Anda di halaman 1dari 2

Sediakan satu kertas cadangan untuk dibentang dalam mesyuarat JK Kurikulum sekolah bagi menangani isu peratus lulus

Bahasa Inggeris yang rendah.

i. Tajuk : Menangani Isu Peratus Lulus Bahasa Inggeris Yang Rendah

ii. Penyataan Masalah : Secara keseluruhan peratus lulus Bahasa Inggeris masih lagi di peringkat yang amat rendah. Hal ini berlaku akibat beberapa faktor yang telah dikenalpasti.

iii. Objektif : Meningkatkan peratus pelajar lulus Bahasa Inggeris

iv. Latar Belakang Projek: Projek ini adalah pelan strategik Panitia Bahasa Inggeris bagi tahun 2013 dimana ia menjadi satu cabaran yang akan di galas oleh guru-guru Bahasa Inggeris (BI). Pada keputusan UPSR tahun lepas tiada murid yang mendapat 5A kerana gagal mendapat A dalam BI. Hanya 37.04% pelajar yang lulus dan selebihnya gagal . Ini amat merisaukan guru-guru BI dan satu kertas kerja telah pun disusun dan akan dibentangkan di dalam mesyuarat nanti.

v. Metodologi Di antara faktor-faktor yang menyebabkan ramai pelajar gagal dalam mata pelajaran ini ialah: 1. Faktor persekitaran yang tidak menyumbang ke arah peningkatan penguasaan BI. Kebanyakan pelajar adalah dari keluarga nelayan dimana masa belajar mereka hanya semata-mata ketika hadir ke sekolah. 2. BI hanya empat waktu seminggu. Hanya itu sahaja masa (2 jam) yang mereka dengar, baca dan tulis dalam BI. Tentunya sesuatu yang tidak mencukupi untuk menguasai BI 3. Langsung tidak pernah diucapkan perkataan BI diluar. Malah ungkapanungkapan mudah juga tidak mampu diucapkan.

Cadangan yang disyorkan adalah seperti berikut: 1. Program mentor-mentee dimana setiap guru diberi sekumpulan murid dan mereka akan dididik secara berterusan sepanjang tahun untuk pendedahan BI. 2. Tuisyen dalaman yang diadakan selepas kelas sekurang-kurangnya sekali seminggu. 3. Tuisyen dari guru luar khusus untuk teknik menjawab soalan. 4. Program perkongsian Ilmu bersama sekolah-sekolah kebangsaan berdekatan. 5. Program early birds dimana tuisyen sebelah pagi pukul 7:00a.m. hari Ahad dan Isnin setiap minggu. 6. Mengadakan English Week di mana aktiviti-aktiviti seperti pertandingan kuiz (Crosswords), story telling, poster dan speech competition Adalah amat diharapkan cadangan ini dapat diterima dan dimurnikan serta dilaksanakan dengan sebaik mungkin demi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar sekolah ini. Semoga mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya dari pihak pentadbiran.

vi. Carta Gantt Aktiviti Mentormentee Tuisyen dalaman Tuisyen luaran Perkongsian Pintar Early birds English Week Jan Feb Mac April May Jun Jul Ogos Sept Okt

Disediakan oleh; Abd Halim Bin Md Noor, Suria Binti Roazali, Nor Najihah Binti Awang, Nurul Fawida Binti Mohamad, Norhayati Binti Zaini

Anda mungkin juga menyukai