Anda di halaman 1dari 3

Refleksi BIG Fasa Ke-2 (CHONG SU YEE, PISMP 2F) Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja yang

diberikan semasa program BIG Fasa Ke-2 diadakan. Pada hari 14 September 2013, hari Sabtu, PISMP 2F telah mengadakan Aktiviti Khidmat Masyarakat, Bina Insan Guru (BIG) Fasa Ke-2 di Jabatan Ilmu Pendidikan dan 4 bilik kuliah tingkat 1 di Blok D, IPG Kampus Bahasa Melayu. Selama 14 anggota guru pelatih dan seorang pensyarah ialah Mentor PISMP 2F, Puan Sabariah Binti Yaakub. Tempoh perjalanan aktiviti ini berlansung 7 jam iaitu dari 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Saya bertanggungjawab untuk mengemaskan barang-barang yang terpakai, perlu buang atau perabot yang rosak serta menyusun barang-barang dengan kemas dan teratur. Selepas sarapan pagi, saya memulakan kerja pembersihan dari bilik kuliah kedua bersama anggota Kumpulan 2 iaitu Yong Jia Min, Hii Siew Ling, Ng Chin Er, Lee Ai Nee, Lee Yong Han, Taye Zhi Hui dan Ting Yu Yong. Saya mengoyakkan kertaskertas yang rosak yang digunakan untuk melapik meja. Saya mengemaskan barangbarang yang berada di belakang bilik kuliah dan memilihkan barang yang masih boleh digunakan bersama Jia Min, Yong Han dan Chin Er. Saya telah memindahkan 3 kerusi rosak ke luar kelas. Saya menanggalkan kertas-kertas pada papan notis di belakang dan membersihkan papan putih dalam kelas. Seterusnya, saya bersama Jia Min mendapatkan minyak api dari bilik Seni. Kami hanya dapat mencari minyak api dan menggunakannya untuk menghilangkan kesan-kesan tulisan yang sukar ditanggalkan pada papan putih. Ini kerana tulisan-tulisan tersebut ditulis menggunakan permanent maker. Selepas itu, saya mengambil kesempatan untuk balik ke asrama mendapatkan gula yang saya lupa bawa untuk membuat minuman tea. Selepas itu, saya mula mengemaskan barang-barang di bilik kuliah keempat. Saya menyapu dan melapkan barang-barang berhabuk. Saya mengangkat acquirium bersama Ting Yu Yong. Selepas itu, saya menyusun barang-barang di tempat yang sesuai selepas rakan-rakan mengangkat perabot masuk ke kelas bersama rakan-rakan. Selepas itu, saya membuangkan sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Seterusnya, aktiviti pembersihan tingkat satu tamat dan makan tengah hari. Saya bersama rakan-rakan menyediakan minuman. Kami makan bersama lalu

mengemaskan barang selepas makan lalu bergerak ke tingkat atas, Jabatan Ilmu Pendidikan untuk meneruskan kerja pembersihan. Saya bertanggungjawab menyapu dan mengemaskan barang-barang yang menghalang laluan dalam jabatan. Saya membantu rakan-rakan membuang sampah-sarap. Selepas itu, saya membantu rakanrakan menyusun perabot selepas mereka mop. Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua rakan, kerja disiapkan dengan cepat dan dalam masa yang ditetapkan. Walaupun letih dan sibuk akan menyiapkan kerja kursus dan persiapan pameran, kami tidak putus asa dan berusaha menyempurnakan BIG kali ini dengan sepenuh daya upaya. Saya telah menambah ilmu bahawa semasa tidak dapat menanggalkan benda seperti kesan maker pada papan putih perlu menggunakan minyak api atau tiner, pengubahsuaian reka bentuk dan penyusunan perabot yang sesuai dapat mengubah suasana dalam bilik darjah seperti luas. Selain itu, saya telah memahami kepentingan kerjasama, berpasukan dan bermasyarakat antara satu sama lain dapat menyiapkan kerja dengan cepat dan baik, mewujudkan masyarakat harmoni. Semua orang perlulah memikul tanggangjawab yang diberi dengan sebaik-baiknya. Saling bantu-membantu dapat meningkatkan prestasi kerja. Selain itu, interaksi antara pensyarah dan guru pelatih dapat merapatkan hubungan dan meningkatkan hubungan mesra. Saya juga telah memahami bahawa kepentingan komitmen dan perkhidmatan sosial bukan sahaja mendatangkan kesan baik kepada diri-sendiri tetapi kepada semua pengguna yang lain untuk belajar dan menggunakan bilik darjah atau jabatan dengan selesa dan gembira. Sebagai seorang bakal guru dalam Pendidikan Khas, amat memerlukan semangat berpasukan dan bekerjasama untuk diterapkan atau diaplikasikan dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas di dalam komuniti agar anak murid mengetahui kepentingan diri dan orang lain. Mereka dapat memberi sumbangan kepada masyarakat atas usaha dan kemampuan sendiri. Saya akan menggunakan ilmu yang didapat untuk mengaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada masa yang akan datang. Saya akan membawa anak murid untuk berkhidmat sosial dalam masyarakat dan menerapkan nilai-nilai murni terhadap mereka.

Semoga ilmu pengetahuan ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya dalam kehidupan seharian juga. Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mentor kami, Puan Sabariah binti Yaakub yang sentiasa menghulurkan tangan untu membimbing kami menyiapkan kerja yang diberi. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan PISMP 2F yang memberikan bantu dalam sepanjang program BIG Fasa Ke-2 dilangsungkan terutama anggota Kumpulan 2. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program kali ini. Saya berharap dapat peluang lagi untuk berkhidmat sosial terhadap masyarakat pada masa yang akan datang dan saya menghargai ilmu yang telah dibelajari. Saya akan menjadikan pengalaman tersebut sebagai rujukan dan pegangan asas pada masa depan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai