Anda di halaman 1dari 1

CONTOH SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI No.8, Lorong 14/9 Taman Setiawangsa 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

18 Januari 2013. Ke hadapan sahabatku yang diingati selalu, Farhan yang berada di Ipoh. Semoga saudara sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga di sini sihat walafiat. Saudara, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2013. Apa azam saudara pada tahun ini? Isi surat saya pada kali ini mengandungi cerita tentang pengalaman percutian saya dan keluarga saya di Cameron Highlands pada cuti hujung tahun yang lalu. Saya menginap di sebuah hotel di Brincang selama dua malam. Semasa berada di sana, saya telah berkunjung ke beberapa tempat yang menarik. Saya berpeluang melawat ladang teh, kebun bunga ros, taman kaktus, ladang strawberi, kebun sayur-sayuran dan Hutan Lipur Tanah Rata. Tempat yang menarik hati saya ialah ladang strawberi. Di situ, saya berpeluang memetik sendiri buah strawberi yang segar. Saya membeli beberapa bungkus strawberi untuk dibawa pulang. Cuaca di Tanah Tinggi Cameron Hinglands sangat sejuk. Saya berasa seolah-oleh berada di luar negara yang beriklim sejuk. Saya begitu gembira dapat bercuti di sana. Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudara. Semoga dipanjangkan usia kita agar dapat berjumpa lagi. Sahabatmu, Khatirvel

Anda mungkin juga menyukai