Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN RINGKASAN Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang tanggungjawab seorang anak

dalam institusi keluarga. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Masyarakat biasanya akan hanya bercakap tentang tanggungjawab yang harus dipikul oleh golongan dewasa. Pada masa yang sama, kita tidak harus menafikan bahawa anak-anak juga mempunyai tanggungjawab mereka yang tersendiri terutamanya di rumah. Sudah tentu tanggungjawab mereka yang terpenting ialah belajar dengan sunguh-sungguh. Namun begitu, mereka juga perlu memikul tanggungjawab yang lain. Antaranya ialah mereka perlu faham dan sedar akan kepayahan ibu bapa mereka mencari rezeki . Anak-anak juga seharusnya berusaha untuk meringankan beban ibu bapa mereka sebanyak yang boleh . Mereka juga tidak seharusnya terlalu berkira dalam membantu ibu bapa membuat kerja-kerja di rumah . Di samping itu, anak-anak juga perlu sentiasa menjaga maruah ibu bapa mereka. Hal ini bermaksud nama baik ibu bapa harus sentiasa dijaga. Tidak ada salahnya jika anak-anak membuat kerja-kerja sambilan bagi meringankan beban kewangan ibu bapa, terutamanya pada musim cuti sekolah. Ibu bapa juga merupakan manusia biasa. Mereka juga memerlukan dorongan dan bahu untuk bersandar. Tidak ada salahnya jika anak-anak menyatakan rasa kasih sayang mereka kepada ibu bapa secara terbuka. Perbuatan ini akan membakar semangat ibu bapa untuk terus mengharungi kepayahan hidup demi anak-anak mereka. Anak-anak juga boleh menunjukkan rasa penghargaan terhadap segala pengorbanan ibu bapa dan menunjukkan simpati terhadap permasalahan mereka . Dalam hal ini, tidak ada perkara yang akan lebih menggembirakan kedua-dua orang ibu bapa selain anak-anak yang memahami permasalahan hidup mereka. Anak-anak yang memikul tanggungjawab mereka dengan sempurna pasti akan menyenangkan hati ibu bapa mereka. Ibu bapa akan berasa bahagia dan dapat menjalani kehidupan dengan tenang. Kesihatan ibu bapa juga tidak akan sering terganggu Jawapan: Pendahuluan:

Isi penting 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Jawapan ___________________________________________________ialah______________________________________________. Di samping itu, anak-anak _____________________________________________________________________________________________. Selain itu, _____________________________________________________________________________. Malah, ____________________ ______________________________________________________________. Seterusnya,________________________________________ Akhirnya, anak-anak juga _____________________________________________________________________________.

( _____ patah perkataan)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor berlakunya pembuangan bayi . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sejak kebelakangan ini, kes pembuangan bayi di Malaysia semakin serius. Fenomena pembuangan bayi berlaku apabila bayi yang masih kecil sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia ditinggalkan di tempat-tempat tertentu seperti di dalam tong sampah, tandas awam dan longkang. Pergaulan bebas merupakan pemangkin utama berlakunya kes pembuangan bayi. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama boleh menyebabkan diri mereka terjerumus ke dalam kancah maksiat seperti kata pepatah berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati. Impaknya, mungkin si gadis hamil anak luar nikah. Lebih buruk lagi pihak lelaki tidak mahu bertanggungjawab sehingga membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis tersebut mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannnya tidak diketahui masyarakat, selain perasaan buntu dan tidak tahu apa yang patut dibuat, lalu membuang bayi tersebut tanpa belas kasihan. Perempuan yang menerima anak tidak diundang ini takut keluarga akan memarahi dan memulaukannya akibat keterlanjuran dalam pergaulan. Selain itu, faktor kemiskinan sesebuah keluarga untuk menanggung jumlah anak yang ramai. Lebih-lebih lagi bapa yang menganggur ataupun hanya hidup kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Kurang didikan agama juga merupakan salah satu punca berlakunya kes pembuangan bayi. Selain cetek agama, mereka juga cetek pengetahuan dalam pergaulan dan tindakan. Mereka mudah terpedaya untuk melakukan maksiat tanpa mengambil kira dosa atau pahala. Bagi mereka, dalam usia yang muda inilah perkara yang baharu boleh dicuba sebelum tiba hari tua. Mereka yang melakukan perbuatan keji ini telah menerima maklumat yang salah sebagai jalan untuk menyelesaikan masalah. Jika menerima maklumat yang tepat, mereka mungkin mengadu kepada pihak berkuasa atau badan-badan sukarela yang sanggup menerima bayi yang baru dilahirkan. Sebenarnya perbuatan keji ini didorong dengan sikap masyarakat yang memandang keji mereka yang mempunyai anak tanpa berkahwin. Sebagai jalan mudah, bayi itu dibuang. Keadaan diburukkan lagi dengan menganggap bahawa memiliki anak, terutamanya yang belum bernikah, akan membebankan sepanjang hayat mereka. Isu pembuangan bayi ini amat serius dan perlu ditangani dengan segera. Oleh hal yang sedemikian, pegangan agama yang utuh dalam kalangan remaja penting untuk membendung masalah ini. Keluarga dan masyarakat harus bersikap membantu mangsa, bukan menambah beban yang ditanggung. Pada waktu yang sama, ibu bapa hendaklah prihatin dengan anak-anak mereka yang meningkat remaja, selain individu sendiri mempunyai kesedaran untuk menjaga tatasusila apabila berhadapan dengan khalayak. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Faktor-faktor Berlakunya Kes Pembuangan Bayi. oleh Muhammad Talhah Ajamin, Dewan Siswa, Januari 2006)

Jawapan: Pendahuluan:

Isi penting 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Jawapan ___________________________________________________ialah______________________________________________. Di samping itu, ____________________________________________________________________________________________________. Selain itu, _____________________________________________________________________________. Malah, ____________________ ______________________________________________________________. Seterusnya,________________________________________ Akhirnya, _____________________________________________________________________________. ( _____ patah perkataan)