Anda di halaman 1dari 8

Jenis-jenis ayat bahasa Melayu

Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan. Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam: 1. Ayat penyata: o Ayat transitif dan ayat intransitif o Ayat aktif dan ayat pasif o Ayat sungsang o Ayat nafi o Ayat inti dan ayat gabungan 2. Ayat perintah 3. Ayat tanya 4. Ayat seru

Isi kandungan

1 Ayat aktif 2 Ayat pasif 3 Ayat perintah 4 Ayat nafi o 4.1 Penggunaan dengan frasa nama o 4.2 Penggunaan dengan frasa sendi o 4.3 Kesalahan yang biasa berlaku 5 Ayat tanya o 5.1 Cara-cara untuk membentuk ayat tanya 5.1.1 1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata 5.1.2 2. Menggunakan partikel "kah" 5.1.3 3. Menggunakan pelbagai kata o 5.2 Kesalahan yang biasa berlaku 6 Ayat songsang 7 Ayat inti 8 Ayat gabungan o 8.1 Ayat pancangan

Ayat aktif

Ayat aktif dengan kata kerja transitif Ayat aktif dengan kata kerja pasif

Ayat pasif
Rencana utama: Ayat pasif (bahasa Melayu) Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau menegaskan. Contohnya:

Perkara itu sudah diselesaikannya; atau Perkara itu sudah diselesaikan

adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".

Ayat perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan. Jenis perintah Perintah Suruhan Larangan Permintaan Ajakan Silaan Doa Harapan Contoh penggunaan Berdiri di atas kerusi itu. Ikat tali kasut anda dengan betul. Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya. Tolong angkat baju itu. Mengucaplah banyak-banyak. Sila jamu selera. Syukurlah kamu sudah kembali. Harap-harap hari tidak hujan.

Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan. Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:

Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.

Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.

Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:

Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap. Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.

Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud. Contohnya: Ayat biasa Cadangannya harus diketepikan. Kerja ketua memang susah. Ayat nafi Cadangannya tidak perlu kita pedulikan. Kerja ketua tidak pernah senang.

Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja. Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya: 1. Bukankah orang itu guru kamu? 2. Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu? 3. Anda sudah faham, bukan? Penggunaan dengan frasa nama Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya: 1. Ini bukan kucing. 2. Malaysia bukan negara republik. 3. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia. Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut: 1. Dia bukan bodoh, tetapi malas. 2. Dia bukan belajar, tetapi bermain. Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":

1. Dia tidak bodoh, tetapi malas. 2. Dia tidak belajar, tetapi bermain. Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas. Penggunaan dengan frasa sendi Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya: 1. 2. 3. 4. Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit. Saya bukan dari sektor kerajaan. Malaysia bukan di benua Afrika. Buku ini bukan untuk anda.

Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

[sunting] Kesalahan yang biasa berlaku


Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan "tidak".

Ayat tanya
Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:

Cara-cara untuk membentuk ayat tanya


1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata

Ayat penyata Tetamu sudah tiba. Buah itu sudah masak. Mereka hendak menolong kita.

Ayat tanya Tetamu sudah tiba? Buah itu sudah masak? Mereka hendak menolong kita?

Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat. 2. Menggunakan partikel "kah"

Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang: Ayat penyata Tetamu sudah tiba? Buah itu sudah masak? Mereka hendak menolong kita? Ayat tanya Sudah tibakah tetamu? Sudah masakkah buah itu? Hendak menolong kitakah mereka?

Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna. 3. Menggunakan pelbagai kata Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa, mengapa, mana, dan siapa. Kata Ada Apa Bagaimana Bila Mengapa Mana Siapa Ayat tanya Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah" Tiada Adakah cara saya ini betul? Apa yang kamu beli tadi? Bagaimana cara untuk mendaftar diri? Bila ayah kamu pulang? Mengapa kamu datang lambat hari ini?. Mana ibu? Siapa nama jiran baru kamu? Apakah yang kamu beli tadi? Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri? Bilakah ayah kamu pulang? Mengapakah kamu datang lambat hari ini?. Manakah ibu? Siapakah nama jiran baru kamu?

Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.

Kesalahan yang biasa berlaku


Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:

Tetamu sudah tibakah? Buah itu sudah masakkah? Mereka hendak menolong kitakah?

Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:

Tetamu sudah tibake?

Buah itu sudah masakke? Mereka hendak menolong kitake?

"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.

Ayat songsang
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa: AYAT BIASA AYAT SONGSANG AYAT PASIF SUBJEK + PREDIKAT PREDIKAT + SUBJEK OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK

Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan. Jenis ayat Ayat inti Ayat tanya Ayat pasif Susunan biasa Encik Yosri birokrat. Kucing itu ke sana. Orang itu adik kamu? Kamu belum makan? Surat itu akan saya kirimkan. Saya ketinggalan bas pada hari itu. Susunan songsang Birokratlah Encik Yosri. Ke sana kucing itu. Adik kamukah orang itu? Belum makankah kamu? Akan saya kirimkan surat itu. Ketinggalan bas saya pada hari itu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kah" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.

Ayat inti
Rencana utama: Ayat inti (bahasa Melayu) Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.

Ayat gabungan
Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ayat dengan ayat Subjek dengan subjek Predikat dengan predikat Adverba dengan adverba Objek dengan objek. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.

Jenis ayat gabungan Ayat dengan ayat

Ayat komponen Abu amat rajin bekerja. Majikan menaikkan gajinya. Ali suka makan manggis. Ahmad suka makan manggis. Mereka menghadiri ceramah itu. Mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah. Saya akan menghabiskan kerja itu besok. Jika tidak jadi, saya akan menghabiskan kerja itu lusa. Ibu membeli sayur di pasar. Ibu membeli ikan di pasar. -

Ayat gabungan Abu amat rajin bekerja dan majikan menaikkan gajinya.

Subjek dengan subjek

Ali dan Ahmad suka makan manggis. Mereka menghadiri ceramah itu kerana mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah.

Predikat dengan predikat

Adverba dengan adverba

Saya akan menghabiskan kerja itu besok atau lusa.

Objek dengan objek Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan

Ibu membeli sayur dan ikan di pasar. Sedangkan dia tidak dapat memasuki kolej itu, apatah lagi saya.

Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya: 1. Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar. 2. Polar tidak percaya. Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan: Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya.

Ayat pancangan
Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya:

Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya. Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah. Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera Jepun