Anda di halaman 1dari 52

1.

KAKI AMPU YANG MUNAFIK

Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerah dengan bintangbintang kehormat. Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya. Baginda membuka dan menghidunya. "Minyak wangi apa ni... busuk sangat baunya.." Sambil berkata begitu, raja itu menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. Mufti itu menghidunya. "Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata, "Betul Tuanku! Minyak wangi ini memang busuk." Begitulah seterusnya botol itu diedar kepada para jemputan yang ada di balairong. Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya. Akhirnya sampailah kepada giliran seorang memanda menteri. Sebaik saja menciumnya, dia terus berikan respons, "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Kesemua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini sangat harum, tidak seperti yang tuan-tuan katakan." Mendengar kata-kata memanda menteri tadi, raja itu tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana nak mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini pengampu-pengampu semua dipecat dari sebarang jawatan. Memanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja." 1

MORAL & IKTIBAR

Seorang pemimpin yang benar-benar sedar tentang peranannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sentiasa berusaha menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Mereka bersedia menerima teguran membina daripada rakyat-rakyat dan orang bawahannya meskipun pahit didengar. Sebaliknya mereka benci kepada orang-orang yang suka mengampu dan memujinya tanpa hak.

Mereka yang Allah kehendaki menjadi manusia yang baik rela mendengar pendapat dan kritikan orang lain terhadapnya. Bertuahlah sesebuah negara yang mempunyai umara' (raja) yang menghampiri ulama' dan binasalah sesebuah negara yang mana ulama'nya suka menghampiri umara'.

Kata-kata yang ikhlas disukai Allah meskipun dibenci oleh semua manusia. Sebaliknya kata-kata yang tidak ikhlas dibenci Allah meskipun digemari oleh semua lapisan manusia.

Carilah keredhaan Allah meskipun terpaksa berdepan dengan onak dan duri. Kebaikan sejati ialah berani berkata benar di depan pemerintah yang zalim. Pemerintah yang zalim suka mempunyai penasihat-penasihat yang berkata manis kepada dirinya walaupun tidak benar. Jauhi sifat munafik kerana ia ibarat musang berbulu ayam. Membiarkan si munafik bermaharajalela seolah-olah merosakkan keseluruhan mukabumi Allah ini dengan noda dan dosa.

Allah

membenci

orang

yang

munafik.

Oleh

sebab

itulah

kedudukan orang munafik adalah paling hina daripada orang kafir. Orang kafir jatuh kerana kejahilannya tetapi si-munafik berkata bohong sedangkan dia tahu itu adalah salah. Justeru, 2

Allah meletakkan orang munafik di kerak neraka yang paling bawah.

Jangan menjadi pak turut sehingga menggelapkan kebenaran yang sepatutnya diperjuangkan. bagi Apabila kezaliman keadilan telah yang memenuhi mukabumi, menjadi fardhu ain kepada setiap orang membuat REFORMASI menegakkan di<B>LIWAT.

2. TAUBAT SEORANG PEMINUM ARAK

Pada suatu hari, Khalifah Umar ibni Khattab berjalan-jalan di loronglorong dalam kota Madinah. Apabila sampai di persimpangan jalan, beliau terserempak dengan seorang pemuda yang membawa kendi. Ini menimbulkan sangkaan buruk Umar terhadap pemuda itu. Lantas 3

Umar menyoal, "Apa yang engkau bawa itu?" Dalam keadaan ketakutan pemuda itu terketar-ketar menjawab, "Madu, wahai Umar.." Sebenarnya pemuda itu sedang membawa kendi arak. Selepas berkata demikian, timbul perasaan insaf di hatinya untuk bertaubat dari minum arak. Dia menyesal melakukan perbuatan yang ditegah agama. Dia benar-benar berharap sambil berdoa supaya Khalifah Umar tidak memeriksa isi kendi itu. Namun Khalifah Umar tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pemuda itu; lalu mengambil kendi itu untuk diperiksa. Doa pemuda itu dikabulkan Allah. Apabila diperiksa, Baginda Umar dapati di dalamnya terdapat madu. Allah menukarkan arak menjadi madu. Dengan demikian pemuda itu terselamat dari tindakan Khalifah. Semenjak peristiwa itu, pemuda itu bertaubat dan berjanji tidak akan meminum arak lagi.

MORAL & IKTIBAR

Allah Taala sentiasa memperkenankan doa orang yang bertaubat ikhlas kepadaNya Setiap pemimpin mestilah bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh rakyat yang dipimpinnya. Setiap pemimpin akan disoal mengenai kepimpinannya Kebajikan yang dibuat ikhlas kepada Allah menghapuskan dosa kejahatan yang dibuat sebelumnya

3. SI-SOPAK, SI-BOTAK DAN SI-BUTA

Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta. Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak. Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Sibotak menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak." Tibatiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak. Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Sibuta menjawab, "Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah. Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak

yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin. Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah

menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin. Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur. Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal.

MORAL & IKTIBAR


o

Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur 6

Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan

kemewahan dan kesenangan


o o

Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah.

4. KERA DENGAN TUKANG GUNTING Bismillahir Rahmanir Rahim Melihat remaja kita yang suka meniru-niru budaya asing, teringat saya satu cerita yang pernah dikisahkan oleh seorang guru semasa saya kecil dulu. Ceritanya begini: Seekor kera berada di atas sepohon pokok. Dia ternampak seorang tukang gunting sedang menggunting rambut seorang budak di bawah pokok. Dia tertarik hati dan asyik melihat gelagat tukang gunting yang menggunakan gunting dan pisau cukur. Pekerjaan tukang gunting itu menarik perhatiannya sehinggalah selesai tukang gunting itu menggunting rambut budak itu.

Setelah selesai, tukang gunting itu pun beredar dari situ untuk makan. Dia meninggalkan perkakasannya di bawah pokok itu. Sang Kera segera turun dari pokok untuk melihat gunting dan cukur yang digunakan oleh tukang gunting tadi. Tergerak di hatinya untuk meniru perbuatan mengambil badannya. tukang pisau Dalam gunting. cukur Dia pun mengambil dia cukur gunting bulu lalu di menggunting bulu/rambut di badan dan kepalanya. Setelah itu dia pula. Cepat-cepat pisau meraut itu kegopohannya memotong

sebahagian hidungnya. Kera menjerit kesakitan. Darah bercucuran mengalir dari mukanya. Sang Kera mula menyesal atas perbuatannya meniru perbuatan tukang gunting itu.

MORAL

DAN

PENGAJARAN:

1. Meniru perbuatan orang tanpa mengetahui baik buruknya boleh merosakkan diri sendiri 2. Jangan mudah terpengaruh dengan sesuatu budaya yang bercanggah dengan norma kehidupan kita 3. Mengambil hak orang lain tanpa memberitahunya terlebih dulu adalah satu kesalahan yang boleh menjadi sebab kepada kerosakan diri sendiri 4. Meniru budaya yang asing naluri dalam dan kehidupan sunnatullah kita atau adalah fitrah bertentangan semulajadi. Bukanlah dinamakan kebijaksanaan mereka yang suka meniruniru sesuatu dari orang lain. dengan

Melaka, 15 12 April 1998 Zulhijjah 1418

5. ALLAH ADA, ALLAH LIHAT

Pengetahuan pertama yang patut diberi kepada anak ialah ilmu Tauhid - pengesaan terhadap Allah diikuti dengan pengenalan terhadap Nabi Muhammad saw. sesuai dengan konsep 'awaludin makrifatullah' atau awal-awal agama ialah mengenal Allah. Dalam usaha menerapkan jiwa tauhid ini, seorang bapa

mengajar anaknya supaya mengulang beberapa kali ayat berikut "Allah ada, Allah melihat". Si anak tadi terus menjadikannya seperti wirid dengan mengulang berkali-kali ungkapan "Allah ada, Allah lihat". Kalau tak dapat diucapkan dengan mulut, ia dilintaskan di dalam hati. Pada satu hari, si-bapa dan anaknya berjalan-jalan di sebuah dusun buahan jirannya. Dia ternampak buah rambutan sedang masak di sebuah pokok. Teringin di hatinya untuk mengambil beberapa tangkai lalu dia pun menyuruh anaknya memanjat. Sebelum memanjat dia mengingatkan anaknya supaya meneriaknya jika ternampak ada orang menghala ke situ. Si anak yang taat itu pun memanjat sebagaimana yang disuruh oleh bapanya. Apabila hendak memetik, si-anak terus memekik "ada orang! ada orang!". Bapanya terperanjat dan lari lintang pukang 9

bersembunyi di balik semak. Apabila anaknya turun dan mendapati tiada siapa di situ, si-bapa bertanya mana orangnya. Si-anak tadi memberitahu bapanya, "Allah ada, Allah melihat. Allah melihat apa yang saya buat. Sebab itu saya terjerit!" Si-bapa terdiam malu mendengar kata-kata anaknya itu. MORAL & IKTIBAR

Mengajar tauhid kepada anak sejak kecil lagi adalah fardhu ain Taufiq dan hidayah adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya Allah tidak suka kepada orang yang tidak mengamalkan apa yang dikatakannya Kadang-kadang orang yang belajar lebih pandai daripada orang yang mengajar Jangan lihat siapa yang berkata tapi dengar apa yang dikatakannya Ungkapan seperti 'Allah melihat apa yang kita buat' patut diterapkan dalam sanubari kita hingga benar-benar sebati dengan darah daging kita. Ilmu agama khususnya bidang akidah lebih berkesan diberi semasa kecil Orang senior perlu juga mendengar kata nasihat orang junior Mengingat Allah menjauhkan kita dari melakukan maksiat

10

6. TUKANG KASUT DAN RAJA

Seorang alim meminta tukang kasut menampal kasutnya yang koyak. Orang alim itu tidak mempunyai wang sebagai upah kepada tukang kasut. Sebagai ganti dia hendak mengajarkan satu ilmu agama kepadanya. Tukang kasut itu tidak bersetuju dan tetap hendakkan wang sebagai upah. Di negeri yang sama, seorang raja menyerahkan anaknya kepada Tok Guru untuk mendalami ilmu agama. Bertahun-tahun anaknya belajar di pondok Tok Guru tetapi tidak dapat apa-apa kecuali mahir dalam satu bab saja iaitu Bab Haid. Apabila Raja mengetahui anaknya mahir dalam agama walau satu bab sahaja, dia menyerahkan semua hartanya kepada si-anak tadi.

MORAL

&

IKTIBAR

Orang yang mengasihi dunia lebih suka mendapat ganjaran yang sedikit daripada dunia. Peminat dunia tidak begitu menghargai nilai ilmu agama Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Dalam hal ini tukang kasut tidak dapat hidayah Allah. Akal manusia tidak dapat menilai suatu yang baik hanya berdasarkan kepada logik akal tanpa merujuk kepada ajaran agama.

11

Mereka yang dapat menilai kepentingan ilmu berasa bertuah meskipun hanya dapat satu ilmu saja kerana nilai di sisi Allah adalah amat besar. Wang ringgit akan habis tetapi ilmu agama kekal sebagaimana kekalnya akhirat. Wang ringgit bukan menjadi ukuran keredhaan Allah Manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya Bukan semua orang miskin menyintai agama, dan bukan semua orang kaya menyintai dunia

7. BERKAT KEJUJURAN

Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad. Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang

penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan 12

kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu. Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdula Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.

MORAL

&

IKTIBAR

Ilmu Agama perlu dituntut meskipun terpaksa berjalan jauh. Kata-kata ibu menjadi pendorong dan perangsang dalam hidup. Berkata benar adalah satu kekuatan yang boleh memberi keinsafan kepada orang lain Niat yang baik dan ikhlas mendapat keberkatan daripada Allah

8. PENCURI KAIN KAPAN 13

Di Baghdad terdapat seorang lelaki yang sering mencuri kain kapan. Dia menggali setiap kubur orang yang baru meninggal dunia dan mengambil kain itu. Pada satu malam sedang dia menggali kubur, dia terperanjat besar melihat api menjulangjulang keluar dari lubang kubur. Badannya menggigil dan terus pingsan. Sebaik saja sedar, dia lari lintang-pukang sambil menangis teresak-esak. Dia berjumpa dengan seorang wali Syeikh Jonid Al-Bustani untuk menceritakan keadaan dan ingin bertaubat. Dia mengadu yang dia telah menggali 78 kubur. Hanya 2 kubur saja yang mayatnya masih mengadap kiblat. Dalam kubur-kubur lain, semua mayat itu telah berpusing membelakangkan kiblat. Syeikh atau Joned ragu-ragu menerangkan tentang mayat-mayat rezeki yang oleh berpusing Allah. membelakangkan kiblat itu adalah pada masa hidupnya syak jaminan

MORAL

&

IKTIBAR

Kita mesti yakin tentang rezeki yang Allah telah jamin sebelum kita dilahirkan lagi. Syak terhadap jaminan ini sama seperti tidak beriman terhadap Allah Allah mengurniakan hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki meskipun pada mulanya dia seorang a'asi (maksiat)

14

Jangan

menghina

atau

memandang

rendah

kaki

maksiat,

jangan-jangan dia akan bertukar menjadi orang yang soleh; sedangkan kita belum tahu.

Syak terhadap jaminan rezeki adalah satu dosa yang balasannya diterima di dalam kubur lagi. Mayat di kubur sebenarnya tidak mati, dia hanya berpindah alam dan di sana dia akan merasa bahagia jika ahli syurga dan ditimpakan azab jika ahli neraka.

9. NAIK SALAH, TURUN PUN SALAH

Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang kaldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor kaldai. Kedua-dua mereka menaiki kaldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orangramai. Ada di antara mereka berkata "Ini kes aniaya. Kaldai tu dah le kecil. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Tak ada peri kemanusiaan langsung". Si-bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan

membiarkan anaknya sendirian di atas kaldai. Si-bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orangramai. Sekali lagi ada yang komen, "Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik kaldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki." Si-anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang kaldai. Si-anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas kaldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali

15

lagi mereka mendengar rungutan "Bapa tak ada otak, dia sedap naik kaldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan." Mendengar komen itu, si-bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Kaldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen "Apalah bodohnya orang tua ni. Ada kaldai tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa kaldai!" Mendengar kata-kata ini, si-bapa pun memberitahu anaknya.

"Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka.."

MORAL & IKTIBAR


Kebanyakan orang memang suka mencari kesalahan orang Pendapat dan komen mereka tidak boleh diikut melulu kecuali memang ada asas dan kebenaran. Pertimbangan mesti berdasarkan keadaan dan senario yang kita hadapi. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan

10. NELAYAN MUKMIN DAN NELAYAN KAFIR

Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut 16

untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak. Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan

mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak. Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat "Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah." Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat "Alangkah malangnya nasib sikafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam."

MORAL & IKTIBAR

17

Kediaman mukmin adalah di syurga manakala kediaman kafir adalah di neraka Dunia adalah syurga orang kafir Kekayaan dan kemewahan di dunia tidak semestinya berkekalan di akhirat Kesusahan orang mukmin di dunia tidak seberapa jika dibandingkan dengan kenikmatan yang disediakan di syurga Kesenangan neraka orang kafir di dunia tak berbaloi jika

o o

dibandingkan dengan azab seksa yang disediakan di Kesenangan atau kesusahan seseorang bukan menjadi kayu ukur bagi keredhaan Allah; yang menjadi penentu ialah keimanan terhadapNya
o

Kesusahan di dunia bukan bermakna Allah tidak menyukai seseorang Begitu juga kemewahan yang Allah berikan kepada

seseorng bukan bermakna Allah meredhainya


o o

Redha di atas takdir Ilahi adalah sifat mukmin sejati Jangan berputus asa, kecewa atau sedih apabila melihat orang kafir senang dan mewah dalam kehidupan di dunia Keimanan seseorang adalah lebih mahal daripada dunia dan beriman dengan Allah isinya. Apalah maknanya kemewahan jika tidak mensyukuri dan

11.

SAIDINA ALI DAN PEMINTA SEDEKAH

Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah 18

menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu. Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari. Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta. Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?" Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

MORAL

&

IKTIBAR

Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan.

19

Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi. Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan. Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

12.

SATU AMALAN NILAINYA SYURGA

Di padang Mahsyar segala amalan manusia ditimbang oleh Allah. Mana yang lebih banyak pahala dimasukkan ke syurga sementara yang berat timbangan dosa dihumban ke neraka. Seorang hamba Allah didapati kurang satu amalan (mata) saja untuk melayakkan dia masuk ke syurga. Jika mengikut perkiraan, dia adalah calon neraka tapi Allah Maha Penyayang akan hambanya. Allah memerintahkan orang itu mencari satu lagi mata untuk melayakkan dia ke syurga. Puas dia merayau dan mengemis dari seorang ke seorang untuk mendapatkan satu kebajikan saja namun hampa. Masing-masing memerlukan walau satu kebajikan. Kesemuanya mengatakan nasib mereka belum menentu, bagaimana hendak memberikan satu pahala. Namun dia tidak berputus asa. Akhirnya berjumpa dengan seorang hamba Allah yang bersimpati dengannya. Dia mengatakan hidupnya bergelumang dengan dosa dan sepanjang hidupnya hanya membuat satu kebajikan saja. Padanya satu pahala itu tidak membawa sebarang makna, kerana menyangkakan dia akan masuk ke neraka akhirnya. Oleh sebab simpatinya kepada orang itu, dia memberikan satu pahala itu kepadanya. Dengan gembira yang tidak terhingga dia kembali 20

menghadap Allah membawa pahala tersebut. Dia menerangkan apa yang berlaku. Oleh sebab sikap penderma yang pemurah itu, Allah menyuruh orang itu mencari penderma berkenaan untuk dimasukkan bersamanya ke dalam syurga.

MORAL

&

IKTIBAR

o o

Allah bersifat dengan AR-RAHIM Jangan remehkan kebajikan walaupun hanya sunat amalan

Satu kebajikan amat berat timbangan di sisi Allah Satu amalan boleh meletakkan diri sama ada syurga atau neraka Di padang mahsyar semuanya nafsi-nafsi; masing-masing mau melepaskan diri dari azab yang pedih Orang yang pemurah akan dirahmati Allah yang bersifat dengan Pemurah Penghakiman di akhirat amat teliti serta berlandaskan keadilan yang hakiki

13. PERBALAHAN MALAIKAT RAHMAT DAN MALAIKAT AZAB

Pada zaman dulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai pendita untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat. Pendita dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan 21

terus membunuh pendita itu, menjadikannya mangsa yang ke100. Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia masih ada harapan untuk bertaubat. Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat. Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang diterangkan oleh ulama tadi. Sebaik saja sampai separuh perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia. Ketika itu terjadilah perbalahan antara dua malaikat, iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu kerana pada pendapatnya dia adalah orang baik lantaran azamnya untuk bertaubat sementara Malaikat Azab mengatakan dia mati dalam su'ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang dan masih belum membuat sebarang kebajikan. Mereka saling berebutan dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu. Allah kemudian menghantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perbalahan mereka berdua. Dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu 22

dengan kedua-dua tempat; adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang hendak dituju atau lebih dekat dengan tempat dia mula bertolak. Sekiranya jaraknya lebih dekat dengan tempat kebajikan, dia kepunyaan Malaikat Rahmat. Setelah diukur, didapati jarak ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oleh Malaikat Rahmat. Lelaki itu Allah. akhirnya mendapat pengampunan

MORAL

&

IKTIBAR

Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani Orang yang berbuat dosa hendaklah diiringi dengan penyesalan dan taubat. Jangan merasa putus asa dari rahmat Allah meskipun telah melakukan dosa yang sangat banyak kerana rahmat Allah sangat luas dan lebih besar daripada dosa besar yang kita lakukan. Menjalankan amar makruf dan nahi mungkar hendaklah dengan hikmah dan bijaksana. Fatwa yang salah dan tidak berlandaskan hukum sebenar hanya menyusahkan diri sendiri Pelepasan Orang dari azab diperolehi bertaubat hanya mesti dengan buktikan berlebihnya penyesalan

timbangan kebajikan meskipun dengar kadar yang sedikit.

yang

hendak

dengan tindak-ikut yang sewajarnya.

23

Orang yang bertaubat dengan sungguh-sungguh penyesalan dan berikrar tidak mengulangi kejahatannya akan diterima oleh Allah taubatnya. Mereka yang diterima oleh Allah akan taubatnya seolah-olah tidak mempunyai sebarang dosa. Mereka yang sempat bertaubat 'nasuha' sebelum roh sampai ke khalqum dimasukkan ke dalam syurga

14.

TERPERANGKAP DI DALAM GUA

Pada zaman dulu, 3 orang pemuda dalam satu perjalanan berehat di dalam sebuah gua untuk berteduh dari hujan lebat. Tiba-tiba pintu gua tertutup oleh satu batu yang besar. Mereka cuba menolak batu itu tetapi tidak berjaya. Mereka berusaha pelbagai cara untuk keluar tapi kesemuanya gagal. Akhirnya tiada jalan lain kecuali bermohon dan mengadu kepada Allah. Mereka tahu hanya Allah yang dapat melepaskan mereka. Keputusan diambil supaya tiap-tiap orang mengadu atau bertawassul dengan amal kebajikan yang mereka buat. Pemuda pertama berdoa:

"Ya Allah, saya pernah berbuat amal soleh terhadap kedua ibubapa saya. Suatu hari saya balik dari kerja dan berasa tersangat lapar. Saya sangka ibu saya sudah masak nasi tapi rupanya belum kerana kehabisan beras. Saya terus keluar untuk beli beras. Apabila pulang, saya lihat ibu saya tertidur. Saya tidak berani mengejutkannya walaupun saya tersangat lapar sehinggalah dia tersedar sendiri. Ya Allah, jika ini merupakan

24

amal kebajikan yang ikhlas terhadap ibuku

dan mendapat

keredhaanMu, tolonglah kami untuk keluar dari sini." Tiba-tiba pintu itu terbuka sedikit dengan kurnia Allah, namun mereka masih belum boleh keluar. Giliran gedung pemuda kedua berdoa:

"Ya Allah, saya juga mempunyai amal soleh. Saya mempunyai perusahaan dan mempunyai ramai pekerja. Setiap mengambil gaji bulanannya pekerja dibayar gaji tepat pada waktunya. Pada satu ketika seorang pekerja tidak datang sehingga beberapa bulan. Wang gajinya saya gunakan untuk membeli barang-barang perniagaan sehingga saya untung 10 kali ganda wang asalnya. Beberapa bulan kemudian, pekerja itu datang kembali lalu saya serahkan kesemua hartanya termasuk keuntungan yang saya dalam kesusahan ini!" Sebaik saja habis merayu, tiba-tiba pintu itu bergerak sedikit tetapi masih belum boleh keluar. Akhirnya sampai giliran pemuda ketiga: niagakan. Ya Allah, sekiranya ini merupakan amal yang mendapat keredhaanMu, tolonglah kami

"Ya Allah, aku sebenarnya tidak mempunyai suatu amalan yang dianggap penting. Sepanjang ingatanku, hanya sekali aku berbuat baik ditugaskan kerana malu kepada Engkau ya Allah. Aku makanan kepada orangmembahagi-bahagikan

orang miskin. Semasa bekerja aku terlihat seorang gadis cantik yang juga meminta bahagiannya. Setelah semua orang pulang, aku pun memanggil gadis itu dan menyatakan niat jahatku kepadanya. Gadis itu menangis seraya berkata dia rela mati kelaparan daripada melakukan dosa perbuatan terkutuk itu. Aku 25

menjadi

serba

salah

dan

datang

penyesalan

yang

tidak

terhingga. Aku malu dan insaf atas kesalahanku. Ya Allah, sekiranya penyesalan dan taubat ini Kau terima, tolonglah kami dari kesusahan ini." Tiba-tiba pintu gua itu terbuka luas dan mereka pun keluar dengan selamat. MORAL & IKTIBAR

Allah memberikan bantuan kepada mereka yang benarbenar berdoa dengan penuh keikhlasan kepadaNya. Dalam kesempitan, kita dibolehkan bertawassul dengan amal kebajikan yang kita lakukan. Bertawassul juga merupakan salah satu ciri dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah Dalam melaksanakan terlebih sesuau dahulu pekerjaan sebab eloklah itu

bermuafakat

muafakat

membawa berkat
o o o

Berbakti kepada ibubapa adalah satu amalan soleh Berlaku jujur dalam perniagaan juga amalan soleh Mengelak dari melakukan perzinaan adalah amalan soleh

15. TAKHTA BERNILAI SECANGKIR MINUMAN

26

Seorang Sufi, Ibnu Sammak mengadap raja dengan membawa secangkir minuman. Raja itu meminta sedikit nasihat daripada Ibnu Sammak. Ibnu Sammak bertanya raja, "Katakanlah tuanku dalam kehausan yang amat sangat dan hanya terdapat secangkir minuman yang ada di tangan saya ini. Relakah tuanku membayar secangkir minuman ini dengan seluruh harta benda tuanku?" Raja itu mengatakan, "Sudah tentu." Orang sufi itu meneruskan, "Kalau tuanku terpaksa

menyerahkan takhta kerajaan tuanku untuk menghilangkan kehausan itu, bagaimana, bolehkah tuanku serahkan?". Raja menjawab, "Sudah tentu aku serahkan!" Ibnu Sammak lantas berkata, "Nah tuanku, janganlah tuanku bergembira dengan takhta kerajaan yang nilainya hanya seteguk minuman!"

MORAL

&

IKTIBAR

Seorang yang bagaimana tinggi sekalipun pangkatnya perlu merujuk kepada ulama untuk kebahagiaan dan keselamaatn di akhirat Kurniaan Tuhan berupa secangkir air untuk menghilangkan dahaga saja lebih besar nilainya daripada takhta kerajaan seluas bumi Janganlah sombong dan bongkak dengan apa yang ada pada kita kerana itu juga adalah kurniaan Allah. Setiap nikmat dan kurniaan perlulah kita syukuri dan lahirkan kesyukuran kepada Allah yang mengurniakannya. 27

Sekiranya kita bersyukur atas nikmat Allah, nescaya akan diberikan tambahan nikmat. Sebalinya jika tidak bersyukur, azab Allah yang amat pedih menunggu kita di akhirat nanti .

16.

KALKATU

Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI. Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.

28

Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu mereka dadah tahu itu tidak bahaya, namun masih boleh mengambilnya. hendak bersembahyang

menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan. Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kalkatu.

MORAL

&

IKTIBAR

Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir. Jika tidak digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah nasibnya lebih dahsyat daripada kalkatu . Kebanyakan manusia tertipu dengan kemanisan dunia tanpa memikirkan kemanisan akhirat . Berbondong-bondong hiburan manusia mengejar kebahagiaan,

dan kelazatan dunia sahaja pada hakikatnya

adalah mengejar api neraka.

29

IHSAN TERHADAP HAIWAN

Haiwan juga adalah makhluk Allah yang juga mempunyai perasaan seperti kita. Yang membezakan ialah kita mempunyai akal tetapi haiwan tidak. Haiwan tidak dapat membezakan antara betul dan salah tetapi mereka mempunyai naluri yang Allah berikan untuk meneruskan perjalanan hidupnya. Oleh sebab ia sama makhluk Allah seperti kita, perlulah kita bersikap belas dan kasihan terhadapnya. Dalam satu riwayat diceritakan seorang lelaki berasa sangat dahaga setelah jauh berjalan di padang pasir. Di tengah jalan dia berjumpa sebuah perigi. Airnya cetek dan jauh ke bawah. Dia terpaksa turun untuk mendapatkan sedikit air buat menghilangkan dahaga. Lelaki itu naik ke atas semula selepas minum beberapa teguk. Tiba-tiba di tebing perigi itu, dia ternampak seekor anjing yang kelihatan tidak bermaya kerana kehausan. Lelaki itu dapat merasakan betapa hebatnya penderitaan anjing itu lantaran terlalu haus. Dia amat bersimpati kepada anjing itu. Walaupun masih keletihan, lelaki itu berikhtiar untuk memberi minum kepada anjing yang haus itu. Dia turun kembali ke dalam perigi lalu memenuhkan kasutnya dengan air. Selepas itu, dia pun naik semula ke atas sambil menggigit kasut yang berisi air itu. Sampai di atas, lelaki itu pun menghulurkan air itu untuk diminum oleh anjing. Di atas layanan yang baik dan sifat belas kesihannya terhadap anjing itu, Allah memberikan keampunan di atas dosa-dosanya 30

yang

lalu.

MORAL

&

IKTIBAR

Berbuat baik terhadap haiwan walaupun seekor anjing yang dipandang jejek adalah satu kebajikan dan mendapat pahala Sifat kesihan dan belas adalah amalan hati. Amalan hati diberikan ganjaran lebih di sisi Allah. Allah melihat apa sahaja yang kita buat pada setiap masa di mana sahaja kita berada. Ganjaran pahala diberikan mengikut kadar keikhlasan kita. Begitu juga dosa dikenakan mengikut kadar penglibatan hati kita. Jangan memandang remeh perkara-perkara yang kita anggap kecil. Boleh jadi di sisi Allah ia amat besar nilainya. Amalan yang kita anggap kecil kadang-kadang boleh memasukan kita ke syurga. Manakala amalan jahat yang kecil juga boleh memasukkan kita ke dalam neraka. Jangan memandang rendah kepada haiwan sebab ia makhluk Allah jua seperti kita.

o o

TOLERANSI NABI DALAM BERDAKWAH

Sedang Nabi Muhammad saw duduk bersama para sahabat, muncul seorang pemuda berjumpa Nabi lalu berkata "Izinkanlah

31

saya untuk berzina." Mendengar perkataan yang biadab itu, sahabat-sahabat terpinga-pinga dan merasa marah. Namun Nabi Muhammad bersikap tenang dan melayan dengan baik. Baginda menyuruh pemuda itu hampir kepadanya lalu bertanya "Mahukah engkau berzina dengan ibumu?" Pemuda itu menjawab "Tidak!". Lantas Nabi bersabda "Kalau begitu, orangorang lain juga tidak suka berbuat jahat kepada ibu-ibu mereka." Nabi kemudian mengajukan soalan kedua "Sukakah kamu berbuat jahat dengan saudara perempuanmu sendiri? atau sukakah kamu sekiranya isteri kamu dinodai orang?" Kesemua soalan itu dijawab oleh pemuda itu dengan "Tidak!". Rasulullah saw kemudian meletakkan tangannya yang mulia ke atas pemuda itu sambil berdoa "Ya Allah, sucikanlah hati pemuda ini. Ampunkanlah dosanya dan peliharakanlah dia dari melakukan zina." Sejak peristiwa itu, tiadalah perkara yang paling dibenci oleh pemuda itu selain zina.

MORAL

&

IKTIBAR

Sifat berlemah-lembut dan toleransi amat perlu ada dalam setiap pendakwah. Sifat lemah-lembut kunci bagi kejayaan dakwah Sifat toleransi merupakan satu rahmat dan pemberian Allah yang bersifat dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim Perkataan yang kasar dan kesat bukan menghampirkan orang lain kepada kita malah akan menjauhkannya lagi 32

o o

Sebelum

melakukan

sesuatu

perkara,

perlulah

bermesyuarat

atau berbincang (bertukar-tukra fikiran)

dengan orang lain


o

Jauhkan bertindak mengikut hawa nafsu kerana ia datang dari syaitan Kemukakanlah soalan kepada orang lain walaupun soalan itu kemungkinan tidak ada logiknya; sementara orang yang ditanya pula berikanlah layanan yang sepatutnya dengan ikhlas. Berikanlah nasihat atau teguran kepada orang yang memerlukan namun teguran itu hendaklah dilakukan diperhinakan dan terus dengan ihsan kerana Allah semata-mata semoga orang yang berkenaan tidak berasa menerus terbiar menjadi mangsa syaitan.

Berdakwah dengan hikmah memberikan kesedaran dan keinsafan kepada orang yang didakwah.

SI-BUTA DAN GAJAH

Dalam suatu negeri terdapat sekumpulan orang buta. Mereka mendengar berita satu sarkis datang ke tempatnya dengan membawa bersama seekor haiwan ajaib bernama gajah. Naluri ingin tahu mereka melonjak kerana selama ini mereka belum pernah melihat rupa atau mengenalinya bahkan nama gajah pun mereka belum pernah dengar. Kata sepakat diambil untuk menghantar wakil ke tempat itu. Salah seorang berkata meskipun kita buta tapi kita masih boleh mengenalinya dengan cara meraba. Perwaklilan yang dilantik 33

terus ke tempat itu. Sebaik saja sampai, masing-masing terus memainkan peranan. Ada yang terpegang kaki gajah, ada yang terpegang gajah. Setelah puas meraba, mereka pun kembali ke kampungnya. Mereka dihujani dengan pelbagai pertanyaan oleh orang-orang buta yang tidak pergi dan ingin mengetahui bentuk gajah ajaib itu. Orang yang terpegang kaki gajah mengatakan gajah itu seperti tiang besar, kesat tapi lembut pada sentuhan. Kenyataan ini dibantah keras oleh orang yang terpegang gajah pada gading. Dia mengatakan gajah tidak kesat, tidak lembut dan jauh sekali dari berbentuk seperti tiang seperti yang dilaporkan oleh orang pertama tu, sebaliknya katanya gajah keras dan licin dan hanya sebesar galah saja. Kenyataan ini disanggah oleh pelapor ketiga yang memegang gajah pada telinga. Dia bersetuju dengan pelapor pertama yang mengatakan gajah itu kesat dan lembut tetapi tidak bersetuju bentuknya seperti tiang atau galah. Dia menegaskan bahawa gajah itu kesat, lembut dan saiznya hanya seperti kulit terkembang yang tebal sebesar dulang. Orang-orang buta lain yang ingin mendengar cerita mengenai bentuk gajah itu melopong kebingungan. gading dan sebahagian lain memegang telinga

MORAL

&

IKTIBAR

Naluri ingin tahu yang ada pada setiap orang mendorong mereka untuk menyelidik 34

Penggunaan

satu

deria

saja

tidak

memadai

untuk

mengetahui sesuatu fakta secara syumul dan terperinci


o

Pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara adalah betul dari satu persepsi/sudut saja Penguasaan ilmu perlu menggunakan teknik gabungan pelbagai media dan juga melalui 'brainstorming' Jangan lekehkan pandangan orang lain kerana ia adalah betul dari sudut pandangannya Melekehkan pendapat orang menyekat diri kita dari

menguasai ilmu secara global


o

Dapatkan fakta atau maklumat mengenai sesuatu dari banyak sumber dan cara Maklumat yang diperolehi secara 'second-hand' belum dapat dipastikan kesahihan; jauh sekali untuk dijadikan dalil atau hujah.

BATU TERLEPAS DARI NERAKA Pada zaman dulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan. Beliau hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui serkahan batu itu. Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata. "Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis ketakutan!" Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka. Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu. Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka. "Dulu aku mengangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gembira!!" 35

MORAL

&

IKTIBAR

Batu

adalah

juga

makhluk

Allah

yang

mempunyai

perasaan
o o o

Batu menjadi bahan bakar api neraka selain manusia Makhluk jumud boleh berkata jika diizinkan Allah Orang yang kasyaf yakni mereka yang dibukakan oleh Allah pintu hijab dapat mendengar dan melihat perkara yang tersirat Hati manusia seperti batu yang keras - sukar menerima nasihat dan petunjuk kecuali mereka yang diizinkan Hati manusia bisa dilembutkan dengan cara tangisan seperti batu tadi. Menangis kerana takut akan azab Allah dan juga kerana rasa syukur dan gembira akan nikmat kurniaan Allah batu yang tidak mempunyai akal pun takut dibakar dalam neraka, betapa dengan manusia yang diberikan akal Manusia yang berhati batu tidak akan mendapat kurniaan dan rahmat Allah Ada batu yang terkecuali dari menjadi bahan bakar neraka seperti batu giling Siti Aisyah yang tidak henti-henti menggiling demi untuk menolongnya mengisar tepung.

36

TANGISAN MENGIRINGI PERPISAHAN

Ibnu Al-Mubarak telah berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan. Namun dia terus pergaulinya dan berjalan bersamanya, walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu. Detik berpisah akhirnya tiba. Ibu Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan "Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."

MORAL

&

IKTIBAR

Buatlah kawan dengan siapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah

37

Bersabar dalam pergaulan suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain. Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang seia dan sekata amat sukar Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablummina-Allah) Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya. Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana

akhlaknya tapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya


o

Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayat adalah di tangan Allah Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

38

ULAMA LAHIR & ULAMA BATIN Seorang ulama Fiqh, Ibrahim Ar-Raqi mengunjungi seorang ulama Sufi, Abul Khair. Ketika itu azan Maghrib sedang berkumandang. Abul Khair terus mengimami jemaah termasuk Ibrahim. Semasa mendengar bacaan Fatehah Abul Khair yang mendatar dan tidak begitu sempurna, terdetik di hati Ibrahim tentang kekurangan pada Abul Khair dan sia-sia saja datang ke situ. Selepas memberi salam, Ibrahim terasa hendak buang air lalu keluar dari rumah Abul Khair. Tiba-tiba dia ternampak seekor singa ganas menuju ke arahnya. Dia cepat-cepat berlari dan masuk semula ke rumah memberitahu Abul Khair tentang peristiwa tersebut. Abul Khair segera turun ke halaman rumahnya dan berteriak dengan kuat kepada singa yang masih ada di situ, "Bukankah telah aku katakan jangan ganggu tetamu yang menziarahiku." Singa itu segera berlalu pergi seolah-olah faham akan apa yang didengarinya. Ketika berada di rumah, Abul Khair berkata kepada Ibrahim, "Kamu asyik membetulkan amalan lahir sehingga kamu takut akan seekor singa. Kami pula asyik membetulkan amalan batin, maka singa yang ganas takut kepada kami."

MORAL & IKTIBAR


o

Ziarah-menziarahi adalah dituntut oleh agama Islam 39

o o

Keakraban hubungan bisa dibina melalui ziarah Allah tidak melihat kecantikan zahir tetapi mengambil kira kecantikan batin Amalan batin lebih berkesan dan bermanfaat daripada amalan zahir Amalan zahir masih belum dapat jaminan Allah selagi tidak diperbaiki amalan batinnya Ulama Sufi diberikan keistimewaan memandang sesuatu dengan mata hati (kasyaf) dan dapat melihat alam bathin yang Ulama Fiqh (zahir) tidak dapat menaglaminya Taqwa adalah amalan hati. Mereka yang taqwa disegani oleh manusia dan ditakuti oleh haiwan serta makhluk lain Nasihat yang ikhlas dan jujur hendaklah diterima dengan rasa ikhlas dan jujur juga.

CINTA SEJATI

Seorang

hamba

sahaya

bernama

Tsauban

amat

menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak 40

bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya. Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi." Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

MORAL & IKTIBAR

41

Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa bertemu rindu yang teramat sangat jika tidak

Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah

SETEGUH IMAN BILAL

Saidina Bilal (berkulit hitam) adalah di antara 7 orang yang pertama menzahirkan keIslaman secara terangan meskipun diancam oleh kafir musyrik. Apabila mengetahui hambanya, Bilal 42

telah memeluk Islam, tuannya telah menyeksa Bilal dengan memakaikan baju besi dan kemudian dijemur di padang pasir yang sangat panas. Ketika ditanya tentang pegangan agamanya, Bilal tetap mengatakan 'Ahad! Ahad!' (Allah Yang Esa, Yang Esa). Bilal kemudian diseret hingga ke lereng-lereng gunung tetapi Bilal tetap memperkatakan 'Ahad! Ahad!'. Imannya tidak bergoncang sedikitpun. Melihatkan tidak apa perubahan berlaku dalam diri Bilal, mereka kemudian mempertingkatkan seksaan dengan meletakkan batu besar di atas badannya yang terjemur di tengah kepanasan matahari. Namun tiada ucapan lain yang keluar dari mulut Bilal kecuali 'Ahad! Ahad!' bathil. Apabila Saidina Abu Bakar diberitahu tentang seksa yang dialami oleh Bilal, Abu Bakar terus berjumpa Umaiyah yang sedang Bilal dan kemudian meminta Bilal dibebaskan. menyeksa Bilal rela mati daripada menukar pegangan agamanya yang haq kepada yang

Sebagai ganti Abu Bakar menyerahkan seorang hamba hitam yang lebih kuat sebagai tebusan. Sebaik saja ditebus, Saidina Abu Bakar pun membebaskan Bilal dari perhambaan.

MORAL & IKTIBAR


o

Iman yang kental dan pegangan aqidah yang kukuh tidak dapat digugat sekalipun diseksa dengan pelbagai seksaan Kemanisan iman tidak ada tolong banding di dunia dan akhirat Allah tidak melihat kecantikan fizikal seseorang tetapi yang paling utama ialah kecantikan hati

43

Allah mempertingkatkan tahap atau darjah keimanan seseorang, dengan mengenakan ujian dan cubaan. Selagi tidak diuji dengan kesusahan, tahap keimanan belum dapat dipastikan kebenarannya Bertambah kuat iman seseorang, bertambah hebat ujian yang Allah kenakan ke atasnya Ujian dan bala yang dikenakan ke atas seseorang bukan bererti Allah membencinya, sebaliknya ia adalah satu rahmat untuk meninggikan darjatnya di sisi Allah. Bala sebenarnya bukan 'bala' tetapi adalah satu nikmat yang patut disyukuri Kekayaan dan kesenangan hidup belum tentu menjadi satu nikmat, bahkan ia satu cubaan/bala untuk menguji sama ada kita mensyukuri Allah atau sebaliknya

PIALA PUNCA BALA Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanyakan kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, "Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir." Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?" Hukama itu menerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi dan hati tuanku akan menjadi susah atas bala yang 44

menimpa. Kalau dicuri orang pula, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti seorang fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat sedih." Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran katakatanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.

MORAL & IKTIBAR

Kekayaan dan harta dunia adalah perhiasan yang tidak perlu disanjung tinggi. Kekaguman yang melampau terhadapnya mengakibatkan kesusahan dan kemiskinan jika berlaku kerosakan atau kehilangan harta tersebut.

Kesayangan pada harta dunia merampas kesayangan pada kenikmatan syurga mengikut nisbah yang sama. Hukama memandang sesuatu benda dari segi hakikat, bukan dari segi zahirnya. Tanpa harta benda pun kita boleh hidup dengan keperluan asasi. Situasi begini lebih menenteramkan hati dan jiwa untuk mengabdi diri kepada Allah.

Orang yang mempunyai sedikit kekayaan duniawi lebih mudah masuk syurga kerana tidak banyak soal-siasat dan hisab di mahsyar. 45

Orang yang mempunyai kekayaan duniawi terseksa di mahsyar kerana banyaknya kira-mengira tentang dari mana ia diperolehi dan ke mana pula ia dibelanjakan pada setiap satu harta yang dimilikinya. Ini melewatkan kemasukan ke syurga. Kalau dari sumber tak halal dan dibelanja bukan pada haknya, si-pemilik harta akan dimasukkan ke neraka terlebih dulu.

46

RESIPI MENJAUHKAN TABIB Seorang tabib dihantar oleh penguasa Mesir ke Medinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu berada kerana di sana, tidak ada seorangpun yang datang untuk kepada mendapatkan rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan tidak dapat memberikan perkhidmatan apa-apa penduduk Medinah. Tabib itu berjumpa Nabi Muhammad saw untuk mendapatkan

kepastian. Dia bertanya Nabi, "Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?" Nabi menjawab "Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah lagi dengan tabib." Tabib bertanya lagi, "Tapi mengapa sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya?" Nabi menjelaskan "Sebab penduduk Medinah tidak ada yang sakit." Tabib itu kurang mempercayai Nabi dan berkata, "Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit." Melihat keraguan tabib itu, Nabi mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Medinah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya. Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Medinah. Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorangpun. Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi itu. Didorong oleh perasaan ingintahu dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi saw. lalu berkata, "Benar seperti kata-kata baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Medinah sihat-sihat 47

belaka?" Nabi menerangkan, "Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang. Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu."

MORAL & IKTIBAR

Petua untuk sihat: Makan ketika lapar. Berhenti sebelum kenyang Agama Islam suatu agama yang syumul; ia mencakupi bidang jasmani dan rohani Semua kata-kata Nabi adalah BENAR belaka; tidak boleh mempertikannya. Berpegang kepada ajaran Nabi membawa keselamatan bukan saja di akhirat malahan di dunia juga. Bertawakkal kepada Allah menjauhkan diri dari menyerahkan nasib kepada selain Allah Menyendatkan perut dengan pelbagai makanan yang banyak menyebabkan kesihatan terganggu dan mengurangkan kecerdasan otak dan jiwa.

Sebaliknya mengosongkan perut dengan amalan puasa boleh melahirkan ketajaman otak dan kejernihan jiwa. Para Nabi dan orang-orang soleh memilih lapar di dunia supaya kenyang di akhirat.

DOA SI-SEPET YANG MAKBUL

48

Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah. Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!". Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. 49

Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah.

MORAL & IKTIBAR

Allah menurunkan

bala sebagai peringatan kepada hamba-

hambanya atas dosa yang dilakukan.


Kehendak Allah mengatasi segala. Allah menyayangi orang yang bertaubat sehingga apa saja doanya dikabulkan Allah. Allah sayang kepada seseorang bukan kerana rupa dan sifat lahiriahnya, tetapi kerana sifat ubudiah dan ketaqwaannya. Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah

menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya.

Jangan memandang orang dari sifat lahiriahnya tetapi lihat dari segi amalan dan ketaqwaanya kepada Allah.

50

51

52