Anda di halaman 1dari 12

Program Latihan ialah satu tatacara yang tersusun bagi membolehkan proses pembelajaran berlaku secara berkesan melalui

penyampaian sesuatu idea, inovasi atau teknologi secara teratur yang dapat menghasilkan satu perlakuan di kalangan pelatih dan seterusnya dapat memberi sumbangan kepada organisasi (Ibrahim, 1996). Proctor mencadangkan program latihan adalah proses untuk melengkapkan dan menambah pengetahuan, kemahiran, mengubah sikap, mempelajari amalan baru yang disampaikan kepada penerima untuk membantu menyelesaikan masalah dalam pekerjaan (Ezhar, 1981). Menurut Poon (1994) pula, latihan adalah merujuk kepada segala usaha terancang organisasi untuk memudahkan pembelajaran tingkah laku kerja yang tertentu. Usaha ini bertujuan memperbaiki prestasi semasa dan prestasi masa depan pekerja dengan meningkatkan kebolehan pekerja melakukan tugas-tugas mereka supaya objektif organisasi dapat dicapai. Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan bahawa program latihan satu proses yang dirancang khas oleh pihak tertentu dalam memberikan kemudahan pembelajaran kepada seseorang dengan tujuan untuk menambahkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan perubahan sikap dan tingkah laku seseorang. Program latihan dalam kajian ini membawa erti sebarang program latihan yang perlu dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar berprestasi kurang memuaskan dalam menangani masalah yang mereka hadapi, khususnya yang melibatkan pembelajaran.

Pereka Latihan Reka bentuk latihan semestinya menepati kesesuaian sesebuah organisasi dan keperluan yang bersifat relatif. Di sinilah letaknya peranan jurulatih untuk membuat analisis dan menyediakan reka bentuk latihan yang dapat membantu secara langsung memajukan prestasi organisasi.

Pembangun Latihan Pembangun latihan menyediakan pra sarana untuk sesuatu latihan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dan dipersetujui. Pra sarana itu seperti nota peserta, panduan kepada penyampai, bahanbahan penyampaian yang berbentuk audio visual dan sebagainya.

Penyampai Kebiasaannya jurulatih akan menyampaikan latihan dan ceramah. Ia menuntut kemahiran pengucapan awam, mengendalikan sesi latihan dalam kumpulan, teknik-teknik soal jawab dan perbincangan.

Pemasar Secara umumnya, tujuan latihan ialah untuk melakukan perubahan. Kebanyakan manusia tidak suka kepada perubahan. Di sinilah perlunya seseorang jurulatih mempunyai kemahiran untuk menjual idea dan memasarkan kepentingan latihan dan pembangunan kepada kumpulan sasaran, sama ada pihak pengurusan mahu pun para pekerja.

Pengurus Kemudahan Latihan Tanggungjawab ini biasa diberikan kepada jurulatih kerana kemudahan bilik seminar atau bengkel perlu dipastikan sentiasa berada dalam keadaan sedia digunakan, dengan segala peralatannya seperti pen marker, papan putih, pemadam, flip chart dan sebagainya.

Penilai Oleh kerana sesebuah organisasi akan membelanjakan wang dan masa untuk memenuhi keperluan latihan, maka persoalan mengenai nilai pulangan yang diberikan oleh latihan tersebut perlu dijawab dengan mantap. Selepas sesuatu latihan, jurulatih perlu melakukan penilaian menyeluruh bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh pihak atasan atau pelanggan. Kemahiran menilai ini amat perlu agar jurulatih dapat mengemukakan hujah dan bukti nyata akan nilai pulangan sesuatu latihan itu.

Kaedah Pemerhatian Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih. Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai. Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pe-merhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan. Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan te-pat. Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh.

Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku. Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan. Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.

Jenis-jenis Pemerhatian

Pemerhatian Peserta Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati. Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal.

Pemerhatian Bukan Peserta Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat .pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video. Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat.

Kebaikan Kaedah Pemerhatian

Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai. Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian. Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.

Kelemahan Kaedah Pemerhatian

Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti. Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati. Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka. Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

1. Kesahan Instrumen Temu Bual dan Pemerhatian (Kualitatif)

Bagi kajian penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan dokumen dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat atau data, penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan kesahan kajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temubual dan pemerhatian) yang digunakan secara serentak dalam sesuatu kajianhendaklah dibuat dalam bentuk equivalent form (kriteria dan konstruk item yang sama

dalam pelbagai jenis instrumen). Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui sumber dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada pelbagai sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual dan pemerhatian. Keesahan dalam kajian berbentuk kualitatif (penggunaan temu bual, pemerhatian dan dokumen sebagai instrumentasi) tidak hanya tertumpu kepada hasil kajian tetapi keseluruhan proses penyelidikan. Miles dan Huberman (1994) berpendapat tidak ada peraturan tertentu dalam pembinaan keesahan dalam kajian kualitatif. Tetapi McCall dan Simmons (1969) menegaskan, kajian kualitatif melalui pungutan data-data daripada temu bual dan pemerhatian juga memerlukan keesahan data.

Campbell (1955), mencadangkan untuk menyelesaikan masalah kesahan pada data-data kualitatif khususnya temu bual ialah dengan menggunakan teknik morale ballot . Manakala Bailey (1978) dan Scoot (1961) mencadangkan penggunaan teknik independent rating melalui cross-checking untuk membuat keesahan data kualitatif. Bagi seseorang penyelidik yang menggunakan kaedah survey, maka kesahan dalaman (internal validity) dan kesahan criteria (criteria validity) digunakan serentak bagi maksud membuat kesalahan kepada instrumen temu bual. Kesahan dalaman dilihat daripada aspek manipulatif kawalan dalam hubungan variabel-variabelnya. Dengan itu, teknik morale ballot dan crosschecking digunakan kedua-duanya serentak bagi memperkukuhkan nilai kesahan terhadap data, khususnya dalam temu bual . Atas saranan ini, biasanya penyelidik akan menggunakan dua orang pemberi maklumat (seorang lelaki dan seorang wanita) bagi setiap kajian bagi tujuan temu bual.

Manakala kesahan kriteria dalam temu bual dicapai melalui menemu bual individu yang benar-benar memiliki pengetahuan dan maklumat terhadap bidang kajian pengkaji. Biasanya bagi tujuan ini pula, penyelidik akan menemu bual beberapa orang pencetus maklumat dalam lokasi kajian yang berlainan asalkan sama ciri dan sifatnya. Manakala kesahan dalam pemerhatian dibuat melalui teknik kesahan konstruk (construct validity) iaitu dengan cara mengkategorikan peristiwa-peristiwa yang diperhatikan kepada beberapa kelompok (clusters) bagi variabel yang dikehendaki, kemudian membandingkan pemerhatian yang lalu dengan pemerhatian sekarang. Untuk meninggikan darjah kesahan konstruk, pemerhatian perlu dibuat dengan melihat fenomena yang sama dengan maksimum perbezaan dimensi atau perspektif.

Penyelidik biasanya akan membuat pemerhatian kepada beberapa orang yang memberikan maklumat dengan mengkategorikannya mengikut fokus kajian. Kemudiannya membuat kelompok terhadap isi teks (transkripsi) yang digunakan. Manakala untuk meninggikan darjah kesahan konstruk, penyelidik akan membuat pemerhatian sebanyak lima hingga enam kali bagi setiap seorang pemberi maklumat selama beberapa hari. Data-data yang diperoleh melalui pemerhatian (bagi pengajaran guru di kelas ) akan diproses dengan menggunakan teknik segmen-segmen pengajaran.

Kesahan kriteria boleh diperoleh dalam pemerhati turut serta (participant observation), penyelidik perlu membuat semakan terhadap maklumat-maklumat yang dikumpulkan sama ada data tersebut penuh atau data tidak penuh. Oleh sebab proses pemerhatian pengajaran informan dibuat sebanyak lima hingga enam kali dengan selang masa dan hari yang berlainan, maka seseorang penyelidik bolehlah berpendapat bahawa data-data yang dikehendaki telah mencukupi. Tujuan penyelidik membuat kesahan instrumen adalahbagi menjamin keesahan item-item (instrumen) agar bersifat ; i. Defensibility (dapat dipertahankan hasil kajiannya tepat dan berguna) ii. Accuracy (ketepatan menjawab persoalan kajian) iii. Appropriatetness (kesesuaian relevan dengan tujuan kajian iv. Meaningfulness (bererti memberi makna terhadap data melalui skor) dan v. Usefulness (kebolehgunaanmampumembuat keputusan berhubung dengan apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian ).

2. Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik (Kuantitatif)

Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item . Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama atau hampir sama. Mengikut Campbell dan Fiske (1959), reliabiliti diertikan sebagai; persetujuan antara dua usaha untuk

mengukur sifat (trait) yang sama secara maksimum melalui kaedah yang sama. Konsep pengukuran reliabiliti dalam kaedah kuantitatif khasnya penggunaan soal selidik direka untuk menguji kelompok soal selidik melalui kajian rintis (pilot test) yang bererti; satu ujian skala kecil (small-scale testing). Kajian rintis juga berupa permulaan percubaan (preliminary trial) sebelum item-item daripada ujian sebenar dikenakan pada sampel sebenar.

Tujuan kajian rintis dibuat adalah untuk mendapatkan ketelusan data daripada ujian percubaan melalui kumpulan kecil individu. Tujuan lain adalah untuk menilai ketekalan (reliability) item daripada aspek; aras item, objektif item, kefahaman item, kebolehgunaan item dan arahan item itu sendiri. Jumlah sampel atau responden yang digunakan dalam kajian rintis biasanya tidak kurang daripada 20 orang sampel. Instrumen yang baik adalah instrumen yang dibina sendiri oleh penyelidik bagi maksud pengumpulan data dalam sesuatu kajian. Dengan itu, seseorang penyelidik tidak begitu digalakan untuk mengambil sebarang contoh, bentuk dan jenis soal selidik yang sedia ada atau yang dikeluarkan oleh agensi atau bank item daripada sources of test information bagi penyelidikan pendidikan atau daripada pihak pengeluar dan pembekal soal selidik seperti; Mental Measurements Year books (MMY).

Oleh yang demikian satu instrumen yang berkualiti tinggi perlu dibangunkan supaya kita boleh mendapat maklumat yang tepat dalam sesebuah kajian. Instrumen ini perlu bebas daripada bias jantina dan bias kategori sekolah supaya ia boleh digunakan secara lebih praktikal dan menyeluruh untuk pelajar-pelajar di Malaysia. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang lebik baik dan berkualiti.

ebolehpercayaan Instrumen Temu bual dan Pemerhatian (Kualitatif) Setiap penyelidikan memerlukan kesahan dan kebolehpercayaan. Ia dijelaskan dalam bab 3, metodologi kajian. Hari ini nak cuba edit proposal bab 3..sebelum edit, saya perlu ulangkaji dulu nota metodologi kajian...terutama nota kebolehpercayaan sesuatu intrumen. Kajian saya melibatkan gabungan kuantitatif dan kualitatif, manakala instrumen yang saya pilih adalah temu bual dan pemerhatian bagi kualitatif. So..post kali ini saya nak kongsikan perihal reliability Intrumen Temu bual dan Pemerhatian..

Kebolehpercayaan Instrumen Temu bual (Kajian Kualitatif)

Kebolehpercayaan terhadap data-data yang dipungut daripada temu bual dibuat melalui rujuk silang secara sistematik terhadap maklumat yang disediakan oleh informan pada barisan yang sama. Kebolehpercayaan dicapai apabila maklumat yang sama diulang beberapa kali dalam satu barisan daripada seorang informan. Penyelidik boleh menggunakan teknik ini semasa proses pengkodan data melalui transkripsi temu bual

Satu lagi cara bagi mendapatkan darjah kebolehpercayaan dalam temu bual ialah, melalui pengulangan temu bual (re-interviewing atau repeated interviews) informan yang sama dalam sampel atau reinterview terhadap sub sampel yang kecil yang menjadi informan. Darjah kebolehpercayaan akan mencapai tahap tertinggi apabila sampel diambil secara probability (random) dan dipilih dari kawasankawasan yang berbeza. Sesi pengulangan temu bual dibuat dengan menanyakan soalan-soalan yang amat dikehendaki sahaja dan bukan mengulang semua soalan temu bual yang lepas42. Adalah dicadangkan agar seseorang penyelidik membuat pengulangan temu bual di zon-zon lokasi kajian yang berbeza-beza.

Kebolehpercayaan Instrumen Pemerhatian (Kajian Kualitatif) kebolehpercayaan bagi teknik pengumpulan data melalui pemerhatian dilihat daripada cara dan proses pemerhatian dilakukan. Jika penyelidik membuat pemerhatian langsung maka ia boleh menambah nilai kebolehpercayaan maklumat-maklumat pemerhatian.

Satu lagi cara untuk mengukur kebolehpercayaan pemerhatian ialah melalui dua teknik berikut:

i. Tandem interview iaitu pengulangan pemerhatian (re-observation) dengan selang masa yang singkat (1 minggu) terhadap informan yang sama iaitu pemerhatian dibuat secara pertentangan peristiwa dengan item yang sama.

ii. Melakukan kedua-dua jenis pemerhatian; pemerhatian berstruktur (variabel ditentukan terlebih dahulu) dan pemerhatian turut serta (participant observation).

Terdapat 6 cara pemerhatian yang dicadangkan:

i. Structured observation : jika sampel diberi sesuatu dan ditempatkan di sebuah bilik, penyelididk pula menggunakan senarai semak item.

ii. Unstructured observation : memerhatikan sampel di satu tempat

iii. Semi-structured observation : jika penyelidik menggunakan senarai semak untuk membuat rating tingkahlaku sampel, ia sesuai dijalankan di satu tempat tertutup

iv. Participant observation : penyelidik turut serta melakukan aktiviti bersama-sama sampel.

v. Direct observation : penyelidik memerhatikan secara langsung sampel.

vi. Indirect observation : penyelidik memerhatikan dari jauh tanpa disedari oleh sampel.

Kebolehpercayaan dapatan kajian kualitatif juga akan dicapai apabila kedua-dua intensive interview (soalan temu bual disediakan terlebih dahulu) dan participant observation atau semi-structured observation (field notes) dibuat serentak dengan membuat perbandingan dapatan data melalui rating antara dua independent observers. Darjah kebolehpercayaan boleh ditingkatkan jika setiap perbandingan telah dibuat pada jarak masa sesuatu sesi sebelum dan selepas. Pada tahap ini, seseorang penyelidik hendaklah melakukan temu bual, diikuti dengan pemerhatian dan diakhiri dengan temu bual semula bagi melengkapkan data-data yang kurang jelas atau kurang lengkap.

Kebolehpercayaan data-data kualitatif boleh dibuat jika deskripsi (transkripsi) yang terhasil disemak oleh satu panel hakim yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang penyelidik bebas yang berwibawa. Sekurang-kurangnya 2/3 daripada data perlu disemak dan dipersetujui. Persetujuan yang dicapai antara panel hakim inilah yang akan menentukan kebolehpercayaan dapatan kajian, teknik ini diistilahkan sebagai discovery procedure.

Semoga maklumat ini bermanafaat buat para penyelidik..

Anda mungkin juga menyukai