Anda di halaman 1dari 1

Cara Solat Sunat Dhuha Yang Ringkas Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkan

nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW. Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat. Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sinat Dhuha : Rakaat : 2,4,6 hingga 12 Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor. "Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. "Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi). 1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati : "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala" Baca Alfatihah hingga akhir Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah AsSyams ) 2. Rakaat Kedua Baca Alfatihah hingga akhir Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha) Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita. Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.. Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha : Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya ALLAH, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. ~Amennn Ya Rabbal Alamin..~