Anda di halaman 1dari 9

KESAN DARIPADA KEGIATAN HOMOSEKSUAL. Menurut Dr.

Muhammad Rashfi dalam kitabnya al-Islam wa al-Tib mengatakan bahawa Islam melarang keras homoseks yang mempunyai kesan negatif terhadap kehidupan peribadi dan masyarakat, antara lain seorang gay tidak mempunyai keinginan terhadap wanita. Jika mereka melangsungkan perkahwinan maka isterinya tidak akan mendapatkan kepuasan biologi, kerana minat seksual suami yang cenderung kepada lelaki dan akibatnya hubungan suami isteri menjadi renggang tidak tumbuh cinta dan kasih sayang. Keduanya, perasaan cinta antara sesama jenis membawa kelainan jiwa yang menimbulkan suatu sikap dan perilaku yang ganjil, seorang gay kadang-kadang berkelakuan seperti lelaki dan pada masa yang sama seperti wanita. Selain itu, homoseks boleh mengakibatkan kerosakan pada saraf otak, melemahkan akal dan menghilangkan semangat kerja serta mudah terjangkit berbagai penyakit berbahaya.

Dari sudut kesihatan pula, kegiatan gay dan lesbian juga tidak digalakkan. Ini kerana menurut kajian dari pakar perubatan menunjukkan bahawa golongan gay dan lesbian adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit mental ( kemurungan / membunuh diri ), penyalahgunaan dadah dan pil khayal serta menimbulkan masalah tingkah laku yang serius. Yang paling penting, mereka berisiko tinggi untuk mendapat Jangkitan seksual (STI's) jika mereka melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, terutama AIDS mula sekali dikesan di kalangan lelaki homoseksual yang mana perbuatan liwat mudah dijangkiti virus HIV. AKIBAT AKTIVITI HOMOSEKSUAL : Institusi perkahwinan akan runtuh Mendapat balasan azab diakhirat Dijangkiti pelbagai jenis penyakit seperti sifilis dan AIDS Masyarakat tidak aman dan tenteram Maruah diri, masyarakat dan agama tercemar

HIKMAT ALLAH MENGHARAMKAN HOMOSEKSUAL: Lahir keturunan bersih dalam keluarga Jiwa sentiasa tenang Diri selamat dari penyakit merbahaya yang tiada ubatnya Wujud pergaulan yang bermoral / akhlak mulia dalam masyarakat

SENARIO HOMOSEKSUAL DI MALAYSIA Walaupun Malaysia diiktiraf sebagai Negara Islam, namun kegiatan homoseksual kian berkembang di

negara ini. Ini dibuktikan dengan pendedahan yang dibuat oleh beberapa media. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh i-Kon Berita Harian membabitkan 100 orang remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati 31 peratus daripada mereka mengaku sudah melakukan hubungan seks dan 23 peratus daripada kelompok ini melakukan perbuatan itu sebelum mencecah usia 15 tahun. Hal ini dilaporkan di bharian.com.my pada 30 Julai 2005, dibawah tajuk seks luar nikah oleh Diyanah Anuar Jika kita menyingkap berita beberapa bulan sebelum ini, kita telah dikejutkan dengan isu kahwin sejenis yang berlaku di Sarawak, tetapi pasangan yang dimaksudkan itu kedua-duanya adalah lelaki, di mana salah seorang di antaranya telah melakukan pembedahan plastik dan berjaya menukar jantinanya menjadi seorang perempuan. Perkahwinan mereka telah disahkan oleh salah sebuah gereja di negeri itu. Isu tersebut telah mendapat liputan dan juga maklumbalas yang meluas di kalangan pelbagai pihak di negara ini, termasuklah para ilmuan, mufti, ahli siasah dan lain-lain.

Fenomena Homoseksual -Bernama 2008-07-28T02:05:24.948-07:00 Adakah percambahan pembukaan kelab-kelab gay di seluruh negara sebagai petanda kewujudan kelompok homoseksual di negara ini?Lazimnya istilah homoseksual merujuk kepada kecenderungan hubungan seksual sesama jantina iaitu lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.Homoseksualiti biasanya akan dibandingkan dengan heteroseksualiti dan biseksualiti.Secara tradisi, istilah gay digunakan untuk merujuk kepada lelaki homoseksual sementara lesbian bagi merujuk kepada wanita golongan ini.Di Barat, kelakuan atau tarikan seksual sesama jantina ini menular bebas sehinggakan menjadi satu gaya hidup.Hari ini, gaya hidup gay yang lebih cenderung dikaitkan kepada hubungan lelaki sesama lelaki turut menjadi ikutan di negara ini. Adakah petanda kewujudan kelompok ini dengan bercambahnya pembukaan kelab-kelab gay di seluruh negara?Kosmo! baru-baru ini mendedahkan kemunculan komik gay yang dijual secara terangterangan. Meskipun harganya mencecah RM50 senaskhah, laporan itu menyebut komik berkenaan laris dibeli oleh golongan muda yang berumur 25 tahun ke atas.Antara kelab gay dan komik gay, mungkin ada yang bertanya apakah gaya hidup ini sudah diterima masyarakat Malaysia?Pengamal perubatan yang juga Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, trend amalan homoseksual di negara ini semakin membimbangkan.Penularan kecenderungan hubungan sesama sejenis ini dapat dilihat dengan wujudnya kelab-kelab gay di seluruh negara.Dalam al-Quran katanya, menyebut Allah swt membalas dengan menghancurkan umat Nabi Luth yang mengamalkan hubungan homoseksual."Tidak ada jalan pengampunan kepada perbuatan yang songsang sehingga ia menimbulkan kemurkaan Allah swt yang kita tahu bersifat penyayang lagi amat mengasihani," kata Maamor.Fenomena homoseksual yang bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia perlu ditangani dengan tegas.Dari segi kesihatan, beliau menyatakan, amalan homoseksual yang melibatkan hubungan seksual menerusi dubur menimbulkan pelbagai risiko kepada setiap pelakunya dan pasangannya."Setiap organ tubuh manusia dilengkapi dengan sistem yang cukup sempurna. Ini termasuk darah, saraf, imuniti dan sistem-sistem lain yang sesuai fungsinya. Sistem peranakan, alat kelamin wanita dan hormon adalah berbeza daripada orang lelaki."Ada sel-sel khusus untuk memastikan fungsi tersebut dapat dilaksanakan dengan penuh kesempurnaan. Malangnya, apabila manusia sesat daripada sistem tersebut dan melakukan perkara-perkara songsang," jelasnya.Menurut beliau, sistem saluran usus perut yang bermula dari mulut dan berakhir di dubur dilengkapi dengan sel-sel yang sesuai untuk penyerapan dan pencernaan makanan."Sistem pergerakan otot yang berirama ini dikenali sebagai peristalsis yang bergerak dari atas ke bawah. Apabila sistem ini disongsangkan, misalnya menerusi hubungan seksual menerusi dubur akan mengundang kerosakan kepada fizikal, emosi dan kerohanian."Memandangkan sistem itu tidak disediakan untuk tujuan yang songsang, ia mengundang pelbagai penyakit seperti

AIDS, hepatitis, buasir dan jangkitan bakteria dalam darah," jelas Maamor.Beliau berkata, hubungan seks songsang itu juga boleh mengundang pelbagai penyakit yang ditakrifkan penyakit jangkitan kelamin (STD).Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad memberi pandangan bahawa homoseksual perlu dilihat sebagai satu kesalahan jenayah dan moral yang serius."Tidak ada bezanya homoseksual ini dengan perbuatan zina. Untuk itu, amalan homoseksual ini perlu dibanteras. Langkah pencegahan perlu diambil dan hukuman perlu dilaksanakan," kata Yusri.Menurut beliau, pintu-pintu yang boleh membawa seseorang itu kepada gejala yang tidak bermoral itu juga perlu ditutup."Kalau ada tempat atau pusat yang dikenal pasti menjadi pusat kegiatan atau aktiviti kelompok homoseksual, tindakan perlu diambil segera. Mungkin dengan menarik balik lesen perniagaan."Laman web atau majalah yang mungkin ada kecenderungan atau memberi ruang untuk m[...]

Homoseks bukan budaya kita! 2008-07-17T22:09:17.121-07:00 Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju: Homoseks juga sebahagian dari budaya kita?Rakyat Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaan negara pada hujung bulan ini. Genap 31 Ogos nanti maka Malaysiaku Gemilang mencecah usia 50 tahun. Di ambang kemerdekaan ini kita sering menyingkap kembali perjuangan para pejuang kemerdekaan kita yang telah menumpahkan darah dan air mata untuk membawa udara kemerdekaan bagi kita bernafas dan mengharungi hidup seterusnya di atas bumi bertuah ini.Rakyat dari berbagai bangsa Melayu, Cina dan India masing-masing menyumbang ke arah kemerdekaan ini sehingga sama-sama kita membina satu negara bangsa berasasakan budaya yang kita terima dan warisi turun-temurun.Budaya Timur yang kita junjung, selaras dan selari dengan agama dan kepercayaan anutan kita masing-masing. Malah kita mampu hidup dengan aman dan damai kerana walaupun kita berbeza agama dan kepercayaan namun adat ketimuran mengikat kita seakan satu rumpun rakyat yang hormat-menghoramti dan saling percaya-mempercayai.Kita mengajar dan membentuk anak-anak kita untuk mengejar kemajuan dalam ruang lingkup kerangka budaya kita. Mereka terdedah dan mencungkil serta menimba ilmu dan maklumat dari luar namun mereka diingatkan untuk tidak menyerap masuk budaya kuning yang bercanggah dan bertentangan dengan budaya kita. Melayu, Cina dan India, kita semua mahukan anak-anak kita berjaya dan cemerlang sebagai rakyat Malaysia yang baik, berakhlak dan tinggi moralnya.Lalu saya terkejut apabila membaca berita berikut dalam akhbar The Star hari ini.Berita tersebut melaporkan berkenaan seorang warga Malaysia keturunan Cina yang kini adalah seorang paderi bertugas di Metropolitan Community Church (MCC) di New York. Masalahnya Reverand Ou Yang Wen Feng 37 tahun ini bukan seorang lelaki normal. Beliau mengakui adalah seorang gay yang mengamalkan seks sejenis.Lebih parah lagi Reverand Ou dalam kunjungannya ke sini membawa sekali kekasihnya seorang lelaki kulit putih bernama Angel Ayala yang beliau akui akan beliau kahwini sebaik sahaja bandaraya New York mengizinkan perkahwinan sejenis tidak berapa lama lagi. Ou menambah beliau nanti berhasrat untuk membuka cawanagn gereja MCC di negara kita menjelang tahun 2010. Gereja itu nanti akan terbuka kepada semua tanpa membezakan amalan seks masing-masing.Saya difahamkan amalan Ou ini ditentang oleh hampir semua gereja di Malaysia. Walaupun saya bukan penganut Krisitian saya tahu bahawa amalan homoseks ini bukan hanya ditentang oleh agama Kristian malah seluruh agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia dan ianya bercanggah sama-sekali dengan adat resam dan budaya kita turun-temurun.Dengan pengakuan Reverand Ou ini pihak berkuasa perlulah mengambil perhatian kerana kita tidak mahu rakyat Malaysia mencontohi amalan kotor beliau yang tidak dapat diterima di negara ini. Saya akui mungkin ada rakyat Malaysia yang mengamalkan seks sejenis seperti Ou ini tetapi itu mereka lakukan secara bersembunyi kerana amalan seks di luar tabiie ini dikategorikan sebagai suatu jenayah di negara kita.Cukuplah sudah dengan masalah keruntuhan moral dikalangan anak-anak remaja kita. Kita tidak perlukan seorang ahli agama seperti Ou pula untuk datang ke sini, meyalahgunakan statusnya untuk memperkenalkan amalan yang ditolak sama-sekali oleh semua rakyat Malaysia yang bermoral dan berakhlak. Yang saya hairannya kenapa akhbar ini memberikan ruangan dan layanan yang cukup istimewa kepada Ou ini, apakah mesej yang mahu ia bawa?Originally From : Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju: Homoseks juga sebahagian dari budaya kita?[...]

Umat Nabi Luth ditelan bumi 2008-07-16T05:34:48.623-07:00 Originally From myMetroOleh Idris Musa idris@hmetro.com.my DALAM amalan kontemporari, perkataan 'gay' biasanya menggambarkan orientasi seksual seseorang iaitu berkaitan emosi, romantik, seksual atau tarikan kecintaan kepada yang lain.Terma homoseksual merujuk kepada kelakuan seksual atau tarikan antara manusia sama jenis.Perkataan 'gay' dikatakan berasal daripada bahasa Perancis lama iaitu 'gai'. Pada peringkat awal, 'gay' membawa beberapa pengertian seperti 'rasa bebas tanpa kerungsingan', 'gembira' atau 'riang dan suka menunjuk-nunjuk.'Hari ini, 'gay' lebih cenderung membawa maksud hubungan jenis sesama jantina, dipanggil juga homoseksual (liwat), tetapi biasanya ia merujuk kepada lelaki sesama lelaki.Bukan sedikit mereka yang terbabit dengan aktiviti terbabit, malah di Barat, ia menjadi budaya yang semakin luas pengaruhnya. Tidakkah ia suatu fenomena yang bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia?Bagaimana Islam melihat situasi ini?Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata hubungan seksual luar tabie seperti itu adalah haram dan tergolong dalam dosa besar."Di zaman kaum Nabi Luth di tengah padang pasir menjadi lautan kerana mereka suka pada lelaki."Walaupun ada perempuan, mereka tidak suka, hanya berminat pada lelaki iaitu sama jenis dengan mereka," katanya.Di negara ini, kewujudan kaum gay memang ditolak walaupun tiada perangkaan rasmi.Laporan Harian Metro mengenai 'gay jamban' baru-baru ini menunjukkan homoseksual semakin menular di ibu kota terutama di kalangan belia, pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, malah pelancong asing.Lebih teruk apabila mereka tanpa segan dan bersalah turut menjadikan tandas awam di pusat beli-belah sebagai lokasi memadu asmara, bercumbuan atau melakukan hubungan seksual dengan pasangan sejenis.Tabiat suka kepada pasangan sejenis bermula pada zaman kaum Nabi Luth a.s, apabila mereka tidak cenderung kepada golongan wanita.Kaumnya lari daripada fitrah. Hidup mereka menentang arus, mengikut nafsu serakah tanpa mempedulikan nilai agama dan kemasyarakatan.Walaupun Nabi Luth menasihati mereka, ia tidak diterima sedikitpun, sehinggakan tetamu baginda sendiri mahu diusik. Disebabkan itu, mereka ditimpa musibah yang sungguh dahsyat, buminya tenggalam sehingga menjadi lautan.Kisah ini diceritakan dalam al-Quran melalui beberapa surah, antaranya surah alAkabuut, an-Naml dan al-Hijr."Dan Nabi Luth juga tatkala ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. Bahkan kamu kaum yang jahil." (an-Naml:54-55)"Nabi Luth berkata: Di sini ada anak-anak perempuanku, kalau kamu mahu melakukan. Demi umurmu, sesungguhnya mereka membuta-tuli dalam kemabukan maksiat mereka."Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-terbalik dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar." (al-Hijr: 71-74)Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: "Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth." (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan alHakim)Mohd Rani berkata, kisah membabitkan kaum Luth itu tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diambil ingatan dan pengajaran semua pihak."Tetapi sekarang ini orang sudah lupa sejarah kerana kepuasan nafsu semata-mata. Nabi tidak mengaku umat bagi lelaki yang suka kepada lelaki," katanya.Beliau berkata, golongan gay tidak boleh dibiarkan, sebaliknya perlu diambil tindakan dengan pendidikan secukupnya."Kena tarbiyah dan bagi bimbingan supaya mereka tidak berterusan dalam perbuatan itu. Ajaran agama perlu diberikan secukupnya supaya mereka boleh kembali hidup dan bekerja seperti orang biasa."Jangan pula nanti kegiatan itu seperti satu kerjaya yang menjan[...]

KAUNSELING REMAJA bersama Dr. Sapora : Hubungan Terlarang 2008-07-16T05:31:49.618-07:00 SAYA seorang remaja lelaki. Saya pernah melakukan hu bungan seks dengan abang sendiri. Aktiviti itu berlaku sejak usia 10 tahun.

Perbuatan meliwat itu dilakukan apabila ada masa lapang. Adakah perbuatan itu mendatangkan kesan buruk kepada saya? Apa yang saya perlu buat untuk menghilangkan perbuatan itu yang kadangkala menghantui pemikiran saya? Apa akan terjadi jika saya kerap mengeluarkan air mani dengan sengaja? Jawapan Dr. Sapora @ MyMetro NAFSU amarah dan kebinatangan abang adik menjadikan adik mangsa serakah perbuatan liwat yang dikeji agama itu. Aristotle pernah mengatakan: Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang, tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang. Dr berdoa abang adik akan bertaubat dan tidak lagi melakukan perkara yang terkutuk. Perbuatan liwat ini boleh memberi kesan psikologi kepada diri adik. Berjumpa doktor perubatan untuk mengetahui kesan perbuatan adik yang kerap mengeluarkan air mani dengan sengaja dan tindakan abang adik meliwat adik. Dari sudut psikologi, Dr melihat ia memang memberi kesan kepada emosi dan psikologi seperti mana adik katakan (menghantui pemikiran). Apa yang berlaku adalah disebabkan nafsu kesyaitanan abang adik. Adik bukan pelaku, tetapi mangsa kepada tingkah laku liwat ini. Walaupun bukannya mudah, tetapi cuba jauhilah pemikiran negatif itu. Fikiran negatif hanya memberi tekanan emosi kepada adik. Isi masa kosong dengan aktiviti berfaedah seperti bersukan (contohnya bola sepak, futsal) untuk mengurangkan berfikir perkara berkenaan. Cari kawan yang boleh adik berkongsi masalah. Luahkan masalah jika ia boleh melegakan perasaan. Cari kawan yang boleh dipercayai dan simpan rahsia. Jika abang masih melakukan perkara itu kepada adik, ia mesti dihentikan kerana ia perbuatan terkutuk. Adik perlu bersifat asertif untuk meminta abang adik memberhentikan perbuatan terlarang itu atau laporkan ke pada polis. Adik juga boleh belajar melupakan kejadian itu. Selalunya lupa boleh berlaku disebabkan oleh peredaran masa. Satu lagi cara ialah adik boleh menekan memori pedih dan menyakitkan itu daripada muncul ke paras kesedaran adik. Adik boleh belajar mengawal nafsu (bagi menangani me ngeluarkan air mani dengan sengaja) dengan berpuasa. Selain solat wajib, banyakkan solat sunat memohon ke berkatan. Berdoa kepada Tuhan agar kehidupan adik menjadi tenang. Apa yang berlaku ialah dugaan Allah untuk memberi peluang kepada adik meningkatkan iman dan keyakinan kepada-Nya. (image)

KAUNSELING REMAJA bersama Dr. Sapora : Remaja homoseksual ketagih seks

2008-07-16T05:29:47.487-07:00 Saya remaja lelaki berumur 19 tahun. Semasa berumur 11 tahun, satu detik hitam berlaku dan peristiwa itu mencorak tingkah laku buruk saya.Pada usia itu, bapa saudara (adik kepada ayah) mengambil kesempatan mencabul dan meliwat saya. Saya tidak berani memberitahu keluarga mengenai kejadian itu kerana bapa saudara memberi ugutan. Apabila ada kesempatan, dia akan melakukan perbuatan terkutuk itu.Pada mulanya saya sangat marah tetap lama kelamaan semakin rasa seronok. Saya kini ketagihan hubungan seks terlarang dan kini menjadi seorang lelaki homoseksual. Saya sering terbabit dalam aktiviti tidak sihat iaitu sering melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis.Saya tahu itu berdosa dan cuba sedaya upaya meninggalkan aktiviti jijik itu. Malangnya kadangkala saya tidak dapat mengawal nafsu. Apatah lagi saya kini tidak bersekolah dan pergerakan serta pergaulan lebih luas. Saya sering memohon doa kepada Allah S.W.T supaya dapat menghindari tingkah laku buruk ini, malangnya gagal.Adik[Jawapan Daripada Dr. Sapora -MyMetro] Terima kasih di atas luahan perasaan dan masalah adik. Nampaknya adik berada dalam konflik kerana mendapati sukar melarikan diri daripada masalah terbabit melakukan hubungan seksual dengan rakan sejenis.Walaupun adik merasa bersalah dan berdosa melakukannya, tetapi gagal mengawal diri kerana faktor kurang dapat mengawal emosi, nafsu dan perlakuan.Langkah adik mendapatkan pertolongan adalah satu permulaan yang baik dan menunjukkan adik cuba menjadi insan normal daripada sudut perlakuan tingkah laku seks.Ia juga berkaitan dengan membebaskan diri daripada melakukan sesuatu yang dilarang agama. Meluahkan perasaan yang dipendam dapat membantu meringankan beban dan tekanan dialami.Adik menjelaskan bagaimana mula terjebak dengan perkara ini dan saya berpendapat, adik dianiaya oleh orang yang dipercayai. Malangnya harapkan pagar, pagar makan padi.Faktor persekitaran yang terbina melalui pengalaman inilah menyebab kan adik terjebak. Apabila adik merasakan pengalaman homoseksual pertama menyeronokkan, adik meneruskan aktiviti homoseksual secara berterusan.Pendedahan berleluasa terhadap aktiviti homoseksual membuatkan adik semakin selesa dengan situasi ini.Ada banyak sebab mengapa seseorang boleh terbabit dalam aktiviti antaranya ialah faktor keluarga. Contohnya, pengalaman atau trauma yang dialami sewaktu alam kanak-kanak.Seorang anak lelaki yang sering dikasari oleh ibu akan menyebabkan anak beranggapan semua perempuan bersikap kasar, bengis dan panas baran yang memungkinkan akan berasa benci pada kaum perempuan.Ada pandangan lain yang mengaitkan dengan faktor biologi iaitu perasaan dan nafsu itu terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Bagaimanapun, pendapat ini masih lagi dibincangkan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh.Faktor dorongan individu pula lahir daripada rentetan proses pembelajaran sewaktu kecil. Ia berlaku kerana kurangnya rasa kepercayaan terhadap ibu dan saudara perempuan (lesbian) dan sebaliknya (gay).Individu yang kurang percaya pada potensi seksual yang ada pada diri sendiri juga boleh terbabit dalam gejala ini.Selain itu, keinginan perasaan untuk mendominasi hawa nafsu boleh menyumbang kepada tingkah laku homoseksual. Ada individu apabila harga diri tidak boleh diperoleh dari hubungan lain menyalurkan kepada hubungan kaum sejenisnya.Keluhan adik adalah pada peringkat pendedahan awal untuk melahirkan ekspresi diri . Sebelum ini mungkin adik berada dalam peringkat tertutup dan kini ingin berkongsi perasaan sebagai seorang gay.Sebelum membantu mencari jalan penyelesaian membantu adik menangani masalah ini, saya akan kaitkan dengan perspektif masyarakat terhadap individu yang terbabit dengan aktiviti homoseksual ini.Sering kali punca keruntuhan moral dan tamadun dikaitkan dengan gejala sosial termasuklah kegiatan homoseksua[...]

Homoseksual boleh diatasi.. 2008-07-16T05:10:12.768-07:00 Lelaki lembut boleh berubah jadi normal Oleh Halina Mohd NoorRemaja berisiko terjebak gejala homoseksual perlu luah perasaan, dapatkan bantuan pakarREMAJA yang mendapati dirinya mula menyukai rakan sejenis perlu segera melawan perasaan tidak sihat berkenaan dengan mendapatkan bantuan orang dipercayai seperti kaunselor. Memendam sendiri perasaan aneh itu hanya membuatkan mereka lebih cenderung terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti homoseksual.Pakar Bedah Urologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Badrul Hisham Bahadzor, berkata menyukai teman sebaya atau teman baik adalah perkara biasa di kalangan remaja. Bagaimanapun, tindakan

segera perlu diambil sekiranya perasaan berkenaan bertukar ke arah seksual kerana ia boleh diperbetulkan.Perasaan ini tentu saja menimbulkan kekeliruan dan tekanan kepada remaja. Bukan sesuatu yang pelik jika sepasang rakan baik sentiasa kelihatan bersama walau ke mana juga, tetapi seandainya perasaan itu bertukar, remaja perlu berkongsi apa yang dialami dengan orang yang dipercayai seperti ibu bapa atau kaunselor.Meluahkan perasaan yang dipendam dapat membantu meringankan beban dan tekanan dialami, katanya ketika ditemui pada Seminar Kesihatan Reproduksi Remaja bertema Remaja Bijak Jauhi Gejala Seksual di Auditorium HUKM, Cheras baru-baru ini.Seminar yang dihadiri pelajar berusia 13 hingga 18 tahun dari pelbagai sekolah sekitar Kuala Lumpur itu dianjurkan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (Mamaneh 2000), Disiplin Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Jabatan Kejururawatan HUKM dan Persatuan Mahasiswa Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Majlis perasmian disempurnakan, Dekan Fakulti Perubatan HUKM, Prof Datuk Dr Lokman Saim. Turut menyampaikan ceramah, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj dan Penganalisis Jenayah, Kamal Afendi.Dr Badrul berkata, perasaan berkenaan bukan sesuatu yang pelik kerana remaja sebenarnya sedang mencari identiti diri. Tanpa bimbingan daripada keluarga seperti ibu bapa atau kaunselor, berkemungkinan besar mereka memilih identiti yang bertentangan dengan sifat semula jadi.Masyarakat juga tidak seharusnya dengan mudah memberikan gelaran negatif kepada golongan ini. Lelaki lembut atau perempuan dengan penampilan tomboi tidak seharusnya terus dicop sebagai gay atau lesbian oleh masyarakat.Secara fizikal, mereka nampak saja begitu, tetapi jika dibantu, hakikatnya mereka boleh berubah. Kebanyakan golongan ini bila meningkat dewasa hakikatnya lebih berminat dengan heterokseksual (hubungan lelaki dan wanita), katanya.Selain mendapatkan nasihat dan pandangan keluarga atau pakar, remaja perlu mempunyai disiplin diri bagi mengatasi masalah ini. Bantuan dan kawalan daripada guru juga dapat membantu aktiviti kurang sihat di kalangan pelajar sekolah. Sama seperti hubungan kelamin biasa, hubungan sesama jenis terutama yang membabitkan bahagian anus (dubur) lebih berisiko tinggi mendapat penyakit jangkitan kelamin.Bahagian anus tidak sesuai untuk tujuan melakukan hubungan seks kerana sifat fizikalnya hanya berfungsi untuk membuang air besar. Hubungan seks melalui kawasan ini menyebabkan bahagian berkenaan luka dan mudah merebakkan virus atau kuman penyakit herpes, HIV/Aids, sifilis, gonorea dan sebagainya. Semua penyakit ini tidak ada penawarnya melainkan hanya sebagai ubat menahan sakit, katanya.Mereka yang dijangkiti penyakit jangkitan kelamin mengalami tanda seperti sakit ketika membuang air kecil, sakit perut, ruam pada kemaluan, bintik seakan lebihan isi pada hujung zakar, luka pada kemaluan atau ada cairan keluar daripada kemaluan. Kelewatan mendapatkan rawatan boleh mengancam nyawa dan menyebabkan barah pada kemaluan.Walaupun di Malaysia belum ada kajian mengenai bi[...]

Anda harus berubah! 2008-07-16T04:58:33.137-07:00 Jangan biarkan diri anda terus dibelenggu oleh gaya hidup songsang, dan jika anda baru terfikir, jangan mulakan! Agama melarang manusia daripada membuat hubungan homoseksual. Mengapa anda harus hidup sebagai homoseksual?? Post a comment or E-Mail Us via Contactify. (image)

Lari dari Hidup Homoseksual? 2008-07-16T04:33:16.573-07:00

Jika anda golongan homoseksual, adakah anda terpikir untuk menjadi normal? Seperti biasa dan berkawan atau membuat hubungan baru dengan kaum bukan sejenis? Mungkin ada diantara anda yang secara tidak sengaja, atau anda tidak pun mahu menjadi seoarang yang sukakan kaum sejenis, tetapi anda tiba2 mempunyai perasaan itu, dan anda rasa tidak dapat mengelak diri lagi. Kenapa anda menjadi Homoseksual? Berikan pendapat anda sekarang, postkan komen atau hantar emel kepada kami. (image)

Adakah anda GAY / Lesbian? 2008-07-16T04:02:14.494-07:00 (image) Adakah anda telah terjebak dalam gejala homoseksual ini? Adakah anda Gay atau Lesbian? Di Malaysia, gejala ini semakin menular di kalangan masyarakat kita. Apa yang perlu dilakukan untuk mencegah hal ini dari terus berleluasa? Jika anda Gay/Lesbian@Homoseksual, kenapa sebenarnya anda memilih gaya hidup seperti ini? [Luahkan Pendapat anda] Atau anda sebenarnya mempunyai sebab atau hal yang menyebabkan anda menjadi seperti ini? Masyarakat Malaysia mungkin mencemuh/menghina atau meluat apabila mendengar/melihat mereka yang dikatakan homoseksual, tetapi, mereka juga manusia, mereka ada hak untuk hidup di dunia ini. Siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini? (image)

Apa itu Homoseksual? 2008-07-16T03:19:46.866-07:00 Istilah homoseksual lazimnya merujuk kepada kecenderungan hubungan seksual sesama jantina yakni lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.Gay & Lesbian.Secara tradisinya istilah gay digunakan untuk merujuk kepada lelaki homoseksual sementara lesbian bagi merujuk kepada wanita golongan ini.Mari Kita Baca pula artikel ni dari www.ms.wikipedia.orgPerkataan homoseksual diterjemah secara harafiah adalah "sama jantina" yang merupakan gabungan prefiks Yunani homobererti "sama" dan asas Latin sex- bererti "seks." Istilah homosexual pertama kali diterbitkan secara bercetak dalam pamplet Jerman yang diterbitkan pada 1869 secara tanpa nama yang ditulis oleh novelis Karl-Maria Kertbeny, kelahiran Austria. Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun 1981, doktor mulai mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan lima orang homoseksual di Los Angeles. Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi bagaikan seerti. San Francisco merupakan kawasan gay paling teruk dijangkiti, di mana hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah dijangkiti pada awal-awal penyakit merebak. [1] Kini selepas penurunan kadar jangkitan AIDS dikalangan homoseksual pada tahun-tahun kebelakangan, peningkatan jangkitan AIDS kembali meningkat dikalangan gay melalui tempat mandi umum, tempat popular bagi kalangan gay mencari seksual bebas, kini menjadi tempat utama penyebaran AIDS. [2] Perdebatan biologi sebagai punca homoseksual Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan pelaku homoseksual mempunyai ciri berlainan secara biologi. Amtaranya dalam satu kajian oleh Simon LeVay pada tahun 1991 ia mendapati kelompok kecil neuron pada anterior hypothalamus, yang dipercayai mengawal tabiat seksual dua kali ganda pada imbasan otak

homoseksual berbanding orang normal. Pada 1993, Dean Hamer pula mendapati saudara homoseksual cenderung berkongsi khromosome Xq28. Bagaimanapun kesemua penyelidikan ini gagal menjelaskan sama ada kelainan itu timbul akibat mereka mengamalkan homoseksual atau mereka menjadi homoseksual kerana kelainan tersebut. Ramai pakar turut mempercayai bahawa virus AIDs lebih mudah tersebar dalam golongan homoseksual disebabkan amalan hubungan luar tabie (melalui dubur). Ini disebabkan tisu dubur sering kali mudah pecah dan berdarah, yang membenarkan virus memasuki salur darah. Satu kajian turut mencadangkan virus mungkin mampu menjangkiti sel di dubur secara langsung, kemungkinannya disebabkan usus besar mempunyai liang bagi menyerap air dan zat permakanan yang memudahkan virus memasuki badan pengamal hubungan luar tabie. Homoseksual, Keagamaan & Kepercayaan Sesetengah pakar mempercayai bahawa wabak AIDS dikalangan homoseksual adalah punca riwayat yang dikisahkan dalam kitab agama Ibrahim. Dipercayai sebagai cara memberentas wabak tersebut, kesemua pesakit dan pelaku homoseksual telah dihukum bunuh ketika itu, satu hukum keagamaan yang kekal sehingga kini. Homoseksual merujuk kepada perlakuan seks yang cenderung kepada sesama jantina. Homoseksual dikatakan bermula dari zaman Nabi Luth a.s. yang mana ketika itu gejala seks, perkahwinan dan percintaan di antara sesama jantina berlaku.Ayat 80, Surah al-Araf (7), bermaksud, Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: `Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Ayat 81 bermaksud, Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Faktor-faktor terjebak Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan seseorang itu menjadi homoseksual. Keluarga P[...]