Anda di halaman 1dari 1

Butir- butir Tuntutan:

Pada 26/9/12 yang lalu,saya telah membeli tiga buah jam dinding berharga Rm48.00,Rm48.00 dan Rm165.00 yang berjenama Orient di Weng Soon Watch dealers di Tanjung Rambutan,Perak. Pada mulanya, saya memberitahu kepada pekedai tersebut bahawa saya tak mahu jam yang dipamerkan,tetapi pekedai masih lagi mengesa saya untuk mengambil set tersebut dengan alasan set itu baru beberapa hari dipamerkan.Saya pun percaya akan pekedai itu.Kemudian saya bertanya kepada pekedai itu tentang benda yang tidak bergerak di bahagian bawah jam berkenaan.Pekedai itu berkata bahawa benda itu akan berpusing apabila digantung pada dinding nanti. Pada masa yang sama,saya tidak mempunyai duit yang cukup dan saya meminta izin pekedai itu untuk membawa duit yang secukupnya dari bank berdekatan.Apabila saya balik dalam masa yang singkat, didapati pekedai itu telah pun membungkus ketiga-tiga jam dinding itu. Pada hari yang sama , lebih kurang pukul 9.00 malam ,saya bersiap untuk menyangkutkan jam di dinding rumah saya.Pada masa itu ,saya terasa ada bahagian yang rosak di atas penjuru kiri jam dinding itu. Apabila saya mengantung jam tersebut benda yang seharusnya berpusing di bahagian bawah itu tidak berfungsi. Saya pun terus membungkus semula jam dinding itu(Rm165.00) Pada keesokkan harinya(27/9/12),saya memberikan jam itu kepada rakan pensyarah yang tinggal di Tanjung Rambutan. Saya berbuat demikian kerana saya terpaksa pergi ke Sabah atas urusan lawatan rasmi jabatan saya bersama pensyarah dan guru pelatih selama 4 hari dari 27/9 hingga 30/9 /12. Kami bertolak ke lapangan terbang seawal 7.00 pagi. Apabila kawan saya menjelaskan kerosakkan jam itu,pekedai tidak mahu tukar jam berkenaan kerana kononnya jam itu elok pada masa saya belinya. Pada 1/10/12 ,saya sendiri pergi ke kedai tersebut untuk berbincang tetapi pekedai itu marah saya dan enggan untuk menggantikan jam dinding tersebut. Saya berikan masa lebih kurang seminggu kepada pekedai itu. Saya juga ada menelefon ke telefon bimbit pekedai itu untuk bertanya jawapan tetapi pekedai masih lagi tidak mahu menggantikan jam itu. Pekedai itu dengan angkuh memberitahu saya kalau mahu beritahu sesiapa atau boleh komplen mana mana ,saya tidak takut sebab sudah 40 tahun lebih saya sudah berniaga di sinikatanya. Kemudian saya pun melaporkan hal ini kepada pejabat perdagangan dalam negeri.