Anda di halaman 1dari 14

Bincangkan system ekonomi masyarakat asia tenggara sebelum zaman penjajahan barat

1.0

Pendahuluan Asia Tenggara merupakan kawasan yang meliputi dua kategori negara iaitu negeri-

negeri kepulauan dan negeri-negeri di Tanah Besar.1 Sebelum kedatangan pihak kolonial, masyarakat di Asia Tenggara telah mengamalkan sistem ekonominya sendiri iaitu bersifat sara diri, komersial dan juga perdagangan. Sistem ekonomi berbentuk sara diri adalah merupakan sistem ekonomi yang dijalankan untuk mendapatkan bahan makanan serta lain-lain bagi memenuhi keperluan bekalan makanan harian. Antara kegiatan utama sara diri ialah seperti bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. 2 Antara peralatan dan perkakas yang telah diguna pakai pula merupakan alat yang paling asas dan bersifat primitif seperti penggunaan jala, bubu, pukat dan sebagainya. Oleh sebab itu, lebihan hasil yang dikeluarkan oleh petani adalah terhad. Kegiatan ekonomi secara komersial juga adalah antara sistem ekonomi yang telah dijalankan oleh masyarakat di Asia Tenggara. Pertanian tanaman secara komersial telah diusahakan secara meluas semenjak abad ke-15. Contoh, seperti lebihan beras di Siam, Kampuchea dan Burma telah menjadi barang eksport dan negara Jawa sebagai pengeksport utama. Manakala lada hitam pula merupakan antara contoh tanaman komersial yang paling bernilai antara abad ke-15 hingga abad ke-18. 3 Kegiatan ini bersifat tradisional dan berada di bawah kekuasaan pemerintah. Sistem ekonomi secara perdagangan pula telah mula berkembang di Asia Tenggara kerana sebahagian besar Asia Tenggara bersifat kepulauan di mana terdapat kegiatan pelayaran yang telah mewujudkan aktiviti perdagangan. Galakan perdagangan yang dilakukan Raja-raja Burma menggalakkan perdagangan dengan negara-negara maritim.

1 2

D.G.E Hall (1979). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 3. Abu Talib Ahmad (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu. Hlm. 13 3 Tan Pak Leng (2004). Sejarah Asia Tenggara Moden. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Jarak Jauh USM. Hlm. 63.

2.0 2.1

SIstem Ekonomi di Asia Tenggara Sistem Tanah Sumber ekonomi masyarakat tradisional Asia Tenggara secara keseluruhannya tertumpu

kepada aktiviti pertanian. Tanah yang digunakan pada awalnya dikuasai oleh golongan pemerintah sebagai pemilik utama. Pengagihan tanah diwujudkan kerana pemerintah tidak mampu menguruskan kesemua tanah lalu mewujudkan sistem tersebut. Pengagihan tanah tersebut berbeza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain antaranya di negara Burma dan Vietnam. Di kawasan Tonkin dan Annam di Vietnam sebelum kemasukan Eropah, kedua kawasan ini sahaja yang memiliki tanah sendiri yang diwarisi dari China. 4 Saiz tanah dihadkan oleh pemerintah dan kebanyakan kampung mempunyai tanah hak milik bersama. Selain itu, di Vietnam, pada abad berikutnya, sistem pengagihan tanah adalah berbentuk personal share land yang memperuntukkan tanah kepada pegawai kerajaan berdasarkan pangkat dan kepada petani lelaki mengikut taraf kesihatan dan umur. Tanah diagihagihkan kembali setiap tiga tahun mengikut keadaan semasa. Terdapat juga tanah umum yang diperuntukkan kepada golongan khas kepada askar, anak yatim, balu dan orang miskin yang tidak beupaya untuk membayar cukai. Tanah umum ini tidak boleh dijual tetapi boleh disewa kepada para petani untuk tempoh maksimum tiga tahun dan wang yang diperoleh dari sewa tersebut digunakan untuk kegunaan kampung.5 Di Burma pula, seperti di Vietnam, tanah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu tanah kerajaan, tanah persendirian dan tanah biara. 6 Tanah kerajaan dikerjakan oleh golongan Ahmadun, iaitu pegawai diraja untuk manfaat negara. Tanah persendirian diwarisi oleh sesebuah keluarga atau kampung dan jarang sekali dikenakan bayaran cukai. Keadaan ini berlanjutan
4

Donald W. Fryer PH.D (1979). Asia Tenggara Yang Sedang Membangun Suatu Kajian Mengenai Perkembangan dan Sebaliknya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. Hlm. 101. 5 Tan Pek Ieng (2004). Sejarah Asia Tenggara Moden. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Jarak Jauh USM.hlm. 60. 6 Ibid. hlm. 60.

sehingga abad ke-19 apabila cukai kepala dikenakan kepada golongan Athi iaitu golongan yang berada di hierarki terbawah iaitu golongan pembesar tradisional semasa pemerintahan Dinasti Konbaung. Tanah biara pula didermakan kepada orang perseorangan atau raja untuk menampung golongan sangha. 2.2 Sistem Kerah Sistem kerah dijalankan oleh masyarakat atas asar paksaan dan jika ingkar, mereka akan dikenakan hukuman. Hal ini telah menyebabkan mereka terpaksa akur dan tidak mempunyai pilihan lain. Sistem ini sebenarnya berkait rapat dengan sistem feudalalisme yang lebih menekankan ketaatan antara galongan memerintah dan golongan diperintah. Oleh yang demikian, rakyat terikat di bawah kekuasaan raja dan pemerintahnya. Sistem kerah dapat dilihat di beberapa buah negara Asia Tenggara seperti Kampuchea, Vietnam dan Indonesia. Di ketiga-tiga negara tersebut, idea pengabdian, penghambaan dan sistem kerah telah lama wujud dan diamalkan sejak awal abad terutamanya sebelum kedatangan penjajah barat lagi. Sebagai contoh, di Indonesia iaitu kawasan Jawa dan Madura dan Vietnam, terdapat pelbagai bentuk khidmat wajib yang perlu dilaksanakan dan ditentukan oleh keadaan tempat dan adat resam. 7 Antara khidmat wajib itu ialah kerahan tenaga dalam pertanian, melakukan kerja-kerja pembinaan atau pembaikan jalan raya dan sebagainya. Semasa zaman Wanga Nguyen di Vietnam pada tahun 1802, petani telah dikerah untuk membuat pelbagai kerja seperti membina istana raja di Hue.8 Di Vietnam Selatan pula, perkhidmatan buruh selama tujuh hari diwajibkan kepada setiap lelaki yang sihat. Di Kampuchea pula pada abad ke-19, dalam hierarki masyarakat Khmer, rakyat bebas diberikan hak tertentu tetapi perlu memberikan perkhidmatan kepada raja iaitu terlibat selama 90 hari dalam sistem kerah untuk menjalankan kerja yang diarahkan oleh golongan pemerintah. 2.3 Sistem Cukai

D.J. M Tate (1987). Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-2. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 540. 8 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Md Aros dan Suffian Mansor (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 129.

Hasil cukai merupakan salah satu punca pendapatan kepada raja dan pemerintah. Sistem cukai telah lama wujud sejak abad ke-11 di Asia Tenggara iaitu raja memaksa di bawah naungannya untuk membayar cukai dan menunjukkan taat setia mereka kepada pemerintah. Di Burma, para petani diwajibkan untuk membayar cukai dan cukai tersebut dibayar kepada pembesar dan pegawai yang dilantik oleh raja dan juga raja yang memerintah. Antara cukai yang terdapat sebelum kemasukan penjajahan barat di Asia Tenggara ialah cukai tanah, cukai hasil pertanian dan cukai perdagangan. Namun begitu, cukai tanah lebih diutamakan kerana penduduk Asia Tenggara lebih tertumpu kepada aktiviti pertanian sara diri. Tuntutan kerajaan terhadap hasil pertanian adalah berdasarkan dakwaan bahawa semua tanah adalah hak milik raja dan rakyat harus membayar cukai sebagai balasan kerana raja membenarkan para petani mengerjakan tanah. Kesan daripada kedudukan petani yang sering ditindas menyebabkan hasil pertanian yang diperoleh berkurangan dan kadang kala keperluan makanan untuk ahli keluarga tidak mampu dipenuhi. Cukai dikutip secara paksa oleh pegawai yang mementingkan diri sendiri. Di Burma, seorang ywa thugi diberi tanggungjawab untuk memungut cukai tanah dan menjalankan pentadbiran undang-undang. Ywa thugi merupakan seorang yang dilantik oleh raja berdasarkan kepada keturunan dan harta. Raja tidak akan membayar gaji mereka tetapi mereka berhak mengambil sebahagian daripada cukai yang dikutip daripada para petani. Selain itu, terdapat juga golongan pemerintah menggunakan cukai tersebut untuk membina sistem pengairan yang sistematik supaya tidak berlaku banjir pada musim hujan dan tidak akan merosakkan hasil tanaman penduduk negara tersebut. Hal ini dapat dilihat di Burma di mana satu sistem pengairan dibina dan membolehkan masyarakat Khmer menghasilkan tanaman sara diri yang banyak meskipun ketika berlaku musim hujan monsun.9 Asia Tenggara juga dipengaruhi dengan agama Hindu Buddha. Hal ini telah menyebabkan satu golongan wujud di mana mereka tidak perlu membayar cukai. Golongan tersebut ialah golongan sami atau songha. Mereka adalah sami agama Hindu Buddha dari institusi agama. 10 Golongan ini bukan sahaja tidak perlu membayar cukai tanah malah diberi
9 10

D.G.E Hall (1979). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 163. Abu Talib Ahmad (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Hlm. 28.

keistimewaan untuk mengerjakan tanah tanpa batasan. Hal ini kerana golongan sami ini telah diberi jaminan keselamatan, peluang ekonomi, kestabilan, kedudukan politik dan sosial serta kelahiran semula dan kepercayaan agama Hindu Buddha di negara tersebut. Burma merupakan salah satu negara di asia Tenggara yang berlaku dengan ketara. Golongan pura-kywan yang merupakan golongan yang terikat dengan istitusi agama tersebut seperti sami mendapat faedah ekonomi dan politik di samping dibebaskan daripada membayar cukai. 11 Golongan ini juga berhak mengerjakan tanah kerana raja telah memberi tanah kepada mereka. 2.4 Sistem Pertanian Negara-negara di Asia Tenggara telah mengamalkan sistem pertanian secara kecil-kecilan yang dikenali sebagai sistem pertanian pindah sebelum abad ke-15 lagi. Sistem inidiamalkan oleh kebanyakan masyarakat yang masih lagi menjalankan kehidupan secara nomad terutamanya di kawasan pedalaman dan berbukit. Masih terdapat pelbagai pandangan tentang sistem pertanian ini. 2.4.1 Padi Pada mulanya, aktiviti pertanian diusahakan untuk kegunaan sendiri dan lamakelamaan bertukar menjadi kegiatan ekonomi komersial. Keadaaan ini telah dipengaruhi faktor geografi dan cuaca di Asia Tenggara yang panas dan lembap sepanjang tahun serta teknologi tinggi yang dicipta oleh masyarakat tempatan. Antara kawasan padi yang terdapat di Asia Tenggara ialah Delta Irrawaddy iaitu di Burma, Dataran Bangkok atau Lembah Menam Chao Phraya di Thailand dan Delta Mekong di Vietnam, serta Tasik Tonle Sap di Kampuchea dan Laos. Padi merupakan tanaman paling asas di Asia Tenggara. Hampir semua negara di Asia Tenggara menanam padi kerana merupakan makanan ruji masyarakatnya. Di Thailand sejak awal abad, penanaman padi sawah dijalankan di Dataran Bangkok atau Lembah Menam Chao Phraya. Sementara di Burma pula Dataran Irrawaddy dan Delta Mekong merupakan kawasan penanaman padi yang penting. Pertanian padi yang pada mulanya dijalankan secara kecil-kecilan telah bertukar kepada satu ekonomi komersial yang kemudiannya diperdagangkan.
11

Ibid. hlm. 29.

Berdasarkan faktor ekologi, masyarakat pertanian yang bersifat sara diri di Asia Tenggara terutamanya di Burma, Siam, dan Vietnam boleh dibahagikan kepada dua iaitu, pertanian sawah tetap dan pertanian pindah. Hasil utama bagi pertanian sara diri ialah sawah padi yang banyak didapati di negara Thailand dan Burma. Contohnya, masyarakat Burma atau lebih dikenali sebagai masyarakat Kanchin di Bukit Kanchin telah mengusahakan pertanian sawah. 12 Mereka ini merupakan masyarakat di pinggir yang berdekatan bukit-bukau. Masyarakat ini juga menjalankan pertanian pindah dan aktiviti memburu. Terdapat juga masyarakat yang menjalankna penternakan seperti kerbau yang digunakan membajak sawah. Aktiviti penternakan ini contohnya dapat dilihat di negara Laos.13 Bagi negara Filipina, mereka telah menjalankan aktiviti pertanian dan antaranya jenis tanaman yang diusahakan ialah menanam padi, kepala, tebu, kekabu, hem, camote, pisang, limau manis dan berbagai-bagai lagi jenis buah-buahan dan sayuran. Masyarakat di Filipina ini telah mengamalkan dua kaedah pertanian.14 Pertama adalah bagi petanian tanah tinggi yang disebut sebagai sistem kaingin, di mana tanah ladang akan ditugal dengan menggunakan kayu. Kaedah yang kedua pula ialah bagi pertanian tanah rendah iaitu tanah ladang dibajak dengan tenggala yang ditarik kerbau. Di sesetengah kawasan diadakan pengairan untuk membanyakkan lagi pengeluaran sebagaimana yang terbukti dengan adanya teres padi orang Ifugo itu. Terdapat dua jenis padi iaitu yang ditanam mengikut musim, iaitu satu jenis tanaman di kawasan paya pada bulan November untuk dituai pada bulan Mac berikutnya, sementara satu lagi ditanam pada musim hujan. Bagi jenis kedua, benih padi disemai di tapak semaian sebelum ditugal ke bendang. Selepas musim menuai, bendang dibakar untuk mendapatkan baja asli.15 Padi sawah mempunyai dua kategori. Antara peralatan pertanian yang telah digunakan pada waktu itu ialah penggaruk, tajak, serampak dan kapak. Manakala bagi lembu dan kerbau pula telah digunakan bagi membajak tanah. Padi sawah di Burma bergantung pada sistem pengairan seperti air sungai, terusan, perigi dan juga tangki.

12 13

Abu Talib Ahmad (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Hlm. 56. Ibid. Hlm. 56. 14 Gregio F. Zaide (1972). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1: Filipina Semenjak Sebelum Pemerintah Sepanyol. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 112.
15

Abu Talib Ahmad (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 74.

Kedua, menggunakan air tambahan yang boleh dilaksanakan melalui banjir dari sungai seperti di tanah pamah Mae Nam di Thailand, kawasan Palembang di Sumatera dan di sepanjang bahagian hilir Sungai Mekong. Di kawasan yang berbukit pula penanaman padi bukit dijalankan. Misalnya aktiviti penanaman padi bukit yang dijalankan di Filipina dan Pulau Jawa secara perwarisan. Penanaman padi jenis ini dapat dijalankan kerana ia hanya memerlukan kuantiti air yang sedikit. Penanaman padi bukit turut diamalkan oleh masyarakat yang tinggal di Tanah Besar Asia Tenggara seperti suku Chin, Karen, Kachin dan sebagainya. Pada awal abad ke-16 penduduk yang sedikit di Burma hanya bertanam padi untuk keperluan asas sahaja, dan apabila keperluan itu sudah dipenuhi hasil-hasil tanaman yang berlebihan yang tidak mendapat permintaan itu mungkin dibiarkan tidak bertuai. 16 Mereka hanya menggunakan hasil untuk kegunaan kelompok yang kecil sahaja. Di Burma, sebelum Pegu diambil oleh British, negara ini tidak pernah mengeksport beras. Sebaliknya, pada abad ke-17, di Arakan telah menanam padi untuk di eksport. Sistem tanaman padi secara secara sara diri telah bertukar kepada komersial mendatangkan banyak keuntungan bukan sahaja menambah kekayaan tetapi mewujudkan hubungan antarabangsa dan perubahan dalam sosial masyarakat negara yang terlibat. Kesannya, pihak pemerintah dan peniaga-peniaga mendapat keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada tanaman secara meluas. Jawa adalah merupakan pengeskport padi terbesar dan cara masyarakat di Jawa menanam padi ialah dengan cara menyemai benih ke sawah yang tingkat memasukkan air diawasi dengan saksama. 17 Kaedah ini menunjukkan bahawa mereka akan dapat melipat gandakan hasil tanaman. Oleh itu, kaedah ini akan dapat memberikan hasil padi yang tinggi per hektar. Malahan, kaedah pengumpulan dan penghasilan padi adalah lebih mudah. Hal ini kerana teknik pensawahan ini akan memungkinkan petani akan dapat menuai padi dua kali setahun jika airnya cukup. Saluran-saluran pengairan untuk tanaman ini juga cukup meluas. Di Vietnam utara telah dapat dijalankan penanaman padi dua kali setahun di kawasan sawah dan ditambah pula dengan penanaman jagung, ubi keledek, kacang dan buah-buahan. Di kawasan delta di bahagian Selatan, terlalu sedikit hujan dan suhu yang terlalu tinggi dan
16 17

D.G.E Hall (1979). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 933. Untuk huraian penuh mengenai kaedah menanam sawah, sila rujuk Anthony Reid (1992). Asia Tenggara Dalam Kurun Niaga 1450-1680, Jilid 1: Tanah Di Bawah Angin. Indonesia: Yayasan Obor Indonesia. Hlm. 22.

menyebabkan tidak dapat dijalankan penanaman dua kali setahun. Di Delta Mekong pula, cara penanaman padi adalah lebih rendah mutunya. Sistem batas dan paritnya adalah juga kurang baik jika dibandingkan dengan wilayah utara. Oleh hal yang demikian, penanaman padi adalah bergantung semata-mata kepada hujan. Tambahan lagi pengawalan banjir di Sungai Mekong tidak begitu baik. Namun, masalah ini dapat diatasi dengan memperkenalkan padi terapung. Menjelang abad ke-19, permintaan orang India yang bertambah-tambah telah menyebabkan penanaman padi semakin meluas. Ditambah dengan sistem saliran yang baik telah diwujudkan dibeberapa kawasan Asia Tenggara semakin menyumbang kepada meluasnya tanaman padi. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di Myanmar iaitu di kawasan Kyauhse. Kyauhse sebuah kawasan pertanian seluas 100 00 ekar diusahakan sejak awal abad ke-17 dan merupakan kawasan jelapang padi negara disebabkan oleh terdapatnya sistem pengairan yang paling baik di sana. Di tambah dengan adanya pembukaan Terusan Suez pada 1869 menyebabkan penanaman padi semakin berkembang dengan lebih cepat lagi.18 Selain itu juga, sistem tanaman padi secara komersial telah dapat mewujudkan hubungan antarabangsa dan serantau antara negara-negara Asia Tenggara dengan negara-negara lain seperti negara China dan Jepun. Perhubungan antarabangsa yang wujud ini telah menyebabkan berlaku beberapa perubahan di dalam sosial masyarakat. Sebagai contoh, di Siam sesetengah phrai yang terlibat dalam pertanian kontan telah mendapat keizinan naimereka untuk menggantikan perkhimatan mereka kepada nai dengan pembayaran wang. Kebebasan daripada kewajipan tradisional ini membolehkan phrai memajukan usaha pertanian yang mendatangkan pendapatan yang lumayan.19 2.4.2 Lada Lada adalah merupakan tanaman komersial yang bernilai antara abad ke-15 hingga abad ke-18 kerana pasaran bagi tanaman ini sangat meluas meliputi Eropah, India dan China. Faktor permintaan yang menggalakkan dengan harga yang tinggi telah menyebabkan ramai penduduk di Asia Tenggara mula mengusahakan tanaman lada. Misalnya penduduk di Borneo dan Sumatera.
18 19

D.G.E Hall (1979). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 933. Kobkua Suwannathat Pian (2001). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,, Hlm. 46.

Bagi penanaman lada, faktor utama yang menjadi penentu ialah jenis tanah yang sesuai. Di Sumatera, tanaman lada adalah mengikut musim buah-buahan kerana tidak mempunyai satu pola teratur kemungkinan disebabkan oleh pengaruh musim seperti di Pantai Barat India. Namun secara jelasnya, lada dapat mengeluarkan hasil dua kali setahun dan kebiasanya tempat yang sesuai bagi tanaman ini ialah di tepi sungai atau anak sungai.20 Pada permulaannya, penanaman lada banyak dipengaruhi oleh pihak pemerintah dan kebiasaannya penanaman lada ini dilakukan dikawasan pedalaman. Sebagai contoh, di Banten, sultan telah memerintahkan bahawa setiap penduduk yang melebihi umur 16 tahun mesti menanam 500 pokok lada setahun dan pembesar-pembesar dipertugaskan mengutip hasilnya. 21 Seterusnya pertanian lada ini meningkat secara komersial dan terus mengalami perkembangan sehingga pertengahan abad ke-17. Pada pertengahan abad ke-17, penanaman lada secara komersial tidak lagi menguntungkan penanamnya. 22 Hal ini demikian kerana pada tahun 1650 sehingga 1680-an, berlakunya kemelesetan ekonomi dunia yang secara langsung telah menyebabkan berlakunya kemerosotan dalam ekonomi negara-negara Asia Tenggara. Kemerosotan ekonomi yang berlaku di Asia tenggara ini telah menyebabkan masyarakat Asia Tenggara mula menanam semula tanaman keperluan harian mereka dan secara tidak rasmi menolaksistem pertanian yang berkembang sejak abad ke-15 dan mengabaikan permintaan pasaran dunia terhadap pengeluaran komersialnya, serta mengurangkan pergantungan mereka pada bahan makanan yang diimport dari negeri-negeri serantau yang lain.23 2.5 Tanaman-tanaman lain Selain daripada padi dan lada, negara-negara di Asia Tenggara juga ada menanam tanaman lain. Contohnya seperti di Burma, mereka juga telah menanam sekoi, sesamun dan berkemungkinan juga mereka menanam tanaman seperti kapas mengikut kepada kesesuaian tanah. Selain itu, di kawasan yang mudah banjir pula, masyarakat di Burma ini telah menanam
20 21

Gillbert Khoo (1978). Asia Dalam Perubahan. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books. Hlm 458 Tan Pak Leng (2004). Sejarah Asia Tenggara Moden. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Jarak Jauh USM. Hlm 63 22 Kobkua Suwannathat Pian (2003). Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 117 23 Ibid. Hlm. 117

pelbagai jenis kekacang di samping sayur-sayuran seperti mentimun, labu, labu air, terung, keledek, bawang putih dan lada hitam. Di kawasan kebun pula, pada kebiasaanya mereka menanam tanaman seperti pisang, mangga, asam jawa, limau, nangka dan cempedak di kawasan yang berhampiran tangki air.24 2.6 Penternakan dan Perikanan Jika dilihat secara keseluruhannya, penduduk di Asia Tenggara tinggal berhampiran kawasan lautan atau sungai yang mempunyai banyak ikan. Namun begitu, mereka tidak akan selalu dapat menangkap ikan segar oleh kerana faktor cuaca yang tidak menentu. Oleh itu, mereka akan memilih untuk menghasilkan ikan-ikan tersebut dengan mengeringkannya atau mengasinkannya. 25 Contohnya ialah seperti di Banjarmasin yang banyak menghasilkan ikan kering atau ikan masin ini sehingga menjadi salah satu produk perdagangan yang penting di Asia Tenggara. Di Burma, penternakan ikan dan penternakan adalah merupakan salah satu kegiatan ekonomi yang penting. Hal ini disebabkan oleh penangkapan ikan adalah merupakan sumber protein yang penting 26 selain yang dapat diperoleh daripada daging dan telur ayam atau itik. Ikan-ikan yang ditangkap ini akan diproses untuk dibuat ngapi, iaitu makanan yang seakan belacan yang merupakan campuran penting dalam makanan tempatan. Selain daripada itu, masyarakat di Burma juga telah menjalankan kegiatan menternak kerbau dan lembu dalam skala yang kecil. Mereka akan memperoleh susu daripada lembu yang diternak ini, dan hasilnya mereka akan menghasilkannya dalam bentuk makanan yang lain seperti susu masam, susu mentega dan susu beras selain daripada susu segar. 2.7 Perdagangan Kegiatan perdagangan ini telah wujud di negara-negara Asia Tenggara antara abad ke-15 dan abad ke-19 secara tidak langsung memberi gambaran mengenai perkembangan sosiopolitik

24 25

Abu Talib Ahmad (2000). Sejarah Myanmar. Hlm. 72. Anthony Reid (1992). Asia Tenggara Dalam Kurun Niaga 1450-1680, Jilid 1: Tanah Di Bawah Angin . Indonesia: Yayasan Obor Indonesia. Hlm. 34. 26 Abu Talib Ahmad (2000). Sejarah Myanmar. Hlm. 75.

10

dan ekonomi sebelum berlakunya penjajahan oleh kuasa barat. Contohnya, perdagangan antara negara China dan negara-negara Asia Tenggara ini telah banyak direkodkan pada abad ke-15. Banyak kajian mengatakan bahawa panduan yang telah diberikan kepada pihak pedagang China menjelajah sehingga ke Asia Tenggara adalah berdasarkan arah angin supaya dapat sampai ke pelabuhan di Asia Tenggara pada sekitar abad ke-15 hingga abad ke-17.27 Ayudhya yang merupakan ibu kota kerajaan Siam sejak tahun 1350/1, walaupun terletak di kawasan pedalaman, tetapi Ayudhya ditubuhkan dengan kefahaman pentingnya perdagangan kepada golongan pemerintah dan bukan untuk menguasai hasil golongan petani semata-mata. 28 Pada ketika ini telah wujud hubungan dagang dengan beberapa kuasa asing. Walau bagaimanapun, penglibatan mereka adalah sangat kecil dan tidak menimbulkan tekanan tekanan politik dan atau sosioekonomi ke atas kerajaan Siam. Hubungan Siam-China sepertimana yang digambarkan oleh orang Teochew sebenarnya bukan sahaja sekadar ikatan perdagangan,tetapi lebih daripada itu.29 Pada abad ke-19, masyarakat Siam telah mengalami perubahan yang besar

disebabkan faktor luaran seperti kemasukan buruh Cina dan perubahan sistem cukai. Perhubungan perniagaan antara Ayudhya dan wangsa Manchu yang dilakukan oleh Raja Thaksin pada tahun 1776 hingga 1877 bagi mendapat bahan-bahan binaan, alat senjata dan pekerjapekerja mahir untuk ditukarkan dengan beras dan kayu30 untuk membangunkan Siam dengan menggunakan perdagangan dan buruh dari China. Secara tidak langsung, rakyat telah terlibat sebagai pengeluar barangan untuk dieksport. Kemunculan Ayudhya ini menunjukkan corak perdagangan baru yang lebih menumpukan hasil pengeluaran tempatan selain kemudahan perniagaan yang ditawarkan oleh rantau ini sejak abad ketujuh. Ayudhya bukan sahaja muncul sebagai pelabuhan, malah sebagai pusat pengeluaran kawasan pedalaman seperti hasil hutan dari Kemboja, Laos, Lanna Thai dan

27

Geoff Wade and Sun Laichen (2010). Southeast Asia in the Fifteenth Century: The China Factor. Singapura: NUS Press. Hlm. 8. 28 Kobkua Suwannathat Pian (2001). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Hlm. 13. 29 Abdullah Zakariah Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros dan Suffian Mansor (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan Dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 165 30 Abu Talib Ahmad (2000). Sejarah Myanmar. Hlm. 16.

11

Pagan. 31 Pelabuhan-pelabuhan Siam merupakan tempat-tempat penting kerana kapal Portugis yang hendak belayar ke China dapat berteduh pada musim angin monsun timur laut apabila Laut Chian Selatan menjadi ganas.32 3.0 Kesimpulan Sebelum kedatangan kuasa Barat, Asia Tenggara telah mempunyai sistem ekonominya sendiri iaitu bersifat sara diri, komersial dan juga perdagangan. Hasil-hasil yang diusahakan adalah seperti padi, lada hitam, tebu, kapas, bunga cengkih dan sebagainya. Namun begitu, kebanyakan daripada sistem ekonomi ini adalah bersifat tradisional dan terikat dengan pemerintah. Terdapat beberapa cukai yang dikenakan oleh pemerintah dalam sistem ekonomi tradisional ini. Hasil bumi yang banyak di Asia Tenggara telah mendatangkan banyak manfaat kepada kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara dan hasil semula jadi ini juga menarik minat kuasa Barat ke atas Asia Tenggara.

31 32

Kobkua Suwannathat Pian (2001). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Hlm. 46. D.G.E Hall (1979). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 294

12

4.0

Bibliografi

Abu Talib Ahmad (2000). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Talib Ahmad (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Abdullah Zakariah Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros dan Suffian Mansor (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan Dan Asia Timur 1800-1963. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Anthony Reid (1992). Asia Tenggara Dalam Kurun Niaga 1450-1680, Jilid 1: Tanah Di Bawah Angin. Indonesia: Yayasan Obor Indonesia.

David Joel Steinberg, David K. Wyatt dan John R. W. Smail (1981). Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. D.G.E Hall (1979). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. D.J.M Tate (1987). Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-2. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Donald W. Fryer PH.D. (1979). Asia Tenggara Yang Sedang Membangun Suatu Kajian Mengenai Perkembangan dan Sebaliknya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. Geoff Wade and Sun Laichen (2010). Southeast Asia in the Fifteenth Century: The China Factor. Singapura: NUS Press.
Gillbert Khoo. (1978). Asia Dalam Perubahan. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books.

Gregio F. Zaide (1972). Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1: Filipina Semenjak Sebelum Pemerintah Sepanyol. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
13

John Bastin dan Harry J. Benda (1977). Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kobkua Suwannathat Pian (2001). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tan Pek leng (2004). Sejarah Asia Tenggara Moden, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Jarak Jauh USM.

14