Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH

KERTAS CADANGAN
PROGRAM SIMULASI PENGGUNAAN PERKHIDMATAN AWAM DI PUSAT BANDAR ALOR SETAR

NAMA

: MOHD SYAMIM BIN REDHUAN : KESAVA RAJ A/L N. NEELAMAGAN

KUMPULAN AMBILAN SEKOLAH NERANG,

: PISMP PK(BM)/PS/PJ (3) : JANUARI 2010 : SEKOLAH KEBANGSAAN KURONG HITAM, 06300 KUALA KEDAH

MATAPELAJARAN : PENDIDIKAN KHAS

KERTAS CADANGAN PROGRAM SIMULASI PENGGUNAAN PERKHIDMATAN AWAM DI PUSAT BANDAR ALOR SETAR UNTUK MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN KURONG HITAM TAHUN 2013

ANJURAN GURU PENDIDIKAN KHAS SEK. KEB. KURONG HITAM 06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN

1.0

PENDAHULUAN Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Program Simulasi Penggunaan Perkhidmatan Awam merupakan satu program untuk membantu mendedahan murid pendidikan khas secara terus dalam mengunakan pengangkutan awam.

2.0

RASIONAL Program ini merupakan satu elemen yang penting bagi membentuk jati diri murid selaras dengan Dasar Pendidikan Negara. Menerusi aktiviti dalam program ini murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran akan mempelajari cara mengunakan pengangkutan awam, khususnya bas awam. Program ini dapat membantu murid membina keterampilan dalam mengurus kehidupan harian selaras dengan matlamat subjek Urus Diri yang dipelajari di dalam kelas. Program ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri individu dan menjadikan mereka lebih berdirikari pada masa hadapan.

3.0

OBJEKTIF. Melalui Program Simulasi Penggunaan Kenderaan Awam, murid-murid Pendidikan Khas dapat :

i. ii.

Membina jati diri untuk menjalani kehidupan secara berdikari. Mengetahui cara menunggu dan menaiki kenderaan awam (bas awam) untuk sampai ke destinasi yang ingin diingini.

iii.

Meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi masyarakat dan bergaul dengan orang awam.

iv. v.

Menggalakkan Komunikasi yang berkesan dengan masyarakat. Menambah pengalaman baru

vi. vii. viii. ix. x.

Menambah ilmu pengetahuan Bersikap jujur dalam menguruskan urusan jual beli mengunakan wang. Menggunakan jejantas dengan betul dan selamat Menggunakan lif dengan betul dan selamat Mematuhi peraturan lalu lintas di pusat bandar

4.0

MATLAMAT. Matlamat utama program ini ialah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid berkeperluan khas akan cara menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, seperti perkhidmatan bas awam, menggunakan lif, cara menaiki tangga elektronik,menggunakan kemudahan tandas awam dan sebagainya.

5.0

TARIKH DAN HARI Isnin (8 julai 2013)

6.0

TEMPAT Stesyen Bas Awam Kuala Nerang dan Sekitar Bandaraya Alor Setar.

7.0

PENGLIBATAN. Murid Guru PPM : 15 orang : 5 orang . : 1 orang.

8.0

TENTATIF PROGRAM

Hari/Tarikh.

Masa

Aktiviti.

Isnin, 8 Julai 2013.

7.450pagi

Bertolak dari sekolah ke stesen bas Kuala Nerang, menaiki kereta Guru.

8.00pagi

Sarapan pagi di Kuala Nerang

8.30 pagi

Taklimat kepada murid sebelum menaiki bas Menaiki bas awam Mara Liner ke Bandaraya Alor Setar. Taklimat aktiviti kepada murid di perkarangan Pekan Rabu. Menjalankan aktiviti keselamatan jalan raya (menggunakan jejantas, lif,dan lamou isyarrat dengan betul dan selamat)

12.00 tgh

Makan tengah hari di Kompleks Medan Selera Alor Setar. Melawat Perpustakaan Awam Alor Setar.

1.15 petang.

Bertolak dari Pekan Rabu ke Kuala Nerang menaiki bas.Bergerak ke sekolah dari stesen bas Kuala Nerang.

2.10 petang (Tertakluk kepada pindaan)

Tiba di sekolah

9.0

ANGGARAN PERRBELANJAAN. Item Harga Jumlah

1. Makanan a) Sarapan pagi b) Makan Tengahari RM 3.00 x 21orang RM 6.00 x 21orang RM 63.00 RM 126.00

2.Tambang Bas (Tiket pergi &balik) a) Guru b) Murid JUMLAH KESELURUHAN RM 297.00 RM 8.00 x 6 orang RM 4.00 x 15 orang RM 48.00 RM 60.00

10.

PENUTUP Adalah diharapkan dengan mengikuti program simulasi penggunaaan perkhidmatan awam ini murid-murid pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Kurung Hitam, dapat menambah pengalaman dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.Pendedahan seperti ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri murid berkeperluan khas untuk berhadapan dengan situasi umum yang semakin mencabar.

Disediakan oleh:

Diluluskan / Tidak Diluluskan

.. ( Mohd Syamim Bin Redhuan) Guru Praktikum Sek. Keb. Kurung Hitam, 06300 Kuala Nerang, Kurong Hitam.