Anda di halaman 1dari 15

TAJUK 4

PENGURUSAN AKTIVITI DALAM DALAM P&P DAN PENGURUSAN BILIK PSV DAN HASIL KERJA MURID

4.1

SINOPSIS Persekitaran memainkan peranan yang signifikan di dalam perkembangan pembelajaran anak-kanak. Persekitaran yang sihat dan kondusif membantu murid untuk berkembang dan menjadi lebih aktif dan berupaya mengesan potensi muridmurid melalui dalam berkarya. Di dalam pendidikan seni visual, lokasi yang selalu digunakan bagi tujuan pengajaran adalah studio seni. Kebiasaannya kemudahan bilik seni atau studio seni memang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan guru. Bab ini akan memperjelaskan dan menghuraikan maklumat berkaitan dengan pengurusan kelas dan galeri bagi mata pelajaran seni visual. Maklumat mengenai kaedah pemilihan karya sehinggalah kepada pengurusan berkaitan penyimpanan barangan dan alatan turut dibincangkan dengan komprehensif.

4.2

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 4.2.5 Memahami pengurusan aktiviti dalam dan luar bilik darjah Memahami dan mengetahui proses pemilihan karya dan pengurusan bilik seni yang baik Memahami dan mengetahui aspek penjagaan, keselamatan penggunaan alat dan bahan bantu secara beretika dan bertanggungjawab Menghasilkan bahan bantu yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan bantu serta rekod stok inventori 4.3 Pengurusan aktiviti dalam dan luar bilik darjah. Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan

jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

4.3.1 Aktiviti individu, kumpulan dan aktiviti kelas 4.3.2 Aktiviti dalam bilik darjah 4.3.3 Aktiviti luar bilik darjah 4.4 Pengurusan Bilik dan Hasil Kerja Murid 4.4.1 Susun atur bilik PSV Pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran, ia merupakan persekitaran murid, guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dalam suasana selamat, kondusif dan lancar. Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

- Susunan perabot Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.

Susunatur perabut yang teratur dan tersusun memberi kesan yang positif kepada pembelajaran murid-murid sekolah rendah Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid. Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif. yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi

ZON KERJA STOR

SUDUT PAMERAN

LCD ALMARI GURU

PAPAN INFO

SUDUT PAMERAN KRAF

Contoh Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual

Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.

KABINET BERTINGKAT

Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.

Suasana bilik pendidikan seni visual berupaya memotivasikan murid-murid

Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni visual dan buat presentasi dalam bentuk folio. Ambil gambar-gambar berikut: Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut Sudut-sudut pameran berkaitan Zon-zon kerja tertentu Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan Ruang-ruang lain yang berkaitan Carta-carta berkaitan dengan bilik seni

- Tempat Pameran Hasil kerja Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik pendidikan seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya contohnya seperti hasil seni 2 dimensi dan 3 dimensi. Karya 2 dimensi sesuai ditampal, dilekatkan dan digantung manalaka karya 3 dimensi hendaklah disusun di para atau rak bertingkat bagi menjimatkan ruang. Contoh karya 2 dimensi:

Kolaj

Ikat dan celup

Percikan

Karya 2 dimensi digantung dan ditampalkan di tempat yang sesuai

Contoh karya 3 dimensi:

Rak sesuai untuk karya 3 dimensi kerana ia menjimatkan ruang

Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat presentasi dalam bentuk folio. Ambil gambar-gambar berikut: Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut Sudut-sudut pameran berkaitan Zon-zon kerja tertentu Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan Ruang-ruang lain yang berkaitan Carta-carta berkaitan dengan bilik seni

Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin, pencahayaan, bahan pameran khas, zon kerja dan stor penyimpanan. Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Koster, 2001).

Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik pendidikan seni visual dan galeri seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan. Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan.

Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. Kebanyakan kelas dan studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang. Oleh itu, guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran pencahayaan semula jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni. Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang yang lebih luas. Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja. Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan. Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk diambil.

- Sinki dalam dan Luar Bilik - Para Gantung - Almari Pameran

PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

4.4.2

Panduan keselamatan Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak langsung. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat. Contoh: Minyak Turpentine Cat Air Kertas Lukisan Pisau NT Kain Linen Batik Fabrik Dye Kertas Warna Carta PSV Berus Lukisan Pisau Ukir Cecair Thinner Tanah Liat

Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakanrakan anda cuba berbincang dan membuat analisis, langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku. 4.4.3 Etika dan tanggungjawab Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual: Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Rancangan Tahunan. Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh sekolah. Murid didedahkan kepada bahan rujukan mengenai bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan karya-karya mereka dari semasa ke semasa. Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid. Pengumpulan maklumat bahan hardcopy dan softcopy berkaitan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

4.4.4

Inventori

4.4.5

Penyimpanan Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini. Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan dan rekod stok.:Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan mengesahkan Membuat inventori dalam buku stok Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan

Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan. Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah. Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan stok pada item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Umpamanya , kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja. Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan hujah yang relevan.

Peralatan kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok. Borang stok untuk peralatan kekal.

Bil 1. 2. Jumlah Item

Item ( Peralatan Kekal ) Meja guru Meja guru

Bil. Unit 2 2

Tarikh masuk 13/09/2009 13/09/2010

Tarikh lupus 15/10/2010

Catatan

Peralatan tidak kekal Contoh Borang untuk penyimpanan stok. Borang stok untuk peralatan tidak kekal. Item ( Peralatan tidak Kekal) Kertas lukisan ( 1 imperior ) Kertas lukisan ( 1 imperior ) Bil. Unit 200 dozen 100 dozen Tarikh masuk 22/09/2009 10/10/2010 Tarikh lupus

Bil 1. 2.

Jumlah Item

Catatan

Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal. Jelaskan.

4.4.6

Etika dan tanggungjawab Tugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah : Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Rancangan Tahunan. Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh sekolah. Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan karya-karya mereka. Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.

Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam mempertabatkan profesion perguruan.

Rumusan: Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod stok. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum,semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan bantu untuk tujuan di atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan

bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna