Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Gejala keruntuhan akhlak dan sosial di kalangan masyarakat Malaysia terutama di

kalangan remaja perempuan semakin menular terutamanya isu pengkid. Senario ini

menggambarkan satu lagi punca keruntuhan institusi kekeluargaan. Suatu peristiwa yang

berlaku pada bulan Oktober 1996 mengingatkan kita kepada kegemparan masyarakat di

Malaysia apabila seseorang wanita cuba menikahi wanita lain dengan menyerupai

dirinya sebagai lelaki bernama Rosdi Ahmad. Berikutkan daripada peristiwa tersebut,

pelbagai usaha telah dilakukan pihak berkuasa dan kumpulan badan bukan kerajaan

(NGO) dalam mengekang masalah ini namun usaha tersebut kelihatan gagal. Dalam

keadaan sebegini, seharusnya sejak dulu lagi kita harus kembali kepada hukum dan

syariat Allah dengan merujuk kembali Al-Quran dan As-Sunnah sebagaimana sabda

Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Dari Ibni Abbas r.huma ia berkata : Sabda Rasulullah S.A.W. : Sesungguhnya


aku telah meninggalkan pada kamu dua perkara yang kamu tiada akan sama
sekali sesat selama mana kamu berpegang kepada keduanya, Kitab Allah
dan Sunnah Nabi-Nya".
(Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim)

Senario penyerupaan wanita kepada lelaki ini merupakan satu realiti krisis

kehilangan identiti yang amat ketara. Gejala orientasi seksual yang lebih kepada kaum

sejenis bukanlah sesuatu yang baru. Jika kita menyelusuri susur galur asal-usulnya

homoseksual, ia telah lama wujud semenjak sejarah awal tamadun manusia lagi sekitar

tahun 625 hingga 750 sebelum masihi. Menurut sejarah, pada zaman Greek purba,

sudah muncul watak seorang lesbian bernama Sappho, penyair wanita yang memuja-

1
muja kaum sejenisnya melalui bait-bait puisi. Beliau telah dianggap sebagai pengasas

falsafah lesbian kerana telah menjalinkan hubungan dengan murid perempuannya.

Tanggal 23 Oktober 2008, Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan

ke-83 telah mengeluarkan fatwa yang mengharamkan perempuan muslim menampilkan

diri seperti lelaki atau lebih dikenali sebagai pengkid. Hal ini berikutan gejala pengkid di

kalangan wanita muslim semakin menjadi-jadi bukan sekadar dari segi tingkahlaku,

pemakaian, percakapan bahkan kebanyakannya lebih berminat kepada kaum sejenis.

Walau bagaimanapun pada 7 November 2008, sekumpulan remaja yang tergolong dalam

kategori pengkid ini telah mengadakan demonstrasi kecil-kecilan bagi membantah fatwa

yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Majlis tersebut dianggotai oleh mufti-

mufti seluruh negeri di mana mereka ini merupakan golongan ulama' yang mahir dalam

ilmu agama dan pakar dalam hukum-hakam dan syariat Allah. Setiap keputusan yang

mereka hasilkan adalah berpandukan Al-Quran dan Hadis dan bukanlah mengikut hawa

nafsu tanpa tujuan tertentu. Golongan mufti ini telah berusaha mendalami ilmu agama

untuk menjunjung syariat Allah dan memandu masyarakat ke jalan yang diredhai Allah.

Justeru itu kelantangan sekumpulan remaja terbabit membantah fatwa yang telah

dikeluarkan jelas menunjukkan bahawa mereka cuba mencabar hukum agama demi

melunaskan hasrat dan keinginan mereka.

2
2.0 ISTILAH DAN CIRI-CIRI PENGKID

Secara umumnya tiada kajian khusus oleh mana-mana pihak mengenai kewujudan

istilah pengkid. Menurut Profesor Madya Mohd Maksan Musa, pensyarah di Jabatan

Psikologi dan Kaunseling, Universiti Utara Malaysia, istilah pengkid merujuk kepada

bahasa slanga yang digunakan oleh golongan lesbian di negara ini. Berbeza daripada

lesbian, pengkid adalah seorang wanita yang yang beridentitikan lelaki mencintai wanita

sepertinya untuk dijadikan pasangan hidupnya. Menurutnya lagi, istilah pengkid hanya

digunakan di negara ini dan tidak wujud di mana-mana negara lain.

Menurut Profesor Datuk Dr. Zainal Kling, Dekan Fakulti Sastera dan Sains

Teknologi, Universiti Malaya, golongan pengkid terdiri daripada kumpulan manusia yang

melepaskan diri daripada tanggungjawab agama dan bertunjang nafsu serakah semata-

mata. Mereka terpengaruh dengan gerakan kebebasan hak manusia sedunia yang

dipelopori oleh negara Eropah, Australia dan Singapura yang menggalakkan hubungan

homoseksual. Golongan ini mendakwa budaya homoseksual bukan merupakan kesalahan

jenayah dan mereka bebas mengamalkan seks songsang tanpa sebarang sekatan.

Golongan pengkid ini mempunyai beberapa ciri iaitu sesama mereka dipanggilnya

“Peng” atau “PLU”, perwatakan seperti lelaki, tidak menerima hakikat bahawa diri

mereka perempuan, membengkung payu dara sehingga leper, tertarik dengan wanita yang

cantik, menjalankan hubungan dengan wanita sahaja (homoseksual), setia pada pasangan

3
, mempunyai ego yang tinggi. Golongan pengkid ini menggunakan warna pelangi

sebagai lambang universal pengamal homoseksual.

Menurut kajian laman web www.pengkid.com. sehingga 2006 terdapat kira-kira

10,000 orang pengkid di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut 80 peratus pengkid

berketurunan Melayu, sementara 20 peratus terdiri daripada bangsa lain. Hasil dapatan

kajian ini juga mendapati 80 peratus pengkid merupakan pelajar sekolah dan mahasiswa

yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi. (IPT)

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

3.1 Faktor Kromosom

Menurut Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, pensyarah Jabatan Psikologi

Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaysia, beliau menyatakan mungkin

terdapat kekeliruan dalam penentuan kromosom XX perempuan. Hasil kajian di

dalam bidang perubatan terdapat segelintir anak perempuan mempunyai

kromosom XXY yang bermakna terselit kromosom lelaki di dalam diri mereka.

Ini menyebabkan berlaku kekeliruan jantina secara fizikal di mana mereka

mempunyai rupa bentuk wanita, tetapi mempunyai naluri seperti seorang lelaki.

Dengan berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat kepada kaum sejenis iaitu

wanita, golongan ini suka berperanan sebagai seorang lelaki dalam hubungannya

dengan pasangan. Walaupun memiliki bentuk fizikal sebagai perempuan tetapi

kecenderungannya lebih kepada sifat kelelakian, sehingga menimbulkan konflik

dalam diri.

4
3.2 Faktor Persekitaran

Lambakan hiburan dan budaya hedonisme yang disiarkan dalam media massa

menjadi salah satu cabang utama lahirnya budaya jijik ini. Kehidupan yang

berteraskan material dan kepuasan diri sendiri individu yang dipamerkan dalam

televisyen terutamanya, akan menggalakkan budaya pengkid dalam kalangan

kanak-kanak serta remaja. Malah dalam salah satu drama Indonesia yang

ditayangkan di Malaysia, menggambarkan watak perempuan, Oliva menjadi lelaki

bernama Ruben menjadi tontonan seisi keluarga tanpa bantahan dan tentangan

masyarakat. Penyuburan budaya kemungkaran ini, hanya akan merosakkan akidah

kerana mengubah kejadian fitrah diri manusia.

3.3 Faktor Keluarga

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian anak-anak.

Dalam pusingan kehidupan manusia, seorang bayi akan dilengkapi dengan segala

kehendak asas, diasuh dan dibimbing sehingga ke tahap kanak dan remaja.

Sekiranya sesebuah keluarga ditakdirkan mempunyai ramai perempuan, ada juga

ibu bapa cuba mengubah salah seorang anaknya menjadi seseorang lelaki. Anak-

anak tersebut diberi layanan, berpakaian, cara percakapan dan cara berjalan

sebagai seorang lelaki. Ibu bapa juga terlalu menggalakkan anak-anak perempuan

bergaul dan melibatkan diri dalam aktiviti yang cenderung dilakukan oleh anak-

anak lelaki. Jika sejak kecil, anak-anak perempuan disemai dengan ciri-ciri lelaki,

maka sifat ini boleh berlarutan sehingga dewasa. Cara didikan yang salah ini akan

menyebabkan anak-anak itu mengalami kecenderungan jantina dan seksual yang

berbeza.

5
3.4 Faktor Masyarakat

Kesedaran dan pengetahuan tentang isu-isu semasa oleh masyarakat masih lagi

rendah. Tidak ramai yang mengetahui maksud sebenar perlakuan homoseksualiti .

Masyarakat hanya menyangka gejala ini hanya melibatkan perlakuan sejenis

sahaja. Sebenarnya perlakuan homoseksualiti lebih daripada itu. Masyarakat

hanya akan menyisihkan sesiapa sahaja yang mereka anggap aneh. Penyisihan ini

akan menyebabkan mereka yang aneh tidak memiliki pilihan lain kecuali

berkomunikasi sesama mereka. Akhirnya apa yang menjadi aneh kepada

masyarakat menjadi gejala sosial yang tidak dapat dibendung. Sepatutnya kita

sebagai masyarakat berperanan sebagai agen perubahan untuk membetulkan

seseorang yang berperilaku aneh.

4.0 LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

4.1 Pandangan Teori-Teori Moral

Isu homoseksualiti di negara Barat telah lama bertapak. Golongan yang

mengamalkan seks songsang ini dikatakan sebagai komuniti lesbian. Perbuatan

mereka mendapat tentangan masyarakat umum di kebanyakan negara. Mereka

menganggap hubungan ini sebagai tidak normal atau luar biasa. Kebanyakan

masyarakat beragama menentang dan mengutuk hubungan sejenis. Malah ada

yang melihat hubungan sejenis ini sebagai satu gejala keruntuhan moral. Menurut

James (1969), menyatakan bahawa golongan homoseksual tidak menggangu

kehidupan orang lain walaupun perbuatan mereka salah. Persoalan permasalahan

ini telah diadili oleh sesetengah masyarakat di beberapa negara dengan bersikap

6
terbuka terhadap isu ini telah membenarkan pasangan sejenis ini hidup bersama

sebagai suami-isteri. Antara negara-negara yang membenarkan perkahwinan

sesama jenis ialah Amerika, Britain, Kanada dan Australia.

Bagi aliran pemikiran naturalisme, walaupun manusia digalakkan membentuk dan

mengekalkan hubungan peribadi sesama manusia, hubungan sejenis patut dijauhi

kerana perlakuan ini sesuatu yang luar biasa. Bagi aliran pemikiran intuisionisme,

individu menentukan sesuatu perbuatan itu sebagai baik atau buruk mengikut

nalurinya sendiri. Jika homoseksual dianggap tidak baik, mereka akan menjauhi

diri daripada terlibat tanpa menyoal atau memerlukan bukti untuk menerangkan

mengapa perbuatan itu tidak baik. Pandangan ahli pemikiran eksistensialisme pula

memberi kebebasan kepada individu itu untuk memilih budaya homoseksual

sebagai cara hidup, orang lain tidak boleh menyalahkan pilihannya. Begitu juga

individu berkenaan tidak boleh menyalahkan orang lain seandainya pilihan itu

tidak memuaskan hatinya atau berhadapan masalah. Keputusan yang dipilih oleh

individu itu seharusnya suatu keputusan mutlak dan menggembirakannya.

Di Barat, budaya homoseksual ini diterima oleh masyarakat kerana sikap

individualistik yang begitu subur oleh setiap rakyatnya. Setiap perbuatan rakyat

berlandaskan hak asasi manusia. Maka, setiap naluri ingin mencuba sesuatu yang

baru walaupun bercanggah dengan nilai moral manusia dianggap baik atas alasan

membenarkan hak individu terbabit untuk berkelakuan.

4.2 Pandangan Agama

Kebanyakan agama di dunia ini, menggangap perlakuan hubungan sejenis itu

sebagai di luar batasan kemanusiaan dan satu gejala penyakit sosial yang wajar

7
dibendung segera. Perbuatan ini dianggap keji dan menghina tabii semula jadi

manusia. Agama Kristian menganggap hubungan seks sejenis sebagai salah

dan

berdosa. Begitu juga agama Hindu dan Buddha yang menganggap perbuatan

ini

sebagai salah dan tidak bermoral. Dalam bahasa Arab, persetubuhan sesama jenis

wanita dikatakan sihaaq atau musaaqh dihukum haram. Nabi Muhammad SAW

bersabda,

“Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atas mu ialah perbuatan


kaum Lut. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama
kaum Lut.”
( Riwayat Ibnu Majah, Tarmizi dan Al-Hakim)

Allah menghukum kaum Nabi Luth A.S., dengan menurunkan hujan batu dan

menterbalikkan bumi sehingga tiada seorang pun daripada kaum berkenaan

hidup. Melalui peristiwa ini jelas menunjukkan Allah melaknat seseorang individu

yang cuba menyerupai individu lain berlainan jantinanya. Jika setiap jantina

merubah wataknya, maka terancamlah sistem kehidupan masyarakat manusia.

Hilanglah identiti diri dan boleh mengancam keturunan manusia. Menurut bekas

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, perlakuan songsang ini hanya

merosakkan jiwa dan kerohanian yang Allah jadikan dalam diri insan. Akhirnya

kerosakan jiwa ini boleh bertukar menjadi penyakit rohani yang memeritkan.

Menurut beliau lagi, golongan pengkid perlu melawan imaginasi atau perasaan

mereka yang bukan-bukan. Golongan ini perlu berubah dengan kembali kepada

fitrah asal mereka dan iaitu menerima hakikat diri yang sebenarnya. Dalam hal

ini, setiap permasalahan yang timbul , hendaklah meminta pertolongan dan

8
rahmat Allah supaya dapat menghilangkan perasaan yang buruk dan diganti

dengan yang baik. Semua insan tidak kira lelaki atau perempuan, perlu meminta

pertolongan Allah dengan mengikut segala perintahnya dengan sempurna.

Iktibar daripada kisah kaum Nabi Luth A.S. yang mengamalkan hubungan seks

sejenis perlu dijadikan panduan kepada semua umat Islam. Istitusi keluarga akan

hancur jika dikuasai oleh golongan pengkid. Ini kerana mereka tidak mampu

menghasilkan zuriat untuk generasi akan datang. Menurut Dr Sidek Baba,

pensyarah Kuliah Pendidikan , Universiti Islam Antarabangsa, kehidupan manusia

di dunia ini berada dalam fitrah masing-masing seperti hidup berpasang-pasangan.

Perkahwinan yang diiktiraf dalam agama mempunyai peraturan yang istimewa.

Kebahagian dalam rumah tangga akan melahirkan institusi keluarga yang

penyayang dengan melahirkan zuriat yang cemerlang jiwa dan fizikalnya. Budaya

pengkid menurutnya, hanya akan membenihkan penyakit kelamin dan

merosakkan jiwa. Dalam hal ini, agama Islam berperanan mengawal tingkah laku

insan yang boleh merosakkan kehidupan manusia. Jika golongan pengkid tidak

memahami peranan agama dengan sebenarnya, maka masalah ini tidak akan

selesai.

5.0 PERBINCANGAN

Hasil dapatan daripada perbincangan ahli kumpulan, kami mendapati isu pengkid

merupakan isu homoseksualiti dan merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu

mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Nafsu ini kononnya terhasil dari bahan kimia

9
serta hormon dalam badan dan keadaan ini berada di luar kawalan mereka. Walau

bagaimanapun mereka boleh mengawal penggunaan perasaan tersebut.

Fatwa yang diwartakan pada 23 Oktober 2008 tidak berjaya menghapuskan

pengkid. Tingkah laku pengkid seolah-olah mencabar fatwa dikeluarkan oleh Majlis

Fatwa Kebangsaan. Fatwa yang diumumkan tersebut tidak akan mengubah keadaan,

malah golongan perempuan yang berpakaian dan berperwatakan seperti lelaki itu akan

terus dengan aktiviti mereka seperti biasa. Pengharaman itu hanya sekadar di atas kertas

kerana pihak berkuasa sukar mengambil tindakan, terutama dalam membezakan sama ada

seseorang itu pengkid atau tidak. Kebanyakan pengkid hanya mahu berseronok atau

bersuka-suka, tetapi tidak dinafikan ada pengkid yang lebih-lebih sehingga bercinta dan

melakukan hubungan seks sesama jenis.

Mengikut pemerhatian pihak kami, golongan pengkid menjadi pilihan wanita

kerana didakwa lebih memahami golongan itu, terutama apabila wujud masalah.

Walaupun ada yang melakukan hubungan seks, ia masih selamat kerana sukar untuk

mengandung. Ada yang mendakwa bahawa sejak kecil sampai sekarang, golongan ini

tiada naluri terhadap lelaki, malah ibu bapa mereka tidak kisah berpakaian seperti lelaki.

Jika ditakdirkan ibu bapa meminta mereka kahwin dengan lelaki, maka mereka akan

memaksa diri untuk berkahwin dan akan berubah.

Pada pandangan pihak kami, pihak berkuasa juga terlepas pandang mengenai satu

lagi budaya pengkid iaitu lesbian yang menjadi pasangan atau kekasih pengkid. Golongan

terbabit mengekalkan ciri-ciri kewanitaan, berpakaian wanita tapi naluri dan keinginan

10
seksual mereka hanya pada wanita juga. Keadaan seperti ini banyak berlaku di kalangan

masyarakat terutamanya di pusat-pusat pengajian dan juga asrama-asrama yang

menempatkan pelajar-pelajar perempuan sahaja.

Dalam menangani masalah ini, penglibatan pelbagai pihak yang terbabit perlu

bertindak mencegahnya terutama pihak kerajaan yang diberi mandat selain ibu bapa,

guru-guru dan para pensyarah , badan-badan kerajaan dan swasta. Pihak kerajaan

seharusnya melaksanakan pencegahan berdasarkan Al-Quran dan hadis melalui kuliah-

kuliah agama. Melalui program-program riadah dan sebagainya, maka perlu diselitkan

sedikit unsur-unsur ceramah dan juga nasihat. Apabila manusia mengabaikan perintah

dan hukum Allah, Allah juga akan mengabaikan kita. Kesannya, berlakulah fenomena-

fenomena seperti sekarang ini.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak

mereka dengan ilmu agama yang mencukupi. Jikalau ibu bapa kurang arif tentang ilmu

dan kefahaman terhadap agama Islam, maka hantarlah anak-anak belajar ilmu agama di

institusi agama dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa juga harus memantau keadaan anak-

anak dari sudut kenalan dan pergaulan mereka di luar. Sebagai pemimpin dalam keluarga,

terutama bapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mengenali ilmu agama.

Sesungguhnya ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak mereka sejak dari kecil

lagi. Jika dari kecil dididik dengan ilmu dan kefahaman tentang agama, maka jadilah

anak kita seseorang yang taat kepada ibu bapa, agama dan negara. Jika individu itu

tersebut muslim, banyak perkara yang perlu kita ketahui terutama berhubung agama

11
tersebut. kefahaman yang mendalam terhadap agama dapat membendung sikap suka

meniru budaya dari Barat yang gemarkan hiburan dan kebebasan yang melampau

sehingga melepasi batas pergaulan yang sepatutnya. Akibatnya, lahirlah generasi yang

rosak akhlaknya sebagai pewaris masa depan.

6.0 KESIMPULAN

Kehidupan manusia sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah yang boleh

memberi kesan yang serius termasuklah isu seksualiti. Ini menunjukkan walaupun

manusia ini diciptakan dengan sebaik-baik kejadian oleh Allah S.W.T., terdapat segelintir

manusia seringkali terleka dan melakukan kesilapan demi kesilapan. Dalam memenuhi

keperluan bersifat naluri, manusia seringkali terlepas dari kawalan sehingga terjebak

dengan gejala-gejala yang negatif yang dilarang oleh agama.

12
Isu pengkid kebanyakan adalah berpunca daripada golongan remaja perempuan

yang kurang kefahaman dan amalan agamanya yang mudah terpengaruh dengan bisikan

syaitan untuk melakukan perkara-perkara yang mungkar. Perbuatan ini juga

meninggalkan kesan yang buruk kepada mangsa yang menjadi igauan ngeri sepanjang

hayat mereka. Keluarga yang terlibat juga akan berpecah belah dan tiada rasa kasih

sayang yang sebenarnya lagi. Kesannya masyarakat akan hidup dalam kebimbangan dan

berprasangka buruk terhadap pelaku homoseksualiti. Berikutan ini, terdapat pelbagai cara

yang telah dilakukan untuk menangani kejadian dan bertujuan untuk mengelakkan

kejadian tidak bermoral dan menyedihkan terus berleluasa di dalam masyarakat Islam

khususnya. Pihak-pihak yang bertanggungjawab juga perlu lebih agresif menjalankan

kajian-kajian yang berkaitan dengan isu pengkid untuk disebarkan kepada masyarakat

sebagai panduan dan pengajaran.

13