Anda di halaman 1dari 10

TUGASAN A (ULASAN)

Kami telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah yang keempat di Sekolah Rendah Kebangsaan Siburan Batu yang terletak di Kuching, Sarawak. Setibanya kami di sekolah tersebut, kami telah terlebih dahulu berjumpa dengan Penolong Kanan Sekolah untuk mendapatkan bantuan bagi merujuk kami kepada guru yang bertugas untuk menguruskan bahagian subjek Sains. Penolong Kanan sekolah tersebut dikenali sebagai Encik Joslina@ George Lina ak Goering telah membawa kami berjumpa dengan Cikgu Slyvia yang bertugas sebagai Guru Panitia Sains. Pada hari pertama, Cikgu Slyvia memberitahu kami sedikit sebanyak tentang latar belakang sekolah tersebut. Kami difahamkan bahawa SK Siburan Batu baru sahaja dibuka setelah selesai proses penambahbaikan sekolah pada tahun 2012. Maka, kebanyakkan peralatan dan bahan sains disusun dalam keadaan yang tidak sempurna serta rekod buku penggunaan makmal sains yang terdahulu tidak dapat dijumpai bahkan ada yang hilang. Tambah beliau lagi, sekolah ini juga tidak mempunyai pembantu makmal maka kebanyakkan guru-guru yang mengajar subjek sains tidak cenderung untuk menjalankan aktiviti di dalam makmal sains kerana faktor masa. Guru akan mengambil masa yang lama untuk persiapan radas bagi tujuan aktiviti dan faktor peralatan dan bahan sains yang tidak mencukupi contohnya seperti penunu bunsen, kalsium klorida kontang dan sebagainya cenderung untuk menjalankan aktiviti sains di dalam makmal. Sebagai contoh, bilik makmal sains tidak mempunyai bilik persediaan. Oleh itu, guru sains menghadapi masalah untuk membuat persediaan dan persiapan awal untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerumitan hal ini ditambah pula dengan situasi di mana peralatan dan bahan sains tidak disusun dengan rapi serta ada yang pecah dan tidak berfungsi dengan baik. Faktor kebersihan dan kekemasan bilik penyimpanan di dalam makmal tidak diberi perhatian. Keadannya yang berhabuk, padat dan berselerak menyukarkan guru untuk mencari peralatan dan bahan sains yang diperlukan. Di samping itu, kuantiti peralatan sains juga tidak mencukupi untuk menampung bilangan pelajar yang agak ramai iaitu antara lingkungan 30 hingga 40 orang murid. Cikgu Slyvia sendiri turut menyatakan bahawa kuantiti penunu bunsen tidak mencukupi di sekolah tersebut. Bahkan semasa kami membuat pemerhatian ke makmal sains itu, kami hanya mendapati sekolah tersebut mempunyai satu penunu bunsen. Secara tidak langsung keadaan ini menunjukkan kekurangan peralatan sains mempengaruhi penglibatan guru dalam penggunaan makmal sains dan seterusnya menyebabkan guru tidak

menyebabkan murid-murid hilang minat untuk membuat aktiviti sains. Sehubungan dengan itu, Untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum, semua guru sains mesti pandai mentadbir 1

TUGASAN A (ULASAN)
makmal sains masing-masing, (Ooi & Mohd Khairuddin, 1982:3). Seharusnya bakal-bakal guru sains ini mengetahui aspek pengurusan makmal disamping menyampaikan pengajarannya bagi meningkatkan kualiti P&P mereka. Selepas kami mendapatkan maklumat mengenai penggunaan bilik makmal sains, beliau telah membawa kami berjumpa dengan Cikgu Priscillia Cynthia ak Disem untuk

membincangkan proses pengajaran dan pembelajaran subjek sains. Cikgu Priscillia Cynthia ak Disem merupakan guru bagi subjek Sains bagi tahun 5 Cerdik. Beliau menerangkan kepada kami bahawa di sekolah tersebut hanya terdapat sebuah kelas bagi darjah 5. Oleh itu pemerhatian kami selama seminggu tersebut hanya tertumpu kepada tahun 5 Cerdik.Beliau telah memberikan kami jadual bagi subjek sains tahun 5 Cerdik. Pemerhatian kami bermula pada hari ketiga (21 Ogos 2013) pada jam 10.40 am hingga 11.40 am. Pada hari tersebut, kami dimaklumkan bahawa tahun 5 Cerdik akan mempelajari Unit 8 iaitu Keadaaan Jirim. Kami telah memerhati setiap peringkat pengajaran beliau. Pengajaran dimulakan dengan memanggil dua orang murid untuk tampil ke hadapan dan meniup dua biji belon. Kemudiannya, beliau mula bertanyakan beberapa soalan kepada semua murid. Antara soalan yang diajukan adalah, apakah yang terkandung di dalam belon?, bagaimanakah kamu mengetahui bahawa itu adalah udara?,apa yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat?, adakah ia mempunyai warna? dan apa yang boleh dipegang dan tidak boleh dipegang?. Seterusnya, beliau telah membuat carta pengelasan yang bertajuk Keadaan Jirim dan di bawahnya terdiri daripada pepejal, cecair dan gas. Beliau telah membawa sendiri bahan-bahan yang diperlukan seperti, belon, botol plastik, botol losyen, ubat batuk dan gam. Semasa sesi penerangan beliau menunjukkan bahan-bahan tersebut untuk membantu murid memahami dan membezakan tiga jenis keadaan jirim. Kemudian, beliau telah mengagihkan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 4 orang dan setiap kumpulan diberi sekeping gambar. Murid-murid secara berkumpulan membuat aktiviti pengelasan bahan-bahan yang

mereka lihat daripada gambar tersebut kepada tiga jenis keadaan jirim itu tadi iaitu pepejal, cecair dan gas. Sepanjang aktiviti berkumpulan tersebut dijalankan kami mendapati muridmurid amat khusyuk berbincang dan mampu membuat pengelasan berdasarkan gambar yang diberikan kepada mereka. Cikgu Priscillia turut bergerak dari sebuah kumpulan ke kumpulan yang lain untuk membimbing kumpulan yang agak lemah. Hasil daripada pemerhatian, kami mendapati hampir separuh daripada murid-murid berjaya mengelaskan bahan yang mereka dapat lihat melalui gambar.

TUGASAN A (ULASAN)
Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan semasa aktiviti pengelasan ini dijalankan. Antaranya, semasa kami membuat pemerhatian dari kumpulan ke kumpulan ada sesetengah murid di dalam kumpulan tidak bekerjasama untuk memberikan jawapan bahkan ada yang bermain-main. Selain itu, sesetengah kumpulan tidak mengelaskan dengan betul jenis bahan yang mereka lihat melalui gambar. Sebagai contoh, mereka mengelaskan ais kepada cecair. Kami mendapati terdapat beberapa kumpulan yang melakukan kesilapan yang sama maka kami membuat kesimpulan bahawa murid-murid keliru tentang konsep perubahan bahan seperti air yang apabilanya telah dibekukan dikenali sebagai ais yang mana sepatutnya diklasifikasikan sebagai pepejal. Dalam mata pelajaran sains, sebahagian besar konsep asas jirim adalah berbentuk abstrak. Walaupun murid-murid pernah mengalami atau melihat sendiri tentang konsep jirim yang sebenarnya berlaku di sekeliling mereka, tetapi mereka masih sukar untuk memahami serta mengaitkannya secara saintifik. Disebabkan keadaan konsep yang terdapat dalam sains adalah bersifat abstrak, maka ia hanya boleh didapati secara definisi (Gagne,1985). Pelajar perlu memahami semua konsep yang terdapat dalam sesuatu definisi tersebut (contohnya definisi jirim) sebelum mereka boleh memahami konsep baru yang dipelajari. Menurut Farnham-Diggony,1972, berpendapat bahawa konsep sebenarnya melibatkan semua rangsangan yang terdapat di sekeliling kita. amai di kalangan pelajar menghadapi masalah untuk memahami dan menguasai konsep asas jirim serta kemahiran yang mereka pelajari di bilik darjah. Sebahagian daripada mereka gagal menunjukkan perkaitan antara konsep yang telah sedia ada dalam pemikiran mereka dengan konsep baru yang dipelajari meskipun mereka mempunyai pengetahuan tentang sesuatu konsep. Mereka didapati lebih cenderung menghafal konsep yang mereka pelajari tanpa memahaminya secara berkesan dan bermakna. Keadaan ini dapat dilihat dalam soalan yang meminta murid-murid membuat kesimpulan tentang eksperimen yang dijalankan. Oleh itu pemahaman tentang hubung kait antara konsep yang dipelajari adalah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, penambahbaikan daripada pihak guru memerlukan pengorbanan dan iltizam yang tinggi. Namun demikian ia juga mempunyai banyak kelebihan dan berpotensi untuk menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Selepas selesai dengan aktiviti pengelasan, beberapa buah kumpulan dipanggil ke hadapan untuk membaca jawapan mereka. Kami mendapati dua buah kumpulan berjaya mengelaskan dengan betul bahan yang mereka lihat. Manakala sesetengah kumpulan hanya mampu mengelaskan sedikit sahaja bahan dan Cikgu Priscillia telah memberikan maklum balas 3

TUGASAN A (ULASAN)
kepada kumpulan yang membentangkan jawapan mereka di hadapan kelas. Tindakan beliau merupakan antara lain kekuatan yang kami dapat perhatikan kerana maklum balas yang diberikan membantu murid-murid untuk mengetahui kelemahan mereka dan tahu aspek mana yang mereka perlu dan akan perbaiki. Semasa pembentangan hasil kumpulan juga, kami mendapati murid-murid tidak berasa malu mahupun takut untuk membentangkan jawapan bahkan mereka kelihatan seronok dan berkobar-kobar membuat perkongsian dapatan mereka. Keadaan ini membuktikan bahawa penerangan yang Cikgu Priscillia telah berikan pada awal pengajaran membantu murid-murid untuk memahami topik dengan lebih baik. Pemerhatian pada hari tersebut juga menunjukkan aktiviti yang menjurus kepada aplikasi Kemahiran Proses Sains iaitu mengelas dan berkomunikasi. Murid-murid menjalankan aktiviti pengelasan dan membentang jawapan di hadapan serta berkomunikasi dengan membina peta pokok yang mana kandungannya adalah bahan-bahan yang dapat mereka kenalpasti melalui gambar. Kemahiran Proses Sains memerhati juga terlibat iaitu semasa murid-murid memerhati gambar dan memerhati kandungan yang ada pada belon serta beberapa bahan lain seperti gam, air dan losyen. Pemerhatian kami bersambung pada keesokkan harinya iaitu Khamis (22 Ogos 2013). Sesi pengajaran dan pembelajaran tahun 5 cerdik pada hari tersebut memakan masa selama setengah jam. Pada hari tersebut mereka mempelajari tentang sifat-sifat jirim iaitu pepejal, cecair dan gas. Pada awal pengajaran, Cikgu Priscillia telah membentuk sebuah jadual di papan hitam yang menunjukkan sifat-sifat pepejal,cecair dan gas. Pengajaran dimulakan dengan guru bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan sifat-sifat pepejal, cecair dan gas antaranya seperti, apakah yang dimaksudkan dengan sifat-sifat?, apakah perbezaaan air di dalam botol minuman?, adakah pepejal mempunyai jisim?, serta adakah cecair mempunyai jisim?. Sepanjang pengajaran tajuk tersebut kami dapat melihat guru menunjukkan pelbagai bahan untuk meransang murid berfikir dan membantu murid melihat perbezaan sifat-sifat bagi setiap jirim iaitu pepejal, cecair dan gas. Guru turut memanggil beberapa murid untuk mencuba mengenalpasti sifat cecair iaitu adalah cecair memenuhi ruang. Cara beliau untuk membantu murid faham sifat cecair adalah dengan memanggil seorang murid untuk menuangkan air ke dalam sebuah gelas kaca. Hasil daripada penglibatan murid tersebut, murid-murid lain yang sedang memerhati dapat melihat dengan jelas sifat cecair iaitu cecair memenuhi ruang.

TUGASAN A (ULASAN)
Setiap sifat-sifat jirim (pepejal, cecair dan gas) diterangkan oleh guru beserta dengan demonstrasi yang guru jalankan di hadapan kelas dengan menggunakan bahan-bahan yang pelbagai yang guru bawa dari rumah dan juga dari makmal sains. Antara peralatan yang guru bawa dari makmal sains ialah gelas jar di mana beliau menggunakannya untuk menunjukkan samada sifat gas memenuhi ruang ataupun tidak. Apabila selesai aktiviti mengenalpasti bagi setiap sifat-sifat jirim guru kemudiannya menyuruh murid-murid menyalin semua jadual tersebut ke dalam buku latihan sains. Guru membimbing murid-murid untuk melukis jadual dengan menggunakan pembaris kerana beliau mengatakan bahawa kemahiran melukis jadual dengan betul merupakan salah satu Kemahiran Proses Sains iaitu Berkomunikasi. Kajian yang dijalankan oleh Wellington (1989) mendapati penguasaan kemahiran proses sains adalah lebih tinggi dari segi intelek berbanding dengan penguasaan fakta dan prinsip sains. Apabila pelajar telah menguasai kemahiran proses sains, mereka boleh mencari jawapan serta membentuk idea atau konsep sendiri mengenai sebarang fenomena sains. Dengan ini kanak-kanak akan dapat membetulkan miskonsepsi yang dibuat oleh mereka sendiri dan membentuk semula konsep baru yang selaras dengan konsep sains yang sebenarnya melalui proses asimilasi dan akomodasi. Justeru, pelajar perlu mempelajari bukan setakat fakta tetapi menguasai kemahiran proses sains demi mempertingkatkan kemahiran berfikir mereka secara analitik dan lebih berjaya dalam menyelesaikan sesuatu masalah (Tobin dan Capie, 1982). Semasa pemerhatian kami mendapati murid ada diberi peluang untuk datang ke hadapan mencuba menuang air ke dalam gelas, meniup belon, serta menarik kertas keluar dari jar kaca menunjukkan bahawa walaupun guru tidak menjalankan aktiviti di makmal sains, namun murid masih lagi dapat mengaplikasikan kemahiran proses sains dan juga kemahiran manipulatif sains. Pada hari berikutnya iaitu Jumaat (23 Ogos 2013), kami dimaklumkan bahawa pada hari tersebut guru akan bersama-sama dengan murid berbincang lembaran kerja yang terdapat dalam buku latihan. Lembaran kerja tersebut berfokuskan kepada pengujian sifat-sifat gas. Pada hari tersebut, kami mendapati guru hanya menggunakan kaedah demonstrasi untuk menunjukkan sifat-sifat gas. Guru telah menyediakan radas seperti kaki retort, dua biji belon yang diikat pada benang di hadapan kelas. Tujuan beliau membuat demostrasi tersebut adalah untuk membantu murid melihat sifat-sifat gas sebelum murid disuruh menjawab lembaran kerja yang diberikan.

TUGASAN A (ULASAN)
Hasil demonstrasi tersebut seharusnya menunjukkan bahawa kedua-dua belon akan berada dalam keadaan seimbang. Namun begitu, pada hari tersebut kedua-dua belon tidak berada dalam keadaan yang seimbang. Belon yang dicucuk dengan menggunakan jarum menyebabkan keadaan yang tidak seimbang antara kedua-dua belon.Ini menunjukkan kelemahan yang amat ketara bahawa demonstrasi tersebut mungkin akan menyebabkan murid mendapat konsep yang salah mengenai sifat gas. Apabila keadaan sebegitu terjadi guru telah menerangkan kepada murid-murid bahawa seharusnya apabila salah satu belon yang ditampal dengan pita selotan ditebuk dengan menggunakan jarum ianya akan menghasilkan keadaan yang seimbang bagi kedua-dua belon. Setelah selesai memberikan penerangan kepada muridmurid tentang demonstrasi yang dijalankan, guru kemudiannya menyuruh murid-murid menjawab soalan yang terdapat pada lembaran kerja. Setelah selesai murid-murid menjawab lembaran kerja yang dberikan, guru kemudiannya berbincang jawapannya bersama-sama dengan mereka. Sepanjang Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, terdapat beberapa kekuatan yang dapat kami lihat semasa sesi pengajaran sains di dalam kelas yang mana telah berlangsung selama tiga hari tersebut bermula pada 21-23 Ogos 2013. Kekuatan yang pertama ialah guru membawa bahan sains yang berkaitan dan bersesuaian dengan tajuk pembelajaran pada hari tersebut seperti gam, losyen, belon dan botol yang berisi air untuk membantu murid-murid memahami dan membuat perkaitan. Menurut KPM (1998), keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam sains bergantung kepada alatan dan bahan yang menepati piawaian, sesuai dengan kehendak kurikulum dan berkualiti tinggi. Bahan sains yang dibawa masuk ke dalam kelas adalah bersesuaian dan dapat membantu murid-murid untuk memahami tajuk pembelajaran mereka pada hari tersebut. Kenyataan ini juga dapat diperkukuhkan dengan kenyataan yang dibuat oleh murid-murid Tahun 5 Cerdik yang telah ditemubual di mana ratarata mereka mengatakan bahawa mereka faham apa yang dipelajari pada hari tersebut kerana adanya contoh-contoh bahan sains yang dibawa oleh guru. Ini selaras dengan kajian Edgar Dale (Dale 1946) menyatakan bahawa pembelajaran menggunakan bahan yang konkrit akan mendedahkan kepada pelajar pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna. Menurut Coopersteisn & Kocervar (2004), aktiviti hands-on membolehkan fikiran murid-murid berkembang dengan baik dan mereka dapat belajar dengan lebih baik melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Melalui pembelajaran melalui pengalaman, murid-murid dapat berinteraktif dengan bahan-bahan konkrit. Ini merupakan cara yang baik untuk mengingat dan memahami sesuatu konsep Sains dengan mudah dan senang. Di samping itu, menurut 6

TUGASAN A (ULASAN)
Thompson (1992), bahan konkrit adalah efektif bagi mencetuskan pemikiran murid. Apabila murid-murid didedahkan dengan bahanbahan konkrit, pemikiran dan perasaan ingin tahun akan meningkatkan minat belajar mereka. Dalam kajian Norma Binti Haji Hassan (2004) mendapati bahawa minat murid dicetuskan dan rasa bosan dapat dikurangkan melalui penggunaan bahan bantu mengajar. Guru Prisciallia menyediakan bahan bantu mengajar supaya dapat memotivasikan murid-murid untuk belajar mata pelajaran Sains. Melalui pemerhatian kami terhadap aktiviti tersebut kami mendapati murid-murid kelihatan seronok dan aktif memberikan respon kepada setiap soalan yang Cikgu Priscillia ajukan. Selain itu, penglibatan beberapa orang murid tampil ke hadapan untuk meniup belon menggalakkan murid-murid untuk mencuba dan merasa sendiri bahan yang digunakan. Kajian yang dilakukan oleh Driver (1981) menunjukkan bahawa mereka akan lebih faham dan yakin terhadap apa yang mereka sentuh dan lihat. Tambahan pula, guru turut menggunakan kaedah demonstrasi di dalam kelas semasa mengajar tentang sifat-sifat bagi pepejal, cecair dan gas. Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) yang diasaskan oleh John Dewey, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukandalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatandan penanggapan secara berkesan (Zaiton Zanariah Hamid, 2000). Cikgu Priscillia kerap menggunakan kaedah ini untuk menerangkan teori berkaitan dengan keadaan jirim seperti pepejal, cecair dan gas serta sifat-sifatnya dengan menunjukkan satu persatu bahan-bahan sains yang dibawa ke dalam kelas dan pada masa yang sama murid-murid disuruh memerhati. Semasa pemerhatian kami, kami juga mendapati beliau ada memanggil beberapa murid untuk datang ke hadapan dan mencuba menuangkan air masuk ke dalam gelas dan ada juga memanggil murid untuk meniup belon. Ini turut menunjukkan bahawa beliau melibatkan murid semasa kaedah demonstrasi ini. Ini membantu murid untuk lagi memahami konsep sains yang diajar di dalam kelas. Kekuatan lain yang kami dapati juga adalah Cikgu Priscillia banyak membantu muridmurid untuk memahami topik yang dipelajari pada hari tersebut. Guru sebagai penyampai ilmu perlu berwawasan dalam perlaksanaan pengajaran subjek sains. Antara wawasan Pendidikan Sains di negara kita adalah untuk mewujudkan masyrakat yang saintifik, progresif, inovatif dan penyumbang kepada kemajuan saintifik pada masa kini dan masa hadapan (Hussein Ahmad,1992). Sejak hari pertama beliau banyak menerangkan topik keadaan jirim dengan 7

TUGASAN A (ULASAN)
menggunakan perkataan dan contoh-contoh pelbagai yang mudah difahami oleh murid-murid. Selain itu, semasa murid-murid diberi arahan untuk membuat aktiviti pengelasan beliau turut berjalan dari kumpulan ke kumpulan untuk membimbing mereka. Beliau bertindak sebagai pemudahcara kepada murid-murid di dalam kelas. Kami turut mendapati ada beberapa kumpulan murid yang agak lemah. Beliau telah membantu kumpulan yang lemah tadi dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai agar mudah bagi mereka untuk faham.

Tanggungjawab guru sebagai pengajar dan pengurus banyak ditunjukkan oleh beliau sepanjang 3 hari pemerhatian kami dibuat di sekolah tersebut.. Menurut Crowl et al. (1997), guru yang berkesan merupakan guru yang memenuhi ciri-ciri berikut: a ) Menggunakan pelbagai kaedah yang jelas dan pelbagai b) Memberi maklumbalas terhadap pembetulan c) Menitikberatkan pengajaran akademik d) Memastikan hubungan antara tanggungjawab dengan akademik dalam setiap aktiviti di bilik darjah e) Mengurus dan membentuk persekitaran pembelajaran yang berkesan f) Melaksanakan peraturan bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran g) Mempastikan kelancaran dalam peningkatan pengajaran dan pembelajaran

Tambahan pula, menurut Crowl et al. (1997), tanggungjawab guru sebagai pengajar dan pengurus perlu dilaksanakan agar pelajar memperolehi pembelajaran yang bermakna.

Kekangan yang kami dapati adalah penggunaan perisian pendidikan Sains dalam kalangan guru-guru Sains sekolah rendah masih lagi ditahap sederhana. Walaupun mereka berpendapat bahawa penggunaan perisian pendidikan Sains ini dapat membantu melicinkan lagi proses P&P mereka namun mereka seolah-olah kurang percaya dengan kemampuan perisian pendidikan Sains tersebut dengan kurangnya penggunaannya di dalam kelas. Berdasarkan pemerhatian kami selama tiga hari di sekolah tersebut, kami mendapati bahawa Cikgu Priscillia langsung tidak menggunakan perisian pendidikan Sains dalam proses P&P beliau. Ini disokong oleh kajian Sathiamoorthy (2001) dan Lee (2000) yang menunjukkan penggunaan ICT oleh guru-guru masih di tahap minimum.

Analisis kajian mendapati penggunaan perisian pendidikan Sains menimbulkan rasa seronok dalam kalangan murid dan dapat membantu proses pembelajaran murid. Di samping

TUGASAN A (ULASAN)
itu, perisian pendidikan Sains dapat menghidupkan suasana P&P yang ceria, memudahkan pelajar memahami isi pelajaran dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Kajian Ropp (1999), mendapati bahan pembelajaran berunsur multimedia interaktif mampu bertindak sebagai satu alat kognitif untuk mencetuskan proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan pembelajaran. Melalui multimedia interaktif, suasana P&P menjadi lebih menarik (Noor Azliza & Lilia, 2002). Kajian Ismail et. al (2005) pula mendapati penggunaan perisian pendidikan Sains dapat membantu kefahaman dan meningkatkan pengetahuan murid kerana terdapatnya elemen-elemen grafik, animasi dan audio yang lebih menarik berbanding buku teks. Oleh itu, guru-guru Sains sekolah rendah seharusnya diberi peluang dan ruang untuk menggunakan perisian pendidikan Sains ini secara optimum.

Jika dilihat dengan teliti, kami mendapati bukanlah 100% murid-murid respon secara sukarela terhadap sesi pembelajaran pada ketiga-tiga hari. Terdapat segelintir murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Walaupun aktiviti yang dijalankan oleh Cikgu Priscillia amat menyeronokkan terdapat beberapa orang murid lembap dalam memahami isi pelajaran dan penurunan minat terhadap sains. Pelbagai cadangan juga telah diketengahkan untuk menangani kepincangan ini. Di antara yang paling sering dikemukakan ialah menambahkan kerja amali dan menyediakan pengajaran kreatif. (Need for more science teachers, 2000; Chia, 2000; Syuhada Choo Abdullah, 2000; Maznah Darus, 2000; Clear misconception on science, says Musa, 2000; Ng, 2000a). Akan tetapi, daripada pengalaman seorang guru luar bandar yang mengajar mata pelajaran Sains mendapati bahawa keseronokan dalam menjalankan eksperimen tidak boleh disamakan dengan darjat kefahaman. Keberkesanan sesuatu sesi pengajaran tidak boleh diukur berdasarkan kecergasan pelajar dalam makmal sahaja. Pelajar boleh sangat aktif dan seronok bermain dengan radas-radas tetapi tidak memahami tujuan eksperimen. Justeru, mereka tidak belajar apa-apa. Oleh yang demikian, selain daripada mengajar seorang guru perlu tahu apa yang dipelajari pelajarnya. Daripada penulis, jurnal pelajar merupakan sumber maklum balas yang sungguh pengalaman tepat tentang

kefahaman pelajar. Malahan, ia berfungsi sebagai saluran komunikasi alternatif yang sungguh baik khasnya untuk golongan pelajar yang segan bercakap bersemuka dengan guru.

Kamus (DBP, 1993) menaktrifkan jurnal sebagai buku catatan harian. Pada zaman dahulu (semasa penulis masih di bangku sekolah), menulis jurnal peribadi adalah aktiviti yang sangat digalakkan. Pengalaman (Koh Chee Kiat, 2001) dengan dua kumpulan pelajar ini telah menyakinkan kami bahawa pengajaran sains yang berkesan tidak bergantung kepada aktiviti 9

TUGASAN A (ULASAN)
dalam makmal sahaja. Luahan seorang pelajar amat penting untuk mengetahui tahap pemahamannya terhadap pelajaran. Dengan membaca luahan mereka, guru dapat mencapai objektif yang dirancang iaitu untuk membina kemahiran, sikap dan nilai saintifik (Koh, 2000). Seorang guru sains boleh mengajar melalui eksperimen atau pun ceramah. Persoalannya adalah samada pelajar dapat atau tidak dapat menerima kandungan pelajaran tersebut. Melalui jurnal pelajar guru dapat melihat diri sendiri dari sudut pelajar. Ia mampu membantu menjadi guru yang lebih reflektif. Ia membantu guru menilai tahap pencapaian objektif pelajaran yang sebenar. Sungguh pun demikian, kita perlu bersedia secara emosi jika kita ingin melaksanakan corak komunikasi ini.

Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah yang keempat ini telah banyak memberi kami kesedaran mengenai penggunaan bilik makmal Sains, peralatan Sains dan juga Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Kami berharap agar ilmu yang diperolehi akan kami dipraktikkan untuk kebaikan generasi muda dalam menguasai mata pelajaran Sains di tahap sekolah rendah. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk menyampampaikan ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah SCE 3106, Cik Rohana Bt Jantan di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau yang sangat berkesan terhadap perkembangan kami sebagai seorang guru pelatih yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang Sains.

Sekian, terima kasih.

Teaching does not take place unless pupils are learning; in order to know what we are teaching we have to know what things our pupils are learning from us. (Derville, 1977, p.7)

10