Anda di halaman 1dari 21

JENIS-JENIS BATUAN

NAMA KUMPULAN :

BATU IGNEUS
Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapislapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam

warnanya kerana banyak mengandungi oksida, seperti besi, aluminium dan


magnesium.

Batu igneus dikelaskan kepada dua jenis iaitu batuan igneus plutonik atau rejahan manakala satu lagi adalah batu gunung berapi atau terobosan. Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah

batu igneus biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugutugu peringatan dan batu-batu nisan yang berukir.

BATU ENAPAN/SEDIMEN
Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab

itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari
beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbijibiji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin

atau binatang-binatang.

Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat pelbagai jenis batu-batan itu sangatlah penting.

Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu batuan enapan yang terjadi secara mekanik, batuan enapan yang terjadi secara organik dan batuan enapan yang terjadi secara kimia.

BATU METAMORFOSIS
Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batubatuan, baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh

kuasa-kuasa tersebut di atas tadi terutamanya apabila pergerakan bumi yang


sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi genis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit

dan grafit menjadi berlian.

Batuan metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan di Sarawak. Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100C hingga 800C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut.

Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga

mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi.
Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil

BATU IGNEUS

CIRI CIRI BATU A (GRANIT)


Warna Jisim Isi Padu Kekilatan Kekerasan Lapisan Tekstur Corak Ketumpatan Kelabu 25g 20cm Tidak berkilat Keras Tidak Berlapis Halus Dan Seragam Sekata 1.25g cm

BATU METAMORF

CIRI CIRI BATU B( GNEISIS )


Warna Jisim Isi padu Kelabu keputihan 50g 30cm

Kekilatan
Kekerasan Lapisan Tekstur

Tidak Berkilat
Sangat keras Tidak berlapis Kasar dan kesat

Corak
Ketumpatan

Bertompok kelabu putih


1.67g cm

BATU SEDIMEN

CIRI CIRI BATU C (KONGLOMERAT)


Warna Jisim Isi padu Kekilatan Kekerasan Lapisan Tekstur Corak Ketumpatan Coklat tua, perang dan putih 10g 6cm Tidak berkilat Mudah lerai jika ditekan Lapisan warna perang, coklat dan putih Kasar Bertompok coklat, perang, putih 1.66g cm

BATU METAMOF KUARZA/MIKA/SYIF

CIRI CIRI BATU D (KUARZA/MIKA/SYIF)


Warna Jisim Isi padu Kekilatan Kekerasan Lapisan Tekstur Corak Ketumpatan Coklat perang 20g 15cm Tidak berkilat Mudah pecah jika diketuk Lapisan luar berombak nipis Licin / berhablur yang tidak kuat Sekata 1.33g cm

BATU METAMORFOSIS

CIRI CIRI BATU E (MARMAR)


Warna Jisim Isi padu Kekilatan Kekerasan Lapisan Tekstur Corak Ketumpatan Putih 150g 20cm Berkilat Lembut dan mudah dibentuk Tidak berlapis Licin Berhablur / berkaca 7.5g cm

SEKIAN TERIMA KASIH.