Anda di halaman 1dari 1

Punca Sikap ingin tahu remaja juga antara punca kepada masalah ini.

Remaja kini sangat cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu sememangnya wujud dalam diri remaja.Setiap perkara yang dilarang itulah yang ingin diterokai oleh mereka.Remaja beranggapan bahawa mereka menjadi lebih matang dan hebat dengan mencuba sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain. Lebih-lebih lagi perlakua seks rambang. Hakikatnya remaja yang matang seharusnya berfikiran positif dan rasional dalam membuat keputusan dan bukannya dengan cara yang ditegah oleh agama .Persis kata peribahasa Melayu,sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna, menjelaskan kepada kita betapa pentingnya kita membuat keputusan dengan bijak agar tidak menyesal di kemudian hari.Tambahan pula,remaja pada masa sekarang boleh dikatakan lebih rapat dan banyak menghabiskan masa bersama rakan berbanding dengan ibu bapa mereka. Maka,boleh dikatakan pengaruh rakan sebaya yang negatif juga menjadi antara punca kepada masalah ini. Kesan Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku. Langkah Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam usaha menangani masalah pembuangan bayi. Peranan ibu bapa adalah mendidik anak-anak menjadi insan yang bermoral dan tidak mudah terpengaruh dari gejala sosial yang bercegahan dengan agama.Didikan agama yang sempurna perlu diberikan seawal yang mungkin kepada anak-anak bagi memandu mereka kearah kebaikan. Remaja yang mempunyai iman yang teguh tidak akan mudah terjebak dengan gejala sosial ini kerana mereka dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Ibu apa juga perlulah mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas.