Anda di halaman 1dari 10

Definisi racun

Bahan kimia yang berbahaya boleh mencederakan

salur pencernaan,atau mengakibatkan kerosakan yang lebih besar jika masuk kedalam aliran darah dan diangkut ke bahagian-bahagian anggota lain dalam tubuh.

Rawatan awal
1-Buatkan mangsa keracunan muntah melainkan jika beliau dalam keadaan tidak sedar diri atau mengalami sawan
2-Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah 3-Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air 4-Berikan air dan susu pada ketika ini juga

5-Jiruskan air ke bahagian mata atau kulit jka terkena racun 6-Gunakan julap

7-Berikan campuran satu sudu teh natrium bikarbonat dalam 1/2 gelas air
8-Rawat kejutan 9-Terapkan dengan air sejuk

10-Pernafasan bantuan diberikan jika perlu

Jenis-jenis rawatan
RACUN YANG DIHIDU Mangsa keracunan akibat terhidu gas atau asap

mempunyai tanda amaran seperti pening kepala, sakit kepala dan rasa lemah badan. Bergantung kepada jenis racun yang dihidu, mangsa boleh mengalami batuk, sesak nafas ataupun maut. Mangsa ini perlu dibawa keluar ke kawasan lapang dengan segera. Pintu dan tingkap harus dibuka dengan luas. Namun begitu, sebelum memasuki ke tempat yang mungkin dipenuhi asap atau gas, pastikan ia selamat. Ini memerlukan maklumat tentang gas yang terbabit. Selain nama gas yang tercatat pada tong gas, bau dan warna gas tersebut mungkin dapat membantu dalam mengenalpasti dan menilai risiko pendedahan.

Mangsa keracunan gas hendaklah dipindahkan ke

tempat yang berudara bersih/segar. Bagi pesakit yang sedar, kepala dan dada mereka perlulah diangkatkan sedikit untuk memudahkan pernafasan. Jika mangsa tidak dapat bernafas dengan baik, pakaian yang ketat hendaklah dilonggarkan dan pernafasan bantuan diberikan sebelum mendapatkan bantuan lanjut. Mangsa keracunan gas hendaklah diuruskan dengan hati-hati supaya badannya tidak bergoncang.

RACUN YANG TERKENA PADA KULIT


Dalam keadaan di mana mangsa terkena racun pada

bahagian kulit, tindakan segera perlu dilakukan untuk menanggalkan pakaian yang tercemar dan membasuh kulit dengan air sebanyak mungkin selama sekurangkurangnya 10 minit. Kemudian, bahagian yang terkena racun perlu dicuci dengan sabun (jika kulit tidak melecur) dan dijirus dengan air sebelum mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

`
RACUN YANG TERKENA PADA MATA
Mata yang terkena bahan racun hendaklah dicuci dengan

menuangkan air suam dari bekas (gelas) pada jarak 2 hingga 3 inci dari mata. Langkah ini hendaklah diulangi sekurang-kurangnya 15 minit. Pesakit hendaklah disuruh mengelipkan-ngelipkan mata seberapa banyak kali yang boleh. Semasa matanya dibasahi dengan air, jangan pula dipaksa pesakit membuka kelopak mata. Selepas keadaan ini selesai, pesakit hendaklah dibawa ke hospital dengan segera untuk mendapatkan penilaian dan rawatan seterusnya.

RACUN YANG DITELAN


Jika bahan tersebut terdiri daripada kumpulan ubat-

ubatan, elakkan memberi apa-apa melalui mulut, sehingga nasihat keracunan tersebut diperolehi terlebih dahulu. Jika bahan

Sekian terima kasih(^_^)