Anda di halaman 1dari 1

Berkenal-kenalan antara satu sama lain

Perkara utama dan asas dalam kehidupan sosial masyarakat Islam adalah berkenalkenalan kerana menjadi fitrah manusia untuk hidup berkasih sayang dan saling berhubung di antara satu sama lain. Manusia dicipta dengan wujudnya kaum lelaki dan perempuan yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik agar dapat hidup bersama dalam suasana yang harmoni, sejahtera , bersatupadu bagi mencorak dan membentuk sebuah masayarakat yang lebih berkualiti dan mantap dari segala aspek.

Persefahaman

Asas kedua penting dalam hubungan hidup bermasyarakat ialah saling memahami antara satu sama lain bagi mencapai matlamat kehidupan yang berharmonis dan sejahtera. Persefahaman dalam konteks hubungan etnik boleh dicapai melalui cara dimana perlu saling mengenali antara satu sama lain dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Bekerjasama

Bagi mewujudkan kehidupan sosial yang lebih mantap di kalangan masayarakat majmuk terutamanya semangat berkerjasama , tolong menolong, saling bantu membantu antara satu sama lain merupakan elemen yang amat penting.

Persaudaraan

Menurut Kamus Dewan ( 2005 ) , persaudaraan bermaksud seperti bersaudara atau pertalian yang rapat sekali ibarat isi dengan kuku. Pendekatan Islam Hadhari menganjurkan konsep hidup bersandarkan kepada konsep persaudaraan atas dasar beriman dan bertakwa. Hal ini disebabkan hubungan berasaskan nilai tersebut lebih penting berdasarkan kebendaan , pertalian darah, kesukuan atau yang lebih bersifat duniawi.

Toleransi

Kebebasan masyarakat majmuk menganjurkan program kebudayaan dan keagamaan masing-masing menjadi tonggak perpaduan yang kukuh di negara ini sejak sekian lama.

Anda mungkin juga menyukai