Anda di halaman 1dari 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN
Ketua Kampung, Kampung Boyan, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan. Tuan, Surat Permohonan Mengadakan Program Anak Angkat di Kampung Boyan Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman tuan, pihak kami, pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) IPG Kampus Ipoh semester 4 unit K15 dan K16 ingin membuat permohonan dan memohon keizinan pihak tuan untuk kami mengadakan program anak angkat di tempat tuan. Tarikh dan masa program tersebut ingin dijalankan adalah seperti berikut. Tarikh: 27 September 2013 (12.00 p.m) 29 September 2013 (1.00 p.m) 3. Sehubungan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat menimbangkan permohonan ini dan dapat menerima kehadiran kami untuk menjayakan program tersebut. Maklumat lanjut berkenaan dengan program ini akan menyusul kemudian. Sebarang pertanyaan dan rujukan daripada tuan bolehlah berhubung dengan saya Wan Mohammad Faez bin Wan Azizi (017-9037201). 4. Diharap permohonan ini mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Ucapan terima kasih tidak terhingga didahulukan atas masa dan ketelusan budi bicara pihak tuan dalam menimbang dan mendengar permohonan ini. Yang benar,

5 SEPTEMBER 2013

_______________________________ (Wan Mohammad Faez bin Wan Azizi) Pengerusi Program Anak angkat, Unit K15, IPG Kampus Ipoh