Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012

HBML 1203

PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA

MELAYU

NAMA NO MATRIKULASI

: :

AHMAD RAZALI BIN BAHARAN 830504105141002

NO KAD PENGENALAN NO TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : :

830504105141 012-5044940 zalie09@oum.edu.my SABAH LEARNING CENTR

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik adalah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) mendefinisikan fonetik sebagai ilmu bahasa. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Kajian ini memberikan tumpuan kepada bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan dan diintrepretasikan. Kajian ini juga turut melihat organ-organ pertuturan anusia menghasilkan bunyi tertentu. Fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Di dalam buku Linguistik: Penghantar Bahasa dan Komunikasi yang di tulis oleh Adrian Akmajian, fonologi di maksudkan sebagai sub bidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam manusia. Fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa. Fonologi berhubung dengan anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ ujaran dan bagaimana manusia marakamkan suara dan kemudiannya menggambarkannya semula menggunakan simbol-simbol khusus. Umumnya, dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama adalah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Golongan kedua adalah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui rongga mulut dan rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi vokal yang lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.

Bunyi-bunyi vokal dan konsonan.


Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di dunia ini. Dengan kata lain, bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Bunyi-bunyi bukan bahasa ialah bunyi-bunyi bukan bahasa seperti batuk, bunyi orang berdehem, bunyi siulan, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang kedinginan (menggigil) dan sebagainya. Bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara ada kaitannya dengan keadaan pita suara. Sekiranya semasa udara keluar melalui pita suara, keadaan pita suara (atau khususnya glotis) itu agak rapat, akan berlakulah getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi bersuara. Kalau keadaan glotis itu renggang atau terbuka, sewaktu udara keluar melaluinya tidak berlaku getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara. Udara dikeluarkan dari kedua-dua belah paru-paru melalui ruang tenggorok dan pita suara, kemudian masuk ke rongga tekak, seterusnya ke rongga mulut atau rongga hidung. Di dalam perjalanan keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut, udara tersebut mungkin menerima gangguan atau sekatan daripada alat-alat artikulasi yang lain atau mungkin juga tidak. Sekiranya semasa udara itu melintas pita suara yang tertutup rapat, udara terpaksa keluar secara terdesak, maka bunyi yang timbul ialah bunyi batuk. Kalau pita suara renggang sedikit, udara dapat keluar melaluinya menyebabkan ia bergetar, maka bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Apabila pita suara renggang udara boleh keluar dengan mudah dan pita suara tidak bergetar, maka bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara. Udara yang keluar dari pita suara tadi akan memasuki rongga tekak dan dari sini, mungkin terus ke rongga hidung atau rongga mulut. Lelangit lembut atau anak tekak akan mengatur jalan udara ini sama ada ke rongga mulut atau rongga hidung. Kalau lelangit lembut dan anak ekak tidak menutupi ruang ke rongga hidung, udara akan keluar melalui hidung. Bunyi yang terhasil disebut bunyi sengau. Sekiranya ruang ke rongga hidung tertutup, udara keluar melalui rongga mulut dan bunyi yang terhasil bukanlah bunyi sengau. Selepas udara melepasi pita suara, ia bergerak pula ke rongga tekak. Dari rongga tekak, udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal).

Bunyi Vokal Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru- paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. Secara keseluruhannya, ada lapan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu, tetapi enam sahaja yang biasanya berlaku dalam pertuturan standard. Ciri-ciri yang menentukan vokal tersebut adalah: 1 2 3 4 5 Bahagian lidah yang terlibat, sama ada hadapan atau belakang lidah Ketinggian lidah dinaikkan Keadaan lelangit lembut Kedudukan bibir sama ada hampar atau bundar Keadaan glottis, dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar.

Vokal boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: 1 Vokal hadapan 2 Vokal tengah 3 Vokal belakang Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah

Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu.

Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:

Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang akan

dibunyikan. Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir boleh berbentuk seperti berikut: 1 2 3 Hampar Separuh hampar Bundar

4 Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau bundar dan separuh bundar.

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:

Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa. Konsonan

Konsonan ialah bunyi selain daripada bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur.

Bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri berikut: 1.Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara, bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak. 2. Arus udara yang keluar dari paru-paru menerima sekatan atau geseran. Jika glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan apabila arus udara keluar dari paru-paru, maka akan terhasillah bunyi konsonan bersuara. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar pula, maka terhasillah bunyi tidak bersuara.

iii. Udara yang keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam bahasa Melayu, iaitu letusan, letupan, geseran, getaran, sisian, sengau dan separuh vokal. 4. Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung kepada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan. Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-bunyi oral. Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru dapat keluar melaui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi sengau atau bunyi nasal. 5. Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan, antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi lelangit keras , konsonan lelangit lembut dan konsonan anak tekak. Dalam bahasa Melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ). dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ). satu konsonan hentian glo tis. ( ? ) dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ). satu konsonan getaran bersuara ( r ). satu konsonan sisian bersuara ( I ). empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n )

10 dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua bibir bersuara ( w ). 11 satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung.

DAERAH ARTIKULASI Daerah artikulasi ialah titik penyentuhan di mana berlakunya halangan dalam saluran vokal antara artikulator aktif (bergerak, biasanya sebahagian lidah) dan artikulator pasif (pegun, biasanya sebahagian lelangit mulut) untuk menghasilkan konsonan. Bersama cara artikulasi dan pembunyian, inilah yang menentukan bunyi tersendiri sesebuah konsonan. 1 Bibir

2- Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu,Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. 1 Gigi

3- Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang seterusnya menghasilkan bunyi. 1 Gusi

4- Gusi adalah alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan lelangit keras. Keadaannya cembung dan ia berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit 1- Lelangit dapat dibahagi kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras ini juga berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi-bunyi. Sementara lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunnaikkan. Apabila ia diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Dengan demikian alat ini amat penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau.

ALAT-ALAT ARTIKULASI

1.

Bibir atas

11. 12 .

Tengah lidah

2.

Bibir bawah

Belakang lidah

3.

Gigi atas

13 . 14 . 15 . 16 . 17 . 18 . 19 . 20 .

Akar lidah

4.

Gigi bawah

Epiglotis

5.

Gusi

Pita suara

6.

Lelangit keras

Rongga tekak

7.

Lelangit lembut

Rongga Hidung

8.

Anak tekak

Rongga mulut

9.

Hujung lidah

Rahang

10.

Hadapan lidah

Tenggorok

Bunyi Bahasa Melayu Alat-alat yang Mengeluarkan

FONEM BAHASA MELAYU Fonem merujuk kepada unit bahasa yang terkecil dan boleh dipenggal-penggalkan. Hal ini kesesuaian dengan sifat fonem yang memang boleh diasing-asingkan antara satu dengan yang lain. Sebagai contohnya, perkataan pitam boleh dipenggalkan kepada lima unit penggalan yang lebih kecil atau lima fonem yang berasingan iaitu /p/, /u/, /l/, /a/ dan /u/. Unit-unit terkecil ini tidak mempunyai makna jika diletakkan secara berasingan. Sebaliknya, jika salah satu daripada unit terkecil atau fonem itu digantikan dengan satu fonem yang lain, maka perkataan itu akan berubah. Misalnya, jika fonem /u/ pada perkataan pulau tersebut digantikan dengan satu fonem yang lain akan menghasilkan perkataan /pulas/ , /pulai/ , dan /pulang/. Keadaan ini menunjukkan bahawa fonem mempunyai fungsi distingtif, iaitu fonem berperanan dalam membezakan dan mengubah makna perkataan. Maksud yang lain bagi fonem ialah unit penggalan bahasa yang terkecil yang boleh membawa perbezaan makna. Fonem juga boleh didefinisikan sebagai himpunan bunyi yang mempunyai lambang asas yang sama, yang berbeza hanyalah lambang-lambang diakritiknya. Tegasnya, fonem ialah unit pada tingkat bunyi yang distingtif, iaitu sifat bunyi yang mampu membezakan makna bagi sesuatu kata. Kedua-dua fonem vokal dan konsonan bahasa Melayu berperanan dalam membezakan makna. Konsonan dan vokal menggambarkan huruf-huruf yang mempunyai bunyi yang saling berkaitan. Ahli fonologi berminat dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta simbol-simbol fonetik yang digunakan untuk menggambarkannya. Huruf-huruf vokal dan konsonan digunakan bagi melambangkan bunyinya tetapi suatu simbol yang jelas diwujudkan bagi menghilangkan kekaburan dan kekeliruan dalam penulisan dan percakapan.

Fonem Vokal Terdapat enam vokal dalam bahasa Melayu standard, iaitu /a/ , /e/ , /i/ , /o/ , /u/ , dan // dan penyebarannya adalah seperti yang berikut: Penggunaan Fonem Vokal Huruf Fonem

Awal a e i o u e /a/ /e/ /i/ /o/ /u/ // /awa?/ /aku/ /ena?/ /ekor/ /ikat/ /iman/ /oleh/ /ora/ /ubat/ /ular/ /mak/ /mpat/

Tengah /cakap/ /gagap/ /leher/ telen /pilih/ /gigih/ /boho/ /tolo/ /bulat/ /pulut/ /pnat/ /tpat/

Akhir /mana/ /pula/ /tauge/ /ole-ole/ /tuli/ /tari/ //pidato/ /solo/ /sudu/ /palu/ /nasionalism/ /mekanism/

Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu: 1) fonem e pepet yang ditulis secara fonetik / / 2) fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e/ Penutur bahasa Melayu lazimnya dapat membezakan dua sebutan tersebut dan dapat menggunakannya dengan betul. Selain itu, // juga sering digunakan bagi menggantikan bunyi vocal bagi perkataan yang berakhir dengan huruf /a/. Fonem Konsonan Dalam bahasa Melayu, terdapat 18 fonem konsonan asli. Boleh dikatakan hampir setiap huruf Rumi mewakili satu sebutan fonem dan ini menjadi salah satu faktor bahasa Melayu itu mudah dipelajari, iaitu disebabkan sistem fonologinya yang juga mudah. Jadual yang berikut memperlihatkan fonem konsonan asli Melayu dan contoh penggunaannya dalam perkataan. Huruf Fonem Awal Penggunaan Fonem Konsonan Tengah Akhir

b c d g h j k l m n ng ny p r s t w y

/b/ // /d/ /g/ /h/ // /k/ /l/ /m/ /n/ // /p/ /r/ /s/ /t/ /w/ /j/

batuk cantik datuk gagal hapak jamu kilas lama manis nanti nganga nyanyuk panas rasa senak tamat warisan yuran

lambat benci ladang ligat sahabat sejuk sakit Melayu taman tanda tangkup senyap papan arus ansur pantun sawah wayang

sebab Mac abad monolog telah garaj tapak kebal sekam makin belang kudup luhur deras sukat takraw -

Alofon Fon-fon yang mempunyai ciri-ciri fonetik yang sama diklasifikasikan ke dalam satu kelompok. Fon-fon yang menjadi anggota dalam satu kelompok ini di kaji penggunaannya. Kita akan melihat konteks atau lingkungan setiap fon itu di gunakan. Contohnya dalam bahasa melayu fon [p] ini sekurang-kurangnya mempunyai dua cara sebutan yang berbeza. Walaupun hal ini jarang disedari oleh penutur umum bahasa melayu tetapi seorang ahli fonetik dapat mendengar perbezaannya.

Lihatlah sebutan [p] dalam perkataan paya,sapa dan atap. Kita dapat mengenal pasti fon [p] dalam [paya] dan [sapa] itu diletupkan dengan sempurna. Ini bermaksud fon [p] berlaku dalam konteks [-a] dan [sa-a]. walaubagaimanapun di dalam perkataan atap, fon [p] tidak diletupkan dengan sempurna, seperti dalam [atap>]. Ini bermaksud fon [p>] berlaku dalam konteks [-ata--] iaitu di akhir perkataan. Fon [p] dan [p>] digolongkan dalam satu keluarga bunyi atau fonem /p/. fonem ini dikatakan mempunyai dua alofon. Penyebaran alofon dalam konteks masing-masing juga bermaksud pada konteks fon [p] dan [p>] tidak boleh berlaku. Penyebaran begini juga di panggil penyebaran saling melengkapi. Maksud penyebaran saling melengkapi ialah bahawa [p] berlaku dalam konteks awal dan tengah perkataan dan [p>] dalam konteks akhir perkataan. Ini berlaku kerana cirri fonetik fon yang sentiasa menyesuaikan dirinya dengan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun perbezaan itu tidak cukup bagi menjadikan fon bunyi yang berlainan. SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU

Unsur-unsur bahasa yang kita bicarakan setakat ini adalah unsur-unsur segmental, kerana setiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan. Kita menuturkan segmen-segmen dengan berbagai-bagai tingkat tekanan dan nada. Kadang-kadang kita berhenti sebentar sehingga terdapat kumpulan kata. Kata-kata itu diucapkan sama rata atau mendatar sahaja. Ada empat lagi unsur bahasa yang perlu kita perhatikan, iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Unsur-unsur ini dinamakan suprasegmental. Tekanan Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah //. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu misalnya /buda _/. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.

Nada Nada adalah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi), 4 (tinggi sekali). Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekanan dan turun hingga 1. Contoh: 2 saya hendak 3 balik. Dalam bahasa Melayu juga dinyatakan nada tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem. Jeda Jeda juga disebut sebagai persendian, iaitu unsur hentian yang memisahkan antara unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan untuk jeda ialah #. Unsur ini boleh membezakan makna. Contoh: [#saya makan nasi ema_#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasi # ema_]. Panjang-pendek Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bererti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan makna.

Kesimpulan

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

RUJUKAN
1 Internet 1- http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm 2- http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal

Buku 1- Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti 2- Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana