereka(Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias, 2001) . Kanak-kanak ADHD digalakkan untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti tarian, muzik dan sukan. Kanak-kanak ADHD tidak boleh berdiam diri dalam satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, cuba rancang pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menarik perhatian anak anda supaya dia tidak berasa bosan dan tertekan. Selain itu, ibu bapa dan kanak-kanak ADHD juga boleh menyertai kelas Yoga ,senamam yang mana boleh menenangkan minda dan badan . Kanak-kanak ADHD bukan sahaja perlu diberi kaunseling di rumah, tetapi juga di sekolah.

26

5.0Penutup
Hiperaktif adalah suatu pola perilaku seseorang yang tidak boleh duduk diam dan memberi perhatian. Guru yang mengajar kanak-kanak harus mempunyai jiwa yang sabar, tidak mudah mengalah dan sentiasa ceria bersama kanak-kanak ini. Guru haruslah selalu berinteraksi dengan pelajar ini supaya mereka rasa dihargai dan disayangi. Pengaruh lingkungan bagi anak hiperaktif ini kurang disenangi khususnya bagi teman-teman sebayanya apabila kanak-kanak hiperaktif lebih cenderung menguasai atau menjadi pemimpin di antara teman-teman yang lain. Anak hiperaktif dituntut untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan pergaulan. Perhatian diperlukan daripada ibu bapa dan juga guru-guru untuk mengatasinya. Dunia kehidupan anak itu penuh dengan kegembiraan dan sukacita, maka kegiatan bercerita dapat memberi perasaan gembira, lucu dan mengasyikkan. Fenomena ini dapat membantu guru supaya murid dapat menyesuaikan diri bersama keluarga, rakan-rakan, guru dan masyarakat. Ahli sosiologi dan psikologi berpendapat bahawa kanak-kanak hiperaktif memerlukan bimbingan atau sokongan ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Pencegahan lebih baik dari rawatan. Kanak-kanak hiperaktif ini memerlukan rawatanyang terperinci dan pemeriksaan fizikal serta penilaian perkembangan intelek danemosinya. Kaunseling yang intensif diperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibubapa melatih dan memberi rawatan kepada anak mereka. Ini memerlukan kesabaran,pengorbanan masa, tenaga dan kewangan.

27

6.0 Rujukan
1. Modul KBK 3073 :Kanak kanak berkeperluan Khas .Unit pelajaran 7 .Kanakkanak Hiperaktif 2. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhn 3. Khairul Anwar Bin Sharin. 2009. Kanak-kanak Autisme: Ciri-ciri dan Implikasi Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajara.(akses pada 26 Disember 2011.). 4. Noran Fauziah Yaakub dan Habibah Elias(1997). P sikologi P ersonaliti . Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Hamid Bin Arshat (2010). K anak-kanak yang h Hiperaktif . Diperoleh pada 6 September 2010, daripada ttp://www.hamidarshat.com/anak-cerdik-vs-hyper-informasi-166/184-kanakkanak-yang-hiperaktif.htm 6. Hamid Bin Arshat (2010). K anak-kanak yang Hiperaktif . Diperoleh pada 6 September 2010, daripada http://www.hamidarshat.com/anak-cerdik-vs-hyper-informasi-166/184-kana kanak-yang-hiperaktif.htm

Rujukan internet
1. http://www.scribd.com/doc/39106800/ganguan-hiperaktif-dalam-kelas 2. http://www.scribd.com/doc/27262979/Menangani-Masalah-Anak-Hiperaktif 3. http://www.cikgukaunseling.com/2013/02/ciri-ciri-anak-hiperaktif.html 4. http://www.slideshare.net/Ukhuwah_90/pelajar-hiperaktif 5. http://yanadjays.blogspot.com/ 6. http://www.scribd.com/doc/39106800/ganguan-hiperaktif-dalam-kelas 7. http://www.hamidarshat.com/anak-cerdik-vs-hyper-informasi-166/184kanak-kanak-yang-hiperaktif.html 8. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanakkanak/KecelaruanHiperaktifkanak_k anak.php 9. http://www.scribd.com/doc/18960073/gangguan-hiperaktiviti-ataukurang-tumpuan 10. http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/kanak-kanak-keperluan-khas.html