Anda di halaman 1dari 12

Pengaruh Televisyen Ke Atas Remaja Malaysia

Abstrak

Artikel ini melihat kesan yang dibawa oleh media massa terutamanya

televisyen ke atas remaja. Penghujahan tentang isu-isu sosial remaja di

negara ini mempunyai kaitan dengan isu identiti budaya dan pengaruh

industri media. Umum mengetahui bahwa perkembangan psikologi remaja

membuatkan mereka tidak bijak dalam membuat pilihan. Kerap kali

pilihan dan keputusan yang dibuat oleh remaja adalah berdasarkan faktor

keseronokan dan mengikut trend dan rakan sebaya. Disebabkan itu remaja

mudah terpengaruh dengan isi kandungan yang dibawakan oleh

televisyen. Untuk memahami pengaruh media dalam pembentukan identiti

budaya remaja, program media perlu dilihat bukan sahaja sebagai satu

komoditi komersial tetapi juga sebagai satu komoditi budaya. Berfungsi

sebagai komoditi budaya, bererti lebih luas lagi peranan yang dimainkan

dan impaknya terhadap remaja juga semakin kuat. Semakin kuat impaknya

terhadap remaja, maka jelaslah remaja itu sendiri perlu lebih bijak dan

waspada dalam memastikan impak buruk itu tidak terkena kepada diri

mereka.

1
Pengaruh Televisyen Ke Atas Remaja

Penontonan televisyen secara umum boleh dikaitkan dengan usaha mengumpul

maklumat. Selain itu, aktiviti ini juga boleh memberi kesan kepada kehidupan individu

dan kelompok manusia dalam masyarakat. Ini kerana, kandungan mesej yang dipaparkan

boleh wujud dalam pelbagai dimensi. Maklumat yang boleh digunakan untuk

pengetahuan mampu membina sahsiah dan siasah manusia. Walau bagaimanapun

television sebenarnya turut menyampaikan mesej dalam genre hiburan yang boleh

memberi kesan yang negatif. Pingree et. al (1991) menyatakan bahawa secara tersirat

penonton yang menonton television secara berterusan berpotensi mendapat kesan

kognitif, afektif dan tingkahlaku yang berbeza dengan mereka yang menonton television

dalam masa yang dipecah-pecahkan (tidak berterusan).

Pengaruh Televisyen

Tidak dapat dinafikan, penciptaan televisyen nyata banyak mempengaruhi kehidupan

seharian manusia. Marican dan Mohamed (1995) menyatakan bahawa pengaruh media

massa ke atas gejala sosial remaja sememangnya ketara, maksud media massa di sini

adalah surat khabar, majalah, radio, televisyen dan tayangan video. Majalah-majalah

barat memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pronografi, dan budaya hidup

yang tidak sihat seperti “black metal”, “punk”, dan sebagainya. Kesemua ini telah

menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja. Kebudayaan Barat

kini melimpah-ruah di Malaysia melalui media baru dan lama. Tidak dinafikan tamadun

2
negara ini diancam oleh imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri televisyen Amerika

mengetengahkan gaya ikutan (role model) yang menjadi ikutan rakyat negara ini

terutama remaja dan belia. Jika rakyat Amerika menukar tabiat mereka, kita

meneladaninya. Produk Amerika memberi gambaran kepada corak hidup yang diidam-

idamkan oleh pengguna di negara membangun. Media Barat cuba membentuk pemikiran

rakyat dan cita rasa untuk mendapatkan apa yang digambarkannya sebagai produk global

yang meliputi siaran media atau hiburan serta makanan segera seperti burger, pizza,

pakaian selain gaya hidup.

Fornas (1995) menyatakan bahawa kajian tentang remaja telah bermula sejak

1904 oleh Stanley Hall’s On Adolescence. Banyak kajian telah dijalankan tentang budaya

di kalangan remaja dari pelbagai aspek. Kazuto Kojima (1986) dalam tulisannya Youth

and Television in Contemporary Japan – Analytical Framework, Background and

Characteristic pula menyatakan bahawa hubungan antara remaja dan televisyen adalah

satu subjek yang penting dalam kajian masyarakat kotemporari.

Remaja merupakan satu fasa perkembangan fizikal dan psikologi yang berlaku

kepada semua manusia dalam rentetan kehidupan. Remaja juga merupakan satu kategori

sosial, yang diperlihatkan dengan institutsi social tertentu bermula dengan zaman kanak-

kanak dan berakhir apabila tubuh badan telah berhenti perkembangannya (Fornas, 1995).

Ketika peringkat inilah perasaan ingin mencuba dan ingin merasa sesuatu datang

membuak-buak. Antaranya ialah meniru dan mencuba apa yang ditayangkan di televisyen

terutamanya perkara-perkara yang mendatangkan keseronokan. Perasaan ini tidak salah,

3
namun remaja perlu bijak menapis perkara yang ditiru, sama ada mendatangkan kesan

yang positif atau negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya.

Gerbner dalam Television’s Global marketing Strategy Creates a Damaging and

Alienated Window on the World (WWW 1) memperkatakan tentang kekuatan pengaruh

televisyen yang digelar sebagai satu mitologi, mempunyai hubungan organik yang kuat,

diulangi setiap hari dan dari itu temanya mempengaruhi konsepsi realiti melalui kesan

penyuburan (cultivation effect). Gerbner melihat kewujudan televisyen sebagai satu

masalah kerana ia berbentuk komersil dan berbentuk massa (WWW 2).

Pandangan Gerbner ini harus diambil kira, memandangkan beliau merupakan

sarjana terawal yang mengkaji kesan media terhadap khalayak. Tambahan pula, beliau

merupakan pengasas Teori Penyuburan (Cultivation Theory) yang membuka banyak

ruang kajian kepada sarjana lain untuk mengkaji kesan pendedahan media kepada

khalayak.

Sebald (1997) menyatakan bahawa media massa moden mempunyai kuasa

mensosialisasi golongan muda. Antara media massa ini, televisyen mempunyai pengaruh

yang paling besar. Kajian longitudinal terhadap remaja (Gebner et. al., 1980; Morgan,

1987; Morgan et. al., 1990) menunjukkan bahawa televisyen mempunyai pengaruh bebas

terhadap sikap bergantung kepada masa menonton (Gerbner, 1998). Hasil kajian ini

menunjukkan kepada kita bahwa kesan media bukanlah kecil dalam kehidupan seharian.

Memahami keadaan ini perlulah membuatkan kita lebih bersiap siaga dalam mendepani

4
cabaran mendatang untuk memimpin golongan muda agar lebih terpimpin dari segi sikap

dan akhlak.

Selain itu, Liebes dan Curan, 1998 (dalam Samsudin, 2001) menyatakan bahawa

media bukan sahaja dianggap sebagai satu ruang untuk mengedarkan maklumat agar

individu lebih berinformasi tetapi juga dianggap sebagai satu ruang budaya yang watak

dan peristiwanya digarap sedemikian rupa yang akhirnya akan mencorakkan identiti

budaya sesebuah masyarakat. Maksudnya, kita akan terdedah kepada proses integrasi dan

disintegrasi budaya luar yang menyerap dan diterima dalam budaya kita di samping itu ia

juga mengdisintegrasikan budaya yang sedia ada melalui media. Hakikat ini boleh

mengakibatkan budaya yang sedia ada dibayangi oleh budaya baru yang

mengintegrasikan ciri-ciri budaya luar. Kesan inilah yang paling kritikal jika tidak

dikawal dengan sebaiknya. Budaya barat misalnya dengan mudah meresapi budaya timur

melalui media yang dilihat indah oleh golongan muda. Dalam hal ini, peranan institusi

keluarga dan institusi pendidikan amat penting untuk menyedarkan golongan muda yang

mudah tertipu dengan keindahan budaya luar yang merosakkan andainya dibiar menular

dalam jiwa remaja.

Kajian Kesan Media

Beberapa kajian mengenai kesan media berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial

menyediakan bukti bahawa wujudnya hubungan antara isi kandungan televisyen dengan

sikap kesan daripada pendedahan yang berlaku. Kajian-kajian ini telah melihat kesan

5
penontonan televisyen terhadap skap, nilai, personaliti dan persepsi (Samsudin & Latifah,

2000). Teori-teori selanjutnya terhadap kesan dan penggunaan media menunjukkan

bahawa golongan muda bukan pengguna yang pasif tetapi tergolong dalam kategori

pengguna yang aktif. Mesej-mesej dan imej yang dipaparkan melalui televisyen tidak

diikut secara membuta tuli, tetapi melibatkan proses intepretasi, penilaian kritikan dan

pemilihan yang aktif (Samsudin & Latifah, 2000). Tambahan lagi, faktor-faktor seperti

jantina, perkembangan kognitif, ciri-ciri personaliti dan umur menyumbang, mengurang

atau meningkatkan kesan televisyen terhadap golongan muda (Gaunter 1985). Kajian-

kajian luar negara dan tempatan yang dinyatakan ini merupakan bukti bahawa

pendedahan media yang banyak boleh mempengaruhi remaja. Dengan keupayaan media

menyediakan maklumat dan boleh berfungsi sebagai agen pembelajaran di samping

pendedahannya yang terbukti boleh mempengaruhi remaja, pastinya media berupaya

membantu remaja dalam proses menimba ilmu seluruhnya. Namun, jika sebaliknya yang

berlaku, remajalah golongan yang paling mudah menyerap budaya luar yang ditonjol

melalui media.

Melalui Analisis Penyuburan yang melihat kepada susunan persepsi budaya dan

kepercayaan yang dipaparkan dalam media massa (terutama televisyen), ia dilihat mampu

menyediakan rangka kerja yang baik dalam melihat kesan pendedahan media terhadap

orientasi nilai di kalangan remaja. Asas kajian ini menyatakan bahawa jumlah

penontonan televisyen yang tinggi akan menyebabkan persepsi dan kepercayaan yang

dipengaruhi oleh imej dan mesej yang dibawa oleh televisyen (Samsudin & Latifah,

2000). Hasil kajian ini menguatkan lagi hujah yang dibentangkan.

6
Identiti Budaya Remaja Melayu

Dewasa ini senario yang dapat dilihat daripada sudut budaya remaja Melayu ialah

perubahan yang agak ketara dalam konteks norma hubungan antara remaja berlainan

jantina. Suatu ketika dahulu, masyarakat Melayu tradisi mengamalkan pemisahan

hubungan mengikut jantina dari segi prinsip dan praktikal khusus untuk memperlihat

identiti adat dan tatasusila. Hubungan remaja dalam konteks moden dipengaruhi oleh

pengenalan sistem pendidikan sekular yang mengamalkan orientasi pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas campuran antara lelaki dan perempuan (Samsudin, 1998).

Keadaan ini mengubah landskap pemikiran dan pola sosialisasi remaja Melayu yang

merupakan aktor dalam sistem ini.

Manual Latihan Fasilitator Prostar (2001) melaporkan 4.6% daripada seramai

1,900 pelajar sekolah menengah di Kuala Lumpur yang berumur antara 16 hingga 18

tahun telah berpengalaman melakukan hubungan seks. Kajian Remaja dan AIDS pada

tahun 1996 yang membabitkan 4,347 remaja berusia antara 13 hingga 25 tahun pula

mendapati 6% daripada sampel pernah terlibat dengan seks bebas. Angka ini pastinya

telah berganda pada tahun 2006 dan pastinya terus meningkat sekiranya tidak dibendung

secara bersama dari sekarang. Penjelasan kepada keadaan ini antara lain ialah

pendedahan media asing yang berleluasa kepada remaja. Kekangan ilmu agama dan

amalan menjadikan pengaruh ini lebih kuat daripada yang dijangkakan dan menjadikan

agama, budaya tradisi dan norma yang disanjung kian dilupakan.

7
Sikap-sikap negatif seperti salah laku, rogol, buli, serangan, pelacuran remaja dan

peras ugut adalah antara sikap yang dipelajari daripada televisyen. Siri-siri seperti

detektif, peguam dan orang tahanan yang lari dari penjara, meninggalkan kesan ke atas

remaja dan kanak-kanak, khususnya kepada mereka yang mengalami masalah psikologi.

Kini didapati ramai penduduk negara ini khususnya di Lembah Klang yang memiliki

lebih daripada dua peti televisyen di rumah mereka dan ini membolehkan remaja

menonton televisyen tanpa dikawal ibu bapa. Bagaimanapun televisyen bukanlah faktor

tunggal ke arah keruntuhan moral kerana persekitaran dan keadaan turut menyumbang

kepada gejala itu.

Penyakit sosial sebenarnya sudah lama bertapak di negara kita. Ia disebabkan oleh

banyak faktor, antaranya adalah suasana persekitaran yang berubah secara mendadak

terutamanya dengan pengaruh media massa dan elektronik yang saban hari memaparkan

tentang eksploitasi terhadap wanita dan kebebasan remaja yang keterlaluan yang banyak

mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang baru meningkat remaja. Dengan

kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin mencuba,

desakan atau pengaruh dari rakan sebaya ini semua sebab terjadinya masalah sosial yang

kian sukar dibendung lagi

Menurut Ismail (1999), isu agama dan budaya menjadi penting kerana sejak

kebelakangan ini terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa berlakunya hakisan

terhadap nilai-nilai budaya agama dan budaya positif orang Melayu. Akibatnya,

8
terserlahlah kekaburan persepsi masyarakat terhadap nilai agama dan budaya yang

selama ini telah berjaya membentuk pandangan dan tindakan serta cara hidup yang baik

dan membangun. Cara hidup orang Melayu pada asalnya adalah berteraskan sifat

budiman, penyayang, lemah-lembut dalam pertuturan dan hubungan dengan orang lain,

tidak tamak dan gelojoh. Namun, apa yang berlaku hari ini adalah ahli masyarakat amnya

dan kumpulan remaja khususnya dilihat semakin terbuka dalam segala aspek kehidupan

yang tidak lagi mencerminkan nilai tradisi Melayu. Antara yang ketara ialah

perbincangan tajuk-tajuk tabu secara terbuka sesama ahli kumpulan. Misalnya

perbincangan berkaitan seks dan peranan ahli keluarga yang berbeza jantina. Ini sekaligus

menunjukkan bahawa sifat malu turut mula terhakis dikalangan kumpulan remaja Melayu

hari ini. Namun, jika perbincangan adalah untuk tujuan akademik ia boleh diterima, tetapi

tidak bagi perbincangan terbuka yang tidak mempunyai tujuan berfaedah melainkan

untuk keseronokan.

Penghujahan tentang isu-isu sosial remaja di negara ini sebenarnya mempunyai

kaitan dengan isu identiti budaya dan pengaruh industri media. Samsudin (1998)

menjelaskan bahawa untuk memahami pengaruh media dalam pembentukan identiti

budaya remaja, program media perlu dilihat bukan sahaja sebagai satu komoditi

komersial tetapi juga sebagai satu komoditi budaya. Berfungsi sebagai komoditi budaya,

bererti lebih luas lagi peranan yang dimainkan dan impaknya terhadap remaja juga

semakin kuat. Semakin kuat impaknya terhadap remaja, maka jelaslah remaja itu sendiri

perlu lebih bijak dan waspada dalam memastikan impak buruk itu tidak terus merosakkan

hidup yang sekali ini.

9
Penutup

Bagi pengamal media, mereka mengutamakan keuntungan daripada rencangan

televisyen yang disiarkan, bukannya kesan rancangan itu ke atas para penonton. Kini

kawalan dan nilai yang dibawa oleh media terletak di tangan pengamal media yang terdiri

daripada golongan usahawan yang matlamat utamanya adalah untuk mendapat

keuntungan.

Liechty (1995) melihat identiti remaja sebagai boleh didapati dan boleh berubah

bergantung kepada sejauh mana individu itu mempunyai kuasa dalam sesebuah konteks

sosial. Identiti boleh jadi sesuatu yang wujud atau diimaginasikan, manakala beberapa

identiti lain boleh didapati melalui kehidupan seharian. Terdapat juga beberapa identiti

yang tidak mungkin dapat direalisasikan tetapi wujud dalam imaginasi sebagai sesuatu

yang diingini. Pembentukkan identiti merupakan satu proses yang berlaku selagi subjek

(manusia) bergerak menerusi ruang masa. Penjelasan ini memberi peluang kepada kita

menyedari hakikat bahawa kuasa menentukan identiti itu ada pada tangan kita.

Dalam konteks kesan media kepada remaja, penekanan harus diberikan kepada remaja

untuk sentiasa memandang ke hadapan dan menyedari bahawa peluang memperbetulkan

keadaan sentiasa terbuka. Satu-satunya cara untuk menangkis atau melawan pengaruh

televisyen ialah menggunakan kewarasan dan kewajaran pemikiran sendiri dalam menilai

penerapan budaya asing. Kita berupaya mempertahankan kedaulatan negara ini daripada

10
dominasi budaya Barat melalui media berasaskan sistem nilai kita sendiri yang perlu kita

pupuk bersama.

Jika kesan buruk kehadiran media massa pernah dirasai dalam hidup sehingga

menyebabkan hilangnya identiti sebagai remaja beragama dan penuh sifat jatidiri dan

patriotisme, perubahan masih boleh dilakukan untuk mengembalikan kegemilangan

identiti remaja Melayu yang utuh dan disegani.

11
Bibliografi

Fornas, J. 1995. “Youth, culture and modernity”. In. Fornas, J & Bolin C. Youth culture
in late modernity. London: Sage Publications. pp. 1 – 11.

Gerbner, G. 1998. Cultivation analysis: an overview. Mass Communication and Society,


13. (4) pp. 175 – 194.

Ismail Ibrahim. 1999. Kongress dan kemelut pemikiran Melayu”.


http://www.ikim.gov.my/ar00-um4.html

Kojima, K. 1986. “Youth and Television in Contemporary Japan – Analytical Framework.


Background and Characteristic”. Gazette. 37. pp. 87 – 102

Marican, S. & Mahmood Nazar Mohamed. 1995. “Pencemaran budaya remaja: siapakah
yang bertanggungjawab”. Jurnal Kebajukan. 17. (1).

Pingree, S. Hawkins, R.P. Smaragdi, U.J. Rosengreen, K.A. & Reynolds, N. 1991.
Television structures and adolescent viewing patterns: A sweedish-american
comparison. European Journal of Communications, 6. pp. 417 – 440

Sebald, H. 1997. Adolescence: A Social Psychological Analysis. New Jersey: Prentice


Hall.

Samsudin A. Rahim.1998. “Pembangunan, ketembusan media dan identity budaya


remaja”. Monograf 6, Jabatan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Samsudin A. Rahim & Latifah Pawanteh. 2000. Media penetration and cultural
consequences on adolescents in Malaysia. Jurnal Komunikasi. 16. pp 51 – 70.

Samsudin A. Rahim. 2001. “Kandungan tempatan takrifan dan penjelasan ke arah


memenuhi hasrat negara”.
http://www.geocities.com/bengkelkandungan/takrifdrsamsudin.htm

WWW 1 – http://www.contex.org/CLIB/C38/Gerbner.htm Gerbnet, G. “Television’s


global strategy marketing creates a damaging and alienated window on the
world”.

WWW 2 – http://www.unc.edu/courses/2000fall/jomc245001/alvanitakis_critidue_2.html

12