Anda di halaman 1dari 3

Kurikulum sains pendidikan rendah menekankan kepada pembelajaran berfikrah. a) Terangkan maksud pembelajaran berfikrah.

Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap optimum. Pembelajran berfikrah menyepadukan kandungan dan proses sebagai pendekatan utama.Komposisi kandungan ialah konsep, prinsip, pengitlakan, masalah, fakta dan definisi manakala proses mengandungi kemahiran berfikir (Kritis, kreatif dan menaakul), strategik berfikir, metakognisi, kemahiran proses dan kemahiran sosial. Pembelajaran berfikrah adalah proses P&P yang memberi penekanan untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap kompleks. Ciri-ciri aktiviti pembelajaran berfikrah diharapkan dapat menghasilkan kategorikategori baru yang lebih berkesan, keterbukaan kepada idea-idea baru dan kesedaran implisit yang dapat mewujudkan lebih daripada satu perspektif sesuatu perkara baru. Ia lebih dikenali sebagai P&P kontekstual yang bermaksud penggabungan isi kandungan mata pelajaran dengan alam pekerjaan. b) Terangkan perbezaan di antara kemahiran berfikir dan strategi berfikrah.

Perbezaan Pendekatan pembelajaran

Kemahiran berfikir

Strategi berfikrah Mengajar cara berfikir iaitu pelajar mempelajari tentang perincian kemahiran berfikir . Mengajar untuk berfikir dengan pelajar mengalami proses berfikir

Mengajar tentang berfikir iaitu pelajar mengawal serta mengurus proses berfikir.

.
Pembelajaran berfikrah adalah proses P&P yang memberi penekanan untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yang kompleks.

1. Apakah strategi guru berfikrah (a thoughtful teacher)? Guru berusaha memfokus dan memfokuskan semula tugas pelajar. menyoal soalan-soalan yang terbuka (open ended) menyoal soalan-soalan lanjutan. menunggu maklum balas daripada pelajar. menerima kepelbagaian maklum balas. menggalakkan interaksi antara pelajar. tidak memberi pendapat atau value judgement terhadap pelajar. tidak akan mengulang maklum balas pelajar. meminta pelajar membuat refleksi tentang pemikirannya.

2. Apakah tingkah laku pelajar berfikrah? Pelajar

akan terikat kepada sesuatu masalah walaupun pada masalah yang lebih susah. akan memberi jawapan yang berlainan kepada sesuatu masalah. memberi sebab untuk jawapan. menggunakan perkataan yang spesifik dan tepat. mengambil masa untuk berfikir. mengambil bahagian dalam pembelajaran. akan mendengar kepada apa yang disebut oleh pelajar lain. memikir akan pemikirannya.

akan menyoal dengan soalan-soalan yang kompleks mengenai tajuk tersebut.

Pembelajaran Berfikrah adalah sebagai pendekatan baru yang menyatupadukan isi kandungan dan proses. Isi kandungan mengandungi konsep , prinsip , pengitlakan , masalah , fakta , dan definisi. Sementara proses adalah kemahiran berfikir , strategi berfikir , metakognisi dan kemahian sosial. Penerapan kemahiran berfikir , strategi berfikir , kemahiran proses , serta sikap dan nilai murni dalam pengajaran-pembelajaran sains adalah strategi utama ke arah pembelajaran berfikrah. Pembelajaran Berfikrah memerlukan pelajar terlibat secara langsung dengan proses berfikir yang lebih tinggi daripada mengingat. Melalui strategi Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir ( KBSB ) yang menggabungkan tiga pendekatan pengajaran-pembelajaran ( i ) mengajar cara berfikir ( ii ) mengajar untuk berfikir dan ( iii ) mengajar tentang berfikir , pembelajaran berfikrah menjadi lebih berkesan dan bermakna.