Anda di halaman 1dari 8

``TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERSARAAN

Mengumumkan ketibaan. Yang diraikan Tuan Haji Ibrahim b Talib ( Diiringi Encik Azizan B Md Saad Guru Besar SK Keladi ) Berarak masuk ke Dewan Seri Bitara

( Sampai di pentas pakaikan vest & semat rozet )

Lagu Negaraku.. ( Tetamu duduk di pentas )

Hari yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia tentu bermakna Majlis Kasih disemai Bakti dituai Sempena persaraan Tuan Haji Ibrahim B Talib

Bismilah Assalamualaikum. Dan Salam sejahtera 1. Yang diraikan, Tuan Haji Ibrahim B Talib 2. Yang Berusaha, Encik Azizan b. Hj Md Saad , Guru Besar SK Keladi, 3. Yang Berusaha, Encik Hashim B Ahmad, YDP PIBG SK Keladi 4. Puan Suzzana Bt Md Saad, Pen. Kanan Pentadbiran 5. Puan Khalidah Kaparawi, Pen. Kanan HEM. 6. Puan Norzita Bt Abdulla, Pen Kanan kokurikulum 7. Guru-Guru SK Keladi
1

8. Seterusnya Murid-murid yang dikasihi sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismilah pembuka bicara

Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon rahmat Moga majlis sentiasa diberkati

Marilah sama-sama kita menadah tangan dan mengaminkan bacaan doa oleh Ustaz Hasanus Syazili B Abdul Hadi

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin, amin ya rabbalalamin. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ustaz atas bacan doa itu tadi.

Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan, atas segala bakti dan jasa yang disumbangkan oleh yang diraikan Tuan Haji Ibrahim B Talib, sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir di SK Keladi.

Tiap yang bermula pasti berakhir, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, itu adat, lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan. Walau sukar untuk ditelan tapi kaki tetap mengorak langkah. Majlis hari ini diadakan khas untuk meraikan Tuan haji Ibrahim B Talib, yang telah genab tempoh pekhidmatannya.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Untuk itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan Adik Nor Amira Bt Mohamad Radzi, Wakil murid SK Keladi untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Adik Nor Amira Bt Mohd Radzi atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Puan Faznira Bt Ahmad, Wakil Guru Sk Keladi untuk menyampaikan ucapan

Dipersilakan
3

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Faznira Bt Ahmad atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya memjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Encik Azizan B Haji Md Saad, Guru Besar SK Keladi untuk menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan tuan Guru Besar sebentar tadi.

( Baca Biodata ) ustazah Fatimah tak pasti ada / tidak

Dengan ini dipersilakan yang Diraikan, Tuan Haji Ibrahim B Talib untuk menyampaikan ucapan..Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang diraikan Tuan Haji Ibrahim B Talib.

Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat
4

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenangkenangan .

Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan yang diraikan Tuan Haji Ibrahim B Talib untuk menerima cenderamata kenang-kenangan

Dipersilakan

1. Dimulakan dengan penyampaian cenderamata Dari pihak sekolah yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Besar

2. Dari PIBG, Dipersilakan Encik Hashim B Ahmad, YDP PIBG

3. Dari Kelab Guru dan Pekerja Sekolah, Dipersilakan Puan Umai Kalsum, Pengerusi Kelab Guru

4. Wakil Dari setiap aliran :

Dipersilakan wakil dari kelas Pra Sekolah

Wakil Tahun 1

Wakil Tahun 2

Wakil tahun 3

Wakil tahun 4

Wakil tahun 5

Wakil tahun 6

Seterusnya dipersilakan pula murid-murid yang ingin menyampaikan cenderamata secara individu..

Demikianlah tadi selesainya upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan

Persembahan/ selingan

Inilah yang dikatakan umpama belayar telah sampai ke pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Kita telah pun berada di penghujung acara, Sebelum bersurai marilah sama-sama kita saksikan upacara ` Dalam Kenangan` Tuan Haji Ibrahim B Talib akan menanam pokok.. Sebagai tanda kenang-kenangan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara masak Esok jangan layu- layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan

Sekian

Wasalam