Anda di halaman 1dari 4

Pengajaran Bertema

Pendekatan pengajaran bertema (Jabatan Pendidikan Khas 2005) digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas. Pemilihan topik atau tema mestilah bersesuaian dengan persekitaran murid. Pendekatan pengajaran bertema melibatkan perkara-perkara berikut: penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran pemilihan tajuk berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang diperoleh secara tersusun dan sistematik peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran pemeringkatan daripada yang mudah kepada yang sukar dan umum kepada yang lebih spesifik

Pemilihan tema pula perlu mengambil kira perkara-perkara di bawah: kesesuaian dengan kehidupan murid peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid seperti kemahiran asas mendengar, membaca, menulis, mengira, penggunaan komputer dan lain-lain. kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat membantu murid mendapat kemahiran penyelesaian masalah sumber yang mudah didapati mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan pengukuhan serta meningkatkan pengetahuan murid

Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema: sumbang saran berdasarkan topik oleh murid kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mempercayai isi kandungan dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna mencipta peta minda untuk tema merancang dan menggalakkan kemahiran berfikir iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana yang kondusif dan berkaitan dengan tema

Kelebihan Pendekatan Bertema Kelebihan pendekatan bertema kepada pelajar adalah sebagai wahana untuk menggabungjalinkan pengetahuan atau kemahiran daripada beberapa komponen yang berlainan sebagai contoh mata pelajaran pendidikan islam digabungkan dengan subjek sainsdan matematik,ini menimbulkan minat pelajar untuk meneroka subjek ini.Kelebihan pendekatan bertema ini mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui keadaan ini pelajar lebih berminat dan lebihfaham tentang pelajaran seperti contoh pengajaran sains bertajuk bahagian bahagian pokok,dimana guru telah menggabungkan unsur muzik untuk menggambarkan pergerakan pokok,unsure keagamaan iaitu kecintaan memelihara pokok.Seterusnya untuk menyemaidaya imaginasi melalui penerokaaan seperti contoh pelajaran sains ,pelajar berimaginasitentang alam angkasa,membawa kapal dan sebagainya.Memudahkan kefahaman dankejelasan kepada pelajar tentang alam angkasa.Ini lebih kepada tema persekitaran.Dengan pelbagai pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam pengajaran,pelajar dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu mereka.Aktiviti yang dijalankan dapat memberanikan pelajar untuk menonjolkan diri dan kebolehan diri.Pendekatan yang dijalankan dapat membentuk pelajar menghadapi cabaran yang ada dalam pengajaran dan diaplikasikan dalam kehidupanmereka. Banyak kelebihan yang diperolehi daripada kaedah pendekatan bertema ini dimana pelajar dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan mereka.Mereka tahu untuk memilih dan memikirkan cara untuk membuat keputusan yang diambil.Dengankelebihan pendekatan yang dipilih pelajar dapat mengubah diri mereka dari kurang berinteraksi kepada lebih peramah,tahu menggunakan kelebihan diri mereka dalam berkomunikasi dan perhubungan antara sesame mereka dan masyarakat. Dengan ini mereka boleh memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal mereka.Ini merupakan penggunaan tema komunikasi dan kemasyarakatan.Setiap insane adalah penting dalamkehidupan dan persekitaran pelajar.Setiap insane juga memainkan peranan untuk mewujukan pelbagai lapisan masyarakat seperti pemungut sampah berperanan untuk memungutsampah,tukang kebun menjaga taman bunga,pengawal keselamatan untuk menjagakeselamatan tempat yang dikawal,tukang masak untuk memasak,pemandu bas membawakanak-kanak kesekolah. Segala konsep dan pendekatan yang dijalankan dapat menyemai nilai empati,harmonidan pemahaman sesama insan yang pelbagai budaya.Dengan kelebihan ini,pelajar dapatmemahami diri dan kebolehan yang diberi untuk membangunkan pembelajaran menyeluruhyang menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran pendekatan bertema ini berfokuskan guru dan murid kerana dapat memberi faedah kepada kedua-duanya seperti pelajar dapatmendalami topik yang disenaraikan.

Di samping itu pelajar dapat belajar melalui pengalamanyang dilalui sendiri.Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai.Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti,bahan pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat dipelbagaikan.Guru tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang barkaitan setiap kali marancang jadual aktiviti.Selain daripadamenambah pengetahuan kognitif pelajar pengajaran dan pembelajaran bertema ini jugamenggalakkan ciri-ciri kepimpinan,keyakinan diri, sikap saling membantu, bertolenrasidengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama dengan rakan sebaya. Memberi peluang pelajar bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan projek dan meningkatkan kesedaran sosialdan tanggung jawab sebagai ahli kumpulan. Cabaran dan Isu Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran,pelajar diberi peluang untuk meneroka,mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yangditerimapakai.Bagi mencapai hasil pembelajaran , kecekapan guru di dalam pelbagai bidangmata pelajaran amat diperlukan.Ini memberi cabaran kepada kerajaan dan sekolah.Seterusnyadalam menghadapi cabaran dan isu mengenai pendekatan bertema,cabarannya untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan mengalami kesukaran dalam aktiviti kerana pengetahuan dan kemahiran pelajar berbeza.Cabaran yang dihadapi oleh guru untuk merancang aktiviti pengajaran agak tercabar kerana hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza.Selain yang diterangkan sebentar tadi,ada beberapalagi cabaran dan isu dalam menjalankan pendekatan bertema antaranya lagi kesukaran guruuntuk menilai skop pemahaman yang luas kerana skop pendekatan bertema terlalu luasmerangkumi tema persekitaran,komunikasi dan masyarakat.Ini menyebabkan guru perlu merancang dan membuat persediaan yang sempurna untuk mengadakan aktiviti ini sesuaidengan kebolehan dan tempat mengajar. Kesukaran untuk membuat penilaian keranakebolehan yang berbeza ini juga merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh guru.Dimanakebolehan setiap pelajar berbeza bergantung kepada suasana pembelajaran,tempat,kemudahan dan sebagainya.Dalam pendekatan bertema, pengajaran gabung jalin adalah salah satu unsur utamayang ditekankan bagi meningkatkan perkembangan pelajar secara menyeluruh,ini cabaranseterusnya. Guru juga perlu berpegang kepada falsafah dan tujuan pendidikan memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengalaman melalui proses pembelajaran. Oleh itu, mereka perlu diberi pendedahan daripada pelbagai aspek diri dan persekitaran. Pendekatan bertema juga adalah bermatlamat menambah pengetahuan pelajar dalam menanganikehidupan masa kini dan akan datang. Satu unit tema kecil dapat meliputi pengetahuankonsep yang berkait dengan aspek estetika,kemahiran afektif, kognitif, bahasa, fizikal, dansosial.Menghubungkait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran, proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai

mata pelajaran adalah cabaran yang agak sedikit sukar untuk guru. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan danantara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat pengajaran.Menghubungkait kemahiran dalam berbagai mata pelajaran,dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kaitsesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar.Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini.Motivasi untuk membentuk pelajar disinilahcabaran sebenar dalam pendekatan ini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segalaaktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan dirisecara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dankelemahan diri sendiri. Peringkat terakhir yang perlu dihadapi oleh guru dalam pendekatan iniiaitu merancang pengukuhan. Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsangminda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapatmembentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkanaktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.

Anda mungkin juga menyukai