Anda di halaman 1dari 9

BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Pemacu Storan Data

Merujuk kepada storan sekunder iaitu storan kekal. Ia bermaksud data yang disimpan di
dalamnya tidak hilang walaupun setelah bekalan kuasa dimatikan.
3 Jenis storan:
1. Storan Magnetik
2. Storan Optikal
3. Storan Flash

1. Storan Magnetik

Ia menggunakan konsep gelombang magnet yang merakam kod-kod digital mewakili data.
2 yang popular ialah cakera keras (hdd) dan cakera liut (fdd - disket).
Contoh storan lain yang menggunakan konsep ini ialah pemacu Zip, pemacu Jaz, pemacu LS-
120, dan pita magnetik.

2. Storan Optikal

Ia menggunakan konsep pantulan dan biasan cahaya bagi mewakili kod-kod 1 0 iaitu kod digital
mewakili data. Pancaran cahaya laser akan mengenai permukaan cakera optikal yang berlekuk-
lekuk kecil dan seterusnya dipantul kembali ataupun terbias. Kawasan yang memantulkan
kembali cahaya mewakili nilai 1 dan yang membias/menghalang cahaya mewakili nilai 0.

syamsulum@yahoo.com 1
BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Antara beberapa format cakera optikal yang popular ialah CD-DA (audio), CD-ROM (data
komputer), CD-R, CD-RW, DVD-ROM, DVD+R, DVD-R, DVD+RW, dan DVD-RW.

3. Storan Flash

Ia hanya melibatkan litar terkamil yang berfungsi menyimpan data secara kekal walaupun tanpa
bekalan kuasa. Berbeza dengan 2 jenis storan di atas, ia digelar ingatan 'solid state' kerana
tidak memerlukan sebarang komponen bergerak seperti motor dan penghayun.
Contoh storan Flash ialah cip BIOS, CompactFlash, SmartMedia, Memory Stick, kad PCMCIA jenis
I dan II, dan Kad memori permainan video.

Cakera Keras

Ia terdiri daripada beberapa mekanisma:


o Plat berbentuk cakera yang keras (disalut medium bermagnet)
o Lengan penghayun (pemegang kepala baca tulis)
o Kepala baca tulis
o Motor (pemutar plat cakera)
o Litar pengawal

Lazimnya terdapat beberapa plat cakera dalam satu cakera keras.


Cakera-cakera ini dipasang kepada motor.
Kelajuan pusingan motor:
o 5400rpm (rpm - revolutions per minute - pusingan seminit)
o 7200rpm

syamsulum@yahoo.com 2
BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

o 10000rpm

Kepala baca tulis diletakkan dihujung lengan penghayun bagi membolehkan ia melalui
keseluruhan permukaan plat cakera. Lengan penghayun akan dihayunkan pergi-balik seperti
mana sebuah diafragma pembesar suara berfungsi (konsep penolakan kutub magnet).
Biasanya ada dua kepala baca tulis untuk satu plat cakera; satu atas, satu dibawah.
*jarak antara kepala baca tulis kepada cakera adalah sekitar 0.000002 inci. Jika tersentuh,
cakera keras boleh rosak. Apabila cakera berputar, ia akan menghasilkan kusyen udara yang
menyebabkan kepala baca tulis seperti terapung di atasnya.

Litar pengawal berfungsi mengawal kelajuan pusingan motor, kadar hayunan lengan, ketepatan
capaian data, dan kelajuan pindahan data.

Pemacu Disket

Ia menggunakan konsep yang sama dengan cakera keras.


Bezanya, cakeranya tidak disertakan sekali dalam pemacu; sebaliknya ia adalah komponen
berasingan. Oleh itu disket juga digelar storan 'portable' kerana ia boleh bawa keluar dan
dikongsi di antara PC (komputer peribadi).
Cakera magnetik disket dibina dari bahan plastik yang disalut oksida logam. Apabila bahan ini
didedah kepada medan magnet, ia akan menyimpan aruhan tersebut secara kekal.
Mekanismanya:
o Motor pemacu
o Kepala baca tulis
o Motor penetapan / penganjak
o Bingkai mekanikal
o Litar kawalan

syamsulum@yahoo.com 3
BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Disket (cakera liut) masa kini ialah jenis 3.5 inci. Ia terdiri daripada perumah dan pelindung
ruang baca tulis yang melindungi cakera liut nipis di dalamnya.
Apabila disket dimasukkan ke dalam pemacu disket, mekanisma pada bingkai mekanikal akan
membuka pelindung ruang baca tulis disket dan membenarkan kepala baca tulis menyentuh
cakera liut. Bingkai mekanikal juga memastikan disket kekal pada kedudukannya dan boleh
dikeluarkan menggunakan tombol keluaran yang disediakan.
Motor pemacu berfungsi untuk memusingkan cakera liut, manakala kepala baca tulis akan
dilalukan di atas cakera menggunakan bantuan motor penganjak.
Litar kawalan berfungsi untuk mengawal kadar putaran disket, penetapan kedudukan kepala
baca tulis, dan semakan perlindungan tulis semula disket.

Pemacu CD-ROM

Mekanismanya:
o Motor pemutar cakera
o Mekanisma pemancar dan penerima pancaran laser (kepala baca)
o Motor penetapan / penganjak
o Motor penggerak 'tray' (pemegang cakera cd-rom)
o Bingkai mekanikal
o Litar kawalan

syamsulum@yahoo.com 4
BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Seperti disket, cakera cd-rom juga adalah jenis storan 'portable' (boleh dibawa keluar untuk
diguna di komputer / pemacu cd-rom lain).
Dengan menekan butang 'eject', tray cd-rom akan dikeluarkan daripada pemacu. Butang
tersebut adalah sebahagian daripada komponen litar pengawal.
Apabila cakera cd-rom dimasukkan, ia akan dikekalkan ditempatnya oleh bingkai mekanikal.
Bingkai ini juga mempunyai mekanisma kecemasan untuk pengeluaran cakera secara paksa. Ia
adalah lubang halus yang terdapat dihadapan pemacu cakera cd-rom; dan apabila jarum
dicucuk ke dalamnya, ia akan menolak pengunci / gear yang akan menolak tray keluar.
Litar pengawal akan mengesan kehadiran cakera cd-rom dan seterusnya memutarkan cakera.
Untuk membaca kandungan cakera, motor penganjak akan menggerakkan kepala baca pada
kadar tertentu di atas cakera.
Kepala baca akan memancarkan cahaya laser yang akan mengenai permukaan berkilat cakera
cd-rom. Jika dipantulkan kembali (diterima oleh kepala baca), PC memahaminya sebagai kod 1.
Sebaliknya jika cahaya dibiaskan (tidak diterima kembali oleh kepala baca), PC menganggapnya
sebagai kod 0. Gambungan kod 0 1 ini akan mewakili data.

Bagi cakera cd-rom yang bercalar, kesilapan akan berlaku ke atas perwakilan kod ini akibat
perubahan permukaan pantulan/biasan. jika cakera bercalar (tidak terlalu dalam) pada
permukaan plastik (polycarbonate), ia masih boleh ditampal dan digunakan; tetapi jika
bercalar di bahagian atas (permukaan bercetak), cakera boleh dianggap telah rosak
sepenuhnya.

syamsulum@yahoo.com 5
BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Bagaimana kod 0 1 dimasukkan ke dalam cakera:

Untuk cakera cd-rom biasa, terdapat 2 kawasan iaitu datar (rata) dan berlopak. Jika
pancaran laser terkena kawasan datar, ia akan memantul kembali dan mengenai diod
pengesan cahaya pada kepala baca. Ia mewakili kod 1. Namun, jika pancaran laser
terkena lopak, cahaya akan terbias dan tidak dipantul kembali. Ini mewakili kod 0.

Untuk cakera cd-r (cakera boleh tulis), ia masih menggunakan kaedah pantulan dan
pembiasan cahaya bagi mewakili kod 0 1. Oleh kerana cahaya laser tidak mampu
menghasilkan lopak seperti pada cakera cd-rom biasa, satu lapisan khas digunakan
(ditempatkan) di antara permukaan berkilat dan plastik pelindung. Apabila pancaran
laser yang cukup kuat mengenai permukaan tersebut, ia akan mengubahnya menjadi
legap (tidak lut cahaya). Apabila pancaran laser mengenai permukaan legap tadi,
cahaya tidak akan dipantulkan dan ini akan mewakili kod 0. Sebaliknya jika pancaran
laser mengenai bahagian yang tidak diganggu (tidak dibakar pancaran laser), pancaran
akan menembusinya dan memantul kembali setelah terkena permukaan berkilat
cakera. Jika cahaya dikesan oleh diod pengesan, ia akan mewakili kod 1.

Cd-rw (cakera boleh tulis dan padam) pula adalah pembaikan ke atas teknik cd-r.
Berbanding dalam cd-r yang mana bahantara antara lapisan berkilat dan plastik
pelindung yang tidak boleh diubah kepada bentuk asalnya setelah ditulis, bahantara
yang digunakan bagi cd-rw boleh diperbaiki setelah ditulis (dipanaskan pada suhu
tertentu untuk menjernihkan kembali permukaan yang legap).

syamsulum@yahoo.com 6
BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Masalah / Kerosakan

Secara umumnya, masalah yang lazim berlaku ialah kegagalan sistem untuk mengenali pemacu
storan. Antara puncanya ialah kesilapan meletakkan 'jumper' pada bahagian belakang pemacu
storan, kabel data longgar, ataupun kabel kuasa longgar atau tidak berfungsi dengan baik.
Cakera storan jarang menghadapi masalah 'driver'. Ini kerana sistem operasi Windows mampu
mengenali dan mengendalikannya dengan baik.

Kerosakan Cakera Keras

Oleh kerana kesemua komponennya terbina dalam, boleh dikatakan kerosakan yang berlaku
pada fizikalnya mustahil untuk dibaiki oleh juruteknik biasa. Yang sering berlaku ialah berlaku
pertindihan data pada sektor cakera (cross link), sektor rosak (bad sector), dan kelembapan
capaian/penjejakan data. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan utiliti 'scandisk' untuk
membaiki masalah 'cross link' dan 'bad sector', serta utiliti 'defragment' untuk penyusunan fail
bagi melancarkan proses capaian/penjejakan data.

Masalah 'bad sector' walaubagaimanapun boleh berlaku secara logikal dan fizikal. Hanya
masalah yang berlaku secara logikal sahaja boleh diperbaiki. Masalah yang berlaku secara
fizikal (seperti tercalar) tidak mampu dibaiki oleh utiliti 'scandisk'. Cakera keras yang
menghadapi masalah 'bad sector', selalunya akan mengeluarkan bunyi aneh (seperti tersekat-
sekat) dan menyebabkan operasi sistem menjadi semakin lambat (capaian data perlahan).
Kadang-kala data yang disimpan di dalamnya juga akan hilang/rosak. Oleh itu, cakera keras
seperti ini sudah tidak sesuai digunakan lagi sebagai cakera storan utama sistem. Ia sama ada
perlu ditukar dengan yang baru ataupun dijadikan sebagai cakera storan untuk menyimpan fail-
fail tidak penting.

Kerosakan Pemacu Disket

Masalah yang biasa berlaku ialah:


1. Kepala baca kotor
2. Disket tersumbat (tidak boleh keluar)
3. Tidak boleh baca
4. Tidak boleh tulis
5. Disket rosak

syamsulum@yahoo.com 7
BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Masalah kekotoran pada kepala baca biasanya menyebabkan:


 Bunyi aneh semasa disket dibaca
 Kandungan disket lambat dibaca
 Disket tidak boleh dibaca
Untuk mengatasi masalah ini, kepala baca tulis perlu dicuci dengan alkohol sama ada
menggunakan 'cotton bud' (pengorek telinga) ataupun disket pencuci.

Masalah disket tersumbat biasanya akibat:


o Kerosakan pada mekanisma bingkai mekanikal
o Kerosakan pada pelindung disket
Biasanya masalah ini timbul akibat pelindung kepala baca disket yang tersangkut pada bingkai
mekanikal. Untuk mengatasinya, buka perumah pemacu disket dan perhatikan bahagian mana
yang tersangkut, dan kemudian cungkil atau cabut disket keluar. Pasang semula perumah dan
uji fungsi pemacu tersebut.

Masalah disket tidak boleh dibaca boleh disebabkan oleh:


o Kerosakan disket
o Kepala baca tulis kotor
Cuba cuci kepala baca tulis dan kemudian uji semula. Jika masih tidak boleh baca, bermakna
disket mungkin rosak. Uji semula dengan disket lain yang elok. Jika masih tidak boleh, maka
pemacu disket mungkin rosak. Jika disket boleh dibaca tapi tidak boleh ditulis; ini biasanya
bukan masalah pemacu. Semak pelindung tulis pada bucu bawah disket (bertanda mangga).
Jika terbuka (kunci), tutupkannya kembali. Jika masih tidak boleh, semak pula setup CMOS.
Pastikan tiada 'setting' untuk menghalang tulis dalam disket.

Bagi disket yang rosak, ia lazimnya sudah tidak boleh dibaiki/digunakan sepenuhnya. Ini boleh
dilihat sekiranya timbul paparan "Disk is not formated". Pastikan dahulu kepala baca tulis
adalah bersih (cuci atau buktikan kebolehfungsiannya menggunkan disket lain). Guna utiliti
'scandisk' dan semak permukaan disket yang disyaki bermasalah. Jika masih tidak elok, disket
perlu dilupuskan.

* oleh kerana disket adalah storan jenis magnetik, elakkan meletakkannya di tempat panas,
berhampiran bahan bermagnet atau tempat berhabuk.

syamsulum@yahoo.com 8
BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data

Kerosakan Pemacu CD-ROM

Masalah lazim yang berlaku ialah kegagalan pemacu membaca cd-rom. Antara puncanya ialah:
1. Kepala baca kotor
2. Cd-rom kotor / bercalar
3. Cd-rom rosak
4. Motor pemacu rosak (tidak berfungsi)
5. Litar kawalan rosak
Jika cakera cd-rom tidak boleh dibaca:
1. Cuci kepala baca menggunakan cd pencuci (cd dengan berus halus). Pastikan cakera cd-
rom bersih dan tidak terlalu bercalar. Jika kotor, bersihkan dengan kain lembut. Jika
bercalar pada permukaan plastiknya, rawat menggunakan cecair perawat cd
(menampal lubang calar).
2. Jika masih tidak boleh, cuba lihat cakera cd-rom di bawah cahaya lampu. Jika terdapat
ketelusan terlalu jelas (nampak lampu) pada garis calar, ini bermakna permukaan
berkilat (pemantul) cd telah terhakis. Ini bermakna cakera cd-rom telah rosak
sepenuhnya.
3. Jika tidak, cuba dengar bunyi pemacu cd apabila cd mula dimasukkan. Jika tiada bunyi
motor pemutar (pemusing cd-rom), motor pemutar mungkin telah rosak.
4. Jika ada bunyi (dan lampu LED di hadapan pemacu berkelip-kelip), mungkin motor
penganjak kepala baca telah rosak.
5. Buka perumah pemacu dan kenalpasti masalah. Biasanya masalah timbul akibat wayar
motor kepada litar pengawal telah putus.

Jika cakera cd-rom tidak boleh dikeluarkan:


1. Cucuk lubang kecemasan (lubang kecil di hadapan pemacu) dengan jarum halus yang
panjang. Jika dicucuk dengan betul, tray cd akan dikeluarkan sedikit. Tarik tray keluar
sepenuhnya dan keluarkan cakera cd-rom.
2. Jika tray tidak boleh dikeluarkan (tersangkut), berkemungkinan cakera cd telah pecah
di dalam pemacu. Menggunakan pemutar skru, buka perumah pemacu dan keluarkan
cakera cd-rom dan serpihannya (jika ada). Tutup kembali perumah dan uji fungsi
pemacu tersebut menggunakan cd lain.

syamsulum@yahoo.com 9

Anda mungkin juga menyukai