Anda di halaman 1dari 41

Seronok Bermakna

Berguna Mencabar

Pengajaran dan pembelajaran Matematik yang berkesan hendaklah mengambil kira aspek berikut: pendekatan, kaedah & teknik mengajar kebolehan, pengalaman dan minat murid. perancangan P & P yang teliti Aktiviti yang seronok, bermakna, berguna

dan mencabar kepada semua murid.

5 perkara diberi pertimbangan bagi memaksimumkan kesan pengajaran dan pembelajaran matematik:1. Membina kefahaman tentang konsep dan kemahiran matematik melalui

2.

3.

4.

5.

manipulasi objek konkrit dan gambar rajah serta pemikiran yang bersistematik sebelum diperkenalkan symbol dan algoritma yang abstrak. Pemahaman konsep dan kemahiran matematik oleh murid perlu disusuli dengan latihan secara lisan dan bertulis yang mencukupi. Selain itu, pelbagai aktiviti perlu diberikan seperti permainan yang melibatkan nombor untuk tujuan motivasi, pengukuhan dan pengayaan. Latihan mencongak fakta asas nombor dan operasi perlu dijalankan selalu bagi mengekalkan ingatan murid serta membiasakan penggunaannya apabila mengira, menghitung dan menyelesaikan masalah matematik. Dorongan dan bimbingan perlu diberikan kepada murid untuk menggunakan bahasa matematik dengan tepat dan teratur semasa berkomunikasi Nilai-nilai murni perlu diterapkan dimana mungkin secara bersahaja semasa pengajaran dan pembelajaran.

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


pembelajaran yang menarik yang berpusatkan murid; kemahiran pembelajaran dan gaya pengajaran;

penggunaan bahan bantu mengajar yang releven, sesuai dan efektif; dan
penilaian formatif untuk menentukan pencapaian

pengajaran dan pembelajaran

Pendekatan yang sesuai termasuk yang berikut:


Pembelajaran Secara Masteri Pembelajaran Secara Konstruktivisme Inkuiri Penemuan Pembelajaran Kontekstual Kajian Masa Depan Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran Masteri

Apa dia Pembelajaran Masteri?


Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat menguasai apa yang diajar. Konsep ini diperkenalkan dengan berasaskan kepada satu prinsip atau falsafah iaitu semua murid boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya :
ada masa yang cukup untuk murid menguasainya; dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.

Dalam proses pembelajaran masteri, guru harus memastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain.

Model Pembelajaran Masteri


Unit Pembelajaran 1 Penentuan Hasil Pembelajaran

Pengajaran & Pembelajaran

Penilaian

Tindakan Susulan Aktiviti Pengayaan


Ya

Ya
Sudahkah murid menguasai?

Tidak

Tindakan Susulan Aktiviti Pemulihan

Teruskan

Unit Pembelajaran 2

Bagaimanakah Pembelajaran Masteri Dilaksanakan?


Pada asasnya anda perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut: a) Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran; b) Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai; c) Menilai dengan ujian diagnostik, formatif dan sumatif; dan d) Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Apakah Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri?


Tugas anda dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah : a) Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai; b) Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri; c) Melatih murid dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir; d) Mengenal pasti murid yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik; e) Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan f) Menilai prestasi murid melalui ujian sumatif.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Pembelajaran Masteri


Tiada satu kaedah atau aktiviti P & P yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana murid berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.

Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan pelajar, menarik dan menyeronokkan.
Guru harus merancang dan menggunakan berbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran murid.

Pembelajaran koperatif
Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri.
Dalam pembelajaran koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar belajar di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Set Induksi
- menarik perhatian & merangsang minat murid - menjurus ke arah kesediaan minda murid

Contoh Aktiviti:
- gunakan gambar - mengulangkaji pelajaran lepas - mengaitkan dengan isu semasa - kaitkan dengan pengalaman harian murid - Congak

PENYAMPAIAN GURU

Kaedah/Strategi

Pelbagai Sesuai Berpusatkan murid

Teknik Penyoalan Guru


- Mengemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif - Menyusun aras soalan mudah kepada sukar - Mengemukakan soalan yang jelas maksudnya dan boleh difahami - Menyebarkan soalan ke seluruh kelas - Memberi masa untuk murid berfikir - Mencungkil jawapan daripada murid - Mengalihkan soalan kepada murid lain - Memberi respons yang sesuai terhadap jawapan murid

PELAKSANAAN PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN

Aktiviti Murid

1. 2. 3. 4. 5.

Mengambil nota Membuat latihan Perbincangan Persembah hasil aktiviti Pembelajaran arah kendiri

PENILAIAN
1. 2. 3. 4. 5. Pemerhatian Soal jawab Perbincangan Kerja bertulis* Kerja rumah*

* Mesti disemak/diperiksa

PENGUKUHAN

1. 2. 3. 4. 5.

Ingatan jangka pendek / jangka panjang Selepas murid faham Latih tubi Kerja rumah / tugasan Aplikasi ilmu dan kemahiran dalam pembelajaran

PEMULIHAN

1. Ajar semula dengan kaedah yang berbeza 2. Bimbing murid secara individu 3. Guna pelbagai bahan 4. Guna pelbagai teknik 5. Beri latihan ulangan

PENGAYAAN
1.Soalan beraras tinggi 2.Projek 3.Belajar dari maklum balas 4.Sedia bahan untuk maklumat tambahan 5.Bimbing murid cari maklumat tambahan

Penutupan
- Membuat penutupan kognitif rumusan pelajaran dibuat oleh guru atau murid atau membuat penilaian secara lisan/tulisan - Membuat penutupan sosial kenyataan yang mententeramkan emosi murid dan persediaan untuk pelajaran akan datang

Inkuiri Penemuan

Pendekatan Inkuiri Penemuan


Inkuiri membawa maksud penglibatan yang menghasilkan kefahaman. Pelajar cuba menemui sesuatu yang baru dalam pengalamannya Kaedah semula jadi yang digunakan oleh kanak-kanak untuk membina pengetahuan baru mereka Antara pendekatan yang paling berkesan dalam pembelajaran (ditemui sendiri oleh pelajar)

Berpusatkan pelajar

Menekan penerokaan dan penemuan yang dibuat oleh pelajar sendiri


Pelajar temui konsep-konsep matematik melalui

aktiviti penyelesaian masalah Pembelajaran matematik menjadi seronok (jika dilaksanakan dengan baik)

Pembelajaran Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme


Murid lebih berfikir Murid lebih faham Murid lebih ingat Murid lebih yakin Murid lebih berkemahiran sosial Murid lebih seronok

Peranan guru konstruktivis


Menggalakkan murid menerangkan

lebih lanjut jawapan kpd soalan yang ditanya. Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka

Pembelajaran Kontekstual

Definisi
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran

yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on.

Kenapa Kontekstual ?
Pendekatan Kontekstual ini dapat meningkatkan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran matematik di kalangan murid kerana ia berasaskan persekitaran murid dan aktiviti yang berpusatkan murid serta sumber pengajaran pembelajaran.

Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual (REACT)


1. Relating (Menghubung kait): Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran kontekstual yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak.

2.Experiencing (Mengalami): Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran kontekstual. 3. Applying (Mengaplikasikan): Mengaplikasikan konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain.

Alat Bantu Mengajar dari bahan terbuang

Abstrak Menulis

Penyampai

4
Pasif

1
Aktif

Melukis

3
Konkrit

Bermain dengan benda maujud

JENIS KECERDASAN PELBAGAI


Verbal-Linguistik Naturalis

+
8 7 1
KECERDASAN

2 3 4

Logik-Matematik

Intrapersonal

PELBAGAI

Visual-Ruang

Interpersonal

Kinestetik

Muzik

RUMUSAN
Tiada satu kaedah atau aktiviti P & P yang terbaik tetapi yang

dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan murid.
Dalam pembelajaran masteri anda digalakkan mencuba

pelbagai kaedah mengajar, langkah-langkah pengajaran dan bahan P & P yang akan membantu murid menguasai apa yang mereka belajar.
Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus

memastikan semua murid dapat menguasai perkaraperkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain.

WALAU APAPUN KAEDAH YANG DIGUNAKAN, JANGAN BIARKAN KEADAAN INI BERLAKU KEPADA PELAJAR

OK, DAH HABIH SEKIAN TERIMA KASIH