Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia

melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan

pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.

Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Selain itu, Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Manakala Baley & Field (1976) menyifatkan satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak.

Senada dengan itu juga, Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Selain itu, Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang

membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan

pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Pendidikan

Kesihatan

merupakan

suatu

proses

membekalkan

atau

menggunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Objektif Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui

pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama iaitu kognitif, mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian

Matlamat Pendidikan Kesihatan Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Melalui Pendidikan Kesihatan murid akan lebih cergas dan cepat memahami apa yang dipelajari di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ini terbukti dalam beberapa kajian yang pengkaji lakukan. Murid yang aktif akan menerima banyak oksigen dan mereka akan mudah faham serta cepat mengingat dan secara tidak langsung prestasi mereka juga akan meningkat. Ibarat satu slogan iaitu badan sihat otak cerdas.

KAEDAH KAJIAN Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah semasa melaksanakan tugasan ini antaranya ialah kaedah pemerhatian dan temubual. Keadah ini memudahkan

pengkaji kerana untuk menjayakan tugasan ini pengkaji perlu membuat pemerhatian terhadap guru di sekolah yang dipilih dari awal sampai akhir proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.

BATASAN KAJIAN Tugasan kerja kursus elektif 1 ini berfokuskan kepada keadah, teknik dan cara pengajaran guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Kaedah dan teknik yang diberikan tumpuan dalam proses pengajaran ini adalah berasaskan kepentingan menjaga keselamatan sistem-sistem tubuh badan. memerlukan pengkaji untuk membuat pemerhatian, Tugasan ini maklumat,

mengumpul

berbincang dengan guru dan merekod sepanjang pembelajaran berlaku.

HASIL KAJIAN Pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani. Pengkaji telah membuat pemerhatian dengan memerhatikan P&P salah seorang guru bersama murid tahun 2 Elit. Beliau telah melakukan aktiviti pemanasan badan mengikut prosedur yang betul dimana bermula dari bahagian atas dan berakhir bahagian bawah. P&P pada hari Selasa pada tarikh 20 Mac 2012 berkaitan dengan permainan badminton dan dilakukan di gelanggang badminton SK Tanjong Rambutan. Beliau telah memulakan aktiviti pemanasan badan dengan menyuruh muridmurid berlari mengelilingi gelanggang sebanyak 3 pusingan. Seterusnya meminta murid memulakan aktiviti regangan pada bahagian kepala. Pergerakan yang

dilakukan dengan mendongakkan kepala keatas dan jari-jari tangan menyokong di bahagian mandible. Pergerakan ini melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapiziuz dan sendi yang terlibat ialah sendi synovial iaitu sendi paksi atau sendi putar manakala tulang yang terlibat ialah tulang kranium. Seterusnya regangan pada bahagian tangan dilakukan dengan bahagian tulang humerus dirapatkan ke bahagian dada, tangan kiri akan menolak pada bahagian siku tangan kanan dan proses sama akan berulang untuk regangan pada bahagian tangan kiri. Sendi yang terlibat ialah sendi lesung. Pergerakan ini

melibatkan otot deltoid. Selain itu, terdapat pergerakan membengkokkan lengan di belakang cranium yang melibatkan tulang humerus, radius dan ulna. Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot triceps. Pergerakan ini akan menyebabkan otot triceps mengendur. Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini ialah sendi di bahagian bahu iaitu sendi lesung. Regangan seterusnya pada bahagian pinggang dengan cara badan dibelokkan ke kiri untuk meregang bahagian kanan dan dibelokkan ke kanan untuk regangan bahagian kiri. Selain itu, murid diminta tunduk dan tangan dikehendaki menyentuh kasut bertujuan untuk meregang pinggang bahagian belakang. Melibatkan otot rektus ebdominis dan tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang vertebra.

Selepas itu, kaki diangkat untuk meregang bahagian otot paha dan mengawal keseimbangan badan pada tahap rendah terlebih dahulu. Seterusnya, kaki kanan kehadapan dan kaki kiri dibelakang dibuka luas. Tangan diletakkan dibahagian lutut sebagai penahan dan kaki kiri luruskan. Regangan akan berlaku pada bahagian otot kaki kiri iaitu gracilis. Regangan terakhir ialah pada bahagian kaki iaitu bahagian jari kaki diletakkan di atas tanah dan tumit tidak dicecah, bahagian tumit pula diletakkan dan bahagian jari kaki diangkat untuk memberi regangan pada bahagian tendon kaki. Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang pada bahagian kaki termasuk tarsus, metatarsus dan phalanges. Pergerakan ini juga melibatkan sendi di bahagian ankle. Sememangnya aktiviti memanaskan badan yang dijalankan bersesuaian kerana pengkaji mendapati guru lebih mengutamakan aspek kekuatan otot tangan dan otot kaki kerana permainan badminton memerlukan ketangkasan tangan dan kekuatan kaki untuk bergerak dengan aktif. Sebenarnya antara kesalahan terbesar yang dilakukan oleh rata-rata orang yang bersukan ataupun bersenam adalah tidak memanaskan badan (warm up) terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti tersebut. Walaupun ia nampak remeh namun aktiviti memanaskan badan ini memberikan impak yang besar bukan sahaja pada badan malah pada prestasi ketika bersukan nanti. Antara implikasi jika tidak melakukan aktiviti pemanasan ialah akan berlaku kecederaan. Bayangkan tubuh badan kita seperti sebuah kenderaan. Sesebuah

kenderaan itu perlu dipanaskan enjinnya terlebih dahulu sebelum ia dapat bergerak dengan lancar tanpa merosakkan enjin. Begitu juga dengan tubuh kita. Jika kita mengabaikan aktiviti memanaskan badan mungkin boleh mendatangkan kecederaan yang teruk. Selain itu, tanpa pemanasan akan mengurangkan prestasi individu tersebut. Mengikut kajian yang dilakukan, seseorang yang melakukan aktiviti memanaskan badan didapati lebih aktif dan berprestasi tinggi di dalam sukan berbanding mereka yang tidak memanaskan badan. Ini kerana apabila seseorang melakukan aktiviti memanaskan badan, darah akan mengalir lebih banyak kedalam otot menyebabkan pembahagian nutrien ke otot yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga berlaku dengan lebih pantas.

Senada dengan itu juga, kekejangan otot akan berlaku.

Seperti yang

pengkaji terangkan di atas aktiviti memanaskan badan membuatkan darah mengalir ke otot dengan lebih baik. Darah itu bukan sahaja membawa nutrien malah oksigen dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kekurangan oksigen dan elektrolit ini dapat menyebabkan kekejangan otot dan cara untuk mengelakkannya adalah dengan memanaskan badan sebelum bersukan dan mendapatkan bekalan air yang mencukupi. Kadar denyutan jantung juga akan terganggu. Memanaskan badan adalah satu cara untuk memberitahu jantung bahawa anda akan melakukan aktiviti yang akan memerlukan kapisiti yang tinggi sebentar lagi. Ia dapat menyesuaikan jantung kita secara berperingkat agar ia tidak terkejut dengan tekanan yang datang secara tiba-tiba. Seterusnya, tubuh badan akan menjadi cepat letih dan tidak dapat

bertahan lama ketika bersukan. Apabila kita bersukan atau bersenam badan kita akan mengeluarkan asid laktik. Pengeluaran asid laktik yang terlalu banyak dalam badan kita akan membuatkan kita berasa letih dan dan tidak bermaya. Memanaskan badan dapat mengelakkan pengeluaran asid laktik yang berlebihan dan menyebabkan kita dapat bertahan lebih lama ketika bersukan atau bersenam. Kesan yang terakhir ialah akan membuatkan kita menjadi tidak fokus dan tidak tenang. Secara psikologi perbuatan memanaskan badan dapat membantu

anda bersedia. Kita dapat lihat pada peninju yang melakukan gaya memanaskan badan seperti menumbuk-numbuk angin dan sebagainya untuk membuatkan dirinya lebih fokus sebelum perlawanan bermula. Dengan memanaskan badan anda akan menjadi lebih relaks dan berada di dalam zon anda sendiri. Ini dapat membantu anda memberi tumpuan terhadap aktiviti yang akan anda lakukan. Namun, pengkaji mendapati guru tersebut tidak memberikan penerangan sewaktu aktiviti memanaskan badan dilakukan. Jika difikirkan adakah murid-murid akan mengambil kira apa yang disampaikan oleh guru jika dalam pemikiran mereka cumalah ingin bermain?. Oleh itu, sebagai seorang guru boleh untuk memberi

penerangan tetapi lihatlah suasana dan keadaan. Bagi pengkaji murid tahun 4 dan 5 sesuai untuk diberikan penerangan. Apa yang diutamakan ialah murid melakukan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan yang ditunjukkan guru bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

Adakah aktiviti cooling down dijalankan dan diberi penjelasan kepada muridmurid? Jika Ya, nyatakan adakah ianya sesuai dengan tahap umur muridmurid dan jelaskan rasionalnya. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, saya mendapati guru telah

melaksanakan aktiviti cooling down setelah menjalankan aktiviti permainan. Apabila masa yang diperuntukkan untuk waktu Pendidikan Jasmani hampir tamat, guru akan memberikan arahan supaya murid-murid membuat satu barisan untuk cooling down. Setelah barisan dibuat, guru memberikan arahan . Cooling down yang dijalankan dimulai dari bahagian kaki seterusnya naik ke bahagian atas sehingga bahagian kepala. Cooling down dilakukan adalah bertujuan untuk memberikan semula masa untuk otot-otot dan bahagian-bahagian anggota badan yang lain kembali di dalam keadaan normal ataupun keadaan rehat. Ianya dilakukan lima minit sebelum murid-murid menamatkan masa Pendidikan Jasmani.Tiada penerangan yang diberikan kepada murid-murid akan rasional atau kesannya terhadap mereka. Saya tidak pasti sama ada guru kesuntukan masa atau ada hal yang sedang menantinya. Apa yang pasti, murid-murid umpama maklum akan aktiviti cooling down kerana sentiasa melakukannya setelah tamat menjalani masa Pendidikan Jasmani.

Adakah peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dijalankan? Nyatakan kesesuaian peralatan yang digunakan dengan tahap umur murid dan kesannya pada sistem anatomi dan fisiologi murid. Dalam pemerhatian ini, guru mengajar murid-muridnya cara melakukan servis badminton. Dalam memastikan setiap daripada mereka menguasainya, guru terlebih dahulu mengagihkan raket badminton dan bulu tangkis kepada setiap murid. Melalui pemerhatian saya, peralatan yang diberikan amat sesuai dengan kemahiran yang diajar pada masa tersebut. Guru mendemonstrasikan terlebih dahulu cara membuat servis dan diikuti oleh setiap murid. Peralatan yang digunakan sesuai dengan tahap murid Tahun .. kerana otot-otot motor telah berkembang dan berfungsi dengan baik. Melalui kemahiran ini, secara tidak langsung telah menggerakkan otot-otot utama badan seterusnya mengembangkan lagi keupayaan dan kepekaan badan mereka terhadap rangsangan dan tindak balas. Pengulangan aktiviti ini antara cara terbaik untuk menguatkan lagi kemahiran dan ketangkasan mereka. Selain itu, dengan menggerakkan otot-otot utama seperti otot tangan dan bahu serta sedikit pergerakan pada kaki, ini akan memberikan kesan dari segi pengembangan dan pengecutan otot dalam menghadapi tindak balas. Mungkin pada percubaan pertama atau kedua, mungkin murid masih kekok. Namun pengulangan yang berterusan membantu minda untuk fokus dan koordinasi antara tangan dan kaki akan lebih peka. Ketangkasan terhadap sesuatu rangsangan dapat dilihat dari masa ke semasa. Hasilnya, murid-murid kelihatan gembira dan menikmati permainan badminton dalam kalangan mereka. Bimbingan guru di tepi gelanggang memberikan mereka lebih keyakinan. Interaksi antara mereka dapat dilihat apabila mereka saling berkomunikasi dalam bermain badminton setelah guru memberikan mereka masa untuk bermain. Secara tidak langsung, saya dapat simpulkan bahawa perlatan yang diberikan amat bersesuaian dengan umur mereka yang dalam proses pertumbuhan dan perkembangan otot-otot saraf yang penting dalam hal ehwal rangsangan sama ada luaran mahupun dalaman.

Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti pendidikan jasmani sesuai seperti yang dirancang? Pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti pendidikan jasmani dilihat efisien dan sesuai dengan apa yang dirancang oleh guru untuk pembelajaran hari itu. Ini kerana, dari apa yang diperhatikan, guru ini sudah menetapkan masa untuk sesuatu aktiviti itu dijalankan. Ini akan mengurangkan masa dari dibuang begitu sahaja. Mulanya, murid-murid dengan bimbingan guru akan melakukan aktiviti warming up dan stretching. Setelah selesai aktiviti berkenaan, murid diarahkan untuk mengambil setiap seorang raket badminton. Seterusnya, guru akan menunjukkan langkahlangkah melakukan servis badminton. Seusai semua melakukan aktiviti menservis bola melepasi jarring / net, murid-murid diberi kebebasan untuk bermain di sekitar gelanggang. Jika dilihat secara, semua aturan ini bersesuaian dengan kemahiran yang diajar dan bertepatan dengan masa yang diperuntukkan. Di samping itu, ketegasan guru juga penting dalam penyeliaan masa kerana seperti yang diketahui, murid-murid akan leka setelah diberi peluang untuk bermain. Ketegasan guru akan dapat mengelakkan murid-murid daripada terus asyik dan leka dengan permainan yang tidak sepatutnya. Jika sekiranya guru ini tidak tegas, kelas ini tidak dapat dikawal dan murid-murid akan membuat hal mereka sendiri. Jika ini terus dibiarkan, tidak mustahil untuk berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti kecederaan murid-murid.

Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya selama satu jam di gelanggang badminton tersebut, saya mendapati guru yang mengajar begitu komited dan berdedikasi dalam menyampaikan pelajaran pada hari itu. Seperti yang diketahui, kemahiran permainan badminton yang diajar ialah membuat servis. Dalam kalangan murid terdapat seorang murid yang slow learner. Menyedari akan itu, guru tetap memberikan tunjuk ajar kepadanya bagi membolehkan dia turut mendapat kemahiran yang diajar. Antara penambahbaikan yang oleh diambil dalam pengajaran tersebut ialah guru boleh menganjurkan satu bentuk pertandingan badminton dengan menggunakan syarat-syarat khas. Murid-murid sudah

mengetahui asas bermain badminton dan

guru hanya

bertindak sebagai

pembimbing. Oleh itu, bagi mengelakkan pelajar bosan dan berkeliaran, guru boleh menganjurkan pertandingan badminton. Dari segi murid-murid, terdapat beberapa murid yang curi tulang dengan hanya duduk di tepi longkang dan memerhatikan rakan-rakan mereka yang lain bermain. Ini secara tidak langsung membantutkan kemahiran yang mungkin telah dikuasai atau belum dikuasai oleh mereka. Alasan yang diberikan ialah bosan dan tidak menarik. Guru perlu peka dengan persekitaran yang wujud ini. Tidak dinafikan mereka mungkin sudah bosan dengan aktiviti membuat servis sahaja, oleh itu guru perlu kreatif dan menangani permasalahan ini dengan mengajar mereka kemahirankemahiran yang lain pula, sama halnya dengan murid yang slow learner, dengan memberikan bimbingan tambahan di luar gelanggang. Selain itu, aspek keselamatan perlu dititikberatkan. Ini kerana saya melihat beberapa murid bermain di kawasan yang tidak sesuai seperti di tepi longkang dan berdekatan dengan bangunan bilik darjah. Seterusnya, keadaan yang ceria dan saling menikmati pembelajaran perlu dan boleh diwujudkan. Mengapa? Kerana kawalan kelas merupakan kunci keberhasilan sesuatu pembelajaran. Guru perlu pandai menjaga dan mengambil hati murid-muris. Sikap berat sebelah mahupun gender bias boleh menyebabkan pembelajaran tidak tercapai.

Dari apa yang saya perhatikan, saya sangat berpuas hati dan mengharapkan agar komitmen yang ditunjukkan oleh guru ini dapat diteruskan lagi walaupun tiada orang yang memerhatikan mereka sewaktu mereka mengajar. Sekian.

RUMUSAN Sepanjang pengalaman berasaskan sekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjong

Rambutan berlangsung, saya telah memerhati sesi pendidikan jasmani di sekolah tersebut. Apa yang dapat saya simpulkan ialah pendidikan jasmani dilakukan secara efisien dan mengikut garis panduan yang telah digariskan oleh kementerian, malah proses pengajarannya berkesan dan efektif kerana dalam ruang lingkup masa yang ditetapkan, kronologi seperti memanaskan badan, pelaksanaan aktiviti dan menyejukkan badan dipraktikkan bagi memastikan perkembangan murid sejajar dengan pertumbuhan semasa mereka, di samping memastikan objektif

pembelajaran tercapai. Otot-otot besar yang terlibat dalam aktiviti pendidikan jasmani tdiberi perhatian semasa melakukan regangan. Secara amnya juga aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid semasa sesi pendidikan jasmani tidak

membahayakan diri mereka, namun jika regangan dan aktivti cooling down tidak dilakukan dengan betul dikhuatiri ia akan menyebabkan kecederaan kepada muridmurid. Melalui pengalaman ini, saya mendapati guru berkenaan seorang yang benar-benar berdedikasi kerana menitikberatkan setiap aspek yang penting dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Misalnya, beliau tetap memberikan tumpuan kepada murid yang lembam dengan mengajarnya secara berasingan. Ini menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan

tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Kesimpulannya, semua pihak sama ada pihak pentadbiran, guru serta murid perlu berganding bahu dalam segala hal berkaitan pendidikan jasmani bagi kesejahteraan murid-murid dan pelajaran pendidikan jasmani itu sendiri. Subjek ini perlu mendapat hak yang sama seperti peruntukan masa seperti subjek-subjek

utama yang lain meskipun bukan subjek peperiksaan namun ia memberi sumbangan yang besar dalam pembentukan modal insan Negara.

REFLEKSI Pengalaman Berasaskan Sekolah Semester 3 ini menyaksikan kami perlu membuat pemerhatian terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani yang berlangsung di sekolah. Melalui pengalaman ini saya dapat menyimpulkan beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Pertama, peranan guru. Melalui pemerhatian yang dibuat, guru memainkan peranannya sebagai penyalur maklumat, pembimbing dan orang yang mengawal murid. Saya melihat keupayaannya mengawal kelas walaupun murid-muridnya begitu aktif dan bersemangat. Saya belajar bahawa kawalan kelas amat penting dalam mengendalikan sesuatu P&P berjaya, bukan sekadar memastikan objektif pemelajaran tercapai. Berdasarkan pemerhatian juga, saya melihat bahawa kita sebagai pendidik tidak boleh meminggirkan dan membeza-bezakan murid-murid kita. Ini kerana setiap murid unik dan pelbagai. Kebijaksanaan guru mengawal dan memberi tunjuk ajar yang pelbagai merupakan kunci kepada kejayaan P&P. Kedua, hubungan sesama guru. Melalui pengalaman saya, Guru Besar yang menjadi tunggak sekolah menekankan hubungan antara guru perlulah dijaga. Timbalah ilmu sebanyak yang boleh selagi masa yang ada. Saling hormatmenghormati merupakan kunci kepada keharmonian antara guru-guru. Selain itu,melalui PBS kali ini, saya mendapati kesungguhan sekolah dalam mendidik murid-muridnya merupakan rahsia kepada kejayaan sekolah serta muridmurid itu sendiri. Ini jelas kerana saya dapat melihat komitmen yang diberikan oleh setiap guru di sini. Mereka sanggup melatih murid-murid di tengah padang ketika matahari terik. Saya kagum dengan apa yang saya saksikan selama seminggu di sini. Tidak dinafikan sekolah merupakan markas latihan ke arah pembentukan insan yang unggul. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama-sama dalam tugasan ini, khususnya Encik Faizal Hakimi yang merupakan pensyarah Anatomi dan Fisiologi, kawan-kawan PBS, guru-guru SK Tanjong Rambutan dan sebagainya. Semoga tugasan kali ini memberikan saya manfaat dalam mempersiapkan diri sebagai seorang pendidik sejati.

Anda mungkin juga menyukai