Anda di halaman 1dari 3

Petang yang indah penuh ceria

Hari yang berbahagia penuh bermakna


Bersama kita di majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Skau Keramat
Bagi sesi petang.

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha Pn Noriah bt Razak, Guru Besar


SK AU Keramat

Yang Dihormati ,En. Rosman B Md Daim, Guru Penyelia Petang


SK AU Keramat

Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Bersyukur kita pada petang yang indah penuh ceria


dihari yang berbahagia penuh bermakna ini dapat kita
bersama di majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Skau Keramat
bagi sesi petang

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ust
Razif bin ___________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ust Razif atas
bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan pengorbanan yang dilakukan
oleh paga guru skau keramat dalam dunia pendidikan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Bagi meneruskan majlis, sekarang dipersilakan ___________________________ untuk


membacakan perutusan daripada _________________________ sempana hari guru pada
tahun ini .

Seterusnya dijemput _________________ untuk membacakan perutusan daripada


___________________________.

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya


Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Pn Noriah Razak Untuk itu di
persilakan Pn Guru Besar naik ke pentas untuk memberi sedikit ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Noriah atas ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan kepada yang En Rosman Md Daim


untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Rosman Md Daim atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat pahlawan negeri


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi menunjukkan semangat dan kesungguhan para guru diminta semua guru naik ke
pentas untuk menyanyikan lagu Hari Guru.
Begitu bersemangat guru-guru kita menyanyikan lagu itu tadi

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan daripada …………………………………………..

Itulah sebentar ____________________________yang telah menampilkan sebuah


pesembahan yang cukup istimewa.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-


kenangan buat insan yang bergelar guru. Untuk itu dipersilakan semua guru menerima
cenderamata sempana hari guru daripada para pengawas.

Seterusnya majlis mempersilakan Murid-murid untuk menyampaikan hadiah dan


cederamata jika ada kepada guru-guru mereka

Kita akan mulakan dengan kelas.

Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4

Terima kasih kepada semua yang menyampai cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai