Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti

hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradapan yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan,ekonomi global, budaya meterialisme,krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran. Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun.Ini kerana pandangan hidup ,sistem nilai,kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur. Perkataan hadhari membawa maksud yang bertamadun atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai civilizational Islam, dan dalam Bahasa Arab sebagai al-Islam al-Hadhari. Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam.

1 PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI 1. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t

Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t sebagai teras utamanya.Al Quran dan Sunnah Rasullah s.a.w sebagai teras pegangan dan rujukannya.Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah(perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang.Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah Al-Araaf:96 yang bermaksud: Dan (Tuhan berfirman lagi):Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa,tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu kurniaan ) yang berlimpah-limpah berkatnya,dari langit dan bumi Tetapi mereka mendustakan (rasul kami),lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan dengan apa yang mereka telah usahakan. Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam memilih agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing seperti firman Allah s.w.t dalam surah al Baqarah: 56,maksudnya: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) Dan dalam surah al-Kaafiruun :6,Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. Oleh yang demikian, tiada paksaan di dalam memilih agama. Masyarakat Malaysia yang bukan Islam berhak memilih agama masing-masing. Pendekatan Islam Hadhari langsung tidak akan mengugat anutan atau kepercayaan pelbagai kaum di negara ini. Semua agama di dunia ini menjurus manusia membuat kebaikan dan melarang untuk membuat 2 kekacauan yang akan mengganggu gugat ketenteraman awam. Malah perpaduan di antara kaum amat dititik beratkan.Kerajaan Malaysia berusaha menyatukan kaum yang berbilang bangsa ini melalui beberapa program seperti Integrasi Nasional, Sekolah Wawasan dan seumpamanya.Ini penting bagi

mewujudkan suasana yang aman tenteram tanpa ada pergolakkan sebagaimana yang wujud di sesetengah negara.

2. Kerajaan adil dan beramanah Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing.Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nahi : 90, yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat: dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan , warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin, kaya atau perbezaan agama. Dan hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya: Sekiranya (anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya. Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Dan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Ahmad,maksudnya: Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah. Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat.Pengurusan 3 negara yang cekap, adil, dan amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah s.w.t.

3. Rakyat Berjiwa Merdeka Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif.Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Ini selaras dengan firman Allah s.w.t dalam al-Quran surah al-Isra: 70 yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam;dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik sreta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan. Setiap potensi anggota masyarakat harus digerakkan sebijaksana mungkin sehingga mampu memertabatkan jatidiri, imej keluarga, integriti masyarakat,keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.Walaupun negara kita mempunyai pelbagai kaum, namun jika kita tahu tugas masing-masing, tahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang merdeka, kita mampu hidup sebumbung tanpa perlu bertelagah antara satu sama lain. Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri; negara berdaulat dan merdeka. 4

4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Setelah mendapat kebebasan , seseorang mukmin akan mempunyai peluang yang luas untuk menggerakkan usaha ke arah membina kualiti insaniahnya.Peluang terbuka luas untuk meningkat lebih tinggi dalam kumpulan hamba Allah s.w.t. yang lebih berketrampilan di kalangan insan yang mulia.Golongan ini dinamakan oleh al-Quran sebagai golongan ulul-albab iaitu golongan yang memiliki daya keintelekektualan dan moral yang tinggi. Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan supaya yang pelbagai dan semasa kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi

dapat ditampilkan dan ketengkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Sewajarnya usaha pengkajian dan penyelidikan dijadikan matlamat keilmuan supaya asas pembangunan intelek , rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang, menyeluruh dan teratur. Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya.Tamadun Jepun dan Barat menjadi contoh yang nyata walaupun bukan dari Negara Islam dan bukan dari golongan majoriti beragama Islam mereka memiliki ilmu pengetahuan yang mampu menyumbang ke arah pembangunan.Ini bermakna dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu intergratif, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi semua rakyat Malaysia tidak mengira dari mana asal usul agamanya bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang 5 sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat supaya semua kaum dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif Ekonomi merupakan asas keperluan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia.Jesteru itu , semua kaum di Malaysia haruslah berusaha untuk memajukan Negara, aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh Islam malah agama lain juga tidak menafikannya. Tidak mahu berusaha dan sifat malas yang dimiliki seorang Muslim adalah dosa, ketempangan sosial dan suatu hal yang memalukan agama dan masyarakat bertamadun. Islam adalah agama yang syumul.Apa yang terkandung di dalam ajaran Islam mengenai hukum hakam di dalam perniagaan langsung tidak menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga dari bukan Islam malah jika dipraktikkan cara-cara timbangan dalam Islam ianya akan menjadi lebih baik, kerana di dalam Islam ia mengambil kira soal halal dan haram bagi meraih keberkatan Allah.Kebaikan seseorang yang memberi upah tepat pada waktu yang tepat bukan hanya merupakan kewajiban setiap muslim, melainkan juga merupakan amal kebajikan yang amat mulia.Upah atau gaji adalah hak yang diberikan kepada orang yang melaksanakan sesuatu kerja dan perlulah dihormati.Antaranya, memberikan upah itu dengan segera.Rasulullah bersabda dan Maksudnya: berilah kepada pekerja upahnya sebelum kering keringatnya. Untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi masyarakat berbilang kaum, kerajaan merancang pelbagai strategi agar menepati aspirasi Islam Hadhari.Contohnya; strategi pembasmian kemiskinan,mencapai guna tenaga penuh, kestabilan paras harga dan pertumbuhan ekonomi yang mapan.Walaupun sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang secara besar-besaran,sektor pertanian juga diberi perhatian yang 6 sewajarnya.Pembekalan kepada makanan asasi rakyat adalah dituntut oleh Islam.Melalui kemajuan bidang sains bioteknologi.Negara akan berusaha untuk memajukan sektor pertanian dengan teknologi tersebut.

Jelas sekali bahawa pendekatan Islam Hadhari adalah suatu pendekatan yang komprehensif di mana pencapaian pembangunan ekonomi negara mampu menjana kepada wujudnya sebuah masyarakat berbagai etnik yang bertamadun , progresif dan harmoni.

6. Kehidupan Berkualiti Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan Negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa depan yang cemerlang. Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga tanpa mengira bangsa dan agama.Keluarga yang bahagia dan sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi.Kehidupan berkualiti bermula dari diri sendiri,keluarga,masyarakat dan negara.Setiap individu perlu berusaha memahami kecemerlangan hadhari dan merealisasikan dalam amalan diri,kemudian menterjemahkan ciri hadhari tersebut ke dalam keluarga agar dapat dibentuk sebuah masyarakat hadhari yang lebih besar.Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan.

7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita. Melalui pendekatan pendidikan Islam Hadhari kemuliaan insan diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada kumpulan majoriti 7 atau minoriti.Hak-hak wanita pula telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti yang termaktub dalam Dasar Wanita Negara.Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam

perlembagaan persekutuan.Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli,terdapat badan-badan yang mengawasi termasuk mahkamahmahkamah yang diberi kuasa dan bebas untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian. Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain.Mereka boleh menyertai dalam pentadbirian negara ,aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-undang.

8. Keutuhan Budaya dan Moral Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama yang sedia ada perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni lagi luhur.Hal ini dapat dilaksanakan dengan masing-masing pihak menghayati nilai-nilai akhlak yang mutlak lagi universal selaras dengan fitrah yang Allah ciptakan.Agenda ini apabila dapat diterapkan dalam kehidupan bernegara lagi difahami secara mendalam akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan sebuah masyarakat majmuk.Dalam suasana kerancakan kemajuan ekonomi dan perkembangan teknologi yang berlaku dalam negara ini adalah diharapkan ia berjalan seiringan dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak 8 masyarakatnya yang berbilang kaum. Bagaimanapun gejala keruntuhan akhlak ,

kelemahan

budaya

integriti

dan

budaya

ilmu

dalam

masyarakat

Malaysia,bertindak sebagai cabaran besar kepada pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari.

9. Pemeliharaan Alam Semulajadi Manusia mestilah memanfaatkan potensi kemanusiaan yang terdapat di dalam dirinya dan sumber yang terdapat di dalam alam ini yang disediakan untuknya dengan sebaik mungkin bagi membangun sistem tersebut.Hanya dengan memanfaatkan potensi dan sumber yang disediakan itu, ia akan berjaya melaksanakan tugas sebagai khalifah di bumi ini. Masyarakat hadhari yang dibangunkan berasaskan petunjuk Allah s.w.t. tidak sahaja membawa rahmat kepada orang-orang Islam bahkan kepada mahluk yang bernama manusia. Binatang dan tumbuh-tumbuhan dijaga dan dipelihara dengan seimbang untuk mengisi keperluan manusia.Dalam masa yang sama,manusia perlu bertanggungjawab memeliharanya dari kemusnahan dan kerosakan.Ini semua adalah tanggungjawab bersama, tidak mengira dari mana asal usulnya manusia itu perlu menjaga alam yang telah dicipta oleh yang Maha Pencipta.Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat.Adalah menjadi pendekatan Islam hadhari agar kehidupan masyarakat kita yang pelbagai etnik menjadi aman dan harmoni.

10. Kekuatan Pertahanan Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara dari dicerobohi .Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa dan negara lain.Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan , keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembagunan dilakukan secara berteruskan . Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempetahankan diri . Negara perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri , bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekauatan diri, fizikal dan spiritual.Sejauhmana agenda pengisian terhadap kekuatan spiritual di kalangan rakyat khususnya remaja perlu difikirkan bersama sebagai warganegara yang prihatin. dan menjadi tanggungjawab kita

10

Anda mungkin juga menyukai