Kemasukan benda-benda asing merupakan suatu keadaan yang boleh tangan memberikan atau kaki, kesan Mata, yang Telinga, amat buruk pada kesihatan objek dan badan.Kebiasaannya kemasukan benda asing ini serin berlaku pada Hidung, Tertelan sebagainya.Jika perkara ini berlaku pada diri seseorang, pesakit akan merasakan ketidakselesaan dan seterusnya akan berasa sakit pada tempat yang dimasuki oleh objek atau benda-benda asing.Bagi merawat pesakit yang terkena kemasukan objek atau benda-benda asing, beberapa perkara perlu diambil tindakan untuk memastikan pesakit menerima rawatan awal yang berkesan.
Selumbar
Selumbar adalah satu keadaan yang berlaku akibat daripada kemasukan benda-benda asing yang halus dan tajam pada jari tangan atau kaki.Kemasukan selumbar ini menyebabkan pesakit berasa sakit dan adakalanya ia menyebabkan nanah.Berikut adalah rawatan selumbar:Rawatannya: Cuci kawasan yang terkena selumbar itu denan air sabun dan air suam. Ambil penyepit kecil dan sterilkan dengan nyalaan api.Kemudian sejukkan penyepit itu.Jangan cuba sesekali sentuh atau lap hujung penyepit itu dengan sebarang benda.
Kepit selumbar tersebut sehampir yang mungkin pada kulit.Tarik keluar selumbar tersebut mengikut arah masuk selumbar pada kulit. Apabila selumbar tersebut sudah dikeluarkan, picit luka untuk mengeluarkan sedikit darah.Cara ini dapat mencuci keluar kotoran di dalamnya.Cuci kawasan selumbar tadi sekali lagi dan lapkan serta balutkan dengan plaster. Jika selumbar itu sukar dikeluar atau selumbar tersebut patah, segera bawa pesakit ke Hospital.
Mata
Mata merupakan salah satu daripada pancaindera yang amat berharga dan penting dalam kehidupan.Namun mata juga merupakan organ yang amat sensitive dan mudah cedera atau rosak jika ia tidak di jaga dengan sebaik yang mungkin.Terutamanya apabila organ mata dimasuki oleh objek atau benda-benda asing sama ada habuk, serangga kecil, dan lain-lain lagi.Jika berlaku situasi begini, rawatan yang boleh dilakukan ialah:Rawatannya: Jangan cuba sesekali menyentuh atau mengeluarkan sebarang bendasing yang masuk ke dalam mata. Suruh pesakit duduk menghadap lampu atau cahaya dan bukakan kelopak matanya. Minta pesakit menggerakkan matanya ke arah kanan, kiri, atas dan bawah.Periksa semua bahagian mata.
Jika
terdapat
bendasing,
bersihkan
ia
dengan
menggunakan air yang banyak.Miringkan kepala pesakit dan tuangkan air di sedut sebelah dalam mata. Boleh juga menggunakan kapas kesat atau sapu tangan yang lembap untuk mengeluarkan bendasing tersebut. Sekiranya bendasing itu berada di bawah kelopak mata, minta pesakit sendiri mengeluarkan sendiri dengan mengankat kelopak mata sebelah atas danmengejipngejipkannya dengan kelopak mata sebelah bawah. Jika bendasing tersebut tidak dikeluarkan, tutp mata pesakit yang tercedera dengan pad atau pembalut supaya terdapat tekanan lembut pada mata itu. Kemudian balut kedua-dua belah pada mata mata untuk yang mengelakkan pergerakan
tercedera.Tenangkan mangsa dan bawa pesakit ke Hopital untuk rawatan yang lebih lanjut.
Telinga
Telinga merupakan satu alat pendengaran yang perlu dijagai dan dipelihara dengan baik.Sebarang kecederaan pada telinga akan mengakibatkan kecederaan yang kekal.Jika telinga dimasuki oleh bendasing atau objek, pesakit perlu menerima rawatan seperti berikut:Rawatan bagi Kemasukan objek: Jika terdapat objek keras yang tersangkut dalam telinga, biasanya pesakit akan menjadi pekak sementara dan ia
juga boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga. Sekiranya telinga dimasuki objek, tenangkan pesakit dan Tanya apakah objek yang telah memasuki telinga pesakit. Jangan sesekali cuba mengeluarkan objek tersebut dan bawa pesakit ke Hspital dengan segera.
Rawatan bagi kemasukan Serangga: Tenangkan pesakit supaya ia tidak berasa cemas Minta pesakit duduk dan pegang kepala pesakit dengan keadaan telinganya menghala ke atas. Tuangkan air suam-suam kuku perlahan-lahan ke adalam telinganya supaya serengga itu terapung keluar. Jika serangga tersebut sukar dikeluarkan, bawa pesakit ke hospital dengan segera
Hidung
Hidung juga merupakan satu dari pada pancaindera kurniaan Tuhan.Hidung sebarang digunakan untuk menghidu namun jika ia tidak dipelihara dengan baik maka ia mudah untuk tercedera atau dimasuki objek.Bagi merawat hidung yang dimasuki bendasing antaranya ialah:Rawatannya:-
Kenalpasti terlebih dahulu bendasing yang memasuki hidung. Jika bendasing memasuki hidung biasanya pesakit sukar bernafas atau nefasnya akan berbunyi bising.Adakalnya hidung akan bengkak.kadang-kala bau yang busuk dan lelehan darah keluar menunjukkan objek itu telah berada agak lama di dalam hidung. Jika situasi ini berlaku, cuba tenangkan pesakit dan bawa pesakit ke hospital untuk rawatan yang lebih lanjut.
Tertelan Objek
Rawatannya: Cuba ketahui objek yang telah ditelan oleh pesakit. Jika objek itu kecil dan licin seperti kerakal atau duit syiling, maka ia tidaklah terlalu bahaya dan keluarkan objek tersebut dengan perlahan-lahan. Jika objek tersebut tajam dan besar, jangan berikan pesakit minum atau makan. Bawa pesakit ke hospital untuk mendapat rawatan yang selanjutnya.
Tersedut Bendasing
Objek yang kecil dan licin boleh melungsur masuk ke dalam saluran udara.Kacang tanah amat merbahaya pada pesaki kerana ia
boleh disedut ke dalam paru-paru.Biasanya pesakit akan batuk dengan teruknya. Rawatannya: Tiarapkan pesakit di atas reba dan tepuk belakangnya dengan kuat sebanyak lima kali di antara tulang belikat. Jika pesakit masih tercekik dan sukar untuk bernafas, bawa pesakit ke hospital.