Anda di halaman 1dari 2

Pengerusi PJM 3112, PISMP Semester 5, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan.

Tel : 013-2727870

__________________________________________________________________ Kepada : Puan Darinda Binti Asari Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan IPG Kampus Raja Melewar, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Melalui Penyelaras PJM 3112, Encik Azulhaimi bin Ahmad, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, IPG Kampus Raja Melewar, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Puan,

Memohon Mengadakan Lawatan ke Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan Merujuk perkara di atas, saya sebagai Setiausaha PJM 3112 untuk PISMP Semester 5 ingin mendapatkan kelulusan daripada puan bagi mengadakan lawatan ke Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan untuk mendapatkan maklumat mengenai latihan atau pemilihan dan pembangunan bakat dalam Permainan Bola Sepak.

2.

Lawatan yang akan diadakan ini merupakan sebahagian daripada sukatan

pelajaran Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani, PJM 3112. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih mengenai pengurusan sukan dalam sesebuah organisasi. Seramai 99 orang dari 5 unit yang terlibat iaitu Unit Pendidikan Khas Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual, Bahasa Cina, Sains dan Matematik dengan bimbingan pensyarah Encik Azulhaimi bin Ahmad, Encik Latfi bin Latif dan Encik Syed Zulkarnain bin Syed Mahmud.

3.

Lawatan yang dirancang seperti ketetapan berikut :

Tarikh Masa Tempat

: 9 Mei 2012 (Rabu) : 9.00 pagi - 12.30 petang : Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan

4.

Semoga lawatan ini dapat diluluskan oleh puan dan segala kerjasama

didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

______________________ (ARIFIN BIN AMIR) Pengerusi PJM 3112, IPG Kampus Raja Melewar.

Disokong Oleh,

______________________ (ENCIK AZULHAIMI BIN AHMAD) Penyelaras PJM 3112, IPG Kampus Raja Melewar.