Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE PUSAT KONSERVASI & PENERANGAN PENYU MELAKA

Pada 07 September 2013 yang lalu seramai 21 orang guru pelatih daripada Unit Sains IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka telah mengikuti satu lawatan ilmiah yang diadakan di Turtle Information Centre (TIC), Padang Kemunting Melaka.. Lawatan tersebut bermula pada jam 8 pagi dengan slot Pengenalan Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Melaka dan Pengenalan mengenai spesis-spesis penyu yang terancam oleh Encik Mohamad bin Hashim merangkap pegawai penerangan di pusat konservasi tersebut. Kemudian, pada jam 10 pagi kami dibawa melawat galeri yang berada di TIC. Semasa lawatan tersebut, kami telah diberi banyak info berkaitan dengan penyu yang mendarat di Malaysia. Kemudiannya, kami telah dibawa oleh Encik Mohamad ke tempat kolam penyu dan kawasan pengeraman penyu yang terletak berhampiran dengan TIC. Aktiviti pada pagi itu adalah gotong-royong membersihkan kolam penyu dan kawasan pengeraman penyu bersama-sama dengan rakan guru pelatih yang lain. Selain itu, kami juga berpeluang untuk memegang sendiri telur penyu untuk diletakkan ke dalam lubang pengeraman telur penyu. Kami turut merasa bertuah apabila diberi peluang untuk melepaskan anak-anak penyu ke laut. Pengalaman ini tidak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit dan amat bermakna kepada kami. Kekuatan lawatan ini adalah guru pelatih dapat mengenali spesies-spesies penyu secara lebih mendalam dan mengetahui bahawa spesies ini semakin terancam dan pupus. Selain itu juga kami dapat pengalaman melihat anak-anak penyu secara dekat dan melepaskan anak penyu ini ke laut. Pengalaman merasai sendiri bagaimana meletakkan telur-telur penyu kedalam lubang pengeraman adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan kerana kita dapat melihat sendiri bagaimana uniknya kebesaran Allah

terhadap hidupan ini dalam mengekalkan kestabilannya di dalam eko-sistem. Kami juga mendapati kurangnya kesedaran masyarakat terhadap kebersihan alam sekitar yang mampu mendorong kepada kepupusan spesies hidupan ini melalui aktiviti gotongroyong. Kelemahan yang saya dapati semasa lawatan ini adalah masa lawatan yang agak terhad. Masa yang diperuntukkan untuk lawatan ini terlalu singkat dan seharusnya kami berpeluang untuk melihat sendiri penyu naik ke laut pada waktu malam untuk bertelur. Disebabkan kekangan masa, aktiviti tersebut terpaksa dibatalkan. Tidak lengkap lawatan kerana tidak dapat melihat sendiri bagaimana penyu bertelur, namun objektif lawatan ini masih dapat dicapai. Pusat Pengurusan Penyu Padang Kemunting telah ditubuhkan pada tahun 1990. Ia diuruskan oleh Jabatan Perikanan Melaka dan terdiri daripada sebuah tempat penetasan dan sebuah pusat maklumat kepada masyarakat. Ia memantau kemunculan penyu di kawasan tersebut, memastikan telur-telur tidak dicuri, dan penyu-penyu dapat bertelur dengan selamat memandangkan bilangan mereka semakin berkurangan. Pusat ini berusaha keras untuk menyelamatkan penyu-penyu ini dari kepupusan. Pusat ini juga berfungsi memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memulihara spesies penyu yang semakin pupus dan terancam. Sebagai bakal guru, kelak apabila berada di sekolah kita perlu sentiasa mengingatkan murid-murid kita mengenai kepentingan memelihara dan memulihara spesis penyu yang semakin pupus. Maka, generasi-generasi akan datang turut berpeluang untuk melihat penyu dengan lebih dekat.

Gambar sepanjang lawatan

Guru pelatih bertolak ke Pusat Konservasi Penyu di Padang Kemunting, Pengkalan Balak

Tiba di lokasi Pusat Konservasi Penyu

Penerangan dan taklimat ringkas daripada Encik Mohamad bin Hashim, Pegawai Penerangan Pusat Konservasi Penyu

Guru pelatih tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Pusat Konservasi Penyu,Encik Mohamad bin Hashim

Melawat galeri penyu yang terdapat di Pusat Konservasi Penyu

Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan oleh guru pelatih PISMP Sains Ambilan Januari 2010

Aktiviti gotong-royong membersihkan pantai

Guru pelatih berpeluang untuk memasukkan telur penyu ke dalam lubang pengeraman yang disediakan