Anda di halaman 1dari 6

Soalan Tutorial Interaksi Kedua Topik 4 7 (23 Feb 2013)

1. Pernyataan yang manakah adalah benar tentang konsep spesies? A. Individu bagi spesies yang sama hidup di dalam habitat yang sama. B. Individu bagi spesies yang sama mempunyai morfologi yang sama. C. Individu bagi spesies yang sama mempunyai struktur kromosom yang sama. D. Individu bagi spesies yang sama berkebolehan untuk saling membiak untuk menghasilkan progeni yang subur. 2. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memastikan pemuliharaan in-situ penyu berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Langkah-langkah pengurusan pemuliharaan yang diambil oleh Jabatan Perikanan merangkumi usaha-usaha A. Kempen pembersihan pantai B. Menetas telur penyu di pusat penetasan C. Melarang pembangunan di kawasan penyu bertelur D. Menghadkan kehadiran pelancong di kawasan pantai. 3. Manakah antara spesies berikut dikatakan terancam dan dalam keadaan membimbangkan di Malaysia? A. Tapir B. Rusa Sambar C. Spesies Rhizophora D. Tumbuhan periuk kera. 4. Manakah di antara keadaan berikut bukan kaedah pemuliharan ex-situ? A. Zoo B. Taman botani C. Hutan Simpan D. Bank germplasma biji benih 5. Manakah di antara pernyataan berikut benar tentang factor yang mempengaruhi kekayaan spesies? A. Curahan hujan boleh merendahkan kekayaan spesies. B. Apabila altitut meningkat,kekayaan spesies yang rendah. C. Kawasan tempret mempunyai kekayaan spesies yang rendah. D. Semakin dekat dengan khatulistiwa, semakin sedikit spesies yang ditemui. 6. Manakah pernyataan berikut merupakan factor penghad bagi pemuliharaan `ex-situ` A. Kelahiran B. Kematian C. Pemburuan haram D. Pertambahan haiwan. 7. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah berperanan menjalankan aktiviti konservasi gajah liar di Malaysia. Berikut ialah masalah paling serius yang dihadapi oleh PERHILITAN. A. Pemburuan dan penyeludupan haram. B. Kekurangan sumber kewangan daripada pihak kerajaan. C. Kekurangan tempat untuk penjagaan gajah-gajah liar D. Kemusnahan habitat utama gajah akibat pembukaan kawasan hutan.

8. Apakah yang akan terjadi kepada spesies jika menerima variasi individu yang sangat tinggi? A. Variasi akan menjadi lebih kurang dan lebih spesifik. B. Variasi akan menjadi lebih banyak dan lebih spesifik. C. Variasi akan menjadi lebih kurang dan kurang spesifik. D. Variasi akan menjadi lebih banyak dan kurang spesifik. 9. Mengapakah badak sumbu adalah spesies terancam di Malaysia? A. Pembangunan tidak terancang B. Eksploitasi untuk perubatan tradisional. C. Persaingan dengan spesies penceroboh. D. Penerokaan hutan untuk pembalakan dan pertanian. 10. Di antara faktor-faktor berikut, yang manakah menunjukkan perbezaan yang ketara antara pemuliharaan ex-situ dan pemuliharaan in-situ? A. Estetika B. Kos program C. Kepentingan ekologi D. Kepentingan spesies.

11. Apakah yang dimaksudkan dengan biodiversiti.

12. Nyatakan tiga aras biodiversiti dan contoh.

13. Bincangkan faktor-faktor yang mengancam biodiversiti serta usaha-usaha yang perlu untuk memelihara biodiversiti di Malaysia.

14. Bincangkan kepentingan memulihara biodiversiti.

15. Apakah langkah-langkah untuk mengatasi kepupusan biodiversiti.

16. Huraikan lima nilai biodiversiti kepada manusia.

17. Bagaimana spesies baru terbentuk?

18. Bincangkan langkah-langkah melindungi spesies dan habitat di Malaysia.

19. Huraikan aktiviti-aktiviti manusia yang menyumbangkan kepada kepupusan spesies flora dan fauna.

20. Huraikan implikasi kepupusan spesies flora dan fauna kepada manusia.

21. Jelaskan bagaimana pemecahan habitat mengakibatkan kepupusan spesies.

22. Apakah yang dimaksudkan dengan:

Pemuliharaan in-situ:

Contoh:

Pemuliharaan ex-situ

Contoh:

23. Nyatakan kelebihan dan kelemahan pemuliharaan in-situ.

24. Terangkan perbezaan di antara pemuliharaan in-situ dan ex-situ.

25. Jumlah harimau belang di Semenanjung Malaysia semakin mengecil dan kita perlu melakukan sesuatu sebelum spesies ini mengalami kepupusan, Terdapat dua kaedah dilakukan iaitu Kaedah 1: harimau yang dilahirkan di zoo akan dibiarkan bersama kelompoknya. Kaedah 2: harimau yang berkeliaran di hutan akan dibiarkan melakukan pembiakan di hutan dan bebas untuk bergerak di dalam kawasan itu dengan pengawasan jabatan Perhilitan.

a. Nayatakan kaedah pemuliharaan yang ditunjukkan oleh Kaedah 1:

Kaedah 2:

b. Nyatakan satu contoh tempat di mana spesies tumbuhan di Malaysia yang dipulihara menggunakan kedah seperti kaedah 1 dan 2 Kaedah 1;

Kaedah 2:

c. Manakah antara kaedah-kaedah tersebut adalah paling berkesan untuk pemuliharaan spesies? Jelaskan dua kelebihan kaedah pemuliharaan tersebut.

d. Cadangkan aspek-aspek yang perlu dilaksanakan untuk memastikan kejayaan program pemuliharaan spesies tumbuhan di habitat semulajadi.