Anda di halaman 1dari 52

HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NAMA NO.K/P

: ROSMALIZA BT ABD. MAJID : 730520-03-6176

NO.MATRI K NO.TEL E-MAIL TUTOR

: 730520036176001 : 012-9197893 ROSHAKIM73@GMAIL.COM.M Y : ENCIK IBRAHIM BIN IDRIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012


KELANTAN LEARNING CENTRE OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

1.0 PENGENALAN 1.1 Definisi Fonetik Dan Fonologi 1.2 Definisi Bunyi-Bunyi Bahasa 2.0 BUNYI VOKAL 2 . 1 Vokal hadapan 2.1. Vok 1 al hadapan sempit 2.1. Vok 2 al hadapan separuh sempit 2.1. Vok 3 al hadapan separuh luas 2.1. 4 Vokal hadapan luas 2 . 2 Vokal tengah

3 4 5 614

2.2. 1 2 . 3

Vok al

tengah pendek

Vokal belakang 2.3. 1 Vokal belakang sempit 2.3. Vok 2 al belakang separuh sempit 2.3.3 Vokal belakang separuh luas 1524

3.0 BUNYI KONSONAN 3 . Konsonan 1 letupan 3 . Konsonan 2 geseran 3 . Konsonan 3 getaran 3 . Konsonan 4 sisian 3 . 5 Konsonan sengauan 3 . 6 Separuh vokal 3 . 7 Konsonan pinjaman 4.0 TRANSKRIPSI FONETIK 5.0 PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON 5.1 Fonem 5 . 2 Alofon 6.0 FONEM SUPRASEGMENTAL 6 . 1 Ciri-ciri Fonem Suprasegmental 6 . 2 Kepentingan Fonem Suprasegmental

2425 2627

2831

7.0 PENUTUP
2

32

1.0 PENGENALAN Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan.Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis.Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya.Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.

1.1 Definisi Fonetik Dan Fonologi 1.1.1 Fonologi


Menurut Abdullah Hassan ( 1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Parker( 1974:112 ) menjelaskan bahawa ilmu fonologi ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan. Menurut Kamus Dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Websters College Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages. 1.1.2 Fonetik
Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi.
Raminah Haji Sabran (1984) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa UntukPelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat..Manakala mengikut pendapat Dr.Lufti Abas (1985) fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yangdiucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa,maupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.

1.2 Definisi Bunyi-Bunyi Bahasa

Bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang bergerak keluar dari paru-paru melalui tengkorak, pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidungatau kedua-duanya.Udara yang keluar ituakan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasadi seluruh dunia dan merupakan bunyi yang berfungsi dalam pertuturan secara lisan. Proses pertuturan akan mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna.Sebagai contoh, apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi. Alat-alat artikulasi adalah sebagaimana rajah di bawah:

Rajah Organ Artikulasi

Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam Bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan dan diftong.Golongan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.Bunyi tersebut dikenali sebagai bunyi vokal.Vokal ialah bunyi yang dihasilkan apabila udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau terhimpit.Bunyi tersebut hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Manakala, golongan kedua ialah bunyi konsonan. Bunyi konsonan dihasilkan apabila terdapat gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.

Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran vokal yang dikenali sebagai diftong.Bunyi diftong terhasil bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

2.0 BUNYI VOKAL Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan gangguan.Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Daniel Jones (1930) dalam bukunya Outline of English Phonetic mengatakan : Vokal adalah bunyi bersuara yang terhasilkan apabila udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan,sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyibunyi geseran. Berdasarkan pentakrifan tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan.Penggetaran pita suara itu tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan. Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu : 1) 2) 3) Vokal hadapan Vokal tengah Vokal belakang

Yunus Maris (1964) berpendapat, terdapat lapan buah vokal dalam Bahasa Melayu iaitu, empat vokal depan, iaitu: [ i ], [ e ], [ ], dan [ a ]dan tiga vokal belakang, iaitu: [ u ], [ o ], dan [ ] dan satu vokal tengah, iaitu [ ]. Dari segi tulisan dan penyebutan standard,vokal bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis, tetapi didalam pertuturan, terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan.Jenis-jenis vokal itu boleh dilihat melalui carta vokal yang disediakan di bawah :

Jenis vokal Vokal Hadapan

Lambang [i] [e] [ ] [a]

Nama Vokal Vokal hadapan sempit Vokal hadapan separuh sempit Vokal hadapan separuh luas Vokal hadapan luas

Vokal Tengah

[ ] [3]

Vokal tengah pendek Vokal tengah panjang

Vokal Belakang

[] [o] []

Vokal belakang sempit Vokal belakang separuh sempit Vokal belakang separuh luas

Jenis-jenis Vokal Bahasa Melayu Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal yang terhasil itu ialah lidah, sama ada bahagian depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah seperti dalam jadual di bawah: yan g yan g

Bahagianlidah terlibat Depan lidah Tengah lidah Belakang lidah

Bunyi vokal terhasil Vokal depan Vokal tengah Vokal belakang

Rajah di bawah inimenunjukkan keratan rentas lidah.Garis-garis melintang menunjukkan ketinggian lidah.Melalui rajah ini menunjukkan kedudukan lidah semasa bunyi vokal dihasilkan.

Kedudukan vokal Bahasa Melayu Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:

Bibir dalam keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan dihasilkan, manakala bibir dalam keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan.Keadaan bibir neutral semasa menghasilkan vokal tengah.

Vokal hadapan 2.1.1 Vokal hadapan sempit [ i ]

Cara membunyikannya : 1. Bibir dihamparkan 2. Depan lidah dinaikkan tinggi kearah gusi 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak terkeluarmelalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 5. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan sempit [ i ] 6. Contoh vokal hadapan sempit di dalam perkataan : Awal ikan, itik, ibu Tengah bilang, ciku, cicak Akhir ceri, beli, guli

2.1.2

Vokal hadapan separuh sempit [ e ]

Cara membunyikannya : 1. Bibir dihamparkan separuh sempit. 2. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke hadapan gusi.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 4. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan sempit [ e ] 5. Contoh vokal hadapan separuh sempit di dalam perkataan : Awal enak, ekor, etak Tengah bela, berang, leper Akhir sate

2.1.3

Vokal hadapan separuh luas [ ]

Cara membunyikannya : 1. Bibir dihamparkan separuh luas. 2. Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 5. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan separuh luas[ ] 6. Bunyi vokal ini hadir dalam perkataan dalam dialek Kelantan.Contoh vokal hadapan separuh luas di dalam perkataan : Awal etok, elo, edoh Tengah gelek, pelek, beso Akhir tule, ude, bule

10

Vokal hadapan separuh luas [ ] 2.1.4 Vokal hadapan luas [ a ]

Cara membunyikannya : 1. Bibir dalam keadaan hampar. 2. Depan lidah diturunkan serendah mungkin. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 5. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan luas[ a] 6. Contoh vokal hadapan luas di dalam perkataan : Awal ayam, api, anak Tengah bayang, baru, paku Akhir cara, rasa, pita

Vokal tengah 2.2.1 Vokal tengah pendek []

Cara membunyikannya : 1. Bibir dalam keadaan hampar. 2. Tengah lidah dinaikkan sedikitke arah lelangit keras. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 5. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal tengah pendek[] 6. Contoh vokal tengah pendek di dalam perkataan : Awal emas, empat, enam Tengah kemas, kejam, benang Akhir sosialisme

2.3 V okal belakang 2.3.1 Vokal belakang sempit [ u ]

Cara membunyikannya : 1. Bibir dibundarkan. 2. Belakang lidah dinaikkan tinggike arah lelangit lembut. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
12

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang bundar[ u ] 5. Contoh vokal hadapan luas di dalam perkataan : Awal ubat, uda, ubi Tengah burung, bubur, gandum Akhir paku, satu, kubu,

2.3.2

Vokal belakang separuh sempit [ o ]

Cara membunyikannya : 1. Bibir dibundarkan. 2. Belakang lidah dinaikkan tinggi ke arah lelangit lembut. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 5. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [ o ] 6. Contoh vokalbelakang separuh sempit di dalam perkataan : Awal orang, oren, oleh Tengah tolong, botol. roti, Akhir polo, solo

2.3.3

Vokal belakang separuh luas [ ]

Cara membunyikannya : 1. Bibir dibundarkan. 2. Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 5. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas [ ] 6. Bunyi ini terdapat dalam perkataan dalam dialek Kelantan.Contoh vokalbelakang separuh luas di dalam perkataan : Awal ore, otok, oloh Tengah sudoh, pecoh,sekoloh Akhir guano, kito, bilo

Vokal Belakang Separuh Luas [ ]

14

3.0 BUNYI KONSONAN Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara.Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.Ketika mengeluarkan bunyi konsonan, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Konsonan juga boleh mempengaruhi vokal dalam sebutan bunyi. Ini berlaku dalam konsonan sengau,iaitu vokal disengaukan oleh konsonan itu.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur.

Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut: Daerah sebutan Cara sebutan Letupan Letusan Sengau Geseran Getaran Sisian Separuh vokal Carta konsonan Bahasa Melayu p b m w t d n s r l bibir Gigi-gusi Lelangit keras cj (ny) y (ng) Lelangit lemb ut k g Glotis

h -

15

3.1 Konsonan letupan 3.1.1 Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara[p]

Cara membunyikannya: 1.Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. 2.Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekakuntuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3.Pita suara direnggangkan. 4.Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

3.1.2 Konsonan letupan dua bibir bersuara [b] Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [p].Bezanya ialah: 1.Pita suara dirapatkan. 2.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut denganmenggetarkan pita suara. 3.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b]

Konsonan Letupan [ p ] dan [ b ]

16

3.1.3 Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]. Cara membunyikannya: 1.Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. 2.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung. 3.Pita suara direnggangkan. 4.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5.Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta .6.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t] 3.1.4 Konsonan letupan gusi bersuara [d]. Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [t].Bezanya ialah: 1.Pita suara dirapatkan. 2.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 3.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d].

Konsonan Letupan [ t ] dan [ d ]

17

3.1.5 Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. Cara membunyikannya: 1.Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. 2.Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menutup arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3.Pita suara direnggangkan. 4.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5.Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskanserta-merta. 6.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidakbersuara [k]. 3.1.6 Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [k].Bezanya ialah: 1.Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru. 2.Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung 3.Pita suara dirapatkan. 4.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 5.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

18

Konsonan Letupan [ k] dan [ g ]

3.2

Konsonan geseran 3.2.1 Konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ]

3.2.2 Konsonan geseren glotis bersuara [ h ] Cara membunyikannya : 1.Pita suara dibuka untuk membuat sempitan pada glottis. 2.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. 3.Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glottis. Pita suara digetarkan 4.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glottis bersuara [ h ] 3.3 Konsonan getaran
19

Konsonan getaran gusi bersuara [ r ]

3.4 Konsonan sisian 3.4.1 Konsonan sisian gusi bersuara [ l ] Cara membunyikannya:

3.5 Konsonan sengauan Konsonan Sengauan ini boleh dibahagikan kepada empat bunyi n asal yang terdapat di dalam bahasa Melayu. Perbezaan yang berlaku pada keempat-empat bunyi nasal itu adalah pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut.Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. Contohnya adalah :20

Konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ] Cara membunyikannya:

3.5.2

Konsonan sengauan dua bibir tidak bersuara [ n ] Cara membunyikannya:

21

Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] Cara membunyikannya: Cara pengeluar udara bagi konsonan sengauan []adalah sama tetapi berbeza pada sekatan di mulut iaitu arus udara di sekat oleh lidah belakang dan lelangit lembut yang menyebabkan udara terus kehidung.

3.5.4 Cara membunyikannya:

Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara []

Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara dirapatkan.Pita suaraakan ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung kerana lelangit lembut dan anak tekak tidak dirapatkan. Maka terhasillah bunyi sengauan bersuara [ ]

22

3.6 Separuh vokal 3.6.1 Separuh vokal dua bibir bersuara [w] Cara membunyikannya:

3.6.2 Cara membunyikannya :

Separuh vokal lelangit keras bersuara [ j ]

Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. Bibir dihamparkan dan lelangit lembut dinaikkan ke belakang anak tekak.Pita suara digetarkan sambil lidahbergerak pantas untuk membunyikan vokal [].

23

3.7 Konsonan pinjaman Konsonan pinjaman bermaksudkonsonan-konsonan yang bukan berasal dari bahasa Melayu tetapi dipinjam dari bahasa lain, seperti bahasa Arab, Sanskrit, bahasa Inggeris dan sebagainya.Konsonan-konsonan tersebut terdiri daripada : 1) Geseran bibir-gigi tidak bersuara [ f ]. Contohnya : fasa 2) Geseran bibir-gigi bersuara [ v ]. Contohnya : variasi 3) Geseran gigi tidak bersuara [ th ]. Contohnya : thabit 4) Geseran gigi bersuara [ d ]. Contohnya : hadhir 5) Geseran gusi bersuara [ z ]. Contohnya : zalim 6) Geseran lelangitkeras tidak bersuara 7) Geseran lelangit lembut tidak bersuara [ kh ]. Contohnya : khairat 8) Geseran lelangit lembut bersuara [ gh ]. Contohnya : ghaib 4.0 TRANSKRIPSI FONETIK Transkripsi fonetik bermaksud satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan lambang-lambang fonetik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.Transkripsi fonetik juga digunakan oleh pengkaji dialek.Lambang fonetik ditulis dalam kurungan [ ]. Berikut ialah jadual transkripsi fonetik bagi menghasilkan bunyi vokal : Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. Fonem Awal /a/ /e/ // /i/ /o/ /u/ [ awan ] [ elok ] [ emak ] [ ibu] [ otak] [ ular ] Contoh Transkripsi Fonetik Tengah [ beras ] [ leher ] [ bela ] [ tiba ] [ botol ] [ busuk ] Akhir [ nama] [ tempe ] [ tauge ] [ padi ] [ pidato ] [ hidu ]

24

Di bawah ini disediakan jadual transkripsi fonetik untuk menghasilkan setiap huruf konsonan. Contoh Transkripsi Fonetik Awal 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 b c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s t v w z /b/ // /d/ /f/ /g/ / / /h/ /j/ /k/ /x/ /l/ /m/ /n/ // / / /p/ /q/ /r/ /s/ /t/ /v/ /w/ /z/ [ baju ] [awan ] [ daun ] [ faham ] [ ganas ] [ aib ] [ hakim ] [ jalan ] [ kalau ] [ xairat ] [ lama ] [ makan ] [ nasi ] [ilu } [ iru ] [ pakai ] [ qari ] [ ragu ] [ sagu ] [ tasi ] [ van ] [ wau ] [ zip ] Tengah [ abu ] [ aar ] [ adun ] [ wafat ] [ duga ] [ ma rib ] [ mahal ] [ hujan ] [ suka ] [ axirat ] [ ulam ] [ umi ] [ panas ] [ain ] [ bui ] [ sapu ] [ aqiqah ] [ urat ] [ usah ] [ utas ] [ larva ] [ awan ] [ gizi ] Akhir [ adab ] [ ] [ abad ] [ asnaf ] [ jag ] [ bali] [ mekah ] [ buruj ] [ masu ] [ tarix] [ kapal ] [ ulam ] [ pun ] [ ya ] _ [ suap ] [ biar ] [ puas ] [ alat ] [ wow ] -

Bil

Huruf

Fonem

25

5.0 PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON 5.1 Fonem Fonem ialah unit bahasa yang terkecil yang membezakan makna.Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan.Misalnya pasangan minimal perkataan pedang dengan petang.Perkataan pedang dan petang masing-masing terdiri daripada enam unit bunyi iaitu p, e, d, a, n, g dan p, e, t, a, n, g. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem iaitu unit bunyi yang terkecil.Dalam pasangan minimal dua perkataan itu terdapat bunyi yang berbeza(distingtif), iaitu bunyi d dan bunyi t.Disebabkan perkataan pedang berbeza makna dengan perkataan petang(walaupun dari segi bunyinya hampir sama, kecuali bunyi d dan bunyi t), maka dikatakan bunyid dan bunyi t adalah bunyi yang distingtif yang membezakan makna. Oleh itu bunyi d dan bunyi t adalah bertaraf fonem yang berbeza, dan bunyi fonem ini diletakkan dalam kurungan fonem,iaitu / d/ dan / t /. Contoh-contoh pasangan minimal yang lain yang membezakan makna adalah seperti berikut : 1) tulang pulang 1/ t/ dan/ p / adalah fonem yang berbeza 2) kurap turap 1/ k / dan / t / adalah fonem yang berbeza 3) sayang wayang 1/ s / dan / w / adalah fonem yang berbeza Selain daripada contoh pasangan minimal di atas terdapat banyak lagi pasangan minimal yang lain yang membezakan makna. Contohnya : pakar dengan bakar; kaya dengan paya; tulang dengan dulang, dan lain-lain.
26

5.2 Alofon Alofon ialah anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau yang terkemudian daripadanya. Misalnya bunyi fonem / k / dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh dengan bunyi di sekitarnya, misalnya alofon k, k, dan ?.Bunyi alofon k terjadi akibat kehadirannya dalam perkataan kiri ( iaitu k yang diikuti oleh vokal depan). Bunyi k terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda ( iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u ).Bunyi ? terjadi kerana kehadirannya di akhir kata dalam suku kata tertutup seperti dalam perkataan kaka? Dalam hal ini alofon k, k, dan ?adalah alofon-alofon daripada keluarga bunyi yang samaiaitu fonem / k /. Ketiga-tiga bunyi tersebut ialah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik. Maksudnya bunyi-bunyi alofon itu hamper-hampir sama dari segi pengucapannya dan penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi itu adalah saling lengkap melengkapi.Dengan saling melengkapi dimaksudkan masing-masing bunyi tersebut memduduki posisi tertentu( tempat masing-masing) dalam bahasa Melayu. Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon. Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Bervariasi bebas dimaksudkan walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu, misalnya faham dengan paham tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza.

27

6.0 FONEM SUPRASEGMENTAL Fonem suprasegmental atau fonem suprapenggalan ialah ciri atau sifat bunyi yang menindih atau menumpangi sesuatu fonem. Ianya bermaksud ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental. Terdapat lima jenis ciri-ciri suprasegmental iaitu : 1) Tekanan 2) Nada 3) Jeda 4) Intonasi 5) Panjang-pendek 6.1 Tekanan Tekanan ialah ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata.Tekanan biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah / /. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal.Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan.Biasanya tekanan dalam perkataan bahasa Melayu berlaku pada suku kata yang kedua. Contohnya dalam perkataan ki ta , ba pa , sa tu dan sebagainya. Dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris,tekanan boleh membezakan makna. Contohnya perkataan pro gres bermaksud memajukan ( kata kerja ) ,manakala prog res bermaksud kemajuan ( kata nama ).

6.2 Nada Nada merupakan naik atau turunnya suaradalam pengucapan perkataan. Banyak bahasa yang dituturkan dengan menggunakan nada, dan nada ini membezakan makna seperti bahasa Mandarin, bahasa Thai bahasa Vietnam dan lain-lain lagi.Terdapat tanda atau lambang yang digunakan untuk membezakan tinggi rendahnya bunyi satu-satu perkataan itu. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan nada seperti berikut :

28

Nada

Lambang

Nada rendah Nada biasa Nada tinggi Nada sangat tinggi

1 2 3 4

6.3 Jeda Jeda yang juga disebut persendian ialahciri atau unsur hentian( senyap ) dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan untuk jeda ialah # . Dalam bahasa Inggeris unsur jeda ini boleh membezakan makna. Contohnya ujaran I scream . saya menjerit dan ice cream eskrim dengan tanda jeda seperti yang berikut : a i a i s + skri : m + kri : m saya menjerit eskrim

I scream Ice cream

# #

# #

Sebenarnya jeda atau persendian merupakan unsur pembeza dalam bahasa.Jeda juga digunakan untuk membezakan makna ayat. Contohnya ayat Saya makan pisang datuk boleh dibezakan maknanya dengan memakai jeda seperti berikut : # Saya makan pisang datuk # ( maksudnya saya makan pisang kepunyaan datuk ) 1# Saya makan pisang # datuk. ( Saya memberitahu datuk bahawa saya makan pisang ) 6.4 Intonasi Intonasi ialah turun naik nada suaradalam pengucapan ayat atau frasa.Intonasi juga disebut lagu bahasa.Terdapat pelbagai intonasi atau laguyang tedapat pada ayat dalam bahasa Melayu. Contohnya , ayat berita mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat. Manakala bagi ayat tanya pula mempunyai intonasi yang tinggi pada akhir ayat.Apabila kitamengujarkan dialog kita akan menggunakan ayat-ayat yang diucapkan secara bersambung-sambung. Ayat-ayat yang dituturkan itu menggunakan intonasi atau lagu yang berbeza-beza.Semua jenis ciri suprasegmental atau suprapenggalan, iaitu tekanan, kepanjangan, jeda dan nada secara kombinasi turut membentuk intonasi ayat dan digunakan dalam pertuturan.

29

6.5 Panjang-pendek Panjang-pendek atau disebut kepanjangan bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan atau panjang-pendek ini boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris, dan bahasa Arab tetapi tidak membezakan makna dalam bahasa Melayu. Lambang bagi ciri panjang-pendek ini ialah [ . ]yang dinamakan mora. Jika tanda mora ini satu titik [ . ] kepanjangan bunyinya setengah mora, dua titik [ : ] kepanjangan bunyinya satu mora, dan jika empat titik [ :: ] kepanjangannya ialah dua mora. Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna ini terjadi jika ciri panjang -pendek ini digunakan. Contohnya perkataan sit bermakna duduk , dan si : t bermakna tempat duduk . 7.0 KEPENTINGAN FONEM SUPRASEGMENTAL Dalam pengajaran kemahiran lisan bahasa Melayu, fonem suprasegmental memainkan peranan yang amat penting. Antara kepentingan fonem suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan adalah seperti berikut : 7.1 Tatabahasa Melalui pengajaran tatabahasa fonem suprasegmental amat penting terutamanya untuk membezakan maksud ayat. Contohnya seperti ayat di bawah : 1) # Emak makan nasi adik # 2) # Emak makan nasi # adik Melalui kedua-dua ayat yang diberikan di atas,walaupun ayatnya adalah sama tetapi dengan penggunaan lambang jeda ( # )menjadikan ayat tersebut mempunyai maksud yang berbeza. Ayat pertama # Emak makan nasi adik # bermaksud emak makan nasi kepunyaan adik iaitu ayat penyata. Manakala bagi ayat kedua pula iaitu # Emak makan nasi # adik bermaksud memberitahu adik bahawa emak sedang makan nasi iaitu kata kerja. 7.2 Kelancaran Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Seseorang murid itu tidak akan menghadapi sebarang masalah atau gangguan semasa percakapan itu

30

berlangsung. Murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkan idea, pendapat, dan pandangan itu dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur. 7.3 Kefasihan Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur, dan lancar tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas. Pada peringkat rendah lagi murid-murid telah diajar mengenal bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata, dan ayat. Mereka kemudian dilatih menyebut aspek-aspek tersebut.Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepautnya.Mereka harus boleh menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan, dan makna. 7.4 Laras Bahasa Bagi laras bahasa pula fonem suprasegmental amat penting untuk membezakan jenis-jenis laras bahasa yang digunakan. Ciri fonem suprasegmental iaitu intonasi boleh digunakan untuk mengajar laras bahasa yang berbeza. Contohnya untuk mengajar pantun, puisi, dan sajak.Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dansebagainya dalam bahasa yang puitis.

31

8.0 PENUTUP Kajian fonetik dan fonologi adalah melibatkan organ pertuturan ataupun alat artikulasi manusia secara langsung. Terdapat banyak alat artikulasi manusia yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan setiap satunya mempunyai fungsi dan kedudukan yang berbeza. Namun begitu, terdapat juga unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa. Antara bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia ialah bunyi vokal dan bunyi konsonan.Semua bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.

32

RUJUKAN

Abdullah Bin Hassan (1982). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia: Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar.( 2006 ).Fonetik dan Fonologi . KualaLumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. ( 2000 ). Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu, Affluent Master Sdn. Bhd. Kuala Lumpur Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1,Oxford Fajar Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm http://www.scribd.com/doc/42449112/Nota-Fonetik-n-Fonologi.............................

33