Anda di halaman 1dari 5

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

PEMARKAHAN RAKAMAN 1 REFLEKSI 1 RAKAMAN 2 REFLEKSI 2 RPH LAPORAN KT FORUM JUMLAH

KOD & NAMA KURSUS

KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2


TAJUK Pecahan I:Menilai rakaman Video satu sesi pengajaran. Pelajar perlu menilai dengan memilih salah satu aspek kemahiran mikropengajaran yang terdapat dalam rakaman video tersebut

KUMPULAN EL-P04(A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH

NAMA LIN CHIN MEI

NO. ID D20112053344

NO. TELEFON 017-8712738

NAMA TUTOR E-LEARNING: ABDUL AZIZ BIN SHUKOR TARIKH SERAH: 03.11.2012

Pecahan I Esei penilaian Rakaman Sesi Pengajaran Makro


Pengajaran merupakan satu proses yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang dilaksanakan dan diintegrasi secara bersepada supaya dapat membantu pembelajaran berlaku dengan berkesan .Kemahiran mikro-pengajran boleh dibahagikan kepada sepuluh kemahiran asas.Sepuluh kemahiran mikro-pengajaran tersebut adalah memulakan pengajran termasuk mengcungkil idea, menyoal ,menerang,

memperkukuh,mengilustrasi dengan contoh , membuat demonstrasi , Menutup pengajaran, membuat refleksi. Setelah saya menonton makro-pengajaran yang dipersembahkan oleh Cikgu Norkhamidah Sulam .Salah satu aspek kemahiran mikropengajran yang dipilih oleh saya dalam rakaman video tersebut adalah kemahiran memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea ). Set induksi atau memulakan pengajaran ini adalah penting bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu.Menurut Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat muridmurid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Kekuatan
Kekuatan yang ada dalam set induksi atau memulakan pengajaran yang diajar oleh Cikgu Norkhamidah Sulam adalah guru ini menghubungkaitkan pengalaman pelajar atau kejadian semasa yang relevan dengan topik yang akan diajar iaitu berkaitkan topik yang telah mengajar bersuci ke dalam topik baru ini iaitu bersuci tanpa menggunakan air. Ini telah menunjukkan guru ini mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar. Selain itu,guru ini juga berkaitkan pelajaran dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur murid dan memulakan pelajaran yang berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran serta berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.Dengan pengetahuan sedia ada ini ,dapat membantu pelajar bersedia dari sudut kognitif dan afektif dan membantu murid mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru ini dengan lebih mudah dan bermakna.Set induksi atau memulakan pengajaran ini adalah sesuai dengan pengetahuan sedia ada

murid kerana guru ini menggunakan bahan bantu yang berkait dengan topik iaitu pelbagai jenis gambar yang berkaitan dengan air ,contohnya gambar air tasik , gambar air laut, gambar empun, gambar air sungai, gambar air hujan dan gambar air salji.Semasa guru menunujukkan gambar yang berkaitan dengan sumber-sumber kedatangan air ,saya berpendapat guru ini menggunakan suara, gerak geri dan kontak mata yang sesuai semasa menyoalkan soalan terhadap murid tentang kegunaan air dalam kehidupan .Kemahiran penyaolan yang digunakan adalah dapat membina aliran fikiran murid supaya mereka bersedia mempelajari pengajaran yang seterusnya.

Penyoalan seluruh kelas yang digunakan semasa set induksi atau memulakan pengajaran ini mengcungkil idea pelajar dan juga akan membantu murid lebih memahami tentang idea asal mereka dan lebih mudah membuat perkaitan dengan maklumat baru. Menurut (moore: 1989) satu kativiti yang dilakukan pada permulaan pengajaran dapat membangkitkan minat pelajar Dengan berbuat demikian , guru dapat mengetahui status idea atau pengetahuan sedia pelajar dan dapat merancang tindakansusulan yang bersesuaian. Di samping itu kekuatan yang terdapat di dalam pengajaran ini adalah penggunaan masa yang digunakan oleh guru dalam set induksi atau memulakan pengajaran adalah sebanyak 5 minit .Pengunaan Masa yang digunakan oleh guru dalam set induksi atau memulakan pengajaran dapat disampaikan dan mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang singkat. Pengajaran guru ini dalam set induksi atau memulakan pengajaran memang dapat memotivasikan murid suaya bersedia untuk belajar dengan pengajaran hari tersebut serta membolehkan murid menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsep baru dengan lebih mudah dan bermakna.

Kelemahan
Kelemahan yang ada dalam set induksi atau memulakan pengajaran yang diajar oleh Cikgu Norkhamidah Sulam adalah penggunaan bahan bantu mengajar iaitu gambar-gambar pelbagai jenis gambar yang berkaitan dengan air ,contohnya gambar air tasik , gambar air laut, gambar empun, gambar air sungai, gambar air hujan dan gambar air salji.adalah terlalu kecil.Gambar yang bersaiz A4 tersebut adalah tidak sesuai digunakan dalam kelas yang terdapat ramai murid kerana kemungkinan murid-murid yang duduk di belakang tidak dapat lihat dengan jelas. Tambahan lagi, semasa guru menunjukkan gambar contoh contoh pelbagai jenis gambar yang berkaitan dengan air ,contohnya gambar air tasik , gambar air laut, gambar empun, gambar air sungai, gambar air hujan dan gambar air salji adalah terlalu cepat dan murid murid mungkin tidak dapat melihat dengan jelas dan arah yang guru menunjukkan gambar kepada murid murid adalah berarah serong. Gambar yang ditunjukkan oleh guru adalah berarah serong menyebakan murid tidak dapat melihat apa yang ditunjukkan oleh guru.

Cadangan dan penambahbaikan


Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran.Berdasarkan kelemahan dan

kekurangan dalam video rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran ini, cadangan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah guru dicadangkan menggunakan komputer dan pembesar suara dalam pemasangan bunyi air yang datang dari banyak tempat.Pemasangan bunyi yang pelbagai seperti bunyi laut , sungai , dan hujan dari komputer dapat melatih murid-murid menggunakan deria pendengaran dengan baik dan dapat menimbulkan minat murid-murid. Dengan ini murid dapat berfikir dan menaakul dalam pengajaran ini. Setelah memasangkan bunyi air , guru barulah memasang power point yang terdapat banyak gambar gambar gambar air tasik , gambar air laut, gambar empun, gambar air sungai, gambar air hujan dan gambar air salji yang cantik akan menyebabkan pembelajaran menjadi lebih menarik daripada menggunakan gambar yang bersaiz A4 sahaja yang membosankan.Guru dicadangkan memilih alat yang

sesuai dengan umur murid. Sekiranya menggunakan gambar,guru digalakkan untuk menggunakan gambar 3D supaya mereka mudah untuk faham. Gambar tayang bergerak juga sesuai digunakan dalam power point.Tambahan lagi, penggunaan grafik

dalam power point akan dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang cepat, jelas, tepat dan konsisten terhadap pelajar. Grafik seperti lukisan, gambar foto amat membantu di dalam menyampaian sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Manakala penggunaan bahan bantu mengajar iaitu gambar-gambar yang bersaiz A4 adalah kurang sesuai kerana murid yang duduk di belakang tidak dapat lihat dengan jelas.Oleh itu,guru haruslah membuat penambahbaikan dengan menggunakan power point dalam pengajaran hari tersebut. Tambahan lagi,penggunaan power point adalah bersesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah kerana bilangan murid dalam kelas agak banyak .Untuk menyelesaikan masalah ini ,guru dicadangkan dan digalakkan menggunakan komputer, LCD dan juga projektor kerana gambar yang ditunjukkan adalah sangat jelas dan menarik perhatian murid. Penggunaan power point dengan gambar yang cantik memang tidak memerlukan kos yang tinggi seeloknya mudah dibuat sendiri dengan menggunakan sumber-sumber yang mudah diperolehi. Contohnya gambar dari internet. Penggunaan ICT adalah elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa ini,oleh itu guru haruslah menggabungkan pelbagai media seperti bunyi, imej, animasi dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal.Guru Pendidikan Islam hendaklah sedia untuk menerima perubahan anjakan paradigma untuk menggunakan ICT dalam P&P. Menurut (Norhatimah dan Ab. Halim Tamuri 2010).Integrasi ICT dalam P&P Pendidikan Islam juga dapat mengubah tanggapan pelajar yang selama ini menganggap subjek Pendidikan Islam suatu subjek yang membosankan .Guru guru dikehendaki memajukan diri dalam penggunaan power point dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajaran dapat dilaksanankan dengan menarik dan mencapai objektif. cadangan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah guru dicadangkan melekatkan gambar di papan hitam .Jika guru

melekatkan gambar di papan hitam maka masalah semasa guru menunjukkan gambar ke arah serong tidak akan berlaku.Dengan melekat gambar di atas papan hitam dapat membantu guru menjelaskan sesuatu konsep dengan jelas dan membantu murid-murid memahami suatu gambar yang disampaikan secara beperingkat di papan tulis.