Anda di halaman 1dari 3

Kelas Bimbingan Bahasa Cikgu Stevinc Ooi

LATIHAN TATABAHASA BM SPM


a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atu nama khas. i). ketupat - ketuat. ii) gegar - tegar. iii) seram - geram. (6 markah ) b) Klasifikasikan ayat-ayat di bawah mengikut jenisnya. i). Cis, berani kau menderhaka kepada sultan! ii). Tolong ambilkan saya buku itu. iii). Kereta yang baru dibeli oleh Pak Uda itu berwarna merah. iv). Di mana kamu membeli beg itu ? v). Sila masuk ke teratak buruk saya ini. vi). Setelah ditimpa kemalangan yang dahsyat itu barulah dia bertaubat dan mahu mengerjakan ibadah. ( 6 markah ) c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan keslahan-kesalahan itu dengan nenulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. i). Sambutan Hari Raya Aidil Adha di Taman Makmur dimeriahkan lagi dengan adanya majlis kurban iaitu penyembelihkan beberapa ekor lembu. ii). Pemulangan Karim ke kampong ditunggu-tunggu oleh ibunya yang sudah tua itu. iii). Semasa cuti sekolah yang baharu lalu kami melancung ke Pulau Tioman. (6 markah ) d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. i) Katijah menonton basikalnya yang pumcit itu ke kedai Encik Latif. ii). Apabila dahaga saya makan sebotol air yang membekalkan oleh ibu. iii). Proses pedalaman sungai itu di lakukan oleh Jabatan Parit dan Saliran. (6 markah) e) Bina ayat daripada peribahasa di bawah. i). Seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. ii). Sekali air bah sekali pantai berubah. iii). Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah. ( 6 markah ) f) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) perilaku (ii) prabayar (iii) poliklinik (iv) pancaindera (v) prokerajaan (vi) pascamerdeka [ 6 markah ] g) Tulis semula cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya. Cikgu Ani : Kenapa awak tak datang latihan bola jaring petang semalam? Sara : Sssaya... minta maaf cikgu. Saya ada hal penting di rumah. Cikgu Ani : Patutnya awak beritahu saya lebih awal. Taklah saya tertunggu-tunggu awak. Sara : Er...! Saya betul-betul dalam kecemasan.

Kelas Bimbingan Bahasa Cikgu Stevinc Ooi


Cikgu Ani : Sebenarnya apa yang berlaku, Sara? Sara : Mak saya tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dibawa ke hospital. [6 markah] h) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Novel itu mempamerkan tema permasalahan sosial di dalam kalangan remaja di ibu kota. ii. Guru menyapa perlakuan pelajarnya yang agak kurang sopan bila bercakap dengan orang yang lebih tua. iii. Bersesuaian dengan kedudukan kampung kami di kawasan lapangan padi, semua para petani mengusahakan sawah yang diwarisi turun-temurun. [ 6 markah ] i) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Darah merah manusia mengandungi pigmen hemoglobin iaitu molekul protin yang besar dan amat penting dalam penghidupan. ii. Kitar semula dapat menjimatkan kegunaan sumber semulajadi di samping menjamin kebersihan alam sekitar. iii. Sastrawan mendapat kepuasan dan keseronokkan jika buah fikiran mereka dihargai oleh masyarakat. [ 6 markah ] j) Baca ayat yang mengandungi peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa lain yang setara maksudnya dengan peribahasa tersebut. i. Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan seperti cincin dengan permata kerana kedua-duanya sama cantik dan sama padan. ii. Liza yang melupakan jasa ibu angkatnya Marina, tidak ubah seperti ulat lupa akan daun kerana dia sanggup mengikut ibu kandungnya berpindah ke luar negara. iii. Walaupun Tan Sri Johan telah dilantik menjadi Pengerusi Syarikat Daya Maju yang terkenal di Asia Tenggara, beliau masih mengamalkan sikap rendah diri dan senang bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. [ 6 markah ]

Jawaban Untuk Latihan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Kertas 2 Bahasa Melayu Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2009
Soalan 3a - Perkataan yang diuji perilaku -keadaan/sifat/cara prabayar -telah dibayar terlebih dahulu poliklinik -klinik/hospital tempat merawat pelbagai penyakit pancaindera -deria atau alat perasa yang lima prokerajaan -menyokong kerajaan pascamerdeka -selepas kemerdekaan Soalan 3b i. Cikgu menanyakan sebab Sara tidak datang ke latihan bola jaring yang diadakan pada petang semalamnya.

Kelas Bimbingan Bahasa Cikgu Stevinc Ooi


ii. Dengan tergagap-gagap Sara meminta maaf daripada gurunya dan menjelaskan bahawa dia mempunyai urusan penting di rumahnya. iii. Cikgu Ani menyatakan bahawa Sara sepatutnya memaklumkannya terlebih dahulu supaya dia tidak tertunggu-tunggu akan kedatangan Sara. iv. Dengan perasaan bersalah, Sara memberitahu Cikgu Ani bahawa dia memang berada dalam kecemasan. v. Cikgu Ani menanyakan sebab sebenar perkara yang berlaku kepada Sara. vi. Sara menerangkan bahawa ibunya telah jatuh sakit secara tiba-tiba dan terpaksa dibawa ke hospital. Soalan 3c. i. protin - protein penghidupan - kehidupan ii. kegunaan - penggunaan semulajadi - semula jadi iii.Sastrawan - Sasterawan keseronokkan - keseronokan Soalan 3d i. mempamerkan - memaparkan/menggarapkan/ mengetengahkan/mengemukakan di dalam kalangan - dalam kalangan ii. menyapa - menegur bila - apabila iii.lapangan - jelapang/sawah/penanaman semua para - semua/para Soalan 3e i. peribahasa lain yang setara - bagai pinang dibelah dua. ii. peribahasa lain yang setara - seperti kacang lupakan kulit. iii.peribahasa lain yang setara - ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya