Anda di halaman 1dari 26

Soalan: Anda dikehendaki menulis pantun 4 kerat (asli) berdasarkan tema motivasi dan nasihat berdasarkan kelompok berikut:

A) Kanak-kanak B) Remaja C) Dewasa D) Ibu bapa E) Nenek F) Guru Arahan: 1) Setiap satu kelompok bina 5 rangkap pantun empat kerat yang asli. 2) Ikut format pantun tradisional. 3) Jika didapati meniru atau menulis kembali pantun yang sedia ada anda akan diambil tindakan disiplin. 4) Hantar pada atau sebelum 7 Mei 2012. 5) Font: 12 - Romans atau Arial, ikut format pantun Format kerja kursus: 1) Pendahuluan: Latar belakang pantun. Definisi pantun: Jenis-jenis pantun; dan format pantun 2) Pantun nasihat dan motivasi berdasarkan kelompok 3) Kesimpulan 4) Bibliografi 1.0 Pendahuluan : Latar belakang pantun Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman. Pantun mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Menurut Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing atau penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu menulis dan membaca lagi. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. Justeru itu, pantun-pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan. Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlismajlis rasmi. Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting

untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias. 2.0 Definisi Pantun Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan. Pantun merupakan bentuk puisi tradisonal yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang atau sampiran dan maksud. Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea. Bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait. Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun. 2.1 Bentuk pantun Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Bentuk-bentuknya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat. Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait. 2.2 Jenis-jenis pantun Pembahagian atau penjenisan pantun boleh dilihat dari sudut audien, dari sudut bentuk dan dari sudut tema. Salah satu cara penjenisan yang agak sesuai ialah menurut tema atau persoalannya tetapi cara ini adalah agaj rumit kerana ada pantun yang tidak jelas temanya. Walaubagaimanapun, pantun-pantun telah berjaya dikelaskan mengikut jenisnya seperti pantun nasihat, pantun adat, pantun agama, pantun teka-teki, pantun jenaka dan juga ada sesetengahnya berbentuk pantun peribahasa. 2.2.1 Pantun nasihat Dalam masyarakat Melayu, nasihat-menasihati dilakukan secara halus dan bersopan santun agar yang menerima nasihat tidak berasa hati. Lazimnya orang yang lebih tua akan

menegur orang yang lebih muda dalam suasana yang bersahaja tetapi mesra. Dengan ini, hubungan akan menjadi lebih erat kerana yang lebih tua mengambil berat akan kebajikan mereka. Ini bermakna pantun nasihat, lebih bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk. Contoh : a) Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk, Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. 2.2.2 Pantun adat dan agama Pantun adat dan agama adalah berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undangundang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian. Contoh : a) Letak bunga di atas dulang, Sisipkan daun hiasan tepinya; Banyak berdoa selepas sembahyang, Mohon diampun dosa di dunia. b) Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya.

2.2.3 Pantun peribahasa Pantun jenis peribahasa juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Contoh: Punggur rebah puyuh mendengut, Dengut melata di tengah padang; Sedangkan bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. 2.2.4 Pantun kias dan ibarat Bagi pantun kias dan ibarat pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Contoh: Gesek biola tiup serunai, Sayu dara berhati walang; Putih mata si burung punai, Kayu ara ditunggu helang. 2.2.5 Pantun teka teki

Pantun jenis ini menggambarkan unsure pendidikan dalam masyarakat Melayu. Di samping nasihat-menasihati, mereka digalakkan memerhati alam semesta, menghayati kejadian Tuhan dan mencari jawapan kepada perkar-perkara yang tersembunyi. Pantun ini adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dan membina kemahiran berfikir dengan tepat. Ianya berfungsi untuk berseronok dan menduga kebolehan seseorang dalam berfikir. Contoh: Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya; Hilang ghaib disangka mati, Kalau mati di mana kuburnya? 2.2.6 Pantun budi Masyarakat Melayu memandang tinggi akan budi sehingga tutur kata yang halus dianggap sebagai budi bahasa dan tata kelakuan yang baik disebut budi pekerti. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu sentiasa berusaha berbudi tanpa mengharapkan balasan. Melalui pantun, pesanan tentang budi disampaikan. Contoh: Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. 2.2.7 Pantun jenaka Pantun jenaka yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran, keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya. Pantun ini bertujuan untuk mendidik dalam suasana gembira. Contoh: Orang Rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang; Hilang semangat penghulu itik, Melihat ayam lumba berenang 2.2.8 2.2.9 Jenis Pantun Jenis Pantun P p : Dua Kerat : Empat Kerat - Kasih Sayang Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang. Burung merbuk membuat sarang, Anak enggang meniti di paya; Tembaga buruk di mata orang, Intan berkarang di hati saya. Payang retak tali bersimpul, Kendi lokan airnya tumpah;

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Nasib

Hidup tidak kerana kaul, Mati bukan kerana sumpah. Jenis Pantun : Empat Kerat - Perantau Pungut teritip di tiang batu, Batu pecah dilanda karang; Beginilah nasib dagang piatu, Kain basah kering di pinggang. Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan di tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal. Anak rusa nani, Baru kembang ekor; Apa dosa kami, Lalu tidak tegur.

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Kepahlawanan

Jenis Pantun Fungsi

: Empat Kerat - Kanak-kanak : Lagu sedih dan bersuka-ria

2.3 e PENGENALAN KANDUNGAN PANTUN MELAYU

Pembayang atau sampiran Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. Maksud atau isi Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema). Perkataan Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya. Suku kata Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

Rima atau bunyi Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a . Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik : CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

mengandungi 4 kerat/baris jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b . bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam. maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

JENIS-JENIS PANTUN Pantun 2 kerat Pantun 4 kerat (jenis paling popular) Pantun 6 kerat Pantun 8 kerat Pantun 10 kerat Pantun 12 kerat Pantun 14 kerat Pantun berkait FUNGSI PANTUN Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan Sindiran atau tempelak Melepaskan rindu dan kasih sayang Menyatakan penghargaan/terima kasih Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran Hiburan atau jenaka

DI MANA ORANG BERPANTUN?

Majlis pertunangan dan perkahwinan Teks pengacara/juruacara dan ucapan dalam majlis rasmi Pertandingan berbalas pantun Alunan lagu rakyat - Lagu Kanak-kanak - Lagu-lagu Asli - Dikir Barat dan Lain-lain: 3.0 Pantun nasihat 3.1 Pantun nasihat untuk kanak-kanak 3.2 Pantun nasihat untuk remaja Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara

Tetak buluh panjang suluh Mari jolok sarang penyengat Angkat doa jari sepuluh Doa minta biar selamat

Tuailah padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intailah kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan

Hendak dulang diberi dulang Dulang berisi sagu mentah Hendak pulang ku beri pulang Tinggalkan pantun barang sepatah

Lancang kuning lancang pusaka Nampak dari Tanjung Puan Kalau kering laut Melaka Barulah saya lupakan tuan

Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya Ayam hutan terbang ke hutan

Tali tersangkut pagar berduri Adik bukan saudara bukan Hati tersangkut kerana budi

Ayam rintik di pinggir hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga

Bila memandang ke muka laut Nampak sampan mudik ke hulu Bila terkenang mulut menyebut Budi yang baik ingat selalu

Burung Serindit terbang melayang Mari hinggap di ranting mati Bukan ringgit dipandang orang Budi bahasa rangkaian hati

Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di pohon kayu Bukan sembah sebarang sembah Sembah adat pusaka Melayu

Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di rumpun buluh Bukan sembah sebarang sembah Sembah menyusun jari sepuluh

Laksamana berempat di atas pentas Cukup berlima dengan gurunya Bagaikan dakwat dengan kertas Sudah berjumpa dengan jodohnya

Membeli papan di tengah pekan Papan kecil dibuat tangkal Mengapa umpan ikan tak makan Adakah kail panjang sejengkal

Rumah limas anjung Selatan Bunga kemuning tumbuh di laman Tangkainya emas bunganya intan Bolehkah ranting hamba patahkan

Tumbuh betik di tepi laman Pokok berangan pokok teruntum Sungguh cantik bunga di taman Bolehkah gerangan petik sekuntum

Asam kandis asam gelugur Ketiga asam si riang-riang Menangis mayat di pintu kubur Teringat badan tidak sembahyang

Baik-baik menanam selasih Jangan menimpa sipohon sena Baik-baik memilih kekasih Jangan sampai badan merana

Baik-baik mengail tenggiri Takut terkena siikan parang Baik-baik merendah diri Jangan menjadi hamba orang

Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpa Ajaran guru hendak dicari Mana yang dapat janganlah lupa

Buah mangga melendur tinggi Buah kuini berangkai tiga Hidup kita tidur dan mati Sudah mati baru terjaga

Buat bangsal di Pulau Daik Menahan taut sambil mengilau

Kalau asal benih yang baik Jatuh ke laut menjadi pulau

Budak-budak bermain tombak Tombak diikat dengan rantai Kalau takut dilambung ombak Jangan berumah di tepi pantai

Halia ini tanam-tanaman Ke barat juga akan condongnya Dunia ini pinjam-pinjaman Akhirat juga akan sungguhnya

Hari panas mencucuk benang Benang menjahit baju kebaya Air jernih lubuknya tenang Jangan disangka tiada buaya

Kalau tahu peria tu pahit Tidak ku gulai dengan petola Kalau tahu bercinta tu sakit Tidak ku mulai dari semula

Kalau tuan pergi ke Kelang Belikan saya semangkuk rojak Jangan diturut resmi kiambang Sungguhpun hijau akar tak jejak

Pisang kelat digonggong helang Jatuh ke lubuk di Indragiri Jika berdagang di rantau orang Baik-baik menjaga diri

Asap api embun berderai Patah galah haluan perahu Niat hati tak mahu bercerai Kehendak Allah siapa yang tahu

Air dalam bertambah dalam Hujan di hulu belumlah teduh Hati dendam bertambah dendam Dendam dahulu belumlah sembuh ********** Anak punai anak merbah Hinggap ditonggak mencari sarang Anak sungai lagikan berubah Inikan pula hati orang

Apa guna pasang pelita Jika tidak dengan sumbunya Apa guna bermain kata Kalau tidak dengan sungguhnya

Buah kuini jatuh tercampak Jatuh menimpa bunga selasih Biar bertahun dilambung ombak Tidak ku lupa pada yang kasih

Kajang tuan kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Dagang tuan dagang bertempat Dagang hamba terbuang lalu

Buah jambu disangka kandis Kandis ada di dalam cawan Gula madu disangka manis manis lagi senyuman tuan

Dari Arab turun ke Aceh Naik ke Jawa berkebun serai Apa diharap pada yang kasih Badan dan nyawa lagi bercerai

Bunga Melati terapung-apung Bunga rampai di dalam puan Rindu hati tidak tertanggung

Bilakah dapat berjumpa tuan

Burung Merak terbang ke laut Sampai ke laut mengangkut sarang Sedangkan bah kapal tak hanyut Inikan pula kemarau panjang

Bunga Melur kembang sekaki Mari dibungkus dengan kertas Di dalam telur lagi dinanti Inikan pula sudah menetas

Dalam perlak ada kebun Dalam kebun ada tanaman Dalam gelak ada pantun Dalam pantun ada mainan

Dari Jawa ke Bengkahulu Membeli keris di Inderagiri Kawan ketawa ramai selalu Kawan menangis seorang diri Dari teluk pergi pangkalan Bermain di bawah pohon kepayang Saya umpama habuk di papan Ditiup angin terbang melayang

Daun selalsih di Teluk Dalam Batang kapas Lubuk Tempurung Saya umpama si burung balam Mata terlepas badan terkurung

Orang Melayu naik perahu Sedang berdayung hujan gerimis Hancur hatiku abang tak tahu Mulut tertawa hati menangis

Orang tani mengambil nipah Hendak dibawa ke Indragiri

Seluruh alam ku cari sudah Belum bersua pilihan hati

Pasir putih di pinggir kali Pekan menyabung ayam berlaga Kasih tak boleh dijual beli Bukannya benda buat berniaga

Ribu-ribu pokok mengkudu Cincin permata jatuh ke ruang Kalau rindu sebut namaku Airmata mu jangan dibuang

Kalau roboh kota Melaka Sayang selasih di dalam puan Kalau sungguh bagai dikata Rasa nak mati di pangkuan tuan

Limau purut lebat di pangkal Batang mengkudu condong uratnya Hujan ribut dapat ditangkal Hati yang rindu apa ubatnya

Kalau menyanyi perlahan-lahan Dibawa angin terdengar jauh Rindu di hati tidak tertahan Di dalam air badan berpeluh

Ku sangka nanas atas permatang Rupanya durian tajam berduri Ku sangka panas hingga ke petang Rupanya hujan di tengahari

Kayuh perahu sampai seberang Singgah bermalam di kampung hulu Bukan tak tahu dunia sekarang Gaharu dibakar kemenyan berbau

lembing atas tangga perisai atas busut kening atas mata misai atas mulut

anak ikan dipanggang sahaja hendak dipindang tidak berkunyit anak orang dipandang sahaja hendak dipinang tiada berduit

saya tak hendak berlesung pauh lesung pauh membuang padi saya tak hendak bersahabat jauh sahabat jauh merisau hati

burung serindit terbang melayang singgah dihinggap di ranting mati duit ringgit dipandang orang jarang dipandang bahasa budi

batu sangkar batu berpahat terpahat nama raja bestari makanan arif, kias ibarat pantun seloka, ulam jauhari

daun durian jatuh tercampak lopak-lopak isi selasih tujuh tahun dilambung ombak tiada kulupa hati yang kasih

Anak Cik Siti mencari tuba Tuba dicari di Tanjung Jati Di dalam hati tidakkan lupa Bagai rambut tersimpul mati

Limau purut di luar pagar Rimbun putik dengan bunganya

Hujan ribut padang terbakar Embun setitik padam apinya

Puas saya bertanam ubi Nanas jugak dipandang orang Puas saya menabur budi Emas juga dipandang orang

Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut rindu kini tiada penghujung

Tinggi-tinggi pohon jati Tempat bermain simanja sayang Sungguh tinggi harga budi Budi dibalas kasih dan sayang Bunga Tanjung kembang semalam Pohon tinggi tidak berduri Gelombang besar di laut dalam Kerana Tuan saya kemari ********** Burung merpati terbang seribu Hinggap seekor di tengah laman Hendak mati di hujung kuku Hendak berkubur di tapak tangan ********** Dari mana hendak ke mana Tinggi rumput dari padi Hari mana bulan mana Dapat kita berjumpa lagi ********** Padi ini semumba-mumba Daun kurma daun cempedak Macam mana hati tak hiba Entah bertemu entah tidak ********** Permata jatuh ke rumput Jatuh ke rumput berbilang-bilang Dari mata tidakkan luput Dalam hati tidakkan hilang **********

Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di hujung taman Kalungan budi jujungan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman ********** Ayam rintik di pinggir hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga ********** Anak beruk di tepi pantai Pandai melompat pandai berlari Biar buruk kain dipakai Asal hidup pandai berbudi ********** Kiri jalan kanan pun jalan Tengah-tengah pohon mengkudu Kirim jangan pesan pun jangan Sama-sama menanggung rindu ********** Mendung si mega mendung Mendung datang dari utara Jangan selalu duduk termenung Kalau termenung badan merana ********** Pohon mengkudu tumbuhnya rapat Rapat lagi pohon jati Kawan beribu mudah didapat Sahabat setia payah dicari ********** Pokok terap tumbuh di bukit Belat berbanjar panjang ke hulu Jangan diharap guruh di langit Kilat memancar hujan tak lalu ********** Sampan kotak hilir mudik Dayung patah galah sebatang Ikhtiar tidak datang menggolek Akal tidak datang melayang ********** Siti Wan Kembang perintah Kelantan Nama termasyhur zaman dahulu Baik-baik memilih intan Takut terkena kaca dan batu ********** Buah langsat kuning mencelah

Senduduk tidak berbunga lagi Sudah dapat gading bertuah Tanduk tidak berguna lagi ********** Dua paya satu perigi Seekor bujuk anak haruan Tuan di sana saya di sini Bagai pungguk rindukan bulan ********** Gesek rebab petik kecapi Burung tempua membuat sarang Apa sebab jadi begini Karam berdua basah seorang ? ********** Hendak gugur gugurlah nangka Jangan menimpa putik pauh Hendak tidur tidurlah mata Jangan mengenang si dia yang jauh ********** Kain batik negeri seberang Dipakai anak Tanah Melayu Apa ertinya kasih dan sayang Kalaulah abang berjanji palsu ********** Pantai Cendering pasirnya putih Anak dagang berulang mandi Apa disesal orang tak kasih Sudah suratan diri sendiri ********** Disana pauh di sini pun pauh Daun mengkudu ditandungkan Adinda jauh kekanda jauh Kalau rindu sama tanggungkan ********** Pulau Tinggi terendak Cina Nampak dari Pulau Sibu Abang pergi janganlah lama Tidak kuasa menanggung rindu ********** Putik pauh delima batu Anak sembilang di tapak tangan Tuan jauh di negri satu Hilang di mata di hati jangan 3.3 Pantun nasihat untuk dewasa 3.4 Pantun nasihat untuk ibu bapa 3.5 Pantun nasihat untuk nenek

3.6 Pantun motivasi untuk guru Pergi memburu ke hutan lama Dapat rusa di wak tu pagi Kalau ilma ku dapat sama Usaha guru ku sanjung tinggi Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titi Biarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hati Anak rusa masuk ke taman Puas sudah orang memburu Kalau muda jadikan teman Kalau tua jadikan guru Berakit ke hulu dengan bergalah Buluh pecah terbelah dua Orang tua jangan dilangkah Kelak biadap dituduhnya pula Rusa betina berbelang kaki Mati terkena jerat sembat Orang yang muda kita sanjungi Orang yang tua kita hormat Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahu Suruh makan awak makan Suruh mengaji awak tak mahu Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggah Dari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah Orang tua patut disegani Boleh mendapat ajar nasihat Ular yang bisa tidak begini Bisa lagi lidah yang jahat Ramai orang menggali perigi Ambil buluh lalu diikat Ilmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat Tuan Haji memakai jubah Singgah sembahyang di tepi lorong

Kalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung Anak kambing anak rusa, Hidup di hutan bersama-sama, Kalau berbudi kita berbahasa, Budi yang baik dikenang jua. Bunga melati harum baunya, Berkembang mekar cantik rupanya, Jangan mengata tak tentu hala, Kerana di hati tidak diduga. Dalam bakul ada permata, Pertama indah pelbagai warna, Belajar dahulu sebelum bermula, Supaya hidup dijamin berjaya. Anna Abadi membeli halia FR memesan membeli laksa Jadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa Air melurut ke tepian mandi Kembang berseri bunga senduduk Elok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk Daun sirih ulam Cik Da Makan sekapur lalu mati Walaupun banyak ilmu di dada Biar merunduk resmi padi Buah pelaga makan dikikir Dibawa orang dari hulu Sebarang kerja hendak difikir Supaya jangan mendapat malu Kemumu di tengah pekan Dihembus angin jatuh ke bawah Ilmu yang tidak diamalkan Bagai pohon tidak berbuah Tumbuh melata si pokok tebu Pergi pasar membeli daging

Banyak harta tak ada ilmu Bagai rumah tidak berdinding Tulis surat di dalam gelap Ayatnya banyak yang tidak kena Jagalah diri jangan tersilap Jikalau silap awak yang bencana Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukat Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat Pakai baju warna biru Pergi ke sekolah pukul satu Murid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu Lagu bernama serampang laut Ditiup angin dari Selatan Layar dikembang kemudi dipaut Kalau tak laju binasa badan Padi segemal kepuk di hulu Sirih di hilir merekap junjungan Kepalang duduk menuntut ilmu Pasir sebutir jadikan intan. Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sana Kalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya Jangan pergi mandi di lombong Emak dan kakak sedang mencuci Jangan suka bercakap bohong Semua kawan akan membenci Buah cempedak bentuknya bujur Sangat disukai oleh semua Jika kita bersikap jujur Hidup kita dipandang mulia Jikalau tuan mengangkat peti Tolong masukkan segala barang Jikalau anak-anak bersatu hati

Kerja yang susah menjadi senang Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya Kayu bakar dibuat arang Arang dibakar memanaskan diri Jangan mudah menyalahkan orang Cermin muka lihat sendiri Selasih tumbuh di tepi telaga Selasih dimakan si anak kuda Kasih ibu membaa ke syurga Kasih saudara masa berada Masuk hutan pakai sepatu Takut kena gigitan pacat Kalau kita selalu bersatu Apa kerja mudah dibuat Bandar baru Seberang Perai Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan tulang berkecai Budi yang baik dikenang juga Encik Dollah pergi ka Jambi Pergi pagi kembali petang Kalau Tuhan hendak membagi Pintu berkancing rezeki datang Orang haji dari Jeddah Buah kurma berlambak-lambak Pekerjaan guru bukanlah mudah Bagai kerja menolak ombak Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggah Dari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah Terang bulan di malam sepi Cahya memancar kepangkal kelapa Hidup di dunia buatlah bakti Kepada ibu dan juga bapa

Kapal kecil jangan dibelok Kalau dibelok patah tiangnya Budak kecil jangan di peluk Kalau dipeluk patah tulangnya Asal kapas menjadi benang Dari benang dibuat kain Barang yang lepas jangan dikenang Sudah menjadi hak orang lain Tengahari pergi mengail Dapat seekor ikan tenggiri Jangan amalkan sikap bakhil Akan merosak diri sendiri Kapal Anjiman disangka hantu Nampak dari Kuala Acheh Rosak iman kerana nafsu Rosak hati kerana kasih Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau Angsa Indah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa Anak Siti anak yang manja Suka berjalan di atas titi Orang yang malas hendak bekerja Pasti menyesal satu hari nanti Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpa Ajaran guru hendak ditaati Mana yang dapat jangan dilupa Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok Ru Bila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guru Hari malam gelap-gelita Pasang lilin jalan ke taman Sopan santun budaya kita Jadi kebanggaan zaman berzaman

Pergi berburu sampai ke sempadan Dapat Kancil badan berjalur Biar carik baju di badan Asalkan hati bersih dan jujur Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang juga Ramai orang membeli jamu Di bawah pokok cuaca redup Bersungguh-sungguh mencari ilmu Ilmu dicari penyuluh hidup Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sucinya? Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya Berakit-rakit ke hulu Berenang-renang ke tepian Bersakit-sakit dahulu Bersenang-senang kemudian Buah cempedak diluar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati Dalam semak ada duri Ayam kuning buat sarang Orang tamak selalu rugi Macam anjing dengan bayang Baik-baik mengirai padi Takut mercik ke muka orang Biar pandai menjaga diri Takut nanti diejek orang Ke hulu membuat pagar

Jangan terpotong batang durian Cari guru tempat belajar Supaya jangan sesal kemudian Mari kita tanam halia Ambil sedikit buat juadah Usia muda jangan disia Nanti tua sesal tak sudah Padi muda jangan dilurut Kalau dilurut pecah batang Hati muda jangan diturut Kalau diturut salah datang Cuaca gelap semakin redup Masakan boleh kembali terang Budi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang Orang Daik memacu kuda Kuda dipacu deras sekali Buat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali Dayung perahu tuju haluan Membawa rokok bersama rempah Kalau ilmu tidak diamalkan Ibarat pokok tidak berbuah Kalau kita menebang jati Biar serpih tumbangnya jangan Kalau kita mencari ganti Biar lebih kurang jangan Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggah Dari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah Pantai Mersing kuala Johor Pantainya bersih sangat mashyur Pohonkan doa kita bersyukur Negara kita aman dan makmur Orang tua patut disegani Boleh mendapat ajarnasihat

Ular yang bisa tidak begini Bisa lagi lidah yang jahat Ramai orang menggali perigi Ambil buluh lalu diikat Ilmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat Tuan Haji memakai jubah Singgah sembahyang di tepi lorong Kalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung Patah gading serpih tanduk Mari diletak di atas papan Jika tahu ganja itu mabuk Buat apakah ia dimakan Anak rusa masuk ke taman Puas sudah orang memburu Kalau muda jadikan teman Kalau tua jadikan guru Berakit ke hulu dengan bergalah Buluh pecah terbelahdua Orang tua jangan dilangkah Kelak biadap dituduhnya pula Rusa betina berbelang kaki Mati terkena jerat sembat Orang yang muda kita sanjungi Orang yang tua kita hormat Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahu Suruh makan awak makan Suruh mengaji awak tak mahu Adik ke kedai membeli halia Emak memesan membeli laksa Jadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa Pergi ke kedai naik beca, Beca dinaik bersama tamu, Rajin-rajin adik membaca, Membaca baik menambah ilmu.

Pagi pagi mendengar cerita, cerita dari cikgu Rohaya, hidup kita punya cita-cita, untuk berjasa dan berjaya. jalan jalan mencari makan asam pedas jadi pilihan budi yang baik jadi ikutan di sayang guru juga rakan sarapan pagi minum susu di hidang bersama roti dan kaya membuat keputusan jangan terburu supaya hidup selamat sejahtera. adik berbisik mahu berahsia ibu mendengar tanpa jemu kalau mahu hidup bahagia penuhkan ilmu di dadamu mengapa kita malu bertanya, jika mahu mencari ilmu, jangan takut untuk bertanya, bersama kita berkongsi ilmu. Burung Kenyalang terbang melayang, terbang melayang di tepi perigi, hidup saling sayang menyayang, semoga hidup diberkati Jalan-jalan pergi ke pasara, pergi ke pasar memberli jamu, dari kecil hingga ke besar, menimba ilmu ilmu tanpa jemu. 4.0 Kesimpulan 5.0 Bibliografi