Anda di halaman 1dari 7

SUBTUGASAN 1.

BMM 3101

Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Matlamat dan Objektif

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara(FPN) merupakan pegangan pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna semua aktiviti pendidikandan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Justeru, setiap guru di Malaysiadiwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan merekamelalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada landasan yang betul. Intipatiutama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmanilebih penting daripada intelek atau sebaliknya.FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negaraMalaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK ketika menjalankan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ia memerlukan penghayatan, pemahaman dan keperihatinan guru untuk merealisasikan FPK.

Berdasarkan Huraian Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003, terdapat beberapa matlamat utama yang cuba dicapai dalam pelaksanaan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003, iaitu kurikulum Bahasa Melayu ini ditubuhkan bertujuan untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memperoleh ilmu, perhubungan social dan urusan harian. Bersesuaian dengan itu, didapati bahawa pembentukan matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2003 sangat dipengaruhi oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pendek kata, sukatan Bahasa Melayu ini dibentuk dengan mengambilkira matlamat daripada FPK yang mana terdapat saling perkaitan antara FPK dengan matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Terdapat 13 tuntutan atau hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kesemua tuntutan atau hasrat itu mempunyai perkaitan dengan Matlamat Pendidikan dan Objektif Pendidikan.

(1) Pendidikan Suatu Usaha Berterusan Dalam Islam, pendidikan seseorang bermula sejak menjatuhkan benih hingga seseorang itu tamat hayat usianya. Islam menuntut benih yang halal melalui hasil perkahwinan. Ibu yang hamil (juga bapa) dituntut berkelakuan sopan, membaca al-Quran dan bercakap-cakap dengan janin dalam kandungannya. Perbuatan itu dipercayai boleh

SUBTUGASAN 1.2

BMM 3101

mempengaruhi pembesaran janin. Setelah dilahirkan, kanak-kanak diasuh dengan didikan agama, budi perkerti, mengenal adab budaya bangsa hingga menerima pendidikan secara formal. Walaupun sudah tamat alam persekolahan, manusia masih dituntut untuk terus belajar, meningkatkan pengetahuan, kematangan dan kepakaran. Sebenarnya, proses pendidikan terus berlangsung dalam diri seseorang. Hal ini selaras dengan Matlamat pendidikan agar manusia terus menimba ilmu, dan Objektif Pendidikan ke V, iaitu menyemai budaya membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan.

(2) Perkembangan Potensi Individu secara Menyeluruh dan Bersepadu Dalam al-Quran Surah At-Tiin ayat 4 Allah berfirman yang bermaksud, Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya. Ayat ini merupakan pengakuan Allah bahawa setiap manusia telah dicipta dengan sempurna dan setiap individu mempunyai potensi untuk maju. Yang tinggal kini ialah usaha menggerakkan potensi individu dalam diri seseorang. Oleh sebab itu, Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi. Bahasa merupakan salah satu alat yang dapat menggerakkan potensi individu. Peguam menang bicara kerana kepetahan menggunakan bahasa. Demikian murid berjaya dalam peperiksaan kerana kemampuan menggunakan bahasa untuk menyampaikan maksud yang dikehendaki soalan. Menyedari potensi individu boleh dimajukan, maka sistem pendidikan di Malaysia memberi peluang secukup dan sama rata kepada semua individu untuk memajukan dirinya. Hal ini banyak ditegaskan sebagai Objektif Pendidikan misalnya, memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis; atau mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul. Sesetengah individu mempunyai bakat dan keupayaan untuk memajukan dirinya. Namun, bakat dan keupayaan itu tidak mampu digerakkan sendirian, melainkan perlu sokongan daripada individu-individu lain. Justeru, guru dan masyarakat perlu berganding bahu mencungkil, memupuk,

memperkembangkan dan mempertingkatkan bakat dan keupayaan individu seseorang. Walau bagaimanapun, terdapat juga individu yang tidak dapat dikembangkan potensi dirinya, sebagaimana maksud pantun di bawah. Berburu di padang datar, Dapat rusa berbelang kaki; Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi.

SUBTUGASAN 1.2

BMM 3101

Mengapakah hal ini terjadi? Dalam al-Quran Surah Asy-Syura ayat 30 Allah berfirman yang bermaksud, Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan. Ertinya, bunga kembang tak jadi bukan disebabkan sistem pendidikan atau guru, melainkan diri individu itu sendiri yang tersalah menjana pendidikan dirinya. (3)Insan yang Seimbang dan Harmonis Intelek Yang dimaksudkan seimbang dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah memberi tempat yang sewajar dan adil kepada semua keperluan pendidikan manusia khususnya dari segi pertumbuhan akal, perkembangan sahsiah secara sihat dan bersepadu. Harmonis pula ialah wujudnya keserasian antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal dengan pertumbuhan dan perkembangan rohani. Keserasian itu merupakan makanan intelek. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) insan yang seimbang dan harmonis dapat mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan teguh kepada Tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh badan, hidup bermasyarakat dan cergas. Hal ini sangat mempengaruhi pembentukan intelek. Antara ciri-ciri individu yang seimbang dan harmonis inteleknya ialah; 1. Sempurna kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira, 2. Sentiasa berusaha mencari, membaiki, meningkat, mengamal dan menyebarkan ilmu, 3. Sentiasa berfikir keatif dan kritis, dan mencerakinkan pemikirannya untuk

menghasilkan idea-idea bernas dan menjawab permasalahan masyarakat, 4. Berupaya memanfaatkan ilmu untuk kemajuan diri dan orang lain. (4) Insan yang Seimbang dan Harmonis Rohani Yang dimaksudkan rohani ialah merujuk pembentukan dan pembinaan watak dan kejatidirian manusia. Sebagai warga Malaysia, seharus sistem pendidikan melahirkan watak dan kejatidirian watak yang sesuai dengan agama, adat dan sosio budaya Malaysia, sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Ciri-ciri individu yang mempunyai rohani seimbang dan harmonis ialah; 1. Menyedari adanya Pencipta dan mempercayai-Nya, 2. Menyedari dan mengamalkan sikap bertanggungjawab kepada agama, diri, masyarakat, bangsa dan negara, 3. Menghargai dan mensyukuri anugerah Tuhan, pemberian negara, masyarakat dan keluarga, 4. Memumpuk dan membina disiplin diri, dan 5. Membentuk akhlak mulia dan tingkah laku sopan.

SUBTUGASAN 1.2 (5) Insan yang Seimbang dan Harmonis Emosi

BMM 3101

Seimbang dan harmonis emosi dapat menjana tingkah laku dan pemikiran sihat, matang dan bertolenrasi antara individu. Memang pendidikan mengasuh perasaan dan pemikiran sihat. Allah menegaskan dalam diri manusia ada seketul daging, jika sihat daging itu makan akan sihatlah pemiliknya. Yang dimaksudkan daging itu, dalam worlview Melayu ialah hati. Sebenarnya, daging itu merujuk juga kepada kalbu atau jiwa. Dalamnya terkumpul budi fikir dan budi rasa manusia. Ciri-ciri emosi yang seimbang dan harmonis ialah; 1. Berperasaan tenang dan tingkah laku terkawal, 2. Mempunyai rasa kasih sayang terhadap semua makhluk, 3. 4. 5. Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan dan menghormati orang lain, Menghargai dan menyayangi keindahan alam, Menghargai dan menghormati keindahan buatan manusia selagi ia tidak

bertentangan dengan agama dan adat budaya, dan 6. Selalu bersikap matang dan terbuka. (6) Insan yang Seimbang dan Harmonis Jasmani Keseimbangan dan keharmonian jasmani merujuk kesihatan tubuh badan. Walaupun merujuk tubuh badan, kesihatannya bukan bergantung pada penjagaan tubuh badan semata-mata, melainkan juga perlu penjagaan emosi. Hal ini kerana emosi juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Dalam ilmu perubatan Cina, tubuh badan yang sakit kerana tiada keseimbangan Yang dengan Ying dalam badan manusia. Demikian juga dalam sistem perubatan Melayu seperti pembomohan, Bageh, Main Puteri adalah berkenaan memulihkan ritual dalam diri manusia. Dalam hal ini, yang dikatakan jasmani yang seimbang dan harmoni ialah; 1. Sihat badan dan sihat emosi 2. Sentiasa melakukan riadah, yoga atau bermeditasi 3. Sentiasa sedar, mencungkil, mengembangkan dan memanfaatkan bakat dan keupayaan diri 4. Sentiasa amal sikap mencuba dan berdikari 5. Menggunakan bakat dan keupayaan diri untuk kesejahteraan diri dan masyarakat, dan 6. Berusaha meningkatkan daya pengeluaran.

SUBTUGASAN 1.2 (7) Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan

BMM 3101

Malaysia sebuah negara berkonsepkan teologi. Setiap warganya mempunyai kepercayaan masing-masing. Hal ini termaktub dalam Rukun Negara dan menjadi prinsip pertama. Malaysia percaya peranan agama sebagai pembentuk dan pembina watak manusia berharmonis. Manusia yang patuh dan percaya kepada Tuhan akan dipercayai menjadi tonggak kedamaian, keamanan dan keharmonian masyarakat. Ciri-ciri manusia yang percaya dan patuh kepada Tuhan ialah; 1. Mengakui dan percaya tentang wujudnya Tuhan, 2. Mengakui bahawa manusia dan alam tidak wujud dengan sendiri, 3. Mengakui bahawa segala tabii, kejadian dan fenomena alam ditetapkan oleh Tuhan, 4. Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab memakmurkan alam, 5. Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya,

6. Sentiasa berusaha memperkukuhkan amalan keagamaan, dan 7. Sentiasa berusaha melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. (8) Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan Pendidikan percuma dari tahun satu hingga tingkatan enam yang diberikan kepada setiap warganegara adalah bukti kesedaran kerajaan terhadap kepentingan ilmu. Pelbagai usaha dilakukan untuk membina insan berilmu dan berdaya saing. Ciri-ciri insan berilmu ialah; 1. Mencintai ilmu pengetahuan, 2. Gemar membaca dan menimba ilmu, 3. Sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan, 4. Bersedia untuk diajar dan belajar, 5. Berfikiran luas, terbuka, kritis dan matang, 6. Berusaha mengamal dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang ada, 7. Sentiasa menggalakkan orang lain menambah ilmu pengetahuan. (9) Rakyat Malaysia yang Berketerampilan Kamus Dewan mencatatkan maksud terampil sebagai cekap (dalam melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masalah dsb), mampu dan cekatan. Manakala maksud

keterampilan ialah kecekapan, dan kemampuan yang tinggi. Oleh sebab itu, rakyat yang berketerampilan adalah merujuk kepada mereka yang mempunyaikecekapan dan kebolehan tinggi melaksanakan tanggungjawab dan tugas. Antara ciri-ciri rakyat yang berketerampilan ialah;

SUBTUGASAN 1.2

BMM 3101

1. Mempunyai kelayakan dan kebolehan yang sepadan dengan jawatan dan tugas, 2. Mempunyai pengetahuan luas untuk melaksanakan sesuatu tugas, 3. Dapat melaksanakan tugas dengan cepat, cekap, dan sempurna, 4. Hasil kerjanya memuaskan pengguna dan pelanggan. (10) Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia Akhlak atau moral sangat penting bagi setiap individu. Walaupun perlakuan berakhlak tidak boleh diwarisi,namun amalan akhlak boleh dipelajari dan diamalkan. Orang yang berakhlak akan dipandang mulia dan dihormati. Antara ciri-ciri rakyat yang berakhlak mula ialah; 1. Mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai murni, tatasusila dan adab, 2. Mempunyai kesedaran tinggi terhadap perbuatan baik dan perbuatan buruk, dan 3. Sentiasa mengamal dan mengutamakan nilai-nilai murni, tatasusila dan beradab dalam setiap perlakuan, (11) Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab Sikap bertanggungjawab merupakan antara ciri-ciri insan yang dituntut oleh agama. Insan yang bertanggungjawab dapat membina kejayaan diri, masyarakat dan negara. Masyarakat juga mempunyai kepercayaan dan keyakinan tinggi apabila berurusan dengan individu yang bertanggungjawab. Antara ciri-ciri rakyat yang bertanggungjawab ialah; 1. Menyedari dan faham bahawa setiap tugas adalah amanah, 2. Menyedari dan faham bahawa setiap tugas perlu dilaksanakan dengan cekap, cepat dan sempurna, 3. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti mutu kerja, 4. Sentiasa berusaha meningkatkan kuantiti pengeluaran, 5. Sentiasa mematuhi peraturan, undang-undang, adab dan adat bangsa, dan 6. Berusaha memajukan diri, keluarga,masyarakat, agama, bangsa dan negara. (12) Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Kesejahteraan diri meliputi kesejahteraan fizikal dan mental. Sihat fizikal ditandai keceriaan dan kelincahan diri, manakala sihat mental meliputi pemikiran dan perlakuan yang harmonis. Antara ciri-ciri kesejahteraan diri ialah; 1. Mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang dan badan yang sihat,

SUBTUGASAN 1.2

BMM 3101

2. Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi sebarang cabaran, 3. Sentiasa mewujudkan perhubungan yang harmonis dengan orang lain, 4. Matang bertindak dalam apa jua situasi, dan 5. Berkelakuan tenang dan tidak terburu-buru. (13) Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan terhadap Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara. Setiap rakyat dituntut memberi sumbangan ikhlas ke arah keharmonian, kemakmuran dan pembinaan masyarakat dan negara. Masyarakat Melayu menganggap sumbangan, material dan nonmaterial, sebagai jasa atau budi. Orang berjasa atau orang berbudi dipandang tinggi dan dihormati. Hal ini banyak dijelaskan dalam pantun-pantun, misalnya pantun di bawah. Di sana padi di sini padi, Baru bernama sawah dan bendang; Di sini budi di sana budi, Baru sempurna menjadi orang. Antara ciri-ciri rakyat yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ialah; 1. Sentiasa berusaha memupuk perpaduan rakyat melalui pelbagai aktiviti sihat, 2. Sentiasa berusaha memajukan membangunkan diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara, 3. Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang, dan 4. Sentiasa patuh pada prinsip dan Rukun Negara, Kesimpulan Berasaskan maklumat di atas, kita dapati kerajaan bersungguh-sungguh memajukan rakyat dan negara. Usaha melaksanakan kemajuan itu digerakkan melalui pelbagai dasar dan perancangan, termasuklah melalui pembinaan falsafah pendidikan dan kurikulum pembelajaran di sekolah. Usaha itu digerakkan seawal usia dan dalam pelbagai bidang yang bersesuaian dengan kebolehan diri masing-masing. Langkah itu adalah sesuai, bak kata pepatah Cina, perjalanan beribu batu bermula dari langkah pertama. Maksud langkah pertama, dalam konteks ini, ialah memajukan insan seawal usia melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai