Anda di halaman 1dari 11

KARANGAN JENIS FAKTA/RENCANA

Disediakan oleh: Hanizah Hamzah

PANDUAN MENULIS
Karangan jenis ini menghendaki anda menulis tentang perkara / isi yang logik, mengemukakan fakta yang benar dan tepat. Soalan-soalan yang dikemukakan biasanya menghendaki anda memberikan fakta-fakta tentang isi, tema, peranan sesuatu pertubuhan, dan sebagainya. Anda perlu mempunyai fakta yang cukup tentang topik/isu yang dikemukakan. Setiap fakta mestilah disertai dengan huraian serta contohnya sekali.
2

-SAMBUNGAN
Anda perlu menghubungkaitkan setiap perenggan supaya ada kesinambungan isi. Masukkan sekurang-kurangnya empat atau lima isi dalam sebuah karangan dan setiap perengan satu isi. Karangan fakta/rencana yang baik perlu mempunyai ciriciri berikut: perenggan; Isi yang membincangan fakta, bukan rekaan atau khayalan; Penutupyang memerlukan anda memberi pendapat tentang tajuk tersebut. Gunakan bahasa yang mudah difahami, ringkas, dan tepat.tidak perlu bunga-bunga bahasa, ungkapan, atau kiasan.
3

-SAMBUNGAN
Jadikan sumber bacaan sebagai sumber pengetahuan. Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami tajuk dan kehendak soalan terlebih dahulu. Catatkan isi ke dalam kertas lakaran, kemudian susun mengikut turutan yang sesuai beserta keterangan yang jelas ke dalam perenggan.

KELEMAHAN PENULISAN
Pelajar terlalu kerap mengemukakan pendapat. Hal ini akan menyebabkan karangan pelajar mirip kepada karangan perbincangan. Pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dikemukakan agak cetek. Akibatnya, isi karangan tidak mantap. Tidak menyertakan huraian/contoh bagi setiap fakta yang dikemukakan. Jalianan isi isi penting tersekat-sekat/tidak lancar serta tidak teratur.

Gaya bahasa yang digunakan tidak sesuai, misalnya menggunakan gaya bahasa kreatif

KARANGAN PELAJAR YANG KURANG BAIK


Arahan : Majlis Belia Malaysia adalah sebuah pertubuhan yang membela nasib golongan pemuda dan pemudi di negara ini. Karangkan sebuah rencana.
Belia adalah aset negara paling berharga. Runtuhnya belia dalam sesebuah negara, boleh menyebabkan sesebuah negara itu turut runtuh. Di Malaysia, Majlis Belia Malaysia telah didaftarkan secara resmi(1) di bawah Akta Pertubuhan pada 18 Jun 1968.

Majlis Belia Malaysia merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diiktiraf sebagai majlis belia kebangsaan. Majlis ini menjadi wakil bagi suara belia seluruh negara.
6

Perjuangan dan matlamat penubuhanya adalah untuk memajukan belia dalam semua aspek pembangunan termasuk ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak, dan politik.

Di bawah Majlis Belia Malaysia, terdapat 35 badan kebangsaan dan Majlis Belia Negeri yang bergabung dengannya. Kini, lebih 2.2 juta orang telah menganggota(2) Majlis Belia Malaysia. Ahli-ahli Majlis Belia Malaysia ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu Organisasi Belia Biasa, Organisasi Belia Agama, Organisasi Belia Beruniform, dan Organisasi Belia Pelajar. Datuk Suhaimi Ibrahim, iaitu Presiden Majlis Belia Malaysia yang ke 15(3), sentiasa memastikan prinsip perjuangan belia di tempat paling utama.

Malah, majlis itu juga sangat mengambilberat(4) soal pendidikan dan kemanusiaan.

Walaupun Majlis Belia malaysia kini dianggap matang menghadapi cabaran dan pengalaman, presisennya akan tetap meneruskan perjuangan dan matlamat pucuk pimpinan belia yang dahulu(5). Majlis juga kini sedang berusaha untuk menggabungkan cita-cita golongan lama dengan generasi belia kini. Tujuannya adalah untuk memantapkan lagi perjuangan belia.

KOMEN-KOMEN KASALAHAN
1. Perkataan yang betul ialah rasmi dan bukan resmi. Rasmi bermaksud disahkan oleh yang berkuasa sementara resmi bermaksud sifat khas. 2. Perkataan berimbuhan yang betul ialah menganggotai. 3. Perlu diletakkan sempang ( - ) di antara ke dan 15 menjadi ke-15. 4. Kata majmuk ini perlu diasingkan menjadi mengambil berat.

5. Perkataan yang lebih sesuai ialah terdahulu.

LATIHAN

10

ARAHAN : TULISKAN SEBUAH RENCANA TENTANG FAEDAH KOMPUTER KEPADA MANUSIA.


1. Pendahuluan
Komputer mesin ciptaan ahli sains penggunaannya amat praktikal mempercepat dan mempermudahkan tugas boleh menyimpan data dan maklumat.

2.

Isi-isi
Komputer mempengaruhi kehidupan digunakan umum menjadi alat bantu belajar kanak-kanak dapat tingkatkan perkembangan minda. Dalam bidang perubatan komputer merawat pesakit, menyimpan maklumat - mengkaji penyakit. Membantu melicinkan pergerakan kenderaan kapal terbang, kereta api laju, kapal laut dan lain-lain.

3.

Penutup
berguna- Ilmu komputer perlu dipelajari kemahirannya amat berguna
11